Sabtu, 31 Mac 2012

Pre Match : Kemenangan kelapan berturut2 hadiah menanti di Loftus Road

Arsenal sedang mencari kemenangan kelapan berturut2 di Loftus Road dalam London Derby malam ini dan Joey Barton sekalipun, tidak akan mampu menghalang sasaran 3 mata kita. Gervinho tentunya masih ingat layanan 'mesra' dari si Joey (yang pada ketika itu dalam jersey belang banduan) ketika membuat league debut tapi sekarang ni gua rasa Gervinho sendiri dah cool dan Barton pulak yang terhegeh2 untuk mencari kemenagan ketiga dalam 18 kemenangan, kelab Tony Fernandez yang sedang bergelut untuk kekal dalam premier league. Jadi lepas ini  apa pula Tony?? jual QPR dan beli pula pasukan Championship yang promote, gua tak tahu dan taknak amik tahu betapa terdesaknya dan opportunist nya dia ketika suatu ketika membida2 dan melobi bahawa darahnya mengalir bersama2 West Ham dan alih2 sesudah jodoh tak menjadi mudah sahaja beralih arah,QPR satu lagi kelab London menjadi mangsanya.Baiklah bukan itu gua yang nak amik pot.

Arsenal turun tanpa sebarang kecederaan tambahan Koscielnya dan Diaby dijangka stabil tetapi Abou masih perlu berwaspada.Hanya Jack , Coquelin, Mertesacker dalam list kecederaan jangka masa panjang. Kita jugak ada pemain2 yang dah semakin pulih dan boleh step up seperti Chambo, Rambo dan jugak Santos. QPR pula bakal berdepan tugas sukar di serangan akibat Cisse yang digantung akibat kad merah dalam perlawanan terdahulu, namun Arsenal perlu berhati2 dengan Zamora yang sering kali banyak menyusahkan kita tak kira dia di West Ham mahupun Fulham, fizikal power nya boleh mengganggugugat defense kita.

-------------------Szczesny-------------------
Sagna-------KOs-----------Mael------Gibbs
---------------------Song----------------------
-----------Arteta-----------Rosicky-----------
Theo--------------RVP--------------Gervinho

Anak buah Mark Hughes punyai tugas yang agak berat mengikut jadual untuk kekal di top flight division tapi bukan bermakna mereka tak mau melawan. Courage yang ditunjukkan ketika menentang Liverpool dengan bangkit dari ketinggalan 2 gol mungkin boleh menjadi inspirasi bagi mereka. Buat Arsenal, jangan terlalu overkonfiden. Jangan terbawak2 dengan media yang cuba melalaikan, konon target kini di tangga kedua dan City boleh slip, itu Siti biarkan Siti punya kerja, kita buat kerja kita. Buat masa sekarang apa yang realistik adalah "Mind The Gap". Jarakkan diri sejauh yang mungkin dengan Spuds, Chelsea dan Newcastle, dan rapatkan jurang dengan City dan United. Mengapa perlu kita melepaskan tiket yang kini sudah tertulis untuk kita?Stadium Astro 10PM QPR 1- Arsenal 4

Agi idup agi mengGunners!


0 ulasan: