Khamis, 22 Mac 2012

Pre Match : Arsenal teman Arteta pulang ke Goodison park

Sebentar sahaja lagi Arsenal akan turun bertandang ke Goodison Park dan gua baru sahaaj sempat duduk di hadapan pc. Gua juga pasti ramai gooner yang telah pun lena dibuai mimpi semata2 nak bangun pagi melihat pemain beraksi tapi gua tak pasti sama ada berbaloi atau tidak kerana menyaksikan laman web astro, hanya siaran tertunda sahaja disediakan untuk slot Arsenal. Mulalah terpikir berbaloi ke tak pulak upgrade ke unifi untuk streaming.hahah. Gua ingat selepas kita tersingkir daripada UCL tiada lagi match2 awal pagi buta di tengah minggu tapi selain daripada hari ini mungkin masih ada satu dua kalau tak silap, match Arsenal yang bakal beraksi waktu sebegini.

Sesudah 5 kemenangan berturut2 dengan 3 daripadanya last2 minit, Sunderland,Liverpool, Newcastle , maka Arsenal tak ada sebab untuk kurang yakin ketika bertemu Everton. Walaupun keputusan memberangsangkan ke atas rival2 Champions League spot contender , Arsenal masih perlu berhati2 akan status geng pengacau seperti Everton. Mereka menewaskan City, Chelsea dan Spuds d laman sendiri. Cuma mungkin baru2 ini kekalahan kepada rival mereka dalam mersyside derby merencatkan perjalanan cemerlang anak buah Moyes yang dua bulan sebelum tu pegang rekod tanpa kalah.Ini jugak kali pertama menyaksikan Arteta pulang ke gagang setelah hampir 7 tahun berkelana di sana. Gua percaya penyokong Everton akan memberi sambutan respect kepada mamat ini.

------------Szczesny-----------
Sagna-----Mael---Kos----Gibbs
-------------Song---------------
------Arteta-------Rosicky------
--Theo-----RVP------Chambo--

Jadi live atau streaming? Sayang match tengah minggu jadi tak boleh gunakan mode 'duduk dalam gua' kerana esok harus ke pejabat. 4.AM Everton 1- Arsenal 2

Agi idup agi mengGunners!


0 ulasan: