Sabtu, 31 Disember 2011

King & Queen

Melihat kepada tarikh terakhir posting 11 hari yang lalu adalah tempoh yang agak lama. Maaf atas segala kesunyian yang ditinggalkan disebabkan urusan peribadi. Walaubagaimanapun akan kucuba mencapai papan kekunci mencoret sedikit jua pandangan 20sen gua. temph masa seminggu lebih menyaksikan banyak perkara berlaku, 2 match di tengah2 kesibukan boxing day dengan satu berjaya dimenangi away di Aston Villa dan satu lagi sangat menghampakan ketika kita rasa agak2 boleh menang malangnya hanya mampu seri di laman sendiri digigit serigala.Tapi tak cukup ekslusif berbanding cerita yang satu ini iaitu tidak lain dan tidak bukan Return Of The King! Lagenda Arsenal Thierry Henry bolah dikatakan hampir sah menyertai semula Arsenal secara pinjaman 2 bulan dari kelabnya NY Red bulls yang pada ketika ini sedang bersiap untuk memulakan musim baru Mac nanti.Ya cerita ini lagi meletop berbanding result Arsenal di atas padang, seluruh utara London, bercakap tentang hal ini, pemegang rekod jaringan kelab dan pemain yang dikelilingi pingat kejuaraan bakal kembali menghiburkan aksi BPL tapi yang lebih penting membantu Arsenal di saat2 kita kehilangan 2 tenaga forward dalam Gervinho dan Chamakh yang membawa haluan negara masing2.



Takde orang yang mengharapkan Henry boleh beraksi semula seperti aksinya 10 tahun lalu kerana pada ketika usia dan kerjaya pada umur 34 tahun, kita semua tahu pace yang termampu dari dirinya. Tapi sekurang2nya kehadiran pemain yang cukup istimewa dikelilingi oleh bakat2 istimewa hanya menambahkan seri dan mood positif terutama buat pemain2 muda dan rakan2 lama yang pasti teruja akan berita ini, Siapa yang taknak main dengan Henry, bagi pemain sendiri, jika ditanya zaman bila dia main? dia boleh claim 'oh aku main zaman Henry dulu. Nama ini akan kekal sampai bila2 sesudah tugunya gah berdiri di luar perkarangan Emirates awal bulan lalu.Adalah satu penghormatan buat pemain untuk beraksi sebaris dengan bintang lagenda dan Henry sendiri pasti sangat teruja untuk kembali. Kisah cinta ini berbeza berbanding pinjaman2 bintang MLS lain seperti Donovan ke Everton, Beckham ke Milan, tapi Henry ke Arsenal..perghhh.. ini kisah cinta dasyat.Nama ni memang tak boleh dipisahkan.Wenger hanya membawa pulang kembali pemain2 yang istimewa, Campbell, Lehman dan Henry tidak terkecuali. Dia mungkin kurang pantas berbanding dulu tapi class,skill, finishing dan otaknya masih tajam, itu adalah bakat semulajadi. Yang paling penting apa yang dibawanya dalam dressing room- winning mentality!

Dan kalau segalanya berjalan lancar dan diizinkan, Henry berpeluang menyarung jersi no 12 tapi still kekal TH14 dalam hati para gooner walaupun jersey itu kini milik Theo14. Henry masih memerlukan 2 minggu untuk kembali match fit. Jadi 2nd debutnya disasarkan 9 Januari ini bertemu Leeds dalam saingan FA Cup, dan kemudian berpeluang untuk turun dalam 5 perlawanan liga termasuk yang dinanti ramai vs Manchester United, dan kemungkinan 3 lagi match FA Cup, serta 2nd round champions league 1st leg. Period yang sukar buat Arsenal, hanya kehadiran kepala2 lama macam Hnery mampu menenangkan skuad serta menambahkan kematangan. Link up antara RVP dan Henry akan membawa balik era Henry bergandingan dengan Bergkamp. Ini umpama satu kitaran!

Itu cerita pasal King. Apa cerita Queen pulak. Malam ini sebagai penutup 2011, Arsenal akan teruskan perjuangan menentang kelab si Tony Fernandez, Queen Park Rangers dalam satu lagi London Derby. Hanya tinggal 90 minit sahaja untuk RVP secara peribadi menyamai atau memadam rekod 36 jaringan setahun milik Alan Shearer.Kalau mahu, dia harus mencipta hatrick. Yang lebih mustahak pastinya buat sang kapten adalah 3 mata di Emirates Stadium.Anak buah Neil Warnock harus dilayan sama rata. Kita agak struggle dalam home game, seri dengan Fulham, menang tipis ke atas Everton dengan bantuan wonder goal RVP, kemudian seri dengan Wolves. Jadi agak bangang jika kita memandang rendah atas pasukan mid table QPR dalam masa yang sama berangan nak menjenguk ke atas. Itu sebab kita kena fokus. Game by game, sedar tak sedar kita dah hampir separuh, malam ini adalah yang ke 19. Masuk tahun baru nanti bukak buku baru tapi habiskan buku lama dengan kemenangan.Cari balik stability, dengan penambahan Henry dan kepulangan Sagna serta Wilshere, masa depan kita lebih cerah berbanding awal season lalu.

----------Szczsny----------
Johan---PM--Kos----Mael
-----------Song-----------
----Arteta-----Rambo-----
Theo----RVP----Gervinho-

 Astro 813 11pm Arsenal 3 - QPR 0.

P/S: Gua mungkin akan sekali lagi hilang untuk beberapa hari tapi gua akan cuba sedaya yang termampu untuk mencapai papan kekunci ini sehinggalah segalanya kembali stabil, buat para pembaca budiman terimakasih banyak2. Arsenal tetap di hatiku!!!

Agi idup agi mengGunners!!


1 ulasan:

Nick Casper berkata...

Kawan tak kisah as long as GnR still mengukir inspire word kat blog ni...hope segala-galanya berjalan dengan lancar..ur life and also The Gunners...
~Gooners~