Rabu, 26 Oktober 2011

Post Match : Arsenal melangkah ke suku akhir.



Arsenal mara ke peringkat last8 dengan kemenangan ke atas satu lagi pasukan BPL Bolton 2-1 terima kasih kepada reaksi pantas Arshavin dan Pakcu yang mematikan gol awal Fabrice Muamba. Satu persembahan yang cukup energetic pada mulanya dengan penjaga gol mereka Adam Bogdan beberapa kali terpaksa menerbangkan badan menyelamatkan beberapa asakan menarik dari Arsenal. Di separuh masa kedua kita tertidur sekejap sebelum dihukum, tapi kita bangkit mengecewakan Bolton yang pikir mereka boleh cari azimat lain dalam league cup. Namun 15 minit terakhir menyaksikan sedikit keresahan dan nervousness apabila kita diasak bertalu2 tapi kekal bertahan hingga ke wisel penamat mengelakkan sebarang extra time.

Arsenal mengalu2kan kedatangan kapten malam ini yang kembali dari kecederaan Mael. Selain itu Squaillaci jugak membuat kemunculan sulung diapit oleh dua fullback muda, Ignasi Miquel dan jugak debutan Nico Yennaris,18 di RB.Fabianski di gol. Satu back 5 yang kalau dilihat atas kertas boleh menimbulkan was2, tapi mereka mampu melakukannya malam pagi tadi dengan saling bekerjasama terutama bagi pemain2 lebih tua. Walaupun dibarisi rata2 pemain muda, Chamberlain, Frimpong, Coquelin, tapi dengan ada pemain2 yang berpengalaman telah memberi kestabilan dan menanamkan keyakinan pada pasukan. Persembahan mantap dan penuh influence daripada Yossi, Park dan paling on malam ni Arshavin!

Permulaan di separuh masa pertama. Satu hantaran panjang dari Frimpong untuk change side melihat Oxlade yang tidak dikawal meluru ke sebelah kanan, tapi sayangnyaketika dah cut in sedikit dalam kotak penalti memperdayakan Zack Knight, dia memilih option untuk wide balik sebelum sepakan sama ada shoot atau cross nya melambung keluar tinggi dari sebelah sisi gawang. Satu link up play baik antara Pakcu dan Yossi membawak kepada pembawakan bola oleh Park sebelum merembat kencang dari luar kotak penalti. On target cuma Bogdan melayangkan adan menepis. Selepas itu giliran Yossi pulak, Arshavin melorongkan bola di sebelah kiri dapat kepada Yossi yang berjaya beat 1st defendernya change direction twisted and turning, sebelum rembatannya tak cukup lencong hanya melalui sahaja di hadapan pintu gol tanpa perlu disentuh Bogdan. Arsenal kemudian mendapat free kick, Oxlade dibentes Gardner. Ketika rakan2 lain menunggu di hadapan kotak penalti untuk follow up, Arshavin memilih option untuk menolak sedikit kepada kapten Mael dan wow, dia masih mempunyainya. Rembatan padu tepat ke gol sekali lagi Bogdan terbongkok2 badan terpaksa melayang menyelamatkannya.Balum habis lagi excitement kat situ. Malam ini memang milik pemain2 berepengalaman. Arshavind an Pakcu melakukan one two sebelum bola singgah di hadapan kotak penalti buat Pakcu cuba membuat placing sekali lagi Bogdan memanjangkan badan menepis keluar.On target lagi, display yang cukup bagus dari kapten Korea ini .Hanya menunggu masa. Arsenal asak dan terus mengasak.

Separuh masa kedua, ketika kita mengharapkan Arsenal menyambung apa yang tertangguh 1st half tadi, Bolton pulak tiba2 yang mencuri tumpuan. Kita ditangkap tdo, Frimpong teralpa apabila Muamba dengan senang merampas penguasaan bola sebelum main one two dengan Petrov, dan merembat masuk.Tapi gua secara peribadi rasa Mael sepatutnya block ke arah player daripada bersusah payah lari ke belakang gol Fabianski. Bolton lead dalam statsitik sebenarnya yang tak menyebelahi. Itulah bola sepak, kadang2 kalau dominate, attack banyak pun tak guna kalau tak gol, sedikit kealpaan di bawah, pasti terhukum. Arsenal tersentak. 5 minit jek tak payah tunggu lama, kita kembali dalam game.Oxlade clearkan bola dari kawasan Arsenal, bola sampai ke Yossi, dipassingnya ke Arshavin , meluru ke hadapan masuk kedalam kotak penalti di sudut kanan, tak ada gaps langsung, kerana ruang2 limited tapi entah macam mana Arshavin kembali dengan magicnya mampu melepaskan rembatan deras yang lalu di celah2 beberapa pertahanan Bolton untuk gol penyamaan. Sesudah sambutan gol dapat diperhatikan Ashavin begitu serius dalam membimbing pemain2 muda dengan instruction dan panduan kepada Oxlade, ini ukan kali pertama Arshavin dilihat sebagai mentor dan berkongsi pengalaman, dia pernah melakukan long talking kepada Frimpong, Gibbs dan Walcott sebelum ini.

3 minit selepas itu, Arshavin sekali lagi mempengaruhi perlawanan. Dia mengutip bola dari kawasan tengah, dibawanya meluru ke atas, ada option untuk dilorongkan pada Park tapi Park ketika itu terover laju berada dalam kedudukan offside.Pemain yang berIQ tinggi ni bijak memperlahankan pergerakannya dengan slumber dan keluar ke arah wide sedikit selari bijaknya dengan Arshavin yang delay passing sebelum tepat masa dan tempatnya. Apabila diyakini Park onside, barulah dilepaskan satu passing maut, Pakcu hanya perlu membuat larian sedikit dan bend bola baik punya lencong masuk ke sisi kanan gol. Absolute beauty dari finisher Korea ini. BUkankah sudah dikata tadi tak perlu tunggu masa lama, hasil usahanya terbalas jugak malam ini. Chamakh nampaknya harus bekerja lebih keras.. Pakcu berbeza dengan game sebelum ini, bermain  dengan lebih bebas dan tanpa sebarang tekanan maka dengan itu dia dapat menunjukkan apa sebenar2 yang dia mampu buat sehingga dapat pegang jersi no 9 Arsenal.

Selepas itu Arsenal mula drop off. Pemain gantian Bolton Chris Eagles hampir memalukan Fabianski apabila rembatan kencangnya hayna mampu ditepis tapi bola termuntah ke belakang nasib baik melepasi palang.Kalau tak mmg gelaran FlappyHandski la.Arsenal membuat perturakan dengan Ozyakup dan Ryo masuk menggantikan Frimpong dan AOC. Arsenal terus diasak, tapi kali ini Fabianski bersedia menahan Klasnic kemudian tandukan Cahill selepas itu. Resah gelisah di 20 minit terakhir, Mael pulak mintak dikeluarkan, Wenger dalam post match conference berkata mael mengalami kecederaan calf yang ringan tapi dia akan menilai kembali selepas game malam ini sama ada fit tak untuk match penting bertemu Chelsea Ahad ini.Boateng masuk menggantikan Mael ketika 6 minit lagi masa nak tamat. Situasi benar2 menguji character pemain2 Arsenald ari segi mental dan fizikal. ngog hold bola sebelum melorongkan kepada Steinsson overlap dari arah kanan hantar ke dalam kotak tapi Klasnic yang ditekan pemain kita hanya mampu merembat ke awan. Di minit terakhir Bolton sekali lagi berpeluang namun Ryo yang ada semangat kamikaze , masuk memberi tekanan kepada Cahill akhrinya rembatan pemain summer target Arsenal itu jugak tersasar. Arsenal kekal bertahan dengan keputusan 2-1 , kita melangkah ke suku akhir dengan jayanya.

Man of the Match performance daripada Arshavin, sudah tiba masanya dia perlu lebih konsisten bagi memberi ruang rehat kepada Walcott yang sudah kering idea dan kehabisan minyak. Arshavin nampak lenih natural apabila beraksi di central position terutama di belakang striker, tapi agak sukar untuk Wenger deployed kan taktik tu ketika dia lebih prefer 4-3-3 sekarang ini. Apa yang dilihat keberkesanan Arshavin lebih kepada pmain2 yang berada di sekelilingnya. Park , Oxlade, Yossi, Frimpong adalah pemain yang energetic dan mempunyai mobility tidak terhad. Ketika pemain2 disekelilingnya nampak hidup dengan larian2 dan link up play yang baik, Arshavin nampak dalam mood.

Andrey is a player who of course takes a bit gamble on nearly every ball he plays. Sometimes he loses balls he shouldn't lose but when you look at the end of the game he has always had a big impact. Tonight he scored and made an assist. He had a good performance tonight.- Arsene Wenger.
Selepas ini Chelsea tunggu di Stamford Bridge. Berjaya melepasi halangan di jambatan itu bermakna kita sudah lebih bersedia untuk meneruskan liku2  seterusnya. Ada tak jalan lain kalau tak nak lalu jambatan itu? Ada tapi lebih jauh dan lagi sukar. Buat apa mau susah2, berpantang maut sebelum ajal.Dari tegak bersimpuh baik rebah merempuh...

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: