Rabu, 31 Ogos 2011

Lagi transfers menjelang deadline day

Setelah berjaya mendapatkan Kapten Korea Selatan, nafsu membeli Arsenal tidak terhenti begitu sahaja. Arsenal masih aktif terutama dalam pencarian di bahagian pertahanan. Oh ya sebelum terlupa seperti yang diberitakan melalui Twitter tadi, Armand Traore melengkapkan perpindahan ke QPR dengan anggaran pakej selama 3 tahun, Gua lagi frust yang ini daripada -hari ini Nasri main dan lusa pindah. Ini, -semalam main, kene belasah kaw2 esok terus dibenarkan pergi medical!? kecewa.Kecewa maruah kita digadai begitu sahaja diletakkan pemain yang tiada lagi perasaan dan nawaitu berjuang, satu lagi man management yang teruk dari pihak pengurusan. Tak ada player lagi? Aku prefer Ignasi Miquel diturunkan dan Kos diganjakkan ke LB, paling koman pemain muda Spanyol itu menunjukkan boleh effort yang lebih.

Dan seakan pasti pemergian Traore meninggalkan Gibbs keseorangan. Arsenal pasti sudah ada backup plan jika berani menjual Traore. Itulah sebab rumors mendapatkan LB warga Brazil dari Fenerbahce berumur 28 tahun Adre Santos ini ada asasnya. 22 cap internationaleleh, Arsenal dianggarkan akan membayar sebanyak 7M bagi mendapatkan khidmatnya. Angin bertiup kencang dari Turkey,  Santos akan hadir menjalani medical hari ini.Tgk gol2nya lagi banyak dari Clichy tapi defensice element yang kita lebih dambakan sekarang.



 
Dan kalau benar seorang lagi pemain yang akan menjalani medical adalah highly profile Per Metersacker. Arsenal dilaporkan dah bosan menunggu harga  Cahill yang dikatakan overpriced, Wenger lepas bid kene rejected hari tu pun balas balik pada presiden Bolton ."kalau ko tak mau jual , ko boleh simpan" , menguatkan andaian Wenger dah merajuk dan cari barang import pulak. Kapten Werder Bremen yang tinggi lampai ini dianggarkan bernilai 10M. Tapi ada ura2 ia bukan pilihan utama Wenger kerana ada yang cakap dia ni agak slow dan mungkin susah nak cope dengan gaya Arsenal. Slow tu mmg kelemahan kalau asyik selalu main high line defends, kadang2 kene sedar bukan semua situasi kita perlu taktik yang sama memanjang. Gua pedulik apa masa ini,  yang penting signing tembok Jerman ni boleh menghantar mesej pada rival2 kat luar sana tu, Arsenal masih nak main bola. Jadi tak jadi dia boleh main kat sini kita cari kambing hitam kemudian.kah3.Asalkan dia lagi bagus dari Laci dan Johan. Ketika internationaleleh ni Per berada dalam kem Germany tapi pengurus skuad kebangsaan Joachim Low mengesahkan,
''Per contacted me last night and informed me (about Arsenal's interest). I told the player that I would release him for the day.''
 Jadi Park kompom, Santos, dan Per seakan pasti. Nama2 yang kini berlegar2 adalah Si Israel Benayoun yang gua tau ramai berdoa agar ini tak jadi kenyataan, selain rakannya di Chelsea Alex dan Malouda. Gary Cahill di sebalik rajukan Wenger, masih diintai2 jika Arsenal gagal mendapatkan Per Mertesacker.

Esok transfer deadline day, mungkin aku tak dapat nak update di blog buat beberapa hari Tapi akan ku cuba membuat liputan tentang rumors dan signing2 deadline day di Twitter.Selamat kunjung mengunjung dan berhati2 di jalan raya.

Agi idup agi mengGunners!!


0 ulasan: