Ahad, 23 Januari 2011

Post Match : RVP 3 AlHabsi 0



Sepandai2 Al Habsi melompat akhirnya RVP score hat-trick jua.  Hatrick pertama the Flying Dutchman sepanjang kerjayanya bersama Arsenal meletakkan kita terus menekan2 kerusi panas persada liga di mana pada hari yang sama City kecundang manakala United terus merakamkan kemenangan. Tapi apa yang berlaku di luar padang tidak sepenting apa yang dipersembahkan di atas padang semalam. Jika tidak kerana Al Habsi, Wigan mungkin pulang dengan kemaluan yang lebih terserlah. Al Habsi merupakan sempadan antara kalah besar dan kalah bagi Wigan apabila berjaya menafikan , serta mengecewakan jentera serangan Arsenal terutama di separuh masa pertama. Nasri RVP malah Fabregas nampak seakan2 tak percaya apabila bola tidak mahu masuk2. Nasib baiklah gol yang dicari2 datang awal jugak , kerana jika Wgian terus berjaya mengecewakan pemain2 Arsenal tatkala minit bergerak dengan pantas sudah pastilah, tekanan berada di pihak kita. Song berjaya melakukan gerakan kaki yang menarik sebelum menghantar bola yang meloloskan RVP dari perangkap offside, nah kau satu sepakan kaki kiri menewaskan AlHabsi di sudut sebelah kanan penjaga gol Oman itu.Itu sahaja gol yang berjaya dijaringkan pada separuh masa pertama.

Separuh masa kedua Arsenal bermula dengan agak terpinga2 terutama di 10 minit pertama.Rentak penguasaan menyerang bagai tertinggal dalam locker persalinan apabila Wigan yang membuat dua pertukaran cuba mengubah perlawanan bagi mencari gol penyamaan. Mula menyedari sebijik gol tidak cukup bahkan boleh masih meletakkan Arsenal dalam risiko(2 gol sekalipun tak selamat sebenarnya), Arsenal kembali sedar dan kembali bernafsu.Lambungan cantik Fabregas menemui RVP yang melakukan volley cun di luar jangkauan AlHabsi yang tak sempat nak buat apa2. Wenger cakap, walaupun Fabregas kelihatan kecewa ketika dikeluarkan kerana gagal meletakkan nama dalam senarai penjaring tapi dia sepatutnya berbangga dengan contribution yang dilakukannya, siap cakap gol kedua tu memang 1st class dan tak jemu2 ditonton berulangkali. Berbalik pada game tadi , sebaik sahaja RVP menjaringkan gol kedua juga dengan kaki kiri, aku ternanti2, adakah ini masanya untuk RVP mencipta hat-trick pertama setelah sekian lama? Dan bagai dimakbulkan, Fabregas dijatuhkan dalam kotak penalti dan sekali lagi Wigan beraksi dengan 10 orang apabila Gary Caldwell dibuang padang. Namun, oleh kerana mungkin terlalu excited , RVP merembat penalti dengan kaki kiri melangkaui palang. Kekecewaan jelas tergambar apabila RVP menyembamkan mukanya di tanah tanda tidak percaya.Fabregas datang dan menenangkan naib kaptennya agar terus fokus.

Nafsunya tidak mati di situ, bagai kelaparan, RVP sekali lagi melepaskan rembatan namun tanpa berjaya disentuh AlHabsi kali ini ia mencium tiang. Kita tahu, ini kalau dibiarkan RVP lagi ni tak lama jek masa untuk tengok dia score hat-trick. Ternyata ia berjaya dilangsaikan.Fabregas berjaya mencari Walcott yang memancor kedalam kotak penalti sebelum membiarkan bola untuk RVP menyudahkannya, tapi kali ini dengan kaki kanan. Sambutan kepuasan jelas terpancar di wajahnya.Itulah sumbangan terakhirnya sebelum direhatkan diganti oleh Chamakh.Fabregas jugak dikeluarkan tapi agak kecewa mukanya,mungkin kerana tak dapat score dan beberapa kali menjadi mangsa  foul lawan.Penggantinya adalah Denilson yang telah pun menerangkan apa sebenarnya 'kritikan' tentang kepimpinan dalam skuad Arsenal. Terlebih dahulu sebelum itu Nasri jugak telah digantikan oleh Arshavin yang masih cuba dalam proses memenangi kembali hati pengkritik terutama di laman sendiri.

Arsenal menang seperti dijangka dan kembali merampas slot kedua. Kita masih belum bolos dalam liga sepanjang 2011 dan harap dalam tengah minggu hadapan momentum seperti ini diteruskan ketika bertemu Everton.

Pasal transfer pulak, Ramsey telah menyertai kembali kelab asalnya Cardiff secara pinjaman sehingga akhir bulan hadapan. Mengenai CB baru, Wenger bergurau dengan media apabila berkata" korang duk asyik tanya pasal CB2 baru masuk, tengoklah CB sedia ada kami main cukup baik  punya setakat ni tak bolos" Akud apat merasakan dia tak membawa masuk CB kerana alasan telah awal2 dikeluarkan, Squaillaci akan kembali minggu depan, Mael boleh jadi orang penting di hujjung musim, dan Song boleh bermain CB. Cuma adakah berita tentang kita mendapatkan pemain sayap muda bakat panas Souhampton ini benar? Jika benar, kita mengharapkan Alex Chamberlain mendpat perjalanan kerjaya yang lebih hebat dari Theo Walcott kerana kalau diikutkan, jalan cerita kedua2 mereka ke Arsenal lebih kurang sama. Prospek England di Arsenal semakin berkembang.


0 ulasan: