Jumaat, 28 Januari 2011

Apa kaitan sejarah Herbert Chapman dengan Huddersfield?




Arsenal akan bertemu kelab di tangga ketiga League One, Hudddersfield Ahad ini dalam saingan FA Cup. Tapi mungkin ada di antara kita yang ingin mengetahui apa sebenarnya keistimewaan di sebalik tie ini dan apa pulak sejarah berkaitan bos lagenda Arsenal, Herbert Chapman dengan Huddersfield.

Secara ringkasnya Chapman sebelum menyertai Arsenal juga pernah menguruskan Huddersfield dan sempat menaikkan nama kelab di Yorkshire Barat itu. Membawa Huddersfield ke era kemasyhuran pada ketika tahun 20 an, Chapman seorang yang berani bereksperimental dan mempunyai visi yang jauh dari segi teknikal dan taktikal.Dia memperkenalkan corak formasi WM yang berjaya membawa Huddersfield menjuarai liga pada 1924 dan 1925.


Sebagai lagenda dan dikatakan bapa modenesasi dalam bola sepak England khususnya, Chapman meneruskan idea2 serta zaman kegemilangannya di Arsenal pada tahun 30 an. Antara ilham2 dan legasi yang ditinggalkan adalah jam highbury, lengan putih, memperjuangkan penukaran nama underground tube dari Gillespie Road tube station kepada nama Arsenal station.


Tak boleh dilupa adalah kejayaan pertama Arsenal menjulang FA Cup ironinya melawan siapa lagi kalau bukan kelab lamanya Huddersfield. Dia juga merupakan kunci di sebalik title liga pada awal 30 an tapi sayangnya kejayaan pada musim 33/34 tidak disaksikannya apabila terpaksa pergi lebih awal beberapa bulan sebelum Arsenal menjulang piala.

Lagi cerita mengenai Chapman, Huddersfield dan Arsenal boleh dibaca dengan lebih lanjut melalui artikel menarik ini. -sumber, Soccernet.


0 ulasan: