Jumaat, 5 November 2010

Suka suki aje

 
Amboih Bert van Marwijk. Siapa pulak bagi permisssion korang boleh angkat RVP. Hero tu baru jek tgh struggle masuk kelas pemulihan, sepak bola dgn main bola pun tak lagi alih2 tiba2 dengan senang hati lu orang nak 'pinjam' lepas tu pulangkan barang yang 'rosak' balik. claim baiki? sikit pun lu orang takde amek kesah. Wenger pun pelik dengan kes ini, mana taknya, dengan Arsenal training pun tak boleh join tiba2 Pasukan Belanda mahukan ayam tambatannya turut serta dalam pasukan bagi meaningless internationaleleh menentang Turkey. Seperti yang kita kenal Wenger bukanlah seorang nasionalis maka perkara ini pasti akan ditentang habis habisan kerana bukan sekali dua, dah banyak kali pemain2 nya pulang dengan kecederaan melampau setiap kali beraksi bersama pasukan negara. Bukannya pergi perang pun tapi injured ada tu sampai berbulan, mana boleh tahan beb, siapa yang bayor gaji. Sudah tiba masanya Arsenal tidak terlalu berlembut dengan perkara2 seumpama ini yang kalau biasanya, kelab akan mengalah. Suaut tindakan perlu diambil dan diajukan pada pihak FIFA mengenai garis panduan persetujuan call up antara ketiga2 belah pihak, kelab, pemain dan pauskan kebangsaan.

Aku tersalah info sebelum ini kujangkakan match Ahad ini adalah away di St James Park tapi rupanya di rumah kesayanga kita Emirates. Ada kelegaan sedikit kerana kita baru lepas travel jauh dan pulang dengan tangan kosong. Sekurang2nya tak perlu travel lagi dan tekanan agak kurang. Match pun makin sendat kerana Rabu depan kita akan away ke Wolves memburu serigala.Mintak2 Fabregas Arshavin dan Song boleh kembali menguatkan  barisan dengan harapan pemain lain lebih sharp dan fokus. Jack Wilshere dah tamat penggantungan jadi dia akan kembali mewarnai aksi domestik.


0 ulasan: