Khamis, 20 Ogos 2009

Bendi naik harga.

Bendi telahpun ditawarkan kontrak baru 2.5M setahun selama 3 tahun dengan gaji sebanyak 50K seminggu.Ini adalah lanjutan kontrak yang bakal menyimpan Bendi di Emirates hingga 2014.Perghh..Bendi kayo, harap tak pergi clubbing londeh2 seluar lagi sudahlah.Satu lagi, gaji dah up, jangan buat perangai Adebayor sudah.Tapi itulah, aku tak paham, belia2 muda ni tak boleh pegang duit banyak2.Patutlaa belia2 muda tertarik nak main kat Arsenal sebab kelab mana lagi bayar gaji player muda setinggi macam ni.Harap gajinya setanding dengan kualiti yang dipamerkan.Time Everton die nampak on, lawan Celtic die off..Err tak nak lah gitu, kalau boleh kenalah kekalkan konsistensi.

Pemergian Adebayor dan Toure diakui Wenger kembali memberi keharmonian bukan sahaja kepada Bendi tetapi juga satu pasukan.Setelah insiden 'hantukan' itu, kita sedia maklum hubungan Bendi dan makhluk itu pastinya tak seperti dulu begitu juga Toure yang taknak bercakap dah dengan Gallas.Wenger menyifatkan pengorbanan harus dilakukan demi kebaikan untuk melihat pasukan bersatu.



Mael.. pantas menjadi kesukaan ramai .Wenger memuji, terkejut, Almunia memuji dan rasa konfiden macam Mael ni member dah lama kenal, Mael pulak merendah diri memuji Gallas.Elok la tu masing2 sedar setiap pemain mempunyai kepentingan kerana Arsenal ni main bagai satu team.Satu tak function habisla.Itu yang pentingnya ade back up yang berkaliber tapi sampai sekarang hanya Mael jek yang dibawa masuk.Mane janji2 manismu Wenger.Memang Song tengah menggila sekarang tapi kite tahu Cameroon macam layak p African Cup jadi sebulan lebih tu siapa mau ganti?? Arsene Wenger, jangan spoilkan satu2nya peluang nak membuktikan projek ko ni, tahun inilah tahunnya, cuma tambah 1 2 muka baru kat posisi yang penting DM, CB orang tak bising punya, orang akan tetap projek ini berjaya.Tahun ini, inilah masanya sedang team2 lain tengah kalut tak stabil, kita di landasan yang betul, kasi perkuat sked skuad depth, settle.Baru pencabar2 lain nampak keseriusan Arsenal.

Mengapa tiba2 aku kembali bising pasal transfer.Sebab rumors Arsenal kian sepi walaupun Van Der Vart punya cerita sedikit mengujakan aku.Walaupun macam tak kesah dapat ke tidak tapi kalau benar, satu bonus di situ.Ape2 pun, Pompey 2 kali kecundang,jadi mereka tentu bersemangat, tak boleh ambil mudah.


0 ulasan: