Ahad, 26 April 2009

Post Match : Kapten Fabtastic!


Setelah Arshavin menjaringkan 4 gola, kini giliranKapten Cesc Fabregas kembali ke sentuhan jaringan dengan 2 bijik gol.Masa yang paling sesuai untuk meneruskan momentum dengan pertemuan semi final UCL tinggal beberapa hari jek lagi.Fabregas menjaringkan gol pertamanya sejak kembali dari kecederaan ligamen yang memaksa dia diketepikan selama 3 bulan lebih.Terima kasih kepada assist Arshavin dan Eboue.Sebaik sahaja score gol kedua dia dikeluarkan untuk memberi laluan kepada Adebayor sementara Walcott digantikan Diaby bagi merehatkan kedua2 key player.Arshavin digunakan sepenuhnya hingga kering.. peluhnya kering tapi idea tak.Walaupun nampak kepenatan, tapi Arshavin tetap merupakan anchor kepada serangan2 dan pergerakan Arsenal.

Firs half Arsenal turun dengan Bendi diletakkan di bahagian serangan disupport oleh Arshavin.Sagna yang masih belum menemui rentak direhatkan memberi peluang kepada Eboue, Denilson tetap disayangi Wenger.Dudu aku tak tahu ape masalah die mungkin Wenger kate "Alang2 ko dengan Rosicky aku bagi main season depan jek la sebab season ni aku tangkap cintan sama Diaby dengan Denilson".Almunia kembali ke pintu gol.Lagipun tak banyak ancaman cuma beberapa kali Almunia diuji dan tiada mistake atau tanda2 kerisaun pada riak wajahnya.Arsenal clean sheat sekaligus mencipta rekod 8 home clean sheat berturut2, satu rekod baru yang dipecahkan setelah 106 tahun.Tak sangka pulak aku boleh jadi rekod tu.huhu.

Jozan kembali ke aksi pada 2nd half, sama ada taktikal atau Silvestre dikatakan injured aku tak berapa pasti tapi Jozan perlu lebih fokus kerana ada beberapa saat di mana dia kelihatan leka dan boleh mendatangkan bahaya.Ferguson yang hadir tadi pastinya meneliti segala aspek dan hendak menggunakan semaksimum mungkin di mana lihatnya kelemahan pada Arsenal.

5 Match tanpa kemenangan bertemu Boro akhirnya Aliadiere berada di pihak yang kalah.Apekan daya,hari2 indah Southgate hanya tinggal dalam kiraan kerana mereka seakan2 pasti tergelincir dari saingan utama.Sedang Aston Villa seri dan Everton kalah, Arsenal terus mencabar kedudukan ketiga dan sesuatu yang tidak mustahil untuk dicapai.

Fokus kembali ke satu-satunya harapan piala season ini dalam suasana yang amat positif.Ayuh!!


0 ulasan: