Jumaat, 24 Oktober 2008

Wenger: Arsenal perlukan sokongan anda!!

Selepas kemenangan ke atas kelab Turkey Fenerbahce 5-2 dengan rata2 purata umur skuad malam tu hanya 23 tahun, Arsene Wenger berbesar hati dan berbangga dengan skuadnya tapi masih belum berpuas hati dengan sokongan dan 'guide' yang diperlukan terutama dari penyokong2 Arsenal..rata2 mereka masih belum mampu mempercayai kemampuan dan kadang2 tidak seoptimis wenger.Bagi aku aku percaya aku yakin dengan skuad yang dah sedia ada tapi yg membuatkan aku bengang dan suke mengkritis ialah masalah konsistensi yang sejak beberapa musim lalu gagal ditangani. Kali terakhir Arsena betul2 konsisten ialah ketika menjulang liga dengan rekod tanpa kalah 49 perlawanan , lepas tu tamatlah riwayat kesan degil.. seorang2 demi seorang star dan player berpengalaman pindah dan bebanan dipikul oleh batch2 generasi muda ketika ini seperti clichy dan fabregas.Ok cukup, dah berapa ulang kali nak disebut tentang pengalaman, korang boleh paham2 sendiri ok..

Wenger bercakap sedemikian ketika mesyuarat tingkap bersama ahli2 lembaga pengarah unutk membentangkan status kewangan dan belanjawan serta men'clear'kan polisi dan masa depan kelab terhadap para tetamu antaranya media dan org ramai. YAng menariknya kemunculan Stan Kroenke sebagai non executive BOD dan duduk di sebelah wenger.Apekah dengan suntikan kewangan dari tycoon amerika nih mampu membuatkan arsenal selamat? ak tak anggap Kroenke akan datang dan menabur duit straitgh atas meja wenger tapi ini adalah sebagai salah satu backup kewangan dan jika Wenger mau, dalam henset die dah ade nombor Kroenke, hanya SMS ON TRANSFER hantar kan ke 32555 tak diterima..hahaha.Jadi adakah akan ade sumabgan derma ikhlas dr Kroenke di jauary transfer.Wenger sendiri tidak menafikan peluang jika Transfer dapat mengubah dan memberi kejuaran kepad Arsenal season ih, Januari adalah bulan membeli belah katenye.

Ok, dalam mesyuarat tu jugak Wenger memberi sebab2 kenapa die begitu ceria seperti rowan atkinson dan begitu optimistik terhadap projeknya dan menyeru agar media dan supporters memberi sokongan yang sepatdutnya kepada pemain2 muda nih. Pertama kerana jika dilihat rekod semasa, Arsenal merupakan antara 4 kelab yang tidak pernah ketinggalan beraksi dalam UCL dalam tempoh 10 tahun berturut2.Ini fakta katenye.Lepas tu, dari segi kewangan arsenal merupakan kelab yang menjana kekayaan dan keuntungan sendiri tanpa perlu berhutang dengan mane2 org atau agensi luar dan semua trafer yang dilakuakan adala h berpunca dari sumber2 yang halal toyibbah.heheh.KIre dari poket arsenal sendiri la, melauli marketing ke merchandising, ticket game ke dan bnyk2 program. Bercakap tdentang program legend arsenal DB10 sempat merasmikan klink bola seak Johan Cryuff dengan kerjasama Arsenal di mane aku lupe plak.Tapi boleh nampak la si Bergkamp nie kal masuk management aku memang nak sgt die bakal ganti wenger kalau PAk cik kite dah bersara nanti.hanya satu perkataan jek buat Bergkamp.LEGEND! Wenger sendiri mengakui Bergkamp bakal menjadi coach yg seempoi dan membimbinag arsenal? why not?!..

DAn sebab lain kenapa Wenger optimistik ialah dari segi corak adunan player2 nya sendiri yang rata2 dibanjiri oleh bakat2 luar biasa.player2 dari serata pelusuk dunia yang berbakat dikumpulkan dan diberi suntikan beberapa plaer berpengalaman..fabregas sekalipun dah dianggap palyer senior arsenal.nampak tak? hebat tu... wenger cakap la tp ade benarnye jugak cume konsistensi. Satu kekecewaan yang bermain di benak wenger adalah kekalahan di Hal Siti.ini kerana kalau mereka tak leka dan meemandang rendah, merak hanya sekadar 1 point untuk dikejar.WEnger menamah juga kesunyian stadium, AKu pun kadang2 tengok stadium Emirates nie penuh tapi agak sunyi beza dengan highbury yang agak compact dan padat. Wenger tahu season lepas telah memberi tamparan yang menghampakan kerana semua penyokong berasa kita semakin hampir tapi agak terkejut jalan ceritanya U-turn dari skrip asal, mungkin season ni penyokong2 tidak lagi agak yakin tetapi Wenger mahukan sesuatu yang positif dan srakan emosi dari para penyokong, dan Wenger juga tak letak target tahun depan tapi setiap tahun adalah sasaran katenye, faktor umur bukanlah alasan.


Seperkara lagi, berita yang pasti ditunggu2 oleh para penyokong Arsenal di luar sana, kemunculan kembali predator, terminator , fox in the box atau panggillah ape sahaja.. Eduardo Da Silva bakal kembali beraksi dalam 3 minggu lagi!!! YAYYYY!!! tak sabar gua menantikan kelibatnya, Dalam bnyk2 transfer season lepas Eduardo lah yang aku memang nak sgt tgk die main, macam setiap kali die dapat bola aku rase macam..pergh.. taknak nampak die wat silap..Depan gol, ratio peluang dgn jaringan memang superb, ade klass.. setiap kali die miss, kedua2 tangan aku atas kepala tak percaya, nie sume reflex spontan.. dari celah2 mane yang tak disangka kan boleh gol Eduardo mampu lakukannya.. itulah Eduardo, satu type player yang lain dari yang lain pernah dimiliki Arsenal. Ingat gol lawan sheffield united?West ham? Manchester City? Sevilla? Saprta parague? semua tu bakal diulang tayang semula harap2nya dengan kemunculan Eduardo. Tapi Wenger menjelaskan maksud '3 minggu' adalah 3 minggu untuk compatative football yakni beliau dah boleh join full training dan training match.Tapi untuk betul2 match fit dan sedia diturunkan mungkin mengambil masa.Xpe Eduardo, kami sabar menanti anda seperti mana anda sabar menghadapi cabaran hidup nih kerana bagi sesetengah player mungkin karier mereka sudah berakhir.Wenger begitu yakin Eduardo akan muncul fresh segar dan 'baru'.Tidak mustahil katenye untuk Eduardo kembali ke prestasi asal seperti dahulu kerana faktor usianya yag memudahkan untuk proses recovery tapi jika Eduardo dah tua terlajak sket mungkin susah baginya atau bye2 pada kerjaya.Apakah ini yang dialami oleh roSICKy ..oh tidak!!! Wenger tidak berani memberi jaminan atas kapten Czech itu dan katenye mungkin akan kembali lepas Krismas.Ape???!!! kali terakhir aku lihat aksinya Januari 29, so aku tak expect ape2 lagi dari player nih kerana biarlah die sembuh betul2 kaw2 baru la beraksi semuala, takde gunenye main cepat2 sakit balik..injured 2 tahun.hampeh.Kami jugak di belakang anda Cik Ros.

Aku bukan cakap Rosicky tua maknenye..tapi taklah terlalu mude, tahun depan 28 kalo tak silap.Tapi yang betul2 dah tua tak lain dan tak bukan bekas Kapten England yang kini bagai barang buangan Tapi masih berharga dari sudut nilai komersil, David Beckham. Beckham kini diancam dan memang kedudukan nya dalam England dah terancam pun sebab kite ade TW7.waa baayangkan kalao kat England die die gelar TW7 bila kat arsenal kekuatan die bertambah 2 kali ganda laa ek sebab TW7 x 2 = Tw14.hahaha mari belajar ilmu hisab bertama siti sifir.Ape Siti2? sensitip tau..bende pelik jangan tegur. OK merapu jap, lame tak menulis.heheh. Balik semula cite pasal BEckham nih, Oleh kerana nak main England , Beckham diarahkan oleh Don Capello agar terus bermain Compatative football tak kira dalam liga mana pun kerana MLS akan mula berehat JAnuary.LAgipun LA Galxy pun bukanlah hebat mana sekarang.Jadi ade ura menyatakan player nie bakal diloankan di MIlan kerana musim lepas Weger membuatkan Fabregas kelihatan sgt2 spastik dalam gambar yang ceria apabila menjalani latihan bersama Arsenal.Musim ni, Arsene Wenger relah menafikan ape2 peluang untuk Arsenal sigin Beckham pada bulan Januari.Tapi die tak menutup pintu untuk Beckham bertandang dan menumpang mandi eh, practice persama arsenal lagi. Tambahnye lagi, RM bukan lah posisi yang perlu diperkuatkan kerana arsenal dah sedia ade Walcott dan Eboue yang boleh memainkan peranan.

So, amacam, panjang tak kali nih?heheh..balas dendam lame tak tulis.ape2 pun kejap lagi pre match west ham pulak.tunggu....huhuhu


0 ulasan: