Mulekan dengan berita2 mengutuk jiran tetangga.Chelsea menang 2 bijik jek?????!!!! Aku rase kalau diorang lawan burgerland pun boleh kalah chelsea nih.. Dah la tu, 2 2 gol dari sisa sarap Arsenal, Anelka ragam dengan Cashley hole. Malaysia jgn la plak bangga sgt, jangan salah paham, aku sayang malaysia dan gambar sebelah ni adalah gambar hiasan, sekadar luahan kekecewaan dari peminat2 yang begitu kecewa agaknya. Tapi tibe2 ade aku perasan muke yang mencapub tak pernah2 nak turun padang tibe2 ade kat situ.Woi buat ape ko kat situ?! Kalau kat Colombia dah lame kene target sniper agaknye. Spurs pulak, how on earth??? macam mane boleh jual robie Keane sampai 20M?Henry legend pun 16M.. Liverpool gile...inilah yang merosakkan EPL, player2 di overrated. Bayangkan kalau harga Keane dah camtuh camne plak harga si barbie nanti.. jual 2 ekor tu jek dah mampu cecah 50M! ntah sape2 la diorang beli pasni, sekarang tgh ura2 nak beli sisa arsenal Bentley. beli2 jangan tak beli, sejarah dah membuktikan Spurs takkan ke mana.. ke White Hart Longkang gak.Ok mari ke segment memuji pasukan sendiri.heheheh. Cesc Fabregas dah kembali ke latihan..yahoo!! Namun die hanya kembali ke London Colney dan berlatih bersama2 dengan Kolo Toure sambil diperhatikan coach Colbert.sahaja yang dapat pelepasan awal di Austria. Rakan2 masih ada lagi di sana dengan perlawanan seterusnya esok 31 JUly bertemu VSB Stuggart. Perlawanan yang sudah mule serius dengan lawan yang makin mencabar. Adakah sesuatu yang hendak dibuktikan oleh mario Gomez tentang kekecewaan aksinya di Euro, tapi sayang Stuggart tidak dapat melihat bagaimana Arsenal menatang dan membelai bekas pemainnya Alex Hleb .
Apakah azam musim baru bagi player2? Paling lega didengar ialah azam RVP iaitu kekal injury free sampai akhir season.Sedar pun die bahawa rekod die yang begitu teruk. Asal mule nak mengganas jek mule lah dihantui pelbagai kecederaan. Dah memang nasib, apa nak buat. Namun harap RVP dapat melupakan saat2 menegcewakan dalam kariernya dan muncul dengan fitness dan azam yang baru.Berhati2 juga di medan antrabangsa kerana di situ jugalah anda sering pulang ke Arsenal dengan balutan dan parut2 di kaki. Sementara itu,Arsene Wenger begitu optimis dengan kelibat Toure di awal musim walaupun diserang Malaria.Wenger berkata Demam Malaria tidaklah seteruk serangan Histeria di Kuantan mungkin..Tidak, itu aku yang tambah. Toure adalah penting bagi membentuk konsistensi di bahagian CB, lubang utama Arsenal sejak beberapa musim ini.Harap Wenger dapat mencari jalan penyelesaian.Ayuh lakukan sesuatu!
12:00 PG
Gunners & Roses
Posted in


0 ulasan:
Catat Ulasan