Arsene Wenger meneruskan projek 'muda mudinya'. Arsenal telah mengesahkan pemain ke-3 yang baru ditandatangani. Francis Coqelin ,17 seorang lagi bakat muda Perancis akan diserapkan ke dalam skuad reserve Asenal yang rata2 dibanjiri player muda sahaja. Pemain DM dari Stade Lavallois ini yang memikat perhatian sewaktu trial, telah diikat kontrak selama 4 tahun walaupun semasa trial tersebut die telah mengalami kecederaan. Francis seperti biasa diintai oleh kelab2 dari negaranya sendiri seperti Lyon, Nantes namun seperti biasa juga bagi player muda, Pengaruh Arsene Wenger yang dikatakan menjadi daya penarik. Francis diserah jersey bernombor 59 dan mungkin jika prestasinya yang bagus bakal diserapkan dalam skuad Carling Cup. Kini suatu statistik yang menarik, hanya tinggal Almunia(31) dan Gallas(30) sahaja merupakan pleyer paling tua di Arsenal diikuti Rosicky dan Toure(27). Dan Arsenal membuat pengakuan bahawa die tak sanggup 'membunuh' karier pemain2 muda dengan membawa masuk player2 baru yang lebih berpengalaman dan sudah bersatatus bintang.
"Of course I am in a position where I can spend the money. But every time we have done such a great job with the young players that you are concerned 'do we kill a young player or not by bringing another player in?' It is a very sensitive subject which is not specially linked with money."
Aku ingin meminjam quote dari watak villain paling hebat abad ini The Joker, yang baru aku tonton semalam.Mr. Arsene Wenger," Why So Serious?!" Kenapa ko perlu begitu serius dengan eksperimen ko ni? Brapa tahun lagi diperlukan untuk ko tengok player2 yang ko tatang bagai minyak yang penuh, berlalu meninggalkan ko selepas hanya 2 atau 3 tahun diujikaji.Jadi skripnya bakal berulang sama jika Arsenal gagal menjuarai apa jua kejuaraan musim ini Adakah Wenger betul2 mahu mencabar kejuaraan liga dengan skuad yang ade sekarang? Kami penyokong Arsenal bukannya apa, hanya meminta 1 atau 2 lagi experience signing sudah cukup. Untuk menutup buku cek tanpa mengganti player2 yang telah meninggalkan Arsenal terutama lubang di bahagian tengah adalah suatu yang gila. Gunakan duit itu sepatutnya Wenger. Memang benar Diaby, Denilson , dan Song ada.. tapi bolehkah diberi jaminan mereka bertiga akan sentiasa fit sepanjang musim dan dapat menanggung tanggungjawab tanpa bimbingan player yang lebih berpengalaman, tentulah tidak. Lihat sahaja Rosicky, berpengalaman, namun jatuh hati pada nurse di klinik Arsenal mungkin.Terbaru, Rosicky disahkan akan terlepas aksi pra dan permulaan musim dan hanya akan kembali di bulan September. Jadi Arsene, ceriakanlah penyokong2 Arsenal dengan signing2 yang hebat2 sekali 2 jek, tak rugi sesen pun. Jualan jersey makin menigkat, fan base makin ramai, keyakinan player2 senior juga akan diteruskan.Jadi sebentar lagi Arsenal akan memulakan 1st match pra-musimnya. Kepada mana-mana penyokong Arsenal Malaysia yang mempunyai ArsenalTV Online boleh le tengok perlawanan Arsenal VS Barnett Underhill.Jadi aku terpaksalah cari streaming TV di internet nih..kalau lah ade. Tanpa Adebayor, Arsenal bakal julung kalinya menurunkan Carlos Vela dan Ramsey, waaa best2..tak sabar nak tengok aksi bintang2 muda nih.Francis Coquelin pun ade jugak kut. Semacam satu tradisi sejak beberapa musim ini Arsenal mengadakan perlawanan bersama Barnett. Rekod menunjukkan Arsenal tiada masalah menentang kelab kecil ini tetapi sebagai persediaan, perlawan ini tidak boleh diambil mudah, jika Wenger ingin betul2 SERIUS musim ini.
P/S: Arsene Wenger mahukan darah muda dalam skuadnya kerana darah lama sudah tak boleh dipakai lagi.
8:03 PTG
Gunners & Roses
Posted in


0 ulasan:
Catat Ulasan