Isnin, 16 Jun 2008

Arsenal buka buku baru bertemu West Brom


Arsenal akan memulakan kempen EPL 08/09 bertemu dengan pasukan West Brom yang baru dinaikkan dari liga Championship, di Emirates Stadium pada 16 Ogos. Lepas tu away menentang Fulham kemudian home balik bertemu Newcastle pada perlawanan ke3. Memang kalau atas kertas orang akan kate antara big four Arsenal paling senang di permulaan dan penutup tirai menentang Stoke City. Tapi secara tersiratnya jadual ni akan memakan Arsenal kalau kite bercite2 hendak mengecap piala musim depan. Ape kejadahnya Man U menentang semua big 4 di home pada pusingan kedua liga. Nampak sangat kuasa 'membeli' diorang. Sedangkan Arsenal, saat genting di akhir liga selepas champions league semi final, akan bertemu Chelsea home kemudian Man U away di 2nd last match liga. Pundit awal2 lagi menyatakan penentu kejuraan. Memang la nampak macam aku terlalu optimis dan berpandangan jauh, tapi itulah kite..Arsenal! sentiasa bercita2 cita tinggi.. ah..hantarlah pasukan manapun akan kami tumbangkan satu persatu dengan gandingan mantap musim depan.Tiada lagi alasan! huhu.. Semangat2..haha tak sabar beb.

Berita buruk siket bagi peminat Arsenal.Thomas RoSICKy masih lagi SICK dan mungkin terlepas aksi permulaan musim. Masalah kecedreaan yang masih menghantuinya sejak Januari dikatakan tak akan dapat sembuh sehingga lah bulan Ogos.Itupun mase tu baru boleh training kecil-kecilan saje. Aii... Cik Ros2... Apsal la ko tak contohi Eduardo punye semangat dan fitness.. huhu ape2 pun get well soon.Tapi kite tidak perlu begitu bimbang kerana tempat nya bakal diisi oleh bintang harapan yang bakal menyinar..Carlos Vela.Carlos Vela sekali lagi menemui sentuhan jaringan ketika aksi kelayakan PIala Dunia menentang Belize.

Berita Mastika : Aku panggil mastika sebab berite die pelik2 dan kadang2 mengarut2. Bintang Jerman kini menyinar di Austria,Podolski dikatakan tersenarai dalam shopping list Arsene Wenger sewaktu beliau asyik menyaksikan Euro.Henry diakatakan begitu tertarik dengan atmosphere Anfield, (aku pun tak tau ape auranya, setakat lagu jek , stadium kecik boleh la nampak macam ramai..haha) dan berminat kembali ke EPL bersama "kau tak akan berjalan bersendirian"..hahaha.. boleh jalan laa..


0 ulasan: