Selasa, 24 Disember 2013

London derby menyerikan Merseyside.


"Boring2 Chelsea" laung penyokong tuan rumah sebaik game mula nak nampak ending 0-0, lalu dibalas oleh Jose " Memang betul pun, 10 game lawan Arsenal, aku belum pernah tewas". Selepas badi Drogba, Arsenal masih lagi dihantui badi Mourinho pulak,satu2nya lawan utama yang belum Wenger pernah tumpaskan dalam apa jua pertemuan. Defensive minded nya masih lagi dibawak ke hulu ke hilir jadi tak hairanlah jika possession Arsenal sampai 61% berbanding Chelsea 39%, tapi mereka lebih banyak mencipta peluang manakala Arsenal hanya mampu melegar2kan bola, side pass, kiri kanan dan jugak back pass tanpa ada insentif untuk create chances atau selayaknya dikatakan buntu. Ruang yang dibiarkan Chelsea sangat limited jadi game ni memerlukan sedikit sentuhan creativity dari Arsenal itulah gua mendambakan pemain seperti Santi Cazorla untuk masuk dari bench tapi haram ia tak berlaku. Lupakan lah Giroud yang semakin hari menanggung beban semakin tumpul, bila mana kita ada option untuk Podolski membuat cameo, Wenger tak berani gamble. 43% serangan kita datang dari arah kanan gandingan Theo dan Sagna, Kemasukan Podolski Cazorla mungkin boleh bagi balance sebelah kiri tapi akhirnya tiada sub langsung dimasukkan oleh Wenger dengan alasan attacking player yang sedia ada atas padang dah cukup.Tak masuk akal langsung.Kuantiti ada tapi bukan kualiti, walhal itu yang selalu diwarwarkan oleh le Prof.Pendekatan Chelsea yang negatif jugak tak banyak membantu, mungkin mereka boleh score jika Lampard tak suka cari palang kemudian duduk diam2 bertahan. Peluang terbaik kita pulak hadir ketika Rambo hantar bola baik punya tapi Giroud punya half volley sekadar side netting kemudian Giroud gagal menyambar hantaran pendek Gibbs, dan tandukan Sagna diselamatkan oleh Azpilicueta.


Ref si mat din memang agak hampeh malam ni sama seperti Chelsea. Mikel at least patut dilayangkan kad ke atas tackle kerasnya terhadap Arteta, yang menjadi mangsa target tackles malam tadi.Ivanovic bajet nak buli Ozil, apekejadahnya? Ingat kungfu panda ke. Gua yakin kalau ref lain Walcott dah dapat penalti, bagaimana dia boleh bagi alasan yang Theo sengaja cari foul, dari mana sudut perspektif pandangannya ketika terang lagi bersuluh Willian sadung kaki Theo.Bukan nak cari alasan tapi macam mana mau menang ataupun feel  big game bila pengadil langsung takdak big heart.Cukuplah meroyan.

Ambil yang positif pulak, tahniah Mael yang kembali ke starting line up ganti Koscielny yang injured, bergandingan dengan BFG dan dapat clean sheet.Seri meletakkan Arsenal hanya di tangga kedua walaupun berkongsi mata bersama Liverpool, dibezakan dengan jaringan2 Suarez.Gua percaya kalau kita berpeluang mempunyai out and out striker berkaliber, kita juga sepatutnya lebih dari ini . Tinggal seminggu sahaja untuk transfer windows dibuka kembali, Arsenal perlu mengambil peluang sebegini, memang sukar untuk cari top quality yang available bulan Januari tapi sesuatu pengorbanan harus dilakukan sebelum terlambat. Khamis ini menentang West Ham dalam boxing day.3 game tanpa sebarng kemangan, dah drop 7 points dari possible 9,mari mengharap kita kembali ke dalam fesyen kemenangan secepat mungkin!

Agi idup agi mengGunenrs!!


Sabtu, 21 Disember 2013

Meninggalkan minggu yang suram di belakang.


Apabila melihat gambar di atas apa yang anda fikirkan? Ya kita mengharapkan mereka ceria bagai sebuah keluarga bahagia dalam mood yang betul untuk melupakan segala kesuraman yang melanda seminggu sudah.Dan nampaknya tak perlu tunggu masa yang begitu lama untuk meletakkan hari2 yang malang di belakang mereka , ini terbukti apabila hampir kesemua player 1st team Arsenal sempat pergi berpesta sempena Krismas dan tahun baru.Segelintir penyokong atau pemerhati mesti berpendapat Wat the eff mereka baru sahaja dibelasah City dan langsung tak menunjukkan rasa bersalah?! Tapi apa yang segelintin ini expect? pemain2 juga adalah manusia biasa yang dipengaruhi environment , lebih baik pandang ke hadapan dari meretapi permasalahan dan terus meratap entah sampai bila. Dan gua dah keluar dari sarang pemeratapan, kembali bersemangat ingin menulis. Ironinya lagi, mereka berpesta sambil di satu sudut jugak kelihatan tali barut, ex Arsenal Ashley Cole turut sama join the club. Memang sangat2 sesai bertepatan dengan masanya lah sangat untuk seorang player Chelsea join party team yang akan dia lawan Isnin ni. Memang sesuai pun.Tahniah, apa kata Jose, atau mungkin Apa kata Wenger kepada Jose "Voyeur"? Kah3..

Gua akui tempoh 2 minggu yang lepas adalah minggu yang suram buat AFC. Namun, suatu perlu dibendung, sebelum kita menjadi ibarat layang2 yang terputus talinya, tinggi berterbangan tapi sesat tak dapat cari hala tuju, daripada keadaan bertambah teruk, maka dipikirkan kembali kita memerlukan sentapan untuk layang2 itu ditarik, disentap , tersedar dari lamunan.Biar tinggi tapi ada guidance masih dalam kawalan. Itu iktibar yang semampunya kita ambil. Sepanjang musim ini, inilah tempoh kita diuji setakat ini, bermula dengan kekalahan kepada Napoli, draw bertemu juara bertahan UCL Bayern Munich(yang bakal jadi juara dunia kalau dapat kalahkan pasukan Maghribi Raja Casablanca, di mana ia ditilik seperti seakan pasti) dan kemudian menyerah kehormatan kepada Manchester City dalam satu lagi siri pembelasahan 3-6.


Gua tak berhajat pergi secara mendalam setiap game tapi biar gua cover surface saja. Lepas kita seri dengan Everton,kita terbang ke Naples dengan hanya memerlukan seri sahaja untuk jadi juara kumpulan. Tapi tidak, kita hadir ke Napoli sebaik sepak mula, kita seakan2 main untuk elak kalah dengan 3 jaringan.Di situlah segalanya serba tak menjadi.Kita pilih untuk bertahan tanpa sebarang ancaman kepada keeper Napoli . Kita bernasib baik apabila 2 ex player Real Madrid dapat gol tatkala game dah nak tamat, bayangkan kalau diorang dapat score awal, sebijik sahaja gol lagi bolos, menghantar kita ke Europa Cup.Mahu ke lagu tema Europa Cup berkumandang buat pertama kali di Emirates?Buat masa ni gua lebih prefer lagu UCL yang lebih berhantu. Dan undian 2nd round memang berhantu betul apabila kita sekali lagi diketemukan dengan juara bertahan Bayern Munich, tiada siapa yang boleh dipersalahkan selain dari diri sendiri.Kita tak banyak options, kerana lawan lain jugak seperti Real madrid, Barcelona, Atletico madrid atau PSG jadi jodoh kita sudah tertulis Bayern Munich. Sekurang2nya dalam CV kita ada sedikit harapan apabila direkodkan kita menang dalam pertemuan terakhir di Alianz Arena awal tahun ini.Itu sedikit sebanya bagi cahaya bagi menyedapkan hati. Tapi apa point dia kalau masuk UCL tapi gentar bertemu big teams yang lambat laun kalau nak mara jauh, memang akan jumpa jugak team2 ni di satu stages.Dari tegak bersimpuh baik rebah merempuh! Namun rempuhan midfield yang diketuai Yaya Toure gagal dibendung di Etihad Sabtu lalu. Fatigue, penat bukan alasan.


Tapi macam dah satu lumrah, lepas kita balik dari game2 Eropah away yang penting, decider atau sebagainya, kita akan terasa the x effect. Entah kenapa start mereka dapat gol dan tengok barisan midfield kita yang AWOLsepanjang hari tu, gua rasa ia satu lagi 2-8 in the making.Bezanya jaringan kali ini ada perasaan simpati sedikit. Hanya Walcott yang dilihat sood up pada malam itu.Monreal mempunyai mimpi ngeri lebih ngeri dari dilanggar Monorel. Giroud patut menyalahkan diri sendiri gagal menyambar peluang terhidang. Even Bendi yang masuk nampak lebih intelligent dan lively dari Giroud ketika gua rasa sub yang patut masuk adalah Rosicky dan Cazorla. Sebaliknya Mael ganti Kos yang injured 1st half, Gnabry dan Bendy dicampak bajet boleh tukar game. Itu dah sum up hari yang malang. Kesian jugak gua tengok Mael, game2 penting dia berpeluang melibatkan diri, game liga United, game league Cup bertemu Chelsea dan kini game menentang City tapi hampeh rakan2 lain takde mood ketika itu. Game tu dah macam ping pong, kejap depa sumbat gol kita try kejar, depa sumbat lagi. Dah tiba masa damage limitation time Mertesacker dapat gol last minit, gua ingat dah settle kat situ sekali dapat pulak penalti lagi sebijik.Sakit hati. Satu jek yang positif adalah budak Nasri tu tak dapat sumbat gol, menyampah gua nak tengok larian Adebayor macam menang pingat emas 100M sukan SEA lagi.  Menambahkan lagi bahang kehangatan , adalah insiden 'pertelingkahan' antara kapten Per Mertesacker dan rakan seJerman Ozil. At least itu yang jadi highlight pundit2 sebaik game tamat berbanding dengan kenduri gol yang gua rasa pedih untuk tonton balik.Walau bagaimanapun perkara itu telah diselesaikan  dengan baik dan profesional antara kedua2 dan melibatkan pihak ketiga yakni fan apabila Ozil secara rasmi meminta maaf di Twitter kerana tidak pergi berterimakasih kepada away fan atas sokongan.Kita paham semua kecewa tapi jangan besar kepala sangat, kita tak mahu lagi seekor Gallas buat2 konon menggalas harapan dan cabaran tapi sebenarnya dia tak memberi najis langsung terhadap kelab, atittude kene jaga.Well done Mertesacker yang tak segan melemparkan baju peluh masam kepada peminat biarpun baru bolos 6 bijik gol bawah departmentnya.BFG bukan seorang sahaja yang berbuat demikian, Jack Wilshere turut melemparkan jersi nya. Tapi Fan kena tunggu lagi lepas 3 game kalau behajat nak dapat jersi Wilshere ini kerana lepas dia kantoi bagi jari tengah pada fan City dalam TV, FA memilih untuk menghukum gantung 2 perlawanan.Ini bermakna Jack bakal terlepas peluang 2 London Derbies, Chelsea dan West Ham.

Maka itulah dia pakej2 malang yang perlu dibungkus,  diikat kuat2 dan dicampak jauh2. Jangan biar ada bocor yang boleh bagi kesan terhadap game awal pagi Selasa ni.Sedikit cerita tentang kelab.Lagenda Arsenal Thierry Henry telah merasmikan documentary nya bersama Arsenal dalam siri Arsenal Legends, 'Arsenal Legends Thierry Henry'. Bersama2 nya di majlis pelancaran adalah legends Arsenal yang lain seperti Keown, Seaman, Wright, Parlour, Campbell dan Lehman.Buat masa kini dokumentari itu boleh didownload melalui iTunes hanya di UK sahaja. Sabar, tak lama lagi ada la kat torrent .




Menjelang pertemuan menentang  Chelsea. Koscielnya injured, 90% tak akan dapat beraksi. Jack Wilshere sudah tentu digantung. Berita baik adalah Podolski available untuk skuad.Moral boost pastinya ketika kita lihat Giroud sudah semacam hilang punca mungkin terlalu berat beban yang dipikul. Oh ya dan Spuds dah pecat AVB, menunjukkan betapa senget dan cetek pemikiran kelab yang bajet bagus, apa dia ingat Rome dibina dalam sehari ke?, tapi Spuds ni letak la sesiapa pun manager,takat tu je laa oi...sedar diri sikit!Degil, bukan jauhpun contohilah jiran terdekat antara kelab yang didambakan di Eropah bagaimana pengurusan kelab layan manager,kesetiaan dan kepercayaan itu saling bersatu dan memerlukan. kah kah kah...

Agi idup agi mengGunners!!









Rabu, 11 Disember 2013

"Jika tak boleh menang, jangan kalah"

"If you can't win the game, don't lose the game. But when we go 1-0 up we expect to win the game, especially when there is eight or so minutes to go. We're disappointed with that, but overall we'll take a point."
Jack Wilshere berpendapat, dalam konteks BPL ketika ini, dengan team2 pencabar lain jugak drop points minggu ni, Arsenal mungkin lebih kepada dapat satu point daripada drop 2 points apabila sekadar mampu seri 1-1 dengan Everton baru2 ini. Gua bersetuju dengan pendapat itu kerana game yang dbawak oleh Everton ke Emirates malam itu antara yang menghiburkan terutama bagi seorang neutral yang menyaksikannya. Gua respect dengan pendekatan positif yang dibawa Roberto Martinez terhadap corak Everton terutama di separuh masa  pertama yang mana mengajar kita cara2 sepatutnya ketika off the ball movement dan positioning. Mereka sentiasa memberi pressure, melimitkan ruang dan masa setiap kali kita mendapat bola. Itu yang sepatutnya barisan midfield kita buat malam tu tapi ternyata dioutplayed walaupun last2 minit separuh masa kita kembali bangkit dan lebih mencipta peluang jaringan berbanding Everton. Sebelum game, Everton adalah satu2nya pasukan yang halang kita jaringkan gol di Emirates tahun ini, jadi kita dapat jangkakan apa yang kita akan hadapi lebih2 lagi mereka jugak baru tewas sekali dan baru kembali dari kemenangan ke atas United-jadi bak kata Wenger "they had nothing to lose".Everton bawah Moyes dulu dah sediakan skuad campuran yang bagus tapi bawah martinez digilap lagi mentaliti positif football tu yang ada sampai kedengaran di Old Trafford 'u got the wrong guy' sebab ada antara depa yang lebih prefer si Martinez untuk ganti Fergie.Tak mahu masuk campur hal orang lain.Ok berbalik pada game tadi, Jack wilshere memang kena kerja kuat lebih lagi kalau nak diterbangkan ke Brazil sebab Ross Barkley telah diusha rapat oleh Roy Hodgson yang attend game tersebut malam itu. Budak umur 20 tahun tu memang bagi masalah, Arteta sampai tak boleh nak handle. Itulah gua rasa time2 game macam gini Flamini yang seafdalnya dipertaruhkan untuk matikan gerakan2 lawan.

Giroud, Gibbs,Arteta ,dan jack kembali ke starting line up. Midfield kita agak tenggelam apabila jarang mendapat bola, tiada yang nak pantas break off possession lawan. Kita nampak lemau dengan Giroud bagai isolated sorang2 kat atas nun.Dekat nak last2 tu barulah beberapa kali kita dapat memaksa Tim Howard save beberapa bola one on one di mana peluang terbaik datang kepada Giroud dan Rambo. Kebangkitan di akhir2 minit tu memberi harapan untuk separuh masa kedua. Kita mulakan separuh masa kedua dengan lebih bersemangat dan nampak lebih Arsenal.Hantaran Wilshere dalam kotak ditanduk tepat oleh Cazorla ke arah Howard. Tak habis kat situ, Rambo pulak dari belah kanan half volley hantaran gibbs tapi sempat ditepis keluar Howard.Lepas tu kedua2 team saling berbalas serangan, Szczesny selamatkan sepakan Pienaar dan jugak budak Barkley.Budak ini mengingatkan gua tentang bahaya Shrek waktu dia mula2 score lawan kita dalam jersi Everton dulu.Kalau konsisten, disiplin,boleh pergi jauh.

 Nampak macam dah boleh makan, dan ada jugak nampak beberapa player macam tak makan,jadi Wenger membuat tiga pertukaran sekaligus. Theo, Rosicky, Flamini dimasukkan ganti Jack, Rambo, dan Cazorla. Semuanya bahagian tengah. Theo untuk sedikit pace, Rosicky untuk creativity mencari ruang2 yang seni,dan Flamini untuk membuat tugas2 kotor di samping Arteta push up sedikit. Flamini nyaris jadi super sub tapi sepakannya tersasar sedikit keluar. Tapi subs tersebut nampak spot on bila mana Rosicky bijak membuat hantaran lob cantik ke dalam kotak penalti, Walcott tanduk ke tengah setting baik punya untuk Giroud tapi miscue depan gol, Ozil di belakang pantas menyambar untuk gol pembukaan ketika baki game tinggal 10 minit. Emirates gegak gempita dengan sorakan fan Arsenal yang dah mula terbayang2 leading 7 mata. Tapi macam tulah bola sepak, lagi 7 minit nak habis boleh pulak discorenya gol penyamaan, dari sudut yang sukar pulak tu mau nya tak gigit jari.Pemain pinjaman dari Barcelona Deolofeu -bukan nealofa ,jaringkan gol keduanya untuk Everton. Gua rasa kalau Gibbs pantas sedikit close down boleh elak gol tersebut. Ending dia boleh runtuh stadium kalau volley Giroud betul2 last minit tu tak gegar palang sebaliknya masuk sebagai gol kemenangan. Tengok replay memang cun gila dia curl tapi sayang keluar kena bucu palang dan tiang pulak.Terpaksalah berpuas hati dengan 1 mata.



Antara yang gua puas hati jugak adalah aksi Kos D Boss yang superb malam tu. Pandai dan pantas baca gerakan lawan, intercept, tackle clear bola memang tip top. Sampai si Lukaku tu yang asyik tak lepas jek naik bengkek lalu main tackle curi.Defensively selain bolos gol, kita memang ok malam tersebut, Szczesny jugak jalankan tugas dengan baik tapi kurang bernasib baik dengan gol tersebut.Kedua2 team tak bolos 5 dari 6 game sebelum tu, jadi memang agak tight. Pengulas malam tu siap cakap  main macam gini, kedua2 team patutnya dah dapat score gol, tapi persoalannya dengan defensive quality yang ditunjukkan siapa pula yang layak bolos. Maka dengan itu, 5 mata berjaya dijarakkan. Sekurang2nya ini menjadi peringatan pada kita agar sentiasa berpijka pada bumi yang nyata.Semua game kena ambil serius, fokus dari satu game ke satu game dengan schedule yang mencabar lepas ni, City kemudian Chelsea. Kalau tanya team lain sekarang ni, bermatian mereka sanggup untuk berada pada kedudukan yang kita ada sekarang ini, 5 point gap, top of the league, jadi supportlah team kerana ketika ini sokongan amat2lah diperlukan.

Waktu half time jugak kita dapat tahu unidan Piala FA diadakan dan Arsenal telah diberi peluang untuk membuat open house kecil2 kecilan menjemput jiran terdekat sahaja Spuds makan kenduri tapi bawak lauk sendiri, siap tolong basuh pinggan lepas tu.Kah3. Game dijadualkan 4 Januari.

Esok lawan Napoli away.Mind set kena ubah fokus kepada UCL pulak. Kita ada peluang untuk tersungkur dan tak layak jika kalah dengan 3 jaringan atau lebih kepada Napoli, walaupun nampak agak sukar namun harus sentiasa berwaspada. Seri sahaja sudah layak  untuk menjuarai kumpulan, tapi kita professional , kemenangan adalah sasaran utama.

Agi idup agi mengGunners!!!