Jumaat, 30 November 2012

Everton, Swansea dan transfer.


Drop lagi dua points. Point yang gua sampaikan sebelum tu pun tak boleh pakai rupanya, tentang pentingnya score gol awal. Ini memang dah awal gila minit pertama Walcott score tapi masih lagi kita buat kesilapan bodoh concede goal hasil kesilapan sendiri. Release bola nak pantas tapi tak aware akan opposition berdekatan, buang bola dan macam point yang gua cakap , Fellaini kalau tak dijaga terimalah padahnya maka itu yang berlaku. Keputusan seri di Goodison Park sebenarnya adalah mata yang boleh dikatakan 'ok' la nak sedapkan hati lagipun sebab team last sekali menang kat situ tak lain tak bukan Arsenal jugak, bulan Mac lalu. Tapi sebab dah seri dengan Villa di mana game yang kita bajet menang, itu telah mencacatkan situasi. Gua rasa jauh di benak Wenger pun dia tak yakin boleh menang kat Goodison Park dan memang target sekurang2nya 4 point dari 2 game away berturut2 dalam masa 5 hari. Tapi malangnya dapat dua , dan itu tidak cukup bagus lebih2 lagi bila dipintas oleh Spuds. Nak diburukkan keadaan, kita bakal kehilangan Koscielny 3 minggu ,yang injured seawal minit ketiga.

Entah nak cakap lagu mana lagi tapi match tu masih kelihatan fatigue menyelubungi player.Jangan biarkan gua start bebel pasal Rambo. Esok lawan Swansea di laman sendiri. Wenger dengan konfiden cakap bulan Disember ni kita punya sebab 4 daripada 6 game bulan ni lawan di home. Sangat konfiden tapi jangan pulak over konfiden. Kita dah buang mata lawan Sunderland, Chelsea dan Fulham maka sejarah terdekatmembuktikan tak ada jaminan. Swansea bawah Laudrup ni bukan calang2. Position pun sekadar bawah kita.Wenger memberi kredit kepada pembelian2 bawah Laudrup yang membawa muka2 segar ke BPL yang nama pun jarang2 kita dengar tapi bagi impak terutama Michu. Wenger menekankan kepentingan scouting system

"There [are] two keys to success, apart from the quality of the coaching and developing players.[They are] producing young players within your ranks or scouting well and buying intelligently away from home. Of course you could have a third way, just to take the best players in the world and buy them - but nobody needs scouts to do that. You don’t need anybody to buy Messi or Ronaldo. But you need good scouts to find a player [at] a smaller club, who is a top-quality player that nobody has seen.You can imagine that some players are still unknown and are good, and you have to find them."
Haaa bab nak mencari player2 rare ni serah pada scout Arsenal dan budibicara Wenger. Orang kata memang tip top lah, tapi itu dulu. Sekarang zaman berpaksikan duit, kena labur sikitlah. Susah dah nak petik player2 entah dari mana dan boleh convert jadi super star.Kes sekali dalam seribu. Yang current punya skuad pun murah memang murah tapi kualiti average jugak. Yang ada pun special macam Santi, kena top up duit jugak lah, itupun dah kira well known. Tapi kalau cari bakat2 muda, Arsenal memang laju jek. Yang ini memang Gazidis orang paling teruja gembira sebab dapat sep bajet , duit masuk poket. Arsenal struggle dia senang2 duduk atas kerusi empuk report income pada silent Stan . Sejauh mana silent tak tahu tapi vibrate pun tidak. Itulah yang Board lain buat selumber dungu bukan kisah pun sangat tetntang apa yang berlaku atas padang.  Dan Gazidis siap dapat naik pangkat lagi di UEFA makin bertambahlah egonya. Macam mana boleh pegang 2 jawatan dalam satu masa, fokus pun pasti lari.

Bab nak cari player ni Arsenal dikhabarkan tengah intai 2 player. Tapi nama walaupun tak mention, difahamkan Huntelaar dan Wilfried Zaha dalam radar. Wenger masih berminat nak dapatkan Lagenda Henry secara loan macam musim lepas tapi macam gua cakap sebelum ni, prefer long term komitmen. Namun gua nampak, kalau wenger tak dapat cari striker seorang lagi, maka option mudah memanggil balik Henry pulang adalah jalan pilihan Wenger.

This winter we will work very hard because we have some funds available.It could happen that we buy two players, but I cannot reveal the names.A loan [for Henry] is still a possibility, but we will still try to strengthen for the long term.
 Tapi bagi gua sekarang paling penting betul2 yang Arsenal kena buat sebelum cari solution luar, sign Theo dan Sagna dulu.Theo siap dah reject kontrak 80k seminggu dengan alasan selagi tak dapat kompom starting lineup dan main CF at least dalam kejohanan cup.

Esok tengok Harimau Malaya baham Garuda dulu, baru tengok Arsenal mengGunners .

Gunners in my heart, tigers are my soul.

Dua adik beradik under pressure..


Rabu, 28 November 2012

Bersiap sedia ke Goodison Park

Sebelum ke match awal pagi nanti, gua nak sentuh pasal bajet. Kita tahu transfer window akan dibuka lagi sebulan, adakah Arsenal akan memancing sesiapa bagi memperkuatkan pasukan? Jawapan klise dari Wenger 'kita hanya akan sign top2 players'. Sedih dengan dunia bola sepak sekarang ,transfer fee menggila, gaji membabibuta, macam mana nak pancing player jika duit tak cukup. Itu kita jangan bimbang, Syarikat penerbangan Emirates telah melanjutkan tempoh penajaan 5 tahun dengan jumlah 150M. Walaubagaimanapun bukan kesemua tu akan masuk transfer kitty, cuma dapat laa tempias2 siket, lepas laa nak idup bayar gaji. Dengan kontrak ini, stadium di Ashburton Grove masih tetap akan memakai nama Emirates Stadium sehingga 2028-suatu yang kurang digemari oleh penyokong2 tempatan. Kalau gua pun, memang tak setuju pakai nama sponsor ni, sebab terikat, ada tempoh masa tiada legacy. Dengar cite pulak Arsenal nak berhijrah kembali ke Adidas.Tak tahu sejauh mana kesahihan tapi ilustrasi dari seorang penyokong Arsenal yang memberi gambaran 'impian'nya nampak cool.


Untuk game malam ni kat Merseyside, memang menarik sebab dua2 form lebih kurang, position dalam table pun atas bawah. Nampak Everton macam flhying high tapi tak jugak sebenarnya dalam 6 game latest overall, Everton aru menang sekali, Arsenal pulak 2.Itu sebab kita hanya dipisahkan dengan 1 mata sahaja. 10 kali game dengan mereka, kita belum pernah kalah.Ada chance? Ada, kalau tak buat kesilpan bodoh dan man marking Maroune Fellaini yang kembali dari penggantungan.Gua tahu Arsenal lebih prefer zonal marking tapi untuk kita kasi frustration pada opposition, kadang kala kita perlu tutup sumber game mereka yakni key2 player mereka.Secara jujur, Moyes adalah antara manager yang berkaliber dilihat dalam BPL. Kemampuannya mengadunkan player2 tanpa dana jutaan ringgit tapi masih konsisten memberi threat dalam liga harus dikagumi oleh mana2 manager.Selain Fellaini, mereka ada Baines, Heitingga, Jelavic, Jagielka, Howard Pienaar.Pemain2 macam ni walaupun nama average tapi Moyes dapat capai full potential mereka untuk menjadi aset berharga pada kelab. Itulah sebab dia antara manager paling lama diberi kepercayaan oleh kelab selain dari Wenger dan Ferguson. Chelsea? Jawatan manager umpama program realiti tv, akan tersingkir di minggu2 tertentu. Tony Fernandez pun nak buat2 gempaq time2 tu jugak nak tukar manager bajet nak orang sebut dia ala Roman.

Daripada lineup hambar Sabtu lalu, pasti ada perubahan dalam kesebelasan utama. Kapten Mael, Jack Wilshere, Theo,Sagna semuanya fit dan akan diserapkan. Besar kemungkinan, Rambo, Jenkinson,Chambo dan Koscielny akan kembali ke bangku simpanan. Mael masuk tengah balih bergandingan dengan Mertesacker sebab Gibbs dah fit start main kat Villa Park tempoh hari.Rosicky masih perlukan 1 atau 2 game reserve sebelum boleh dipadukan bersama skuad utama.Main away, Arsenal perlu cepat dapat gol awal. Kalau dah masuk 60 minit tak score2 lagi, tekanan akan bertambah, pihak lawan pun akan lebih konfiden.Ingat, Stoke, Norwich, United, Villa. Game away yang betul2 puas hati setakat ni West Ham.Iyalah sebab menang kan tapi kalau nak terus bagi ancaman dalam liga, Arsenal perlu menang kat venue2 macam gini.Kasi konfiden level up lagi.

----------------Szczesny-----------------
Sagna-------Per-----------Mael---Gibbs
-------------Arteta--Jack----------------
---Theo-------Cazorla-------Podolski--
---------------Giroud--------------------

Dah check Astro, macam tak ada live.3 channel semuanya tayang match lain. Tapi kalau gua silap tolong betulkan. Cari pot2 streaming, nak 'duduk dalam gua' pun macam tak berapa kena sebab ulangan 11 pagi. Match kick ohh 3:45am

Update.. Live di Astro 810 3:40am

 Arsenal 2 Everton 1

 Agi idup agi mengGunners!!



Selasa, 27 November 2012

Post Match : 'You don’t know what you’re doing’ ?


Satu lagi hari yang mengecewakan. No offense to Aston Villa, tapi sekali lagi kita drop 2 points kepada lawan yang tidak sepatutnya. Alasan Wenger ialah player dah bagi all put, jaded, penat lepas game lawan Spuds dan kemudian untuk pergi away lepas game minggu Champions League adalah terlalu sukar. Bollocks, nonsense.Wenger dah buat banyak pertukaran dengan merehatkan pemain2 terutama di barisan pertahanan dan boleh aku katakan ini kali Wenger unpredictable minggu lepas. Kredit kepada Wenger untuk itu  cuma terbukti skuad depth kita sekadar kuantiti tanpa kualiti.Barisan tengah kita hambar, tak  bagi support pada bahagian atas. Walaupun line up mengejutkan dengan tanpa Mael Sagna dan Wilshere, Wenger mungkin boleh berbesar hati kerana defender kita buat kerja dapat clean sheet tapi bahagian attacking kita nampak begitu dull. Senang nak mengambinghitamkan Rambo kerana dia straight menggantikan tempat Wilshere yg pada gua memang memerlukan rehat tapi tak jangka tak masuk langsung walau sub.Pertukaran yang dilakukan Wenger pulak masih di takuk lama, pilih2 minit2 special baru nak masukkan player, genap2 minit ke 60, 70 dan 80++ adalah waktu fengshui bagi Wenger. Malah menukar Giroud lagi 2 minit game nak habis ketika nampak hanya dia threat yang kita miliki bukanlah suatu yang popular untuk diterima oleh away fan yang mula melaungkan kata2 sindiran dan kritikan "You don’t know what you’re doing ". Kritikan ini mendapat respond yang agak panas dari Wenger, kelihatan emo.


Sudah tentu dia claim dia tau apa yang dia buat. Dia manager, dia ada access pada kecergasan player dan menentukan sama ada player ini turun atau tidak. Dia boleh rehatkan key2 player, dan bagi sejuta macam alasan player2 kesayangannya injured Rosicky, Diaby yang punyai penyakit misteri 1001 malam. Tapi dia jugak ada saham untuk diblame sebab yang buat selection player adalah dia dan scout. Ternyata pemain2 backup tak sampai ke tahap yang diinginkan. Sebagai sebuah top club, takut nak punya ramai star sebab risau player tak puas hati kurang minit di atas padang bukanlah satu alasan bijak. Bukan tugas kelab nak bagi so called pemain profesional ni memuaskan hati pemain masing2. Tugas player itu sendiri untuk beraksi bersama kelab yang bagi peluang kerjaya mereka, dan tugas mereka untuk step up to the next level berusaha menjadi player terbaik untuk dipilih dalam kesebelasan. Di Arsenal, semangat persaingan tu kini tampak bebenor lesunya. pemain muda bersaing dengan pemain muda untuk slot back up pemain tua sedikit..Kadang2 untung tu, posisi tu terus dapat kat si polan si polan tanpa saingan walaupun pengalaman baru beberapa tahun jagung.Lack of urgency, lack of winning mentality.. Suruh player step up selama ini, kali ini gua nak Arsene Wenger step up. Sedar siket kita bukan lagi di tahun 90 an, kata nak modern football tapi nampak taktikalnya semakin ke belakang ditelan zaman. Dia pernah cakap kebanyakan lawan sekarang dah prefer 4-1-4-1, 4-2-3-1 dalam game berbanding old school 4-4-2 tapi dia pulak masih stick dengan delusional 4-3-3 yang nyata tak mengoptimakan kebolehan dan strength player yang kita ada. Player baik macam Arteta pun lama2 boleh doubt diri sendiri jugak mampukah pikul tugas ditinggalkan Song kalau keputusan asyik berlaku sebaliknya.Key2 player ni tak mampu memikul tanggungjawab sepanjang masa tanpa support dari squad player. Nampak bukan? Harap mesej gua sampai untuk dikongsi bersama.

Esok nak lawan Everton lagi haru. Gua rasa Wenger amek keputusan rest player pun sebab nak lawan Everton tengah minggu ni la. Pasukan Merseyside satu lagi ni tengah on form, malah berada atas kita dalam kedudukan liga. Game esok memang penting, penting sangat2 agar kita dapat rapatkan jurang dengan pasukan2 di atas.Wenger dan anak buah perlu bangkit.Jangan tido lagi

Agi idup agi mengGunners!!