Khamis, 29 April 2010

Wahai Camak, kemana kau akan tercampak?

Maroune Chamakh. Belum sah dan rasmi tapi rata2 media telah meletakkan namanya di dalam senarai skuad Arsenal musim depan . Wenger sendiri memberi harapan besar tentang perkara ini dan jika ia benar2 berlaku hanya akan diumumkan selepas tamat musim -memang selalu dilakukan Wenger pun, recall balik, jarang signing yang diumumkan ketika di luar musim perpindahan,tambahan pula sikap Wenger yang suka berahsia. Jadi hanya sekadar untuk suka2, mari kita lihat sikit personaliti Si Camak ni.Zasss...




Rabu, 28 April 2010

Masuk keluar keluar masuk

Nampaknya sekali lagi belum habis bulan April kita telah terikut2 rentak mainan media tentang siapa yang masuk dan siapa yang keluar, lebih daripada fokus untuk menghabiskan saki baki musim ini yang hanya satu mata lagi hampir pasti dapat mengesahkan Arsenal mendapat kelayakan automatik ke UCL tahun depan.

Siapa yang masuk? macam2 nama, macam2 posisi namun Wenger menafikan kesemuanya sekali kecuali Maroune Chamakh. Jadi mungkin sudah lengkap pencarian Wenger di bahagian serangan kalau begitu-kalau mengikut Wenger yang kita kenali.Wenger juga sempat memberi hint akan membeli belah awal kerana faktor Piala Dunia.

Siapa pulak yang keluar? calon2? ramai.. yang seakan pasti, ada juga yang timbul daripada wish list para penyokong yang tidak ingin lagi melihat si polan dan si polan menyarung jersey Arsenal.Aku menyebut si polan bukan bermakna penjaga gol Poland, anda yang berimiginasi sendiri dengan wish list tersebut dan itu adalah tanggungjawab anda.

Tapi spekulasi dan gosip tentang mereka yang akan menyarung jersey Arsenal buat kali terakhir tidak pernah lari.Gallas Silvestre Campbell tamat kontrak.Gallas mungkin mahu cabaran baru di negara asalnya atau menyertai ROma di Serie A tempat bintang2 pencen.Silvestre , secara jujur aku rasa Wenger pun sudah cukup menghisap madu itupun kalau ada lagi sisa2 madu yang ditinggalkan oleh Ferguson kerana apa yang ditinggalkan hanyalah sepah lalalitamplom.Campbell, mungkin boleh jadi moral booster bilik persalinan tapi Campbell tidak terdesak untuk sambung kontrak dan dia akan berkahwin, cuti panjang mungkin menjadi option. Dan jangan lupa bekas 'bintang' Milan dan Arsenal, Sanderos yang hanya mampu start 5 game di Everton. Wenger mungkin gagal mencari pembeli jadi option terbaik adalah loan dan Everton mendah tangan ketika itu .Kalau tak silap kontraknya akan habis musim ini, aku tak nampak dia boleh bertahan lama, mungkin memilih untuk beraksi di liga lain.

Sekarang kita mendengar berita tentang Arshavin dan 'mimpi basahlona' nye. Tak pasti daripada mana quote tersebut datang tapi agentnya sendiri memberitahu bahawa dia memang dah buat deal dengan Barcelona 6 bulan sebelum Arshavin ke Arsenal lagi.Namun dia cuba meredakan keadaan memberitahu biasalah jika player upset dengan injury dan kegagalan pasukan, dia akan meracau dan merapu namun Arshavin sayangkan Arsenal dengan syarat Wenger masih kekal di kelab ini musim depan.Itulah yang keluar dari mulut agentnya.Seperti mana kita tahu ejennya itu lah yang menyusahkan Arsenal dengan putar belit sewaktu kita mula2 hendak membelinya dari Zenit.Jadi aku tak terkejut jika perkara ini sengaja digembar gemburkan untuk meng 'unsettle'kan  pemain yang kita tahu satu lagi perpindahan glamor pasti memecahkan poket ejennya. Wenger akan stay, begitu juga Fabregas, dan jika begitu jaminan yang diberikan ejennya, Arshavin besar kemungkinan kekal untuk semusim lagi.

Namun nasib tidak pula diketahui buat Merida yang seakan pasti tidak dapat mengikut jejak langkah perjalanan kerjaya Fabregas. Ini kerana Fabregas adalah antara batch2 awal yang di recruit oleh Wenger dalam projek belianya. Jadi apabila sudah terlalu ramai, sesuatu yang berharga itu kadang2 tenggelam keistimewaannya. Memang sayang untuk melepaskan Merida tetapi aku tidak nampak yang dia boleh menembusi bahagian tengah Arsenal lebih2 lagi denagn 4-3-3 yang kita gunakan sekarang ini  membataskan slot pemain tengah. Antara nama2 belia yang besar reputasi tapi tak sempat menunjukkan prestasi, malah terbelakang sedikit di belakang Ramsey dan Wilshere dalam senarai harapan Wenger.Merida besar kemungkinan tidak memilih untuk menyambung kerjayanya di Arsenal. Wilshere berkemungkinan akan menyambung perpindahannya dengan kelap BPL bagi mencuri seberapa banyak pengalaman yang mungkin. Begitu jugak nasib Watt, M.Nasir( Barazite), JET, Jay Jay(simpson) ,Nordtveit dan rakan2.

Beberapa lagi nama besar yang kurang mendapat tempat seperti Vela dan Eduardo pastinya akan memikirkan kembali nasib mereka di Arsenal dengan kehadiran pemain2 baru nanti.(jika ada) Dengarnya Rosicky juga sedang diintai2 oleh beberapa kelab Jerman, agak sedih untuk melepaskan mereka tapi salah seorang daripada mereka digembar gemburkan semakin hampir menuju jalan kelar Emirates.Dan mengikut tinjauan, wish list pemain yang sepatutnya keluar dariapda para penyokong adalah seperti Almunia, Fabianski, Denilson , Diaby. Itu adalah nama2 kambing hitam yang popular selain Silvestre yang kita tahu Wenger tak sudi beli pengganti kerana akan 'membunuh' kerjaya mereka-suatu alasan yang setiap tahun akan kedengaran.

Dans etiap kali transfer, selain starmen talisman kita Fabregas, pemain versatile yang dulu menjadi cemuhan kini menjadai pujaan para peminat , Eboue jugak pasti berada dalam senarai transfer list media. Kepelbagaian gunanya membuatkan Eboue calon popular terutama di liga Italy dan Spanyol. Kelab yang mahukan mereka bukan calang2, Barca, Inter, Fiorentina, Juve .Pada aku , Eboue adalah backup yang baik untuk disimpan.Sagna Clichy, Wenger takkan melepaskan 2 orang CB hebat dalam defending walaupun overlap tak de hasil. Jdai lupakanlah hajat untuk kelab2 lain meminang 2 bakat besar yang dicungkil Wenger entah dari mana ini.Asyik nak memetik buah Wenger saje, tanam sendiri tak mau!


Isnin, 26 April 2010

Selayaknya mendapat tiket ke Afrika!


Kuda tua bukan sebarang kuda, bukan boleh diperkudakan sesuka hati tapi melihat Sol Campbell yang telah berumur umpama melihat seorang worrior yang makan pil kuda, tak henti2 berjuang.Kita perlukan lebih ramai pemain sepertinya, semangat, nafsu dan sedia menerima cabaran.Tidak memikirkan faktor umur, apa yang ada di atas padang dibelasahnya cukup2. Pada mulanya ketika Wenger melakukan re-signing Sol Campbell bulan Januari lalu, ramai yang ragu2.Ramai yang mengingati break down yang dihadapinya ketika bertemu West Ham 06 di Highbury. Dan selepas menjaringkan gol Arsenal terakhirnya(pada ketika itu) , dia meluahkan hasrat untuk beralih angin ke seberang.Alih2 destinasinya hanya Pompey- suatu yang menimbulkan rasa kurang senang di sestengah peminat tegar Arsenal.Dia mengetuai Pompey menjulang piala FA di Wembley.Apa yang difikirkan olehnya semasa memilih untuk menyertai Notts County pun orang tak tahu. Tapi biasalah,manusia mana yang tidak pernah membuat silap dalam pilihan hidup.Bagaikan terhantuk, Campbell kembali sedar bahawa dia sepatutnya mempunyai misi yang lebih penting dengan menghabiskan sisa kudratnya.

Namun telah ditakdirkan destinasi eternitinya dalam dunia bola sepak adalah di utara London. Dia kembali, kembali bagai singa lapar.Ketika ramalan kecederaan nostradamus terhadap Gallas berlaku seperti dijangka, Campbell bangkit. Pengisian slot CB itu bergandingan bersama prospek terabaik, Mael membuatkan kita kurang merasai kehilangan Gallas. Tapi sayangnya ketika dia bersungguh2 menaikkan moral rakan sepasukan, membimbing, memberi jeritan batin, cuba berkongsi keyakinan , Campbell seperti kita dihampakan oleh beberapa muka yang secara jiwanya tidak layak menyarung jersi Arsenal berlandaskan persembahan nak taknak yang mereka tunjukkan.Apapun, ia tidak sedikit pun mengeringkan darah goonernya. Tidak henti2 berjuang, memberi fokus 100% di atas padang walaupun dia tahu harapan piala dalam kabinetnya kali ini bersama Arsenal telah berkubur.Malang lagi , ketika hari dia diberikan armband, ketika itulah rakan-rakannya memilih untuk tersungkur dengan cara yang agak memalukan. Dan Sabtu lalu ketika orang ramai sedang sibuk fokus terhadap kepulangan si watak jahat, Campbell tak ambil peduli, malah sekali lagi memberikan segalanya.Bermula dari dalam terowong, berjalan ke atas padang cuba membakar semangat rakan sepasukan sehinggalah cuba masuk campur memberi 'perlindungan abang long' terhadap Song ketika pertembungan dengan Bellamy.



Arsenal memerlukan lebih ramai Campbell.Suatu yang aku nampak cuba diwarisi dalam diri Cesc, RVP, Mael atau ada kelihatan sedikit dalam Clichy, Nasri dan Song .Tapi masih belum cukup. Le Prof adalah seorang manager ekonomi dan teknikal yang hebat, aku akui tapi dari segi taktikal dan psikologi untuk memarakkan para pemainnya, itu masih belum jelas dibuktikan secara konsisten.Walaupun Fabregas dan Mael, berjaya muncul dalam kesebelasan utama BPL Team of The Year  musim ini, Campbell mungkin boleh mencuri tajuk berita utama Jun nanti jika tersenarai dalam penerbangan ke Afrika Selatan!

Agi idup Agi MengGunners!!