Khamis, 12 Mac 2009

Post Match: Arsenal pilih jalan sukar!

Roma 1 Arsenal 0(Arsenal menang penalti 7-6)


Hoih... huhhh... pheww.... tak tau nak cakap macam mane match tadi, 120 minit tak setle2, Arsenal turun dengan starting line up yang aku predict tadi tepat dan jitu tapi haram tak mengancam lemau semacam.Wenger lebih gemar berhati2 dan lagi suka gamble dekat last2 minit, yang pada aku no point walaupun ade point.ape aku melalut, aku pun dah tak tau.Ye la ko nak defend sampai mati konon diorang pancit lepas tu attack secara counter, then bile dah open,kalau kene pulak lagi sebijik, mau ade mase nak cari gol dgn persembahan mamcam tu?

Sekali lagi 'tenkiu' kepada defend kite yang memberi hadiah gol saguhati seawal minit ke 9 lagi.Toure dan Gallas masing2 termangu last2 juan yang hamstring pun bleh score.Tapi ade bagusnya bile Roma dah gol awal, diorang takde la naik hantu, beriya2 menyerang at least kurang pressure.Tapi yang naik hantu mestilah fan arsenal yang tengok team mereka tak mencapai tahap permainan sebenar dengan passing crossing tah pape, takde create chance langsung.Pade aku semua under performed.

120 minit tak settle, penalti lah.Memang kejam bola sepak.Aku tau bile berada di pihak yang kalah macam mane perasaan kecundang dengan cara macam nie.Memang menyakitkan.Tapi itulah bola sepak.Nak tak nak kene telan gak la.Bila peringkat macam nie , ape2 pun boleh berlaku.Eduardo the finisher, fox in the box, the predator, alat pemusnah dan katekan ape2 lagi, die sendiri pun gagal memasukkan bola ke dalam jaring dalam cara paling basic.Jadi, penalti it's a 50-50 chances.Aku berbangga dengan minda anak2 muda Arsenal yang berani dan slumber amek penalti di sebalik penuh tekanan dari home fan.Walaupun Eduardo kurang bernasib baik gagal melaksanakan permulaannya, tapi diakhiri dengan cemerlang oleh rakan2 lain RVP, Theo, Nasri,Denilson,Toure, Sagna, Diaby ,yang tak menghampakan Eduardo dalam proses mencari semangat yang hilang.Arsenal perlu sedar kali ni mereka diberi tiket pelepasan dari hukuman.Harap ini bukan yang terakhir tapi kalau boleh, menang dengan cara bergaya adalah diari Sang Juara.Tenkiu too max tonetto aka 'Cornetto'.

P/S : Patutlah Hleb suka Italy, disebabkan aiskrim nya...


Rabu, 11 Mac 2009

Pre Match : Lawatan pertama sebelum kembali May nanti


Live Streaming <<<<--Klik sini

Kali ini aku sependapat dengan Arsene Wenger.Mengapa media dan pemerhati mudah sangat memencilkan/menutup peluang Arsenal musim ini begitu menjengkelkan.Kalau nak beri kesimpulan, tunggu sehingga habis season.Kite masih dalam suku akhir FA cup, peluang cerah ke semi, sebelah kaki lagi ke quarter final Kejohanan Liga Juara2 Eropah perlu berentap dengan Roma awal pagi nanti , dan masih lagi dalam persaingan tempat ke UCL.Team ini berbeza dgn nasib team lepas, kite semakin kuat dengan kepulangan2 player2 penting di saat genting berbanding tahun lepas di mana mase2 ni la ramai player utama injured.Semakin ke penghujung, kite semakin mendapat rentak.17 perlawanan tanpa kalah, mampu dipanjangkan membuktikan nafsu untuk bersaing tu masih ada.Jangan sesekali dicabar.

Walaupun penerbangan yang terpaksa ditangguhkan dan pembatalan press conference, sedikit sebanyak tak menganggu konsentrasi para pemain.Toure dah kembali ke pasukan, Denilson , Nasri dah dapat rehat secukupnya.Eduardo dan Walcott bakal bagi azab bagi roma yang mengakui agak gementar bermain dengan tempo laju Arsenal terutamanya kepantasan Theo Walcott di flank.Roma bakal turun tanpa De Rossi yang mngutip kad kuning maksimum, Simone Perrotta , Marco Cassetti, Cicinho injured, sementara Totti masih 50-50.Tapi tak bermakna mereka dah hilang sumber pendapatan gol, masih ade lagi Baptista ,Aquilani,Vucinic dan David Pizarro walaupun form mereka taklah bagus sangat ketika ini.Mereka perlu mencari kelebihan 2 gol dan perlu diingat, Roma inilah yang menewaskan Chelsea 3-1 di Stadio Olimpico.Sama ada Gallas- Toure atau Gallas -Jozan yang penting adalah pintu gol Arsenal terus clean sheet.

Aku membayangkan Bendi akan start malam ni bersama2 RVP di depan atau Bendi di flank memberi peluang Nasri main AM seperti first leg.Eduardo yang dapat main 70 minit hari tu bakal jadi senjata rahsia dari bench.Eboue atau Walcott? Jika Arsenal nak lebih kepada defensive, Eboue mungkin adalah pilihan supaya agak seimbang tapi jika Arsenal bergantung pada counter attack, kepantasan Theo adalah jawapannya.Denilson akan start game ni, bersama Diaby(sebab dikeluarkan lawan Burnley).Clichy kembali ke left back , overlapping2 ke22 sagna dan clichy bakal memberi tekanan kepada Roma.Jadi aku membayangkan satu attacking side yang tak jauh beza dengan 1st leg,

------------Almunia------------
Sagna----Gallas---Toure---Clichy
-------Denilson---Diaby--------
Eboue------- Nasri---------Bendi
------------RVP----------------

Fabianski
Eduardo
Walcott
Jozan
Song
Ramsey
Gibbs
Mane vela??

Aku nak Arsenal seperti yang bertandang ke Real Madrid lebih daripada Arsenal yang bertandang ke Villareal pada road to France 2006, bermain defensive away amat membahayakan.Tapi seri adalah jalan yang minimum.1-1.Layak malam ini bolehla memasang impian sekali lagi ke Stadio Olimpico untuk final!!!

3.30am Astro Star Sports.Kunci jam anda.......


Selasa, 10 Mac 2009

King Kolo naik flight..


King Kolo Toure akan mengemudi barisan Arsenal di Colosseum of Rome ,Stadio Olimpico menentang Roma apabila disahkan akan turut serta dalam penerbangan ke Italy.Toure yang sebelum ini mengalami kecederaan calf injury telah fit sepenuhnya dan akan masuk straight forward bergandingan dengan Gallas, satu gandingan yang agak mantap sejak kebelakangan ini dan pernah clean sheet yang berderetan.Nampaknya Jozan terpaksalah kembali ke bangku simpanan.Seorang lagi center back, Mikael Silvestre pun telah kembali ke latihan cuma tak akan disertakan dalam skuad ke Italy akibat belum match fit.Samir Nasri dan Denilson yang direhatkan tempoh hari juga bakal kembali.Pastin yang menarik adalajh option di bahagian serangan, Eduardo yang nampak cukup tajam,RVP player yang boleh buat magic dari keadaan tak tentu pasal, Bendi yang kadang2 on/off dan sekarang tgh on, fizikal strength nye ganti Adebayor, dan juga turut mencucuk2 ialah Walcott dan vela.Jadi pilihlah striker anda..

Sementara itu, di luar padang, para penyokong Arsenal termasuklah hooligan2 mahupun hulubalang2 mereka diberi amaran awal oleh pihak berkuasa agar berjaga2 kerana gladiator2 Rome nyata lebih ganas dan tak terkawal.Roma yang dah beberapa kali kerugian terkenal dengan aksi stadium kosong akibat riot dan juga keganasan yang dicetuskan oleh penyokong2 fanatik mereka aka 'ultra' fan .UEFA tidak akan teragak2 dan tak berkompromi sama sekali mengenai hal keselamatan.Tengok bola pun boleh sampai gaduh2 bunuh2, mane laa nilai ketamadunan manusia diorang nih.Itulah akibat bila emosi menguasai diri.Boleh diingat bagaimana layanan yang diberikan kepada penyokong2 Man U 2 season lepas, tapi kalau dah mulut penyokong2 belah sane pun celupar , masing2 naik hantu jugak.

Jadi diharap tiada keganasan atau perkara2 yang boleh mengganggu kerancakan permaianan di dalam padang, ape yang berlaku atas padang setlekan di atas padang, tak payah lah nak berdendam kesumat tikam menikam insan manikam, suatu mesej yang perlu disampaikan kepada seluruh peminat bola sepak dunia, Malaysia jugak tak terkecuali sebenarnya.