Sabtu, 13 Julai 2013

Away kit dan siri Jelajah Asia kini bermula!

Salam Ramadhan Al Mubarak.Terlebih dahulu Di bulan yang penuh mulia ini gua mengambil kesempatan memohon ribuan ampun dan maaf sambil sama2 mengajak sera memperingatkan kita lebih dekat kepadaNya Insha Allah.Semoga Ramadhan kali ini penuh makna.

Dan pada ketika ini dalam tempoh seminggu sewaku kita menanti2 siapakah establish signing pertama Arsenal, ternyata kita cuma berharap kosong namun pihak Arsenal bijak mendivertkan tumpuan dari kekecewaan kepada keterujaan dengan melancarkan away kit terbaru untuk musim 13/14 . Tahniah ia kembali ke tradisi bewarna kuning! Desing yang cukup simple dan bersahaja dari Nike, bagi mereka yang lebih mendambakan extravaganza design muda mudi ketika ini pasti berasa agak kecewa kerana tiada yang nampak deboom atau mengesyaki Nike sudah malas di hari2 terakhir kontraknya menaja Arsenal sebelum dikatakan bakal disailang Puma. Tapi bagi yang menyukai rekabentuk yang simple bersahja dan old skool, away kit full yellow dengan kolar biru ini just nice. Ada yang mengatakan ia diambil sempana era invincible 10 tahun lepas, kali terakhir kita menang liga.Wow sedar tak sedar gua tak sangka sudah selama itu,1 dekad, rasanya macam baru semalam ingatan di WHL masih segar di memori.. Perasmian yang dipromosikan barisan core English player diketuai Wilshere, Gibbs, Chambo, Rambo Carl dan Theo, ia cuba membei gambaran aspirasi bahawa pemain2 homeground inilah yang akan membawa imej new era Arsenal bagi mengulangi apa yang telah dibuat oleh otai2 terdahulu.

Pada ketika ini kem Arsenal telah pun selamat berada di Jakarta Indonesia bagi memulakan kem pra musim. seramai 24 pemain dibawa kecuali kapten Mael yang injured, Gervinho yang tak sihat(kononnya) , manakala striker serpihan Chamakh dan Bendi terus dipandang sepi. Malangnya, Arsenal tak dapat membawa new signing Yaya yang masih berkelana dengan France u20, Santi dan Monreal yang berehat dari Piala Konfiderasi. Hasrat Arsenal untuk mengetengahkan establish signings baru tak kesampaian apabila tak seorang pun berjaya dibawa masuk sebelum kita berangkat ke Asia. Maka disitu adalah satu kerugian apabila sepatutnya time2 ginilah penting dan masa yang sesuai untuk membentuk kesefahaman supaya player2 baru dapat menyesuaikan diri dan serasi bersama. Jadi adakah dengan ketiadaan Wenger yang akan berada di Asia sehingga 26 Julai ini , signing kita akan tertangguh dan walaupun ada kerja di belakang tabir, ia tak akan diumumkan secara rasmi sehingga mereka balik ke London? Penantian memang suatu penyeksaan tapi bersabar kita masih ada lagi 2 bulan.Siapa tahu hadiah raya dari Wenger mungkin..

Berikut adalah senarai 24 pemain ang menyertai jelajah Asia tahun ini:
Mikel Arteta
Lukasz Fabianski
Kieran Gibbs
Olivier Giroud
Carl Jenkinson
Laurent Koscielny
Per Mertesacker
Ignasi Miquel
Ryo
Alex Oxlade-Chamberlain
Lukas Podolski
Aaron Ramsey
Tomas Rosicky
Bacary Sagna
Wojciech Szczesny
Theo Walcott
Jack Wilshere
Serge Gnabry
Damian Martinez
Kris Olsson
Chuba Akpom
Thomas Eisfeld
Chuks Aneke
Gedion Zelalem

Arsenal akan memulakan perlawanan menentang Indonesia Dream Team esok malam jam 945pm.


Sabtu, 6 Julai 2013

#LawakMindTheGap

Chill siket dari penantian transfer..Muahahahahaha...



*DISCLAIMER: Like a Tottenham title challenge, please don't take these subtitles seriously.


Rabu, 3 Julai 2013

Ketibaan Yaya Sanogo, Pemergian Vito Mannone dan Johan

 Bukan lagi rahsia. Ketika sibuk kalut ribut media menggembar-gemburkan ke mana bakal hasil pelaburan so called 70M Arsenal, Arsene Wenger, Gazidis, Grimandi and the gang relax slumber jek buat muka toya announce first Arsenal signing of the summer  Yaya Sanogo, FREE!! Bukanlah caps lock itu bermakna sarcasm atau perli ke apa, tapi itu adalah lebih kepada mengetuk hati mana2 yang dah terlalu asyik dek lamunan yang melanda supaya kembali ke alam realiti berpijak di bumi nyata sebelum bercita2 menggapai bintang kerana  signing French talent 20 tahun, dari division bawah ligue 2, secara percuma adalah lebih 'Arsenal'. Sebelum kita membuat sebarang andaian, kesimpulan atau ada sesiapa hendak membuat tohmahan elok terlebih dahulu kita menilai track rekod bakat yang kita sambar ni, atas kertas bagi gua cukup optimis jadi tak payah nak blame sangat la lagipun dia tak membelanjakan sesen kecuali tiket flight dan bil telepon Wenger. Wenger takkan susah2 telepon mamat ni kalau dia tak yakin dengan bakat yang ada, ini kerana pos surat pun dah cukup sebab ibu kepada Yaya ni ada pejabat pos, lepas injured teruk itu hari , dia pernah berfikir nak bersara dari bola sepak dan jadi posmen sepenuh masa.Takdirnya dia masih diperlukan dalam sukan bola sepak.


Yaya Sanogo ni lahir 27 Januari 1993 di Massy Perancis. Jadi sewaktu zaman kanak2 remajanya lagi dia dah diberi peluang main dengan kelab yang sama Henry main ,kira macam akedemi jugak la,CO Les Ulis. Sempat main setahun sebelum Auxerre sign dia untuk mengembangkan lagi bakat. Rekodnya sangat memberangsangkan masa tu. Walaupun budak2 baru nak up, tapi dah score sampai 25 bijik dalam 14 game assist 17 bijik. Lepas tu main under 16 pulak, average dia satu gol setiap perlawanan. Memang Auxerre masa ni dah declare awal2, ini barang, prospek panas. Maka tak hairanlah banyak kelab2 dah intai awal, selain Arsenal, Spuds pun nak menyibuk jugak tapi siapa la nak pergi kelab perasan bagus.Paulinho mungkin tak paham English, sebab kalau dia tengok sejarah kejayaan kelab London lain tak do apo yang nak dibanggakan sangat pun.dia ingat Spuds tu QPR kut padahal dua2 sayur. Aku tidak memberi najis Paulinho ketika kita dah ada Sanogo!

Ok Sanogo tadi lepas dah akhil baligh,dia pun ikat kontrak profesional dengan Auxerre dan dipromote ke 1st team. Memulakan league debut pada penghujung musim 09/10. Baru nak mencipta nama di musim baru, alih2 dilanda kecederaan teruk di tibia dan akhirnya terpaksalah melupakan baki musim. Hampir 17 bulan barulah dia dapat kembali ke skuad utama dan score sebijik gol pembuka career. Musim lepaslah 12/13 di mana rekodnya 10 gol dari 13 perlawanan agak impressive maka mengetahui kontraknya bersama Auxerre bakal tamat, Wenger tak menunggu lama untuk menyambar salah satu bakat pawer Eropah. Dia ni dah la tinggi 6 kaki, dalam 1.91m. Kaki panjang tak payah laju langkah dah besar. Siap gua tengok dalam youtube(walaupun dalam Youtube semua player nampak power) boleh buat gol lipat berapa kali.Teknikal , control ball boleh tahan, body strentgh, boleh bina. Harap perangai lebih ala Henry dari Adebayor. Itulah bila ada option Auxerre nak mintak loan balik ke sana, Wenger kata tak payah, dia nak pakai terus mamat ni, masuk 1st team. Lagipun kita sign free agent, bukannya beli dari Auxerre so sebarang permintaan tak valid. Gua rasa kita boleh lihat aksinya lebih dalam cameo2 League Cup. Nak tengok aksinya dalam Asia Tour gua rasa tak sempat sebab sekarang ni dia pun busy.

Yaya Sanogo kini berada di Turkey  membantu skuad France bawah 20 tahun dalam kempen Piala Dunia Belia. Dia Dah score 3 daripada 4 game dalam tournament tu terbaru lawan tuan rumah Turkey dengan kemenangan 4-1.Jadi jangan mudah buat kesimpulan awal sebelum bagi dia peluang. Jangan cepat melatah kritik Arsenal punya scout dan signing policy hanya kerana kita sign seorang unknown talent dari liga division 2 Perancis secara free. Transfer window baru sahaja bukak 3 hari. Masih terlalu awal untuk kondem mengapa kita tak melaburkan duit yang dikatakan berlambak untuk musim ini.Gua ambil pendekatan tunggu dan lihat sebelum membuat serangan ketika perlu. Kita dah tahu berita Sanogo ni sejak bila? sebulan yang lepas atau lebih lama bukan, begitu jugak transfer2 target yang lain terutama seperti Higuain yang dah berbulan rumorsnya .Jadi gua rasa memang ada movement yang berlaku di sebalik ini dari kem kita cuma kita belum capai agreement. Lepas Juventus dah dapatkan Tevez, peluang kita dilihat lebih cerah tapi Arsenal kena pantas sebelum Pak Arab dan Tokan Russia potong line. Tempoh hari jugak Media mengeluarkan berita kita punya bid 18.5M untuk player versatile Jerman, Lars Bender, rejected. Bender ni kira antara option selain Fellaini la. Jadi kalau betul la berita yang dikeluarkan tu, maknanya kem kita tengah berusaha keras.Bukan mudah nak memancing big player dengan resource limited yang kita ada begitu jugak meyakinkan mereka sign lagi2 kemarau trofi yang melanda, lainlah kalau kelab2 bersugar daddy tu- hanya tabur duit mengumpan gaji sekaligus menyukarkan team2 lain untuk tandingi offer.Rosak dunia bola sepak. Jadi bersabar, keep calm and support!


Ini berita yang terbaru diterima. Sunderland secara rasminya telah membeli penjaga gol ketiga kita Vito Mannone dengan anggaran 2M. Nampaknya rakan compatriotnya yang kini manager Black Cat, Paulo Di Canio dari Italy,had made an offer that Don Vito could not refuse. Mannone yang berada di kelab ini sejak 2005 dan pernah beberapa kali dipinjamkan ke kelab seperti Barnsley dan Hull telah melakukan 23 penampilan bersama skuad utama.Terima kasihlah Vito Mannone atas segala keringat di Arsenal selama ini. Sentiasa Bersabar sehingga diberi peluang, tak mempersiakan dengan aksi profesional tapi lepas Szczesny atau Fabianski kembali dari kecederaan, Vito yang tak buat salah besar untuk didrop terpaksa sekadar berpuas hati di bangku simpanan, maka adalah pilihan yang terbaik buat kedua2 parti untuk menamatkan kontrak mencari angin baru.Win- win situation. Kini cuma tinggal Sczesny dan Fabianski untuk rebut 1st spot. Oleh itu bolehlah gua katakan, situasi ini memberi ruang untuk Arsenal meencari keeper baru yang lebih berpengalaman memberi saingan di samping tunjuk ajar pada 2 keeper Polish sedia ada.

Maka rumors kita tengah cuba strike a deal dengan keeper Brazil Julio Cesar boleh dikira masuk akal. Adalah gila untuk Arsenal hadapi musim baru dengan hanya 2 establish goalkeeper sahaja. Cesar bekas keeper Inter Milan dan kini bergelumang dengan pasukan yang baru relegated, QPR jugak diintai oleh kelab2 Eropah lain terutama Roma. Tapi sebab dia dah settle down kat London, dia kata dia malas nak blah jauh2, Arsenal dilihat berpeluang di situ. Mannone bukan muka pertama yang dilepaskan Arseal, trio seelum ini Laci, Denilson dan Arshavin kembali ke Zenit, Bendi tengah cari2 kelab. Johan pulak sekali lagi dipinjamkan ke kelab Bundesliga Hamburger dengan option permanent deal, rentetan musim lepas dipinjamkan ke Hannover ketika Januari transfer. Terima kasih pada player yang menjadi sejarah, selamat datang pada muka baru, era baru hendaknya..

Agi idup agi mengGunners!!!