Selasa, 15 Januari 2013

Post Match : Bukan City yang bagus sangat, Arsenal yang teruk bebenor malam tu.


Rekod 38 tahun tak pernah kalah kepada City di laman sendiri lebur apabila kita tumbas 0-2 kepada jaringan Milner dan Dzeko. Memang mudah mengambinghitamkan ref Mat Din atas alasan kacau game bagi red kad awal tapi tak susah jugak meletakkan semua punca kekalahan di pihak sendiri dengan Koscielny menjadi culprit sebenar, let the team down dengan foul yang tidak perlu serta juga Wenger sendiri yang ternyata semakin merapu.Malah kenyanyukannnya ketara sejak sebelum masuk padang lagi apabila dalam PC masih berbicara mengenai bekas pemainnya yang diakuinya sendiri, melepaskan orang itu akan menghadiahkan title pada pasukan itu. Apekejadah????!!! Di sini dia bukan sahaja buat pengakuan terbuka dah concede title(walaupun dah lama kita lepaskan) dia dah hantar mesej, team arsenal kini hanyalah memburu top 4, itu sudah title baginya sepertimana yang pernah diakuinya dalam PC2 sebelum ini. Tak peliklah mengapa kita sekarang mengalami downfall ketika manager kita setiap hari selangkah ke belakang mindsetnya. Belum masuk lagi ayat2 klise setiap kali ketika transfer market dibuka, "we are looking" "dig deep in the market" "only exceptional talent" "we can't afford Messi" "Diaby is like a new signing!"....

Dan 'new signing' dialah yang dia tergesa2 nak bawak masuk si Diaby tu punya lama tak main. Tak ambil risiko, karang masuk2 lepas tu injured mengeluh lagi hilang player. Diaby kata dia baru tahu sehari sebelum match tentang penglibatannya dalam kesebelasan utama, lepas Arteta disahkan out 3 minggu akibat kecederaan ketika latihan. Diaby baru sahaja tamatkan 60 minit bersama skuad NextGen ataupun under 21 dan belum match fit, tapi statusnya selaku 'Jambu' Wenger membuatkan player2 seperti Coquelin, Rosicky, Arshavin di overlooked.   Dan Wenger berpegang teguh sangat pada so called master plannya iaitu bagi Diaby main 60 minit at all costs.Dan kalau Diaby lah yang kena red card hari tu sekalipun, gua rasa wenger tetap suruh dia main 60 minit jugak tak keluar2, sanggup mengorbankan orang lain.

Cerita pasal orang yang dikorbankan, Chambo pasti cukup bengkek dengan aksi badut Koscielny yang bajet tengah main ragbi ke WWE nak buat tackle gitu. Penalti dan last man halang gol opportunity jadi red kad. Szczzesny bernasib baik walaupun terbang ke arah bertentangan bola Dzeko masih terkenanya dan mengenai tiang sebelum melantun ke tangannnya kembali.Tapi gua tetap bagi kredit pada keeper antara pemain yang memberi najis malam tu berbanding player2 lain kecuali semangat Jack Wilshere.Walaubagaimanapun dia ada saham dalam pembolosan gol ketika indirect freekick pantas yang diambil City. Wilshere dan Diaby paling dekat dengan bola tapi mereka sepatutnya fokus, bukan membelakangi bola membiarkan City menyerang tanpa kita berada dalam keadaan aware.Itulah padahnya, sloppy goals malam tu.


 10 orang, dah kena sebijik, terus moral down, kena 2 bijik, dah macam mayat hidup. Takde motivation, takde leadership atas padang. Mael hanyut dengan bebanan armband yang mungkin terlalu berat buatnya. Jack Wilshere, kalaulah ada 11 jiwa macamnya di atas padang, tentunya kita tak melihat shambolic performance seperti mana 1st half hari tu. Hanya dia dilihat ada perasaan care pada Arsenal. Bersungguh2 lari di segenap raung padang. Invite tackel kiri kanan atas bawah, provoke opposition, hingga Kompany dapat red card. 2nd half barulah nak ada sedikit urgency. Tapi sub pun entah apa2. Bukan maksud gua pada entiti yang ditukarkan tapi pada logika penukaran. Nak cari gol, ko keluarkan Podolski yang antara treat malam tu, masuk Giroud tu ok, tapi apa salahnya gung ho all out attackiing force semua ada atas padang.Mengapa nak tunggu sejam baru keluarkan Diaby yang kita tahu lambat laun pun memang ko akan keluarkan jugak. Ramsey masuk ganti Diaby, Rambo ,ok lah berbanding game2 lain.Ada perasaan ingin mencuba, try hard tapi tak cukup.

Berkenaan Theo pulak, Wenger kena kaji balik bila masa yang sesuai nak letak Theo main central position. Terutama dalam big2 game ni, dia pikir die Henry ke apa bila dah pakai no 14, tapi  kurang contribute. Theo punya senjata hanya larian. Beat defender, gelecek, hold up ball jarang sekali. Yang menyakitkan hati kenapa dia kena amek segala set piece berbanding Cazorla atau Podolski yang ada dalam padang yang sama. 90 minit, satu shot jek on target itupun lepas Kompany dah keluar, diselamatkan di atas garisan. Bagi gua, Walcott ni satu dimensi jek game dia dan waktu paling afdal dia main role tu ialah ketika main counter attack. Itu memang makanan dia la dan senjata bagi Arsenal. Jadi Wenger kena kaji balik bila masa patut guna Theo kat tengah, bila masa patut stick dengan option target man, Giroud. Giroud masa masuk ,memang nampak mencuba.Tapi peluang2 keemasan yang dia dapat tu adalah bertukar menjadi hampas apabila dilepaskan.Terutama Free header2 yang tak masuk. Tapi overall kalau dia start, gua rasa dia boleh menyumbang sesuatu lagi awal dalam game2 macam gini. Kalau kita boleh patience dengan Theo 7 tahun, kita boleh bagi masa pada Giroud yang belum masuk 7 bulan. Hanya gol yang boleh tambah konfident striker, tapi mcm mana nak dapat gol kalau tak main. Untuk player yang belum komited macam Theo, apalah salah Wenger kasi ajar siket jangan nak menjadi pak turut sahaja .Kalau dulu ko bina team berasaskan Henry, lepas tu ko cuba bina team berpaksikan Fabregas tapi gagal, tak payahlah nak cuba2 ko buat team semata2 nak cuba slot in kan seorang player, tak fair untuk player2 lain. dah tiba masa kembali main 4-4-2. Campak jek classic old fesyen  striker mcm Giroud dengan natural finisher macam Podolski tu bergandingan kat atas. Nak tunggu striker2 baru yang kononnye nak dibawa masuk entah bila la pulakkan. Dan kita tengah desperate nak DM dari dulu lagi pun tak dapat2. Dah berkurun defending kita macam sampah, defender baru adalah must buy untuk bulan ini.

Tak tahulah, gua mungkin menulis meroyan atas dasar kekalahan kita tapi masalahnya kini ia dilihat semakin lama semakin menjadi barah jika tidak diubah.Anda tahu masalah itu, tapi anda tidak mampu mengubahnya ketika orang yang sepatutnya tahu masalah itu tapi tiada apa2 tindakan untuk mengubahnya diambil! Itu yang membuatkan kita sering rasa dikecewakan dan diberi harapan palsu. Bukan kemaruk sangat piala, tapi at least tunjukkan fight siket, maruah dan class kita sebagai salah satu club elite .Tapi kalau keadaan berterusan , lama kelamaan tak hairan jika kita hanya akan dilabel sebagai class middle team. Jika mereka tak mahu buat reform, jangan sampai fan yang buat reform kerana fan jugak ada kuasa dan suara dalam menentukan hala tuju kelab. Ambil yang positif dari kritikan, jangan memandang fan sebagai "terlalu mengharap yang tinggi" itu adalah ayat hinaan yang tak patut keluar dari seorang profesional manager.Semua peminat mahukan kelab masing2 sukses, sukses ada pelbagai cara dan definisi. Mungkin tak menang piala bagi sesetengah kelab adalah kegagalan, -mentaliti juara.Tapi kita boleh accept bukan semua kelab boleh menang berapa kerat piala janjinya, player dah bagi all out, aksi membanggakan,maruah dijaga.Dan jugak Management,Board dah bagi all out, tak menipu, mencari alasan bodoh memperbodohkan supporters. Ini kita bising2 bukan kerana apa, kerana kita sayang akan kelab ini, dan kita tahu sebenarnya kita masih mampu beberapa step sahaja untuk berada sama level dengan atas sana tapi beberapa step itulah yang dipandang remeh tak diendah oleh kebongkakan sesetengah individu yang berkuasa.

Positif dari game City ialah kekalahan akan memberi tekanan pada Wenger menekan panic button. Tak kisahlah dalam aktiviti transfer mahupun atas padang. Sebab pressure untuk menang game FA Cup esok menentang Swansea semakin menggunung.Lagi2 di laman sendiri. Lepas tu nak lawan Chelsea pulak. Aku boleh nampak Arsenal mampu cipta kejutan,dengan syarat, mindset , attitude dan spirit kena betul.Arsenal boleh, bukannya bangang sangat skuad yang kita ada, lain lah kalau player2 nak membuktikan sebaliknya, itu malang bagi mereka dan pengurus.Gua selaku fan percaya , anda mampu mengubahnya.

Agi idup agi mengGunners!!


Isnin, 7 Januari 2013

Replay pun replay lah


Paling menyakitkan hati apabila terkena gol last2 minit. Tapi lagi menyakitkan hati apabila gua dah tulis post match panjang2 komplen sana sini ,meroyan, hanya untuk tahu ianya hilang sekelip mata tak sempat save sebab blackout. Mungkin ada hikmah, tak nak tulis mende sama berulang2 macam siaran astro, antaranya seperti confusing lineup, taktikal,xcreate chances tp takde cutting edges, zonal marking yang hampeh, rambo yang tak stallone langsung, Sagna yang sesat sana sisni dan bla bla bla.Yang positif seperti impak sub Podolski, fighting spirit dan better dapat replay dari terkrluar. Namun 1 game lebih boleh bagi effect yang besar terutama ketika jadual pack dengan game2 besar lepas ni City, Chelsea Liverpool lepas tu FA cup ni nak kena replay balik cuma kali ni kita ada home advantages. Ade ke? last sekali gua check Michu jadi pemusnah, malam tadi pun dia masuk2 terus score. Gua andaikan dia 'drogba' baru bagi Arsenal. Sumpahan puaka.

Laudrup mula2 rest best buy of the summer untuk game semi lawan Chelsea, yang lagi dekat peluang dia boleh main kat Wembley tapi tak bermakna depa pandang buta2 jek FA Cup.Kita ternyata sukar tembus Swansea, disiplin mantap, team in shape,ball movement kemas.Defend pulak Bartley bekas player kita, hampir2 score sebijik nasib baik kena palang. Pemenang perlawanan tie replay ini nanti akan bertemu away kepada Brighton & Hove Albion team kendalian Gustavo Poyet. Apapun diringkaskan, game semalam ternyata menghiburkan untuk neutral, lebih banyak peluang dipersiakan oleh kedua2 pasukan.Podolskid an Gibbs masing2 punya gol memang superb.Sambutan pun boleh naik adrenalin. Kredit kepada player kerana x putus asa dan tak lack of urgency terutama bila tengah kejar game. Cuma fokus2 di akhir perlawanan dan perasaan panik bercampur overkonfiden memakan diri.

Arsenal rehatkan Mael semalam, Mertesacker dan Kos bergandingan. Tapi masalah defending set pieces masih menghantui.Mana Bould's effect? atau mungkin taktikal zonal marking tu tak sesuai dengan ability player kita baca pergerakan lawan. Lepas Johan dah dipinjamkan ke hannover dan Laci mungkin diooffload, ternyaata  kita ada ruang untuk CB baru lebih berkualiti di bawa masuk. Rumors mengatakan Mbiwa kapten Montpellier menjadi target yang menjadi stumbling block nya dia telah menyatakan hasrat nak beraksi bersama United. Chamakh di pinjamkan jugak ke West Ham. Sekali lagi menunjukkan kita gagal menjual dan balik modal ke atas player2 mediocre ini. Seorang lagi yang out of favor dan bakal memblahkan diri jika ada tawaran adalah bekas record signing kita, Andrei Arshavin. Kesian satu lagi bakat bola sepak dibaziri tapi dia harus mempersalahkan diri sendiri apabila membiarkan emosi dan mood mempengaruhi performance .Letak player out of position, dibekukan pun sebenarnya tak membantu, Wenger ada saham dalam Arshavin's downfall. Pemergian Gervinho ke piala Afrika, penghalauan Chamakh memungkinkan ada striking option baru bakal dibawa masuk.Bagi gua, posisi DM pun perlu dipandang sebagai priority. Apa? M'Villa? Villa? Lopez? Belum boleh ulas kerana setakat ini semuanya cakap2 atas angin, tunggu bila dah konkrit.

Agi idup agi mengGunners?



Jumaat, 4 Januari 2013

Selamat datang 2013

Selamat datang 2013. Maaf kerana gua meninggalkan blog di pertengahan bulan terakhir yang sebenarnya pack dgn match boxing day dan jugak tahun baru. Sepeninggalan gua, tak berkesempatan nak cover match vs Wigan, di mana kita menang away 1-0 - game yang ketat dan sukar, dan jugak home game paling enjoy setakat ini untuk musim ini, belasah Newcastle 7-3. Kita akhiri tahun 2012 dengan cukup bergaya , tapi permulaan tahun baru 2013 agak hambar dengan hanya sekadar seri 1-1 bersama pasukan struggle Southampton. Agak mengecewakan kerana ia sedikt sebanyak ganggu moementum menang 4 game berturut2. Dan ramai menganalisis kepoweran kita dalam last 10 minit bertemu Newcastle tu sebab kita ada fitness lebih apabila game bertemu West Ham yang dijadualkan ketika boxing day terpaksa ditunda akibat mogok pekerja2 underground tube di London.Agak berasas point fitness tersebut apabila kita pulak nampak lembik bila bertandang di kelab asal Theo dan Chambo. Dan mereka berdua nampak seperti bermain untuk the saint malam itu, tak menyumbang, lebih teruk lagi apabila Wenger mengeluarkan Santi dan Poldi demi memasukkan Rambo dan Gervinho. Perkara lain yang menyelubungi Arsenal, Theo pulak tengah hangat raih populariti atas dan luar padang.

Dan apabila dah masuk bulan Januari, semua mata tertumpu kepada Wenger tentang apakah tindakan selanjutnya. Wenger meletakkan priority signing utama January ini adalah melanjutkan kontrak Walcott.Theo tengah hangat dengan display tip top  hat-trick bertemu Newcastle, tetapi hanya sekadar suam2 kuku ketika bertemu Southampton namun tetap bagi satu assist.Dia jugak punca dapat penalti di Wigan. Ini semua berlaku apabila Wenger berani melakukan transisi posisi di mana Theo dapat main central role, membangku simpanankan Giroud. Sama ada Wenger sudah pikir masanya telah sesuai untuk Theo beraksi di posisi idaman, atau dia rasa dah kesuntukan masa untuk meyakinkan pemain England itu dia adalah a big part of the plan, hanya Wenger yang tahu. Namun untuk sign Theo katkakan 100k seminggu,  kita harus memastikan ia benar2 berbaloi, persembahan berkualiti week in week out, konsistensi bukan sekadar motivated untuk show off jaja nama supaya dipancing kelab lain.Arsenal dah beberapa kali terkana seperti ini, menjadi tempat batu loncatan, Wenger perlu memastikan sekurang2nya untuk kali ini, pelaburannya sejak 2006 menunjukkan loyalty bersama kualiti.

Wenger baru cakap dia takkan melakukan tindakan seterusnya selagi belum tahu masa depan Theo di Arsenal. Kesediaannya melabur untuk seorang lagi CF bergantung pada posisi Theo.Already ruled out the return of King Henry III dan Demba Ba yang dikatakan sama jenis player dengan Giroud, Wenger harus hati2 dengan apa yang dirancang. Pendek kata dalam istilah yang mudah difahami,'kalau theo sign takde striker baru, kalau theo blah baru cari striker baru'. Tapi wenger tak nampak ke kitaran realiti yang berlaku. Big2 player ni sedang menanti big2 signing untuk menambahkan keyakinan mereka bahawa skuad ni memang ada aim, itu sebab pemain2 terdahulu blah apabila dipaksa bermain denga average2 player yang dibayar gaji hampir sama dengan mereka2 yang berkualiti ni. Kita di situasi yang sepatutnya menambah player,bukan replace player, itu pasal Wenger punya strategi nampak silap.Selagi replace replace replace berapa generasi, semakin kuranglah kualiti player yang mampu dimiliki.

Tapi sekurang2nya ada jugak perkhabaran gembira apabila Wenger mengesahkan beberapa player average yang makan gaji buta akan dioffload. Yang dah dikompom Johan diintai Hannover, manakala seorang lagi CB Squillaci tengah tunggu team2 dari kampung Francenya berminat. Mereka semua ada no Wenger, ayuh telepon saja. 2 CB hilang membayangkan gossip sebelum ini berkaitan Sunzu menjadi reliable.Nasib Arshavin dan Chamakh jugak belum ddapat dipastikan. Chamakh dikatakan mendapat inkuiri dari Lille. Arshavin sesudah menolak tawaran Fulham dulu dan Reading baru2 ini, dikatakan lebih berminat berkolobrasi bersama bekas penurus Russianya, Dick Advocaat di PSV Eindhoven. BErita yang menggerunkan ketika ini di Arsenal.com adalah 'The fitness situation is very satisfying' . Perghhh ini membayangkan Santos dan Diaby yang dah kembali ke training sebagai bakal New Signing. Oh tidak, not again! Percayalah jika ini berlaku, sebaik 1 Februari, muka2 ini akan injured balik dengan DIaby bakal juara jika buat poll.

Tak banyak pun lagi berita pasal transfer target. Wilfried Zaha dari Crystal Palace macam dah tak sebab twitt die lepas game lawan Bradford hari tu.David Villa?ha ha ha.Kita baru lepaskan proven top scorer umur 29 tahun, aku tak nampak pulak kita akan sign player umur 31 tahun yang struggle nak kembali lepas dah ada rekod patah kaki dengan harga 16M.Huntelaar dah lanjut kontrak dengan Schalke, Ba, Chelsea-bound.Nani? Jika benar, pada form semasa ia lebih menyakiti hati fan Arsenal lebih dari fan United. Adrian Lopez? hurmmm... muda,bakal out of contract..ada logika di situ.

Ahad ni game FA Cup bertemu Swansea. Last time kita jumpa mereka adalah mimpi ngeri. Gua harap kita dapat progress ke pusingan berikutnya kerana setelah melepaskan League Cup dengan tak sepatutnya, FA Cup kalah mati merupakan suatu piala yang masih boleh digapai. Lepas tu tiga league game benar2 mencabar. City, Chelsea diikuti Liverpool. Bulan Januari ni betul2 mencabar, dan kita hanya ada bulan ini sahaja untuk mendapatkan sumber bantuan dari luar.Tapi gua yakin kita boleh handle dengan sebaiknya. Pasti ada jalan.

Agi idup agi mengGunners!!