Khamis, 12 April 2012

Post Match : 5 points clear

Kita telah mengukuhkan cengkaman untuk tiket automatik ke Champions League musim depan apabila menewaskan 10 orang Wolves di Molineux. Permulaan yang baik dengan dua gol awal dari penalti RVP dan Theo serta berjaya mengawal game walaupun kurang sharp sebelum gol ketiga dari Yossi yang membungkus terus semangat juang Wolves.

Arsenal turun dengan Johan begandingan bersama Mael di CB , dan Rambo menggantikan tempat Rosicky, mungkin nak bagi pemain Czech itu rehat dan bagi peluang pada Rambo rediscover form nya manakala Yossi dikekalkan di barisan tengah sebagai balancing. Tak payah tunggu lama minit ke7 The membuat satu dua dengan RVP. Square pass Theo di pulangkan dengan chip cantik oleh RVP, The meluru dan kelajuannya sukar dihandle Bassong yang tidak bernasib baik terperangkap menjadi last man foul. Pengadil tidak teragak2 memberikan sepakan penalti dan layangan kad merah kepada pemain pinjaman Spuds itu, suatu yang dicemuh peminat tuan rumah yang selepas itu melepaskan kemarahan mereka kepada Theo sepanjang perlawanan. RVP menyempurnakan penalti dengan cukup bergaya dan konfiden dengan hanya satu chip slumber menewaskan Hennessey yang awal2 lagi sudah merebahkan badan.Wenger sendiri terkejut dengan cara RVP mengambil penalti tapi itu bukanlah yang terpelik dan berani dia pernah lihat kerana Henry & Pires bergandingan mengambil sepakan penalti menentang Manchester City masih berada dalam list no 1 memorinya. RVP kini menyamai rekod Ian Wright sebagai penjaring ke atas 17 kelab lawan berbeza dalam satu musim. 2 pasukan yang terselamat dari penangan RVP hanyalah City dan Fulham. Satu rekod yang fantastik untuk gol ke 27 liga dan ke 34 untuk keseluruhan kempen musim ini dengan baki masih ada 5 perlawanan.Sekurang2nya beban yang dibawak -4game tanpa gol- kini tak menganggu pikirannya.

Tak perlu tunggu lama untuk Arsenal dapatkan 2nd gol. Sekali lagi Theo bergandingan dengan RVP, dengan style yang hampir sama kecuali kali ini through pass cantik dari RVP meloloskan Walcott untuk disudahkan. Selepas itu Arsenal semacam mudah selesa dan hanya control game tanpa ada urgency manakala Wolves pulak agak sukar mencari rentak kerana bermain dengan 10 orang.Separuh masa kedua Wolves menggandakan fighting spirit tapi Ancaman2 lebih mengancam dari Arsenal. Percubaan dari Rambo dihalang, hantaran Arteta kepada RVP disepak wide. Wolves tak mengaku kalah dan terasa mereka boleh mendapatkan sesuatu terutama jika berjaya score gol pembakar semangat. Mereka hampir mendapat apa yang mereka tagihkan tapi terima kasih kepada ketangkasan SzcSAVEny yang melayangkan badan full stretch menampan keluar tandukan Doyle. Dan gol ketiga Yossi dari luar kotak penalti telah membunuh saki baki perjuangan anak2 buah Terry Connor mengesahkan kekalahan ketujuh berturut2.

5 points clear dari tempat keempat meninggalkan Spuds dan Newcastle dengan baki 5 game.Masih belum boleh berehat. Selepas ini bertemu Wigan, sebuah pasukan under-rated kini berjuang dalam zon penyingkiran. Tapi result2 mereka bukan calang2 terutama ketika bertemu big guns. Menang ke atas Liverpool, PErsembahan mantap dalam game yang tidak layak tewas kepada Chelsea dan awal pagi tadi mengejutkan United. Arsenal jangan masuk perangkap.

Agi idup agi MengGunners!


Rabu, 11 April 2012

Prea Match : Peluang untuk kukuhkan cengkaman

Ahad menang dengan class, Isnin result2 pasukan lain memberi kelebihan, Rabu,Khamis pagi), berhati2 di kandang serigala. Walaupun form mereka tengah merudum dengan 6 kekalahan berturut2, Arsenal perlu beringat team2 yang tengah bersaing bermatian ni sanggup lakukan apa sahaja demi survival mereka. Game QPR merupakan rujukan terdekat. Pengurus baru mereka Terry Connor masih tercari2 kemenangan pertamanya setelah mengambil alih tugas dari Mick McCarthy. Arsenal menang  8 daripada 9 perlawanan termasuk paling baru membenam harapan title City, berpeluang melebarkan jurang kepada 5 mata dengan berbaki 5 game jika pulang dengan kemenangan malam ini.

Yang merungsingkan adalah bahagian pertahanan dengan Koscielny digantung 2 perlawanan. Wenger ada option sama ada Song, Laci ataupun Johan. Mengenali Wenger, penarikan Song ke arah CB dilihat memberi lebih security dan konfiden tapi itupun pertukaran berlaku di tengah2 game jka ada kecederaan,sub dan sebagainya. Tapi jika dari starting lineup, Wenger lebih kepada memilih natural position untuk CB jadi antara Johan dan Laci, peluang Johan lebih cerah ikut order rank walhal tak banyak beza pun antara mereka berdua. Kita cuma harap mereka boleh memberi balance kerana Wigan dan Wolves(no offense) tidak begitu berbisa di barisan serangan.Namun secara peribadi gua mengharapkan Song untuk mengisi slot dengan barisan tengah di kawal oleh Arteta Rosicky Yossi  dan tiba masanya Oxlade diberi peluang di opposite flank Theo. Santos akan menggantikan Gibbs malam ini.

-------------------Szczesny-----------------
Sagna--------Song---------Mael------Santos
---------------Arteta-------Yossi-------------
-----Theo-----------Rosicky--------Oxlade--
------------------RVP-----------------------


Ada live pagi ini. Jangan bimbang. Astro Star Sports 245AM Wolves 0 Arsenal 3.


Selasa, 10 April 2012

Harimau Malaya Ajak Repeat!!

Arsenal to visit Malaysia on summer tour

Kalau betul seperti apa yang dilaporkan, Buat kali kedua berturut2, Arsenal akan meneruskan siri jelajah Asia untuk pra musim sekali lagi di Kuala Lumpur Malaysia. Ini pastinya peluang untuk peminat2 tercinta menyaksikan kehadiran pemain2 bertaraf bintang serta melabur ke dalam kocek Arsenal bagi 'membantu' mereka membeli pemain2 lebih berkualiti.

After arriving in Kuala Lumpur, the first-team squad will take part in an open training session in the Bukit Jalil Stadium, Kuala Lumpur, on Monday, July 23, an event which was attended by over 30,000 people last year.

On Tuesday, July 24, Arsenal will play a match against a Malaysia XI, once again in the Bukit Jalil Stadium, Kuala Lumpur, kick off 9.45pm local time.

Cuma yang menjadi sedikit kemusykilan mengapa tidak diadakan lebih awal kerana umum sedia maklum, Malaysia sebagai sebuah negara mjoritinya Muslim sedang dalam mode beribadah menjelang bulan Ramadhan yang jika mengikut perkiraan 1 Ramadhan jatuh pada 20 July untuk tahun ini.  Mungkin pihak penganjur agak kurang peka dengan situasi ini ataupun sudah maklum maka sebab itulah perlawanan diganjakkan ke jam 945 berbanding kebiasaannya 845 PM. Apapun, terimakasih Arsenal kerana sudi menjenguk2 lagi fan-base di sini!