Selasa, 10 April 2012

Post Match : The Art benam The Merncenary


The Art. Bilamana dia berjaya merampas bola dari Pizzaro dan meluru ke depan dengan full speed ketika pihak lawan hanya sempat menoleh dan melihat tanpa closing down, anda hanya ada satu fikiran tentang outcome daripada Arteta, shoot... dan betapa clean nya strike yang telah dilakukan, rembatan derasnya dari luar kotak penalti menewaskan Joe Hart, keeper yang paling sibuk dalam match semalam. Di depan Khaldoon Mubarak, di depan Vieira,David Platt, di hadapan Nasri Clichy dan atau mungkin jugak Toure, Emirates gegak gempita menyambut gol sulung perlawanan dengan sambutan ala poznan yang paling menggairahkan bagi membahan fan2 Mercenary City.



 Hanya satu bijik gol. Tapi sebijik gol itu besar harganya bagi Mancini lagi besar buat Arsenal sebagai tonik kekalahan kepada QPR. Ramai yang ingin lihat respond Arsenal, dan ternyata sekali lagi kita menunjukkan karektar kita.Gol ini mungkin memisahkan perbezaan antara satu bandar yang dikongsi antara lautan merah dan biru tetapi di saat London bertukar merah, gelombang merah Manchester turut menumpang kemeriahan. Arsenal selayaknya menang, kita control game hampir 80 minit, terkena tiang dua kali, terkena pemain sendiri depan gol lawan, 3 peluang terhidang yang gagal disudahkan serentak dalam satu masa, dan peluang last minit yang dipersiakan Rambo. City hanya hidup 10 minit di separuh masa kedua, itupun sesudah mereka sedar talihayat title journey mereka di hujung tanduk. Yang selebihnya hanya sepak terajang dan taktikal busuk terutama dari the unmanageable  Balotelli(baca Bahloltelli). Dia sepatutnya sudah tidak layak meneruskan perlawanan akibat terjahan kerasnya ke atas Song dan jika itu tidak cukup sila lihat tackle2 ke atas Sagna. Tapi hanya ref yang mempunyai denial syndrom mahupun cuai akibat terlepas pandang sahaja, akan gagal mengakui bukti2 untuk layangan kad merah pada Balotelli.

Song hanya bernasib baik beberapa saat, jika tidak kerana sempat reflex menarik kakinya dalam sekelip mata, kita mungkin akan lihat Eduardo II.Gua malas nak memanjangkan cerita tentang itu, kacau mood sahaja. Biarlah FA sendiri yang membuat keputusan ditambah pula dia akhirnya menerima hukuman di minit2 terakhir atas bentesan bodohnya ke atas Sagna. Sudah pasti satu penamat season untuk pemain Italy itu..Kita ada perkara sendiri yang perlu dirisaukan. Penggantungan 2 match terhada Koscielny setelah menerima kad kuning melepasi had yang dibenarkan. Games bertemu Wolves dan Wigan selepas ini menjadi ujian besar buat back 4 kita yang solid. Baik Johan mahupun Song harus step up untuk beregu bersama Mael.

Arsenal turun tanpa kelibat Gervinho  menyaksikan Yossi mengambil alih. Wenger memilih keputusan yang tepat untk merehatkan Rambo yang langsung tak membantu di Loftus Road. Mungkin kapten wales ini di overplayed, burn out.Kita bagi dia tarik nafas dulu dan belajar dengan orang lebih berpengalaman seperti Rosicky tentang apa ertinya 'resurrection'. Berbalik pada Si Yossi,Beberapa siri perlawanan di mana Yossi beraksi cemerlang , kemudian dia dilepas pandang. Mungkin kerana faktor status pinjaman mahupun umur, tapi kini Wenger sedar pada saat liga menuju ke penghujung dengan semua team all out mempertahankan kedudukan masing2, untuk kekal bersaing, midfield perlukan stabilization. Dan Yossi, Rosicky, Arteta serta Song mampu memberikannya. Jelas sekali kita mengawal kawasan tengah dengan begitu baik menyahfungsikan Barry, Milner dan Toure.Nasri sendiri kelihatan sesat di padang yang suatu ketika merupakan padang permainannya.Jongkang jongkit tak turun naik, gelongsor pula terus terjunam ke dalam tanah, begitulah adanya bagi City yanng konon dikataka title contender tapi tidak beraksi sebegitu. Off the ball, kita closing down dengan konsisten, dapat bola, passing kita kemas memudahkan penjanaan serangan.MOTM Arteta selain gol hebatnya, ground yang dia cover malam tu mmg superb, dari atas bawah kiri kanan serata padang.Lihat passing ratio nya

Pasti ramai yang risau akan form RVP yang kini 4 game tanpa sebarang gol. Lagi bengkek apabila mereka yang memilihnya dalam team fantasy dan meletakkannya sebagai kapten. Tak ade masalah..Percayalah, gol tersebut akan datang. RVP masih lagi berfungsi dan memberikan sesuatu dalam game (kecuali game QPR). Itu hari pun hampir2 kalau tak kerana Mael menghalang tandukannya, dan kalau dia memilih untuk control ball atau volley selain dari tanduk dan terkena tiang. Oh dan satu lagi, kalau tidak kerana Rambo yang overkonfiden pada peluang last2 minit, tentu dia memilih untuk passing kepada RVP yang lebih terbuka.

Macam Wenger cakap, kalau boleh tak nak musim ini berakhir sekarang tengah2 kita syok menuju puncak. Kalau tidak kerana malapetaka di awal musim sudah tentu kita kini sebaris sedang bersaing kejuaraan liga.24 daripada 27 mata dalam 9 game terakhir, kita merupakan satu2nya pasukan yang on form seperti United.Tapi tak nak ia berhenti kat sini sahaja, malah tak boleh sebenarnya untuk berhenti relax2.Kita perlu konsisten sampai ke penghujung, dan bawak momentum ini untuk mulakan pengembaraan baru ke musim depan.'Musim depan' adalah frasa yang sinonim dengan Arsenal tapi pedulik apa gua, sekarang ni kita tengah masyuk jadi layankan saja jangan banyak komplen. Aku percaya pasti ramai lagi team2 yang dambakan kedudukan seperti ini, hilang star2 di summer, belanja berjimat cermat, kene bahan kaw2 awal musim,tapi full tank di last2 episod, dan masih memberikan saingan serta ada yang boleh dikejarkan sebagai kelayakan minima.Bukan gua tujukan pada Liverpool dan bukan jugak bermakna gua berpuas hati.Cuma kita tahu apa yang realistik pada ketika ini walaupun potensi tersebut ada.Harapan yang dah ditanam jangan digali balik. Kekalahan Spuds semalam mengukirkan senyuman pada wajah gooners pagi tadi, Chelsea pulak hanya mampu seri dan kini pencabar serius seperti Newcastle yang menang malam tadi tak boleh dipandang enteng. Jangan juga wajah kita dibiarkan dicakar serigala awal pagi Khamis ini.Relegation team tengah bermatian berjuang untuk survival mereka.Tunjukkan pada mereka siapa yang lebih berjiwa...

Agi idup agi mengGunners!


Ahad, 8 April 2012

Pre Match : Arsenal vs City, Siapa yang lebih bernafsu?

Game yang memberi implikasi penting pada table dan hala tuju pasukan masing2. Kedua2 pasukan mendambakan kemenangan, baik kita mahupun City. Kita memerlukan 3 mata demi menjarakkan kedudukan kerana semalam pesaing2 terdekat slot Champions League, Newcastle dan Chelsea masing2 telah mencucuk rapat manakala Spuds hanya mampu seri tapi mendahului dengan 1 point. Manchester City pulak akan hadir dengan impian menekan jiran mereka Manchester United bagi saingan perebutan gelaran liga, gagal untuk menang bermakna sorakan bakal bergema di Old Trafford  jika mereka(united) berjaya meletakkan diri mereka sendiri 8 mata sebelum sepak mula Arsenal-city. Itu cerita mereka, fokus pada cerita kita belum tiba masanya untuk kita sibuk2 hal lain, bukan masa untuk cemburu dengan orang lain, bukan masa nak ambil pot Nasri nak balik ke Emirates bukan masa nak tengok Tevez tibe2 main balik, bukan masa nak tau nasib Mancini lepas match ini, bukan masa nak tengok penyokong United tumpang sekaki menghempuk2 meja mamak lebih dari kita bila chamak tak score.. ini masa untuk Arsenal. Sedetik lebih terleka, kita bakal dihukum sama macam kes QPR. Wenger kata kes dengan team Tony Fernandez itu hanya satu eksiden, jadi harap dia cakap tu biar betul. City tak pernah menang kat rumah Arsenal sejak tahun 1975. Lama banget. dua2 nak menang2 tapi kita wajib menang untuk menentukan nasib sendiri. Draw bukanlah yang terbaik buat kedua2 pasukan. Astro SuperSport 11PM Arsenal 3 Man City 2

Agi idup agi mengGunners!! 


Selasa, 3 April 2012

Here we go again..

Chamakh hilang dalam kepulan2 asap2 shisha di kota London telah menjawab misteri kehilangan jiwanya di atas padang. Lebih syok lagi apabila gambarnya ditangkap bersama rakan senagara yang merupakan penjaring gol QPR ke atas Arsenal Adel Taarabt. Jadi tidak haranlah mengapa dia langsung seperti tidak lagi memberi najis akan aksinya bersama Arsenal setiap kali diberi peluang dicampakkan ke atas padang pada ketika2 saat2 genting. BUkan nak dikecoh dan beratkan sangat mengenai aktivitinya itu selain daripada menjadi perhatian lensa media, cuma ko baru kalah, ko boleh pulak pergi berjoli tanpa memikirkan nasib fan2 yang menderita menanggung malu-lebih kurang gitu laa metaforanya. Mungkin bukan seratus peratus salahnya tetapi paling kurang tunjuklah sedikit effort jika jarang2 mendapat peluang. Ini tidak, persembahannya lebih teruk daripada 2 striker yang kita pinjamkan ke Sunderland dan Real Soceidad.

Bukan nak mencari kambing hitam sebenarnya ketika rata2 skuad di Loftus Road itu hari hilang fokus dan seorang demi seorang, otak mereka tiada di situ. Paling mengecewakan persembahan di bawah par dual leader kapten dan vice captain Verminator dan RVP. Verminator mempunyai saham yang banyak dalam membiarkan kedua2 pemain lawan masing2 menjaringkan gol premier league pertama musim ini manakala RVP walaupun anda boleh menuding jari pada fungsi Rambo dan Rosicky apabila talisman kita kurang mendapat service, dia jarang2 sekali nampak interested  dan cuba melibatkan diri dalam game.Apa2pun all to blame even Wenger himself who puts that line up. Mungkin kemasukan Rambo agak menganggu flow kita dimana dalam run in 7 game kita, Rosicky banyak bergandingan dengan Chambo ataupun Gervinho memberi lebih directness untuk pace dan tempo yang agak laju. Rambo dilihat lebih sesuai sebagai sub pada form semasa ini. Mungkin Yossi sendiri kalau diberi peluang takkan beraksi sedull begitu sekali. Game2 seperti itu kita sebenarya memerlukan player yang pandai cari ruang terutama dalam meloboskan ruang2 seni yang telah ditinggalkan. Percaturan Hughes berjaya dalam mengcompactkan midfield 4-5-1 untuk menafikan Arsenal daripada bermain. Lebih syok lagi padang yang licin benar2 membantu mereka apabila pemain2 kita berulang kali tergelincir dan paling tinggi bayarannya apabila Mael terslip di sebelah kiri memberi Jamie Mackie memilih passing ang betul kepada Diakite. Kita langsung tak bernafsu lack of urgency, peluang yang dimiliki dan disudahkan Walcott itupun nasib2 kerana offensive play kita ternyata tak berhasil. kuantiti shot on target kita jugak kurang dari biasa.


Dalam game sebegini menunjukkan siapa yang lebih inginkan 3 mata tersebut, ketika QPR tengah struggle dalam zon relegation. Arsenal pada ketika mencari kemenangan kelapan berturut2 kononnya nampak ambil mudah. Jadi elokalah result sebegitu muncul pada saat sebegini. Sekurang2nya  ia sebagai wake up call buat kita. agar jangan syok sangat. Kini Spuds sudah menyamakan mata dengan kiat cuma beza satu gol menjadi pemisah manakala Chelsea dan Newcastle mencucuk rapat dengan 5 mata sahaja di belakang, baki peralwanan kesemuanya hanya 7. Melihat pada situasi realistik pada ketika ini 4 team merebut dua tempat. Sekurangnya2 ini pengajaran berguna buat Arsenal, siapa tahu mungkin terlalu beban untuk arsenal membawa rekod 8 kemenangan  menjelang game bertemu Man City Ahad ini jadi setelah 'tekanan dikurangkan' eloklah kita membina streak itu semula. Baki pun tinggal tujuh game lagi, 7 game berturut2 menang sekali break dengan kekalahan, kemudian sambung balik 7 kemenangan berturut2. Bunyinya taklah teruk sangat bukan?Perjalanan roller coaster ini tidak pernah bosan bagi sesiapa yang berjiwa Gunners terutama pada ketika musim nak sampai ke penghujung, pikiran emosi bercampur baur ini pasti relief ketika mendapat tahu masih ada sesuatu yang hendak diperjuangkan walaupun hadiahnya bukanlh sekilau piala. Maruah tak pernah kurang harganya! Lets start it all over again!

Agi idup agi mengGunners!