Rabu, 15 Februari 2012

Pre Match : Azam Arsenal di San Siro



Dalam pusingan last 16 ni, pertemuan antara kita dan AC Milan diketahui umum sebagai paling glamor. Pertembungan 2 kelab yang mempunyai sejarah dan rekod tersendiri dan ada status elite di kalangan kelab2 eropah. Kita mungkin pasukan pertama yang menewaskan mereka di San Siro, tapi yang menariknya sesudah baru 4 tahun yang lepas, dalam skuad kita hanya tinggal Sagna dan Walcott sahaja yang sempat merasai pengalaman itu manakala RVP sub yang tidak digunakan. Seorang lagi pemain yang mempunyai kenangan manis di stadium kongsi itu adalah Thierry henry yang menjaringkan hat-trick ketika kita membenam rival mereka Inter 5-1 pada 2003. Jadi berbekalkan pengalaman2 pemain2 di atas, Henry terutamanya untuk membakar semangat berkongsi self belief.

Bagi Milan pulak mereka pasti akan cuba menghapuskan badi tewas 3 kali di peringkat yang sama di tangan kelab2 BPL, Arsenal kemudian United dan musim lepas Spuds(yang bernasib baik).Wenger ada cakap mereka kaji rakaman game Spuds Milan , yang membuktikan domination bukan jaminan untuk kemenangan. Pada malam itu, Milan berhempas pulas outplayed Spuds, dengan taktik 'kotor' jiran london itu sit back dan hanya menunggu masa yang tepat untuk counter attack dan mereka pulang dengan kelebihan away gol. Adakah itu taktik yang popular bagi Arsenal, sudah tentu tidak tapi Arsenal perlu berjaga jika tidak mahu mengalami nasib yang sama di sebelah pihak yang kecewa.

Pundit dan pemerhati kata kelebihan mungkin di pihak Arsenal yang menggunakan bahagian flank  antara pace Theo dan Chambo. Namun jika terlebih konfiden, trio Pato, Zlatan dan Robinho mungkin boleh menganggugugat barisan pertahanan Arsenal yang terpaksa restructure balik akibat ketiadaan Mertesacker. Mael dalam satu kenyataan media yang diputar belit telah didakwa meluahkan rasa kecewa bermain di left back padahal apa yang disebutnya ialah dia labih gemar bermain di bahagian natural positionnya iaitu CB di mana dapat membantu gamenya berkembang. Tapi nampaknya,Mael harus menunggu untuk kembali ke CB kerana untuk mengharapkan Gibbs yang baru pulih, terus ke dalam pasukan adalah satu risiko. Johan mungkin adalah solution Wenger untuk menggantikan slot PM . Satu lagi option untuk meletakkan Coquelin sekali lagi out of position di bahagian fullback, dengan ini Mael boleh bergandingan dengan Kos. Wenger kata dia kenal benar dengan Zlatan yang selalu hidup di big games, tapi pada gua Arsenal perlu jugak memberi perhatian pada pemain yang tak berapa biasa, El Shaarawy kerana nama2 yang pelik biasanya mampu membuat kejutan. Dia  antara pemain yang bermain bagus dalam game terakhir milan. Dia belum melakukan debut di peringkat Eropah.

Wojciech Szczesny
Lukasz Fabianski
Thierry Henry
Robin van Persie
Yossi Benayoun
Andrey Arshavin
Theo Walcott
Aaron Ramsey
Tomas Rosicky
Alex Song
Mikel Arteta
Alex Oxlade-Chamberlain
Laurent Koscielny
Francis Coquelin
Thomas Vermaelen
Johan Djourou
Kieran Gibbs
Bacary Sagna

Daripada senarai 18 pemain yang dibawak terbang, kita boleh menjangkakan lineup seperti ebrikut:

-------------Szczesny------------
Sagna-----Johan----Kos------Mael
--------------Song--------------
--------Arteta------Rosicky----
---Theo-----RVP-----Chambo------

Untuk 1st leg away, away gol adalah satu kelebihan yang perlu dicari, kemenangan adalah bonus. Sebagai kelab yang berClass, kenapa tidak kita mensasarkan yang terbaik? Satu lagi kemenangan akan menguatkan lagi teori kita di landasan meomentum terbaik.Satu lagi, Ini mungkin perlawanan terakhir bersama lagenda kita. Hadiahkannya dengan koma(bukan noktah- dengan harapan jodoh masih panjang) gembira.A great farewell..on a great European night...  Astro ESPN 345 AM. AC Milan 0 - Arsenal 1.




Agi idup agi mengGunners!!


Selasa, 14 Februari 2012

Henry : Veni vidi vici victory


Kembang semangkuk hidung Arsene Wenger kerana kali ini percaturannya menjadi. Trio subs yang dimasukkan ketika Sunderland mendahului melalui 'gol pelik-unlucky Mertesacker', ternyata memainkan peranan masing2 dan menjadi super subs.Bertambah best lagi apabila dua daripadanya sejak kebelakangan ini bermain di bawah tekanan kritikan manakala yang seorang lagi tetap istimewa di hati peminat, tiada apa lagi yang perlu dibuktikan. Rambo masuk menjaringkan gol penyamaan-walaupun ada mulut2 nakal menyalahkannya atas kematian Whitney Houston,ini kurafat- Henry masuk di minit ke 66 dan Arshavin dimasukkan ketika baki tinggal 3 minit. Gandingan kedua2 mereka menghadiahkan 3 mata yang tersangat dicari2 ketika minit2 terakhir perlawanan. Arshavin dari sebelah kiri walaupun diapit oleh dua defender lawan di hadapannya sempat menyungkit satu cross tepat ke hadapan gawang, dan memang nak dijadikan cerita, Lagenda kita Henry yang berada betul2 di hadapan Mignolet hanya perlu  mengkungfu masuk bola melepasi garisan mencecah jaring. Pada ketka itu histeria dibuatnya, staium off light bergema dengan sorakan away fan.  Menyaksikan Henry sekali lagi menjadi jurang pemisah antara kedukaan dan kegembiraan adalah umpama satu mimpi. Apa2 jadi selepas match di San Siro, dia telahpun melengkapkan kepulangannya ke Arsenal di hati peminat dengan penuh emosi.

Malam itu memang pasal Arsenal, dan pasal 3 mata penting. Tapi tak salah untuk kita terlebih excited bilamana wira yang disayangi ramai merakamkan gol ke 229 sebagai rekod kelab. Walaupun 6 minggu lebih sahaja tempoh peminjamannya, impak positif sangat ketara. Dengan bantuannya kita dapat 3 mata yang meletakkan kita kembali ke top 4,( Newcastle,Liverpool, Chelsea tewas minggu ini), kita mara ke pusingan last 16 FA Cup dengan lawan yang sama Sunderland minggu depan, dan ia menjadi lebih lengkap jika match terakhirnya bersama Arsenal awal pagi khamis nanti, dia mengulangi sejarah yang pernah dilakukan di San Siro. Menjaringkan gol FA cup di Emirates sudah, menjaringkan gol liga di Emirates di lewat permainan sudah, menjaringkan winning gol dalam liga di away last2 minit pun sudah. Jalan ceritanya tersusun cantik untuk comeback kali ini. Orang akan bertanya "apa lagi yang dimahukan?" tapi bagi Henry sendiri, dia percaya sebenarnya kemampuan dirinya lebih dari itu lagi. Dia pernah menjadi hat-trick hero di San Siro. Jadi untuk mengharapkan dia mengulanginya mungkin satu permintaan yang tinggi tapi cukup sekadar dia dapat bersama2 menjadi sebahagian, memberi semangat dan merasai satu lagi atmosphere european night yang indah bersama kelab yang dicintai sebelum membuat lambaian farewell kedua.

Kemanisan tanpa pengorbanan tidak memenuhi ciri2 perjuangan. Arsenal mungkin terpaksa membayar harga mahal dengan kecederaan yang dialami Mertesacker tempoh hari. Bola yang berjaya di intercept oleh Song dibiarkan untuk pemain galah ini kejar tapi entah tidak semena2 dia tergolek bagai nangka busuk. Wenger ada memikirkan tentang perlunya McClean memberhentikan perlawanan dengan semangat kesukanan tapi kemudian berfikiran rasional dan logik; bagaimana player nak tahu sama ada opponent itu buat2 jatuh, terjatuh atau benar2 injured.-mungkin sebab dah menang jugak jadi Wenger tak banyak bunyi.haha. Tapi melihat kepada gambar kondisi kakinya yang dikongsi Mertesacker, ouch..harap tidak seteruk yang ada dalam gambar kerana ketika sprint out ini kita memerlukan kesemua pemain2 fit dan kembali.


Berita untuk masa depan, Ryo Miyaichi telah melakukan debutnya dengan bolton sebagai sub di separuh masa kedua. Dan daripada perkhabaran , pemain Jepun itu tak menghampakan walaupun gagal membantu Bolton meraih sebarang mata ketikga bertemu Wigan. Seorang lagi pemain muda yang entah apa masalahnya kerana tak menjadi2 di Arsenal seperti diharapkan iaitu Carlos Vela boleh pulak cipta nama kat Spain.Vela score dan assist dalam kemenangan 2-0 Real Sociedad ke atas Sevilla. Ada ura2 mengatakan pemain Mexico ini sudah tawar hati untuk kembali ke Arsenal. Gua rasa pun mungkin sudah tiba masanya kita melepaskannya melihat kepada keadaan sekarang dan jugak kekerapan Wenger benar2 mempercayainya jugak diragui.Mungkin masalah attitude, mungkin sebab tertinggal passport satu ketika dulu tapi sayang bakat ada cuma mungkin rezeki bukan di Arsenal. Apapun tunggu hingga summer nanti.Arsenal baru saja sign satu lagi bukan Cesc tapi 'Kes' Fabregas, Ini kerana Jon Toral yang berDNA Barcelona telah sign kontrak profesional dengan Arsenal. pemain AM ini memang dikatakan berbakat tapi sama ada ia hanya akan mengulangi kes jejak kasihan antara Arsenal Barca dan Toral pulak, hanya masa yang dapat menentukan.

Dan utnuk awal pagi Khamis, ape cerita belah tuan rumah? Mereka baru sahaja bangkit dari ketinggalan untuk menang ke atas Udinese 2-1.Gua tengok sekejap match malam tu sampailah gol De Natale dengan bongkak gua kata kat member gua macam ni Milan boleh makan. Tapi lepas tu memang diorang boleh makan, makan dengan senang hati balik rumah goyang kaki sebab keputusan akhirnya mereka berjaya menang 2-1. Dan mereka diberi moral boost dengan  kembalinya, Pato, Nesta, Boateng, Flamini ke sesi latihan. Lebih buat game nanti sengit adalah kehadiran Mark Van Bommel dan Zlatan yang penggantungan mereka tidak akan  dikira dalam saingan Eropah maka mereka bebas bermain. Yepes dan Aquilani jugak tengah menghitung hari dalam proses recovery. Gua suka cabaran, gua suka opponent dengan full strength , lagipun itulah yang sepatutnya bagi saingan yang dinamakan Champions League. So  Milan, bring it on!! Dulu ada kata2 ini saingan terakhir Arsenal dalam Champions league, tapi dulu jugak merekayang  kata Arsenal tak mampu melepasi Udinese, jadi kini bola sepak tak bergerak selagi disepak. ke mana arahnya hanya di kaki pemain yang menentukan. Sehingga kini, gua percaya kita masih lagi dalam landasan yang betul untuk kembali mencipta momentum kestabilan. Mari berharap agar keterlibatan kita dalam saingan Eropah di pertengahan minggu memberikan kita sedikit pride..   Forza Gunners!!


Sabtu, 11 Februari 2012

Pre Match : Arsenal vs Sunderland -Episode 1

Sunderland, Milan , Sunderland, - Pergh itu jadual 3 game berikutnya dalam 3 kejohanan yang berbeza2. Kesemuanya away. Hari ini di Stadium Of Light, Rabu nanti di San Siro untuk UCL, dan sabtu depan kembali ke Stadium Of Light dalam saingan FA Cup pula.sebagai info,  game2 lepas tu pun boleh tahan, Spuds, Liverpool , Milan, Newcastle. Betapa padat dan pentingnya bulan Februari dan Mac ini yang boleh tentukan nasib kempen kita musim ini. Itlah sebab pentingnya pemain2 yang dah laam berehat agar kembali dalam masa yang sama mengharapkan tiada lagi kecederaan besar-besaran. Wilshere dan Diaby serta Santos ada chance untuk sepak bola sebelum tirai musim ini dilabuhkan. Gibbs dan Chamakh masing2 dalam skuad, Jenkinson lagi 2 minggu, Gervinho paling awal balik pun hujung minggu depan.

Namun seperti yang dinyatakan sebelum ini, sayangnya lagenda kita tak dapat kekal lama bagi terus membantu, Henry akan pulang selepas match bertemu AC Milan di san siro bermakna 16hb adalah hari untuk lambaian perpisahan buat kali kedua. Wenger kata nak extend pinjam lagi 2 minggu boleh tapi besar kemungkinan Arsenal akan respect sahaja  seeprtimana yang telah dijanjikan dengan NY Red Bull awal dahulu kerana tidak adil untuk NY mahupun Henry sendri untuk kapten pasukan pulang di hari pembukaan musim MLS. walaupun sekejap, tapi kelibat dan jasa akan sentiasa dirindui dan dihargai dan jika ditakdirkan bulan 5 nanti kita mampu menjuarai FA Cup, gua nak sangat Henry sama2 dijemput naik podium kerana dia memainkan peranan besar untuk kita mampu mara ke last 16 ini.

Berbalik semula kepada game malam ini, Wenger tidak dapat lari dari menjawab persoalan tentang isu hangat Capello. Dia sendiri cakap2 awal2 tidak teruja untuk pegang job atarabangsa yang baginya agak bosan kerana kerja bermusim, lain pulak dengan kerjanya kini yang dilakukan secara harian. Bukan sekali dua nama Wenger pernah dicanang2 bagi mengisi kekosongan jawatan pengurus skuad kebangsaaan, England mahupun France sendiri tapi Wenger tidak mahu terlibat dan membiarkan segalanya terletak di tangan FA. Tapi dia menyokong sekiranya FA merasakan perlunya manager tersebut berasal dari kalangan marhaen rakyat negara itu sendiri. Jadi nama yang tengah popular pastinya sitidaktahumenulis dan takmahubayarcukai Harry Redknapp. Aku tidak suka dia secara peribadi,aku tidak suka cara dia meninggalkan Pompey, tapi ada pendapat mengatakan jika dia menerima tawaran tersebut tidak kira sepenuh atau separuh masa pun, jadi dia tdak akan dapat fokus sepenuhnya pada Spuds maka benefit buat Arsenal. Aku tak termakan dengan pendapat itu kerana bagia ku, Spuds tetap spuds dan tetap takkan ke mana.muahahaha.Dan secara sarkastiknya jika dia menjadi pengurus skuad kebangsaaan pilihanku ini , kita boleh mengagak Lampard akan dapat bermain seumur hidup manakala Bent tidak akan sesekali lagi di call up olehnya-mungkin Harry lebih sudi memanggil neneknya sendiri yang dikatakannya lebih hebat dari pemain Aston Villa.

Jadi siapa lagi selain Harry? Mungkin mereka boleh membuka mata terhadap Martin O'Neill, pengurus lawan kita malam ini, Sunderland. Track recordnya jugak bagus, di Celtic, Aston Villla mahupun di Sunderland pada ketika ini. Semenjak mengambil alih Sunderland dari Steve Bruce, 22 point daripada 30. Impressive bukan?  Sunderland tengah high sekarang ini.Malah diam tak diam hanya 7 mata di belakang kita. Stephane Sessegnon dan Sebastien larsson adalah nama2 yang mencuri tumpuan saban minggu dan berstatus 'pemain pasti mampu milik' dalam fantasy football.Kedua2 pemain mempunyai kemampuan berbeza tapi bukan rahsia lagi mereka key player kepada kebangkitan Sunderland selain moral boost di bawah pengurus baru.Sessegnon main di belakang striker ,kelajuan dan dribblenya adalah senjata manakala Larsson gila dengan set piecenya. O'Neille membawa masuk dari reserve James McClean dan pemain tengah itu nyata tidak mempersiakan peluang yang dimiliki. Lubuk mungkin di kaki O'Shea dan Turner yang agak slow manakala West brown pulak dikhabarkan cedera. 120 minit bertemu Boro dalam saingan FA Cup beberapa hari lalu mungkin boleh memberi kesan terhadaap stamina Sunderland tapi bukan bermakna Arsenal boleh senyum riang. Ini kerana pendekatan O'Neill yang akan digunakan untuk match kali ini mungkin adalah berelax2 dahulu, berserang-serang kemudian.. Gua jangkakan Sunderland akan sit back untuk save energy sebelum tunggu masa yang sesuai untuk counter attack. kelajuan Frazier Campbel dan Sessegnon akan dioptimakan.

Di pihak Arsenal pulak, sama ada rotation akan dilakukan bermla malam ini atau tidak, ia enjadi satu tanda tanya. Memang melihat pada jadual, rotation adalah perlu. Tapi kita baru sahaja beraksi cemerlang dengan rekod 7-1 ke atas Blackburn jadi musykil jugak Wenger untuk mengacau benda yang dah elok. Berikan lagi peluang kepada En Rosicky menggantikan tempat Rambo kerana dimensi yang disumbangkan antara gandingan Rosicky Arteta telah memebri alternatif baru dengan tempo ball movement yang lebih pantas. Rosicky dengan jenis tippy tappy football berbeza dengan Rambo yang lebih gemar hold bola sebelum finfing the right pass. Apapun kedua2nya ada advantage mengikut pada situasi dan untuk malam ini jika berhadapan dengan pasukan yang akan parking bas depan gol, kemampuan Rosicky untuk mencari ruang di celah lubang2 yang seni mungkin lebih diperlukan oleh Arsenal.

--------------Szczesny-------------
Sagna------PM--------Kos----Mael
--------------Song------------------
---------Arteta----Rosicky---------
---Theo-----RVP-----Chambo----

Kita baru kembali ke landasan sesudah period yang buruk dengan satu kemenangan besar. Jadi untuk membuktikan konsistensi adalah hanya dengan membenamkan rekod tanpa kalah di laman sendiri bawah MON.

Astro  Star Sports 11pm. Sunderland 1-Arsenal 2

Agi idup agi mengGunners!!