Ahad, 20 November 2011

Post Match : Wenger mahu kekal tapi RVP perlu dikekalkan


Dalam sibuk2 tentang satu interview Wenger bersama L'Equipe yang mewar2kan tentang cerita masa depan Arsene di Arsenal, RVP sekali lagi mencuri tumpuan yang sepatutnya di atas padang. 2 gol jaringannya memberikan kemenangan kepada Arsenal di Carrow Road ke atas Norwich City, pasukan yang memberi tentangan sengit hingga ke akhir perlawanan. Satu game yang terbuka dengan corak persembahan menyerang positif dari kedua2 pasukan. Arsenal mencipta beberapa clear cut chances tapi gagal disudahkan berbanding Norwich yang 'dihadiahkan' gol pembukaan sebelum Arsenal terpaksa mengejar perlawanan.3 mata meletakkan Arsenal dengan rekod 5 kemenangan liga berturut2, boleh dikompomkan kita berada di landasan peningkatan. Sebenarnya Arsene Wenger hanya berkata apabila ditanya, dia akan konsider balik jawatannya di Arsenal di hujung musim hanya sekiranya dia merasakan dia tidak lagi cukup bagus untuk melakukan kerja2 ini dan Arsenal rasa tidak lagi memerlukannya.Itu sahaja. Yang media dok bising2 timbulkan cerita hanyalah sekadar gimik nak merencatkan , mengalih pandangan tentang tahap peningkatan result Arsenal di atas padang. Tapi kalau betul Wenger nak Arsenal berjaya seraya merasakan dirinya masih lagi orang yang relevan untuk membimbing kelab, tugas utama summer nanti adalah memastikan RVP sign kontrak lanjutan.31 gol daripada 29 perlawanan dalam kalendar tahun ini! itu satu statistik yang world class.Kebergantungan corak perlmainan Arsenal kini adalah pada bahagian striking force,jadi hanya pemain sekaliber RVP mampu menerajui maka dia kini leih penting untuk survival Arsenal, lebih penting dari musim2 sebelum ini.

Kembali ke game malam semalam, seperti yang dipredict Arsenal menurunkan line up dalam pre match. Kos di RB dan Mael bergandingan dengan Mertesacker.Aku agak impress dengan Norwich yang bernafsu dan nak main bola tapi seperti Arsenal, defendnya jugak rapuh dan merapu. Sekurang2nya Arsenal mempunyai 3 peluang keemasan dia wal perlawanan untuk mendahului. Paling sayang ketika sepakan Walcott berjaya diclearkan oleh Russell Martin ketika John Rudy tertewas sudah. Lebih kurang  minit lepas tu kegagalan Arsenal menyudahkan peluang2 awal yang terhidang kembali memakan diri. Entah dari mana bola lambungan jauh yang tak langsung mencabar gagal dibajet oleh Mertescaker yang umpama kene sucker punch malam tadi. Ditambah dengan kesilauan, dia seperti off balance tak tahu apa nak dibuat dengan bola tersebut menghadap ke arah gol sendiri sama ada nak back pass atau nak dummy atau nak clear alih2 Morison yang datang dari belakang outmuscle PM sebelum menolak mudah menewaskan Wojek.Mael tak sempat berbuat apa2. Szczesny hanya mereneung  dengan sinis, Wenger di tepi padang marah2 protes terhadap pengadil keempat kononnya foul dilakukan terhadap pemain paling tingginya walhal sebenarnya dia sendiri tahu itu adalah satu kesilapan bodoh daripada pemain Jerman itu. Pada ketika itu terbayang2 jelmaan Stepanovs,Sanderos, Cygan,Squaillaci dan badut2 CB yang pernah mewarnai Arsenal. Wenger merasakan kritik yang diberikan pada CB yang baru dibelinya terlalu keras, dia menyeru agar diberikan masa untuk dia menyesuaikan diri dengan pace bola sepak Inggeris. Wenger sendiri mengaku memberi tips dalam bilik persalinan.
But I told Per that when you are in England facing goal, maybe in many countries you are safe but not here. That's what he has learned today. 

Dah kena sebijik barulah nampak ada urgency. Arsenal mendominasi bola dan mencipta beberapa lagi peluang. Russell Martin sekali lagi bertindak sebagai penyelamat menanduk keluar tandukan RVP dari kawasan bahaya ketika Rudy jugak dah tertewas. selang berbeapa minit akhirnya gol penyamaan tiba dengan simple. Walcott yang meluru dari arah kanan berjaya menewaskan LB mereka dengan skill bersahaja sebelum menghantar low cross ke dalam kawasan bahaya. Sekali tengok Gervinho terlepas ingatkan semacam Arsenal dah kena jampi tetapi RVP sentiasa ada di tempat dan masa yang tepat untuk menyambar di belakangnya, simple tap dan Arsenal kembali dalam game. Anak buah Paul Lambert tak berhenti di situ sahaja, Rudy mengeluarkan bola dengan lontaran jauh tapi ketika rakan2 lain mengharapkan Morison melakukan hantaran baik ke dalam petak penalti dia memilih untuk mencuba chip dari arah kanan yang akhirnya ke laut. Arsenal jugak mengubah taktik dengan Walcott dan Gervinho saling swap position.

Separuh masa kedua jalan ceritanya masih sama. Arsenal sentiasa di kawasan final third tetapi masih belum mampu mendapat gol pendahuluan.Sampai terpaksa mengharapkan Mael tiba2 burst ke atas dari sebelah kiri crossing baik tapi tandukan Gervinho ditangkap kemas Rudy. Walcott jugak memilik peluang tapi pembawakan bolanya di atas garisan semapt dikeluarkan sebelum dia mimilih untuk pass ke arah Rambo yang menjerit2 meminta. Arsenal mempunyai peluang baik melalui Gervinho, satu through ball cantik dari RVP keapda Gervinho yang meloloskan diri di celah2 pertahanan Norwich, tolakannya berjaya menewaskan Rudy tapi jaraknya tak cukup jauh apabila Rudy sempat memanjangkan tangan untuk menampan, kemudian tolakannya ke tengah hanya sia2 , pertahanan Norwich sudah pun bersedia mengeluarkan bola.Entah peluang macam mana lagi yang Arsenal mahu.

Mertesacker tidak keseorangan dalam menjadi lubuk malam ini. Wira Norwich di separuh masa pertama menjadi culprit mereka untuk 2nd half. Lambat bertindak dan terlalu lama membuat keputusan akhirnya bola yang sepatutnya tidak bahaya dicurik oleh Rambo dalam masa yang sama telah difoul. Phil Dowd kasi play on Song lantas mengutip bola dari kawasan tengah melihat ke hadapan ada dua opption, Gervinho di sebelah kiri dan RVP di sebelah kanan, dia membuat pilihan yang tepat untuk melorongkan pada RVP yang kemudiannya mengechip bola ala vela. Boleh diakatakan dalam peluang2 yang terhidang malam ini sudut ini paling sukar baginya tapi yang ini mampu diselesaikan. Arsenal mendahului buat pertama kali.



Arsenalmembawa masuk Yossi bagi menambah pengalaman dan mennyelia bahagian tengah. Norwich cuba kembali ke dalam game melalui Pilkington tapi kakinya tak cukup inci menyambut hantaran Bennet dari sebelah kanan.Tuan ruma h berusaha keras mencuri sesuatu daripada match ini berdasarkan effort yang ditunjukkan mereka rasa mereka layak mendapat sekurang2nya 1 mata. Walaubagaimanapun Arsenal yang lebih memerlukannya dan mereka menunjukan solidity  kekal bertahan sebagai satu unit hingga wisel penamat. Kerja selesai kali ini. Pagi Khamis pulak tiket ke last 16 Champions League sedang menunggu!!

Agi idup agi mengGunners!


Sabtu, 19 November 2011

Pre Match : Norwich City vs Arsenal

"We came from hell and if we have learned anything it is to put 100 per cent effort into every single game."-Arsene Wenger
Maksudnya di situ dari permulaan buruk awal musim Arsenal kini semakin dapat mencari keserasian di kalangan pemain dan semakin meningkat tahap persefahaman. Komitmen dan usaha dibalas dengan improvement dari segi result di atas padang. Arsenal kini menghuni tangga ke tujuh, di mana satu masa dulu pernah seketika terperosok di angga ke 17. Ketika orang lain langsung tidak memberi harapan, kita dana para pemain sendiri percaya Arsenal mampu melakukannya lebih baik. We deserved better. Jadi harap malam ini result baik itu diteruskan di Carrow Road.

"I will sign now for a 1-0 with two hands,Norwich are a very good side and I consider this a difficult Premier League away game. They are a side who play quick and dynamic football so if you are not completely focused and up for it, you have no chance against them. We have been warned that we need to be at our best.
Kata2 itu membuktikan Norwich tidak boleh dipandang enteng.Arsenal mungkin boleh secure tempat ke last 16 Champions league minggu depan bertemu Dortmund di Emirates tapi sebelum itu, kerja malam ini lagi adalah fokus utama.Seperti yang diketahui seamalam, Arsenal turun tanpa kelibat Gibbs, Jenkinson jadi option di RB terbuka pada Johan dan Kos. Kos mungkin pilihan dengan Mertesacker kembali bergandingan dengan Mael di tengah. Arsenal pulak perlu mengawasi pemain2 Norwich seperti Pilkingon, Morisson dan Bennet. Ketiga2 nama ini dosebut sendiri oleh Wenger. Ketika team2 atasan lain jugak bertemu sesama sendiri, iini peluang untuk Arsenal merapatkan jurang mata.PEngadil perlawanan malam ini tidak lain tidak bukan si Daud.

-----------Szczesny------------
Kos----PM----Mael-----Santos
-----------Song----------------
----Arteta------Rambo----------
Theo------RVP---------Gervinho







CH812: 20:40 Norwich 0- Arsenal 1.

P/S: Jangan lupa saksikan pertembungan separuh akhir sukan sea bola sepak antara Malysia vs Myanmar jam 4:30 ptg ini.

Gunners in my heart, Tigers are my soul!!


Jumaat, 18 November 2011

Aksi Arsenal kembali!

Kita mulakan dengan berita best.Setelah tamat internationaleleh-ini best- tanpa sebarang laporan rasmi mengenai kecederaan yang menimpa para pemain, itu pun sudah cukup best. Lagi best apabila lagenda TH14 pulang ke 'rumah' London Colney, menyertai latihan bersama skuad utama bagi mengekalkan tahap kecergasannya. Sama seperti beberapa ex-player yang pernah melakukannya dulu, Pires, Campbell dan tidak kurang jugak jenama terkenal , Beckham.Kehadiran Henry yang masih tak hilang sentuhan2 emasnya mampu memberi perangsang kepada kelab sebagai fan no1 Arsenal, dan jugak seorang juara bersama Arsenal jadi harapnya mampu memberi sedikit tunjuk ajar dan nasihat kepada batch generasi baru ini terutama di bahagian serangan, Chamakh,Pakcu dan Walcott, sudah tentu mereka teruja.

Minggu ini di Carrow Road, Arsenal bakal meneruskan cabaran dalam perjuangan BPL menentang Norwich City The Canaries. Dah macam kedah la pulak, Kenari, jersi pun sama hijau kuning. Ramai yang kurang sedar apa significant game ini selain daripada perlunya Arsenal menyambung semula momentum yang tertangguh 2 minggu lalu.Antara kepentingan lain game malam esok adalah , minggu ini, 10 daripada 10 top team dalam table akan bertemu sesama sendiri. Maka kemenangan pastinya akan membawa kelebihan dan perubahan kedudukan dalam top half table.Oleh itu, ia pasti akan memberi moral boost.Arsenal di tangga ke tujuh pada ketika ini akan melawat anak buah Paul Lambert yang berada di tangga ke sembilan. Bukan calang2 kedudukan, bagi pasukan yang baru dipromote.Malah sebenarnya 2 lagi pasukan baru naik Swansea dan QPR hanya mencucuk rapat di tangga ke 11 dan 12. Kejayaan sang Kenari mengikat Liverpool di Anfield bukan datang free2. Itu hasil usaha keras dan komitmen serius mereka. Jadi jika Arsenal ingin kembali ke landasan, sila main dengan serius.

We have that feeling as a club, that if someone is going to beat us, they have to put us on our backsides to do it.- Paul Lambert
 “They bought Anthony Pilkington who we saw had a good impact against us last season in the FA Cup, and players like Elliott Bennett who we have seen are Premier League quality. These are shrewd buys and a factor of the development of their success.”-Arsene Wenger
Kemasikini kecederaan pulak. Arsenal melapangkan tangan menyambut semula kehadiran Chamakh dan Diaby. Diaby yang belum pernah menyepak bola untuk Arsenal musim baru ini telah kembali menjalani latihan penuh.Walaubagaimanapun, Wenger memberi hint bahawa Diaby perlukan masa lebih untuk kembali manakala Chamakh available untuk selection. Namun Gibbs masih lagi belum pulih,mengalami kecederaan otot perut dan hernia. Pembedahan  dijalankan semalam, dia akan terus direhatkan 4 hingga lima minggu.Carl Jenkinson juga dinasihatkan supaya berehat akibat sakit belakang. Tengok  Carl ni main pun structure badannya terbongkok2, risau jugak aku dibuatnya.Ryo Miyaichi masih bergelut dengan kecederaan ankle akan terlepas aksi selama 6 minggu.Daripada senarai yang terkorban menjadikan 3 fullback kita terpaksa direhatkan. Santos akan terus berkuasa di LB tapi di sebelah kanan, peluang untuk Johan , Kos atau Nico Yennaris.Aku prefer Kos sebagai pemain paling stabil dan kental mengisi kekosongan di RB dengan PM kembali bergandingan bersama Mael di hati defend.

Arsenal menamatkan rekod buruk away dengan bergaya di Stamford Bridge.Sekarang orang nak tengok konsistensi pulak.7 game dalam tempoh masa 21 hari menuntut fokus dan komitmen yang tinggi.Buktikan Arsenal!

Agi idup agi mengGunners!!