Sabtu, 5 November 2011

Pre Match : Arsenal vs WBA



Takde siapa yang boleh guarantee dalam top 4 untuk musim ini, jadi siapa dan apekemende wakil Spuds yang dah mula berbecokan Rafael Van Der Vaart nak jadi nujum pak belalang hanya selepas 10 game.Mabuk agaknya. Setiap dah berbelas tahun kita meraikan Totteringham day, tiba2 dengan bodoh sombongnya dia kata musim ini tak akan berlaku.Kita tunggu dan lihat.Siapa yang salah cakap dan siapa jugak yang tersalah memilih kelab. Walaupun Arsenal bermula dengan agak struggle tapi kini kita telah mula mendapat rentak dan semakin memanjat. Kemenangan ke atas Chelsea minggu sudahakan bertambah logik jika kita dapat menyelesaikan tugasan wajib di rumah sendiri malam ini menentang West Brom.Lupakan seketika persaingan eropah di mana kita terbantut sedikit dengan hasrat yang terpaksa ditangguhkan.

Arsenal pasti nak meneruskan momentum dalam liga dengan mencari kemenangan ke33mpat berturut2 sementara WBA hadir dengan reputasi kecewa di rumah sendiri dibenam Liverpool. Mereka hanya mampu menang 2 daripada 5 perlawanan terakhir. Tapi jangan pernah lupakejutan yang dilakukan mereka di Emirates musim lepas, mendahului 3-0 di Emirates sebelum pulang dengan 3 mata, 3-2. Hari di mana Almunia hilang segalanya. Hari tersebut satu malapetaka buat Arsenal kerana orang memang tidak memberi harapan langsung kepada WBA dan menjangkakan Arsenal menang mudah di gelanggang sendiri tapi itu bukan cara bola sepak. Hanya pasukan yang benar2 fokus dan meminimakan kesalahan dan mengoptimakan peluang yang ada boleh kepuasan di wisel penamat.

Arsenal tentu fokus dengan serangan yang diketuai oleh Player of the Month, RVP.Setelah direhatkan sejam pada pertemuan menentang Marseille, tumpuan pastinya terhadap RVP sebagai sumber gol Arsenal. Cuma yang risau kebergantungan Arsenal pada RVP mungkin boleh menjadi psiko dan mental block jika katakanlah suatu hari nanti dia ditakdirkan cedera, kita harus ada pemain2 lain untuk step up dan mengisi boot2 yang kosong. Tapi org kurang nampak yang sebenarnya prestasi terbaik RVP jugak adalah disebabkan team play dan pemain2 lain di seklilingnya berkesan. RVP adalah seorang team player yang suka terlibat dalam merencakan serangan, dia bukanlah jenis seorang target man yang hanya suka tunggu bola dia tas sahaja. Itu sebab Wenger dengan penuh yakin berkata barisan depan Arsenal cukup buat masa ini dengan rotation antara RVP, Chamakh, Pakcu selain itu Gervinho boleh main di depan begitu jugak dengan Walcott.Namun Arsenal perlu ingat bila tiba bulan Januari nanti di mana kejohanan Afrika, Camak dan gervinho bakal dilepaskan. Di situlah ujian2 besar menanti dengan jadual yang pada akhir bulan Disember bakal memberi impak.

Untuk malam ini Arsenal sekali lagi akal terutun tanpa Gibbs yang masih belum pulih. West Brom pulak kehilangan Paul Scharner dan Shane Long.  Roy Hodgson pastinya tahu tugas berat yang bakal dipikulnya. kalau musim lepas, Roberto Matteo yang membimbing pasukannya sehingga dapat 3 mata, ranjau berduri untu Roy mengulangi balik. Dia pasti akan hadir dengan taktik 4-4-1-1, pemain Nigeria Odemwingie menjadi taruhan diatas Arsenal jugak perlu mengawasi kelicikan pekas pemain, Jerome Thomas dan jugak set pieces Christ Brunt. Kalau ada cara terbaik untuk West Brom dapat gol malam ini adalah melalui set pieces. Maka gandingan baru Mael dan PM bakal sekali lagi teruji sesudah berjaya mendapat clean sheet di pertengahan minggu.

------------------Szczesny------------------
Jenkinson-----PM-------Mael-------Santos
------------------Song---------------------
---------Rambo---------Arteta-------------
---Walcott------RVP----------Gervinho---

Astro 811/813 11pm. Arsenal 2- WBA 1

Agi idup agi mengGunners!!



P/S: Arsenalaysia mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua pembaca2 Muslim semoga kita dapat menghayati dan menginsafi erti pengorbanan sempena sambutan hari raya korban pada tahun ini. Bagi mereka yang berjalan jauh, hati2 di jalan raya,Selamat pulang ke kampung berjumpa sanak saudara dan selamat juga pulang kembali. Ampun dan maaf dipinta atas segala keterkasaran bahasa, typo2 serta kesilapan sepanjang jari ini menekan2 papan kekunci. Sekian, Wassalam,


Rabu, 2 November 2011

Post Match : Hasrat tertangguh.


Hajat Arsenal untuk melayakkan diri secara awal ke peringkat kalah mati terpaksa ditangguhkan selepas hanya mampu seri 0-0 dengan Marseille.Kedua2 pasukan gagal memecah kebuntuan. Dalam satu lagi game lain kumpulan yang sama, Dormund menewaskan Olympiacos menjadikan persaingan kumpulan kembali terbuka. Tugas besar Arsenal lepas ni untuk sekurang2nya menang satu perlawanan lagi, tuan rumah kepada Dortmund manakala satu lagi kunjungan ke Greece.

Arsenal start perlawanan semalam  dengan hanya 3 pertukaran daripada skuad yang membenam Chelsea, RVP direhatkan seperti dijangka dan digantikan dengan Pakcu manakala Mael start bergandingan dengan PM dan Carl mengambil tempatnya semula di bek kanan. Marseille bagaimanapun bermula dengan lebih garang gandingan tri Remy dan adek beradek Ayew.Tapi Arsenal jugak mempunyai peluang melalui Rambo yang menyepak wide hantaran lintang Santos. Tapi kedua2 pertahanan kekal bertahan. Arsenal nampak cepat fatigue akibat berhempas pulas hujung minggu lalu. Tapi Pakcu yang tak berapa beraksi pun nampak tak boleh cope dengan pace game. Wenger tak risau kerana dia tau, ini semua berkadar langsung dengan jumlah game yang dimiliki pemain Korea ini. Walau di separuh masa kedua, digantinya dengan orang yang ditunggu2, RVP, Arsenal tetap masih tak mampu menembusi gawang Mandanda.

Peluang terbaik hadir apabila Rosicky menghantar baekk punya ke arah RVP yang berjaya meloloskan diri dari kawalan pertahanan tapi sayang bola chipnya berjaya diselamatkan Mandanda. Itu peluang terbaik dalam aksi separuh masa kedua sehingga wisel penamat.Deschamp dan anak buahnya pasti begitu lega dengan kejayaan mengikat Arsenal dan mereka tahu masih ada peluang. Bagi kita pulak, kita tak sepatutnya boleh mempersia2kan peluang game sebegini dan nampaknya harus mempersiapkan diri dalam baki game yang apa2 boleh jadi. COYG!!


I felt it was a game where we were not physically at our sharpest. Marseille started stronger than us and after that we got back in the game. In the first half I feel we had opportunities to kill the game. After that we were disciplined, we were willing, but you have to give credit to Marseille - they defended very well. They stopped us from playing and we were not sharp enough to get them out of position. The positives are that we did not concede a goal, Marseille only had one shot on target and overall we know that in the final third we can do better.- Arsene Wenger


Selasa, 1 November 2011

Pre Match : Arsenal vs Marseille

Apabila tauke besar sudah mula turun ke bilik persalinan setelah satu kemenangan yang mengujakan dan menaikkan semangat semua yang berkaitan dengan Arsenal, tentu ada sebabnya. Silent Stan takdelah sesilent yang disangkakan kerana setelah menghadiri AGM baru ini2 sebagai pemegang saham terbesar kelab, pergi menonton di Stamford Bridge, dan kini mula menyalurkan suara2 lunak terutama kepada akar umbi iaitu barisan pemain. Seperti yag dijanjikan bahawa dia akan turun padang menyelami suasana dan persekitaran kelab, temuramah terbaru antara laman web rasmi Arsenal.com dan Kroenke cuba menegaskan visi dan misi seorang businessman sepertinya terlibat dalam industri sukan no 1 ini.Dia juga memberi jaminan, kepada semua yang terlibat, pengurusan, pemain, dan penyokong bahawa dia 100% komited dengan corak pengendalian sekarang dan tak berhasrat untuk mengubah tradisi dan cara Arsenal beroperasi. Tapi boleh dikatakan, dia kini berjaya perlahan2 membina imej cool dengan usaha merapati setiap pemain dan memberi kata2 perangsang kepada aset2 perniagaannya. Mari kita harap hubungan keakraban dan keharmonian dalam bilik persalinan dan bilik eksekutif ini berkekalan.

Berbalik kepada game penting awal pagi nanti bertemu Olympic Marseille. Wenger berkata kemenangan malam ini mampu membawa kepada pengesahan Arsenal ke peringkat seterusnya tapi Arsenal bukan berhenti setakat itu, kita kalau boleh mahu  habiskan peringkat kumpulan dengan setinggi mungkin kerana kita dah rasa sebelum2 ini apa penangan berada di tempat kedua, apa halangan yang menanti di peringkat seterusnya. Maka dengan itu , kata Wenger penting untuk melihat respond anak buahnya agar tak berlaku slumber terbawak2 dengan kemenangan besar tempoh hari. Bukan sahaja respon lepas kalah, lepas menang pun ,mental perlu diuji adakah pemain cukup profesional membiarkan yang telah berlalu begitu sahaja dan fokus terhadap aksi yang berlangsung di atas padang.

Kita mungkin pilihan awal pagi nanti setelah kita berjaya menang last minit di Velodrome, tapi Marseille jangan dipandang mudah. Deschamp pasti ingin anak buahnya hadir membalas dendam. Seri mungkin sasaran, tapi jika mereka bermain untuk seri, mereka mengambil risiko 'menjemput' Arsenal datang menyerang ke kubu mereka.Corak counter attack mereka harus diberi perhatian terutama penyerang mereka Remy dan Ayew.Dan melihat Arsenal bolos sampai 3 dan sering sahaja bolos dalam setiap game terutama melalui set pieces, tak mustahil mereka ada mengintai2 di sebalik ketinggian Mertesacker. Rotation dari Wenger mungkin boleh disaksikan.Dengan Mael kini kembali fit, aku rasa Wenger akan merehatkan PM untuk game malam ini yang bermain hampir setiap minit dalam game liga dan Champions league setelah perpindahannya. Kos yang beraksi cemerlang dalam 2 3 game kebelakangan ini pasti berbesar hati jika dipilih bergandingan dengan Mael. Jenkinson bakal dapat kembali tempat asalnya selaku understudy Sagna kerana Johan nampak begitu rapuh di posisi bukan semulajadinya. Cuma Gibbs entah dah sihat ke belum untuk turun semula , melihat Santos yang seperti ada masalah dengan tahap kecergasan sedikit membimbangkan.

Barisan tengah kita ada banyak option dengan kembalinya Yossi dalam pasukan. Rosicky, Arshavin, Oxlade, Frimpong Coquelin boleh dipaanggil jika keadaan memerlukan memberi nafas pada Gervinho, Walcott, Rambo Arteta dan Song. Tapi paling best kita nak tahu sama ada ancaman paling ditakuti Deschamp, RVP disenaraikan dalam starting 11 atau tidak. Ini kerana Wenger pasti seboleh2 mencari waktu rehat bagi pemain paling diharapkan ketika ini. Tak terkejut jika Pakcu diberi peluang setelah Chamakh disahkan injured dan tidak disenaraikan.RVP akan beraksi  tapi sub atau start itu terletak pada budi bicara Wenger.Terlalu banyak pertukaran nanti menganggu pulak kestabilan dan keserasian pemain. Walau sesiapa pun pemain yang diturunkan dalam jersi merah putih, Arsenal wajib menurunkan barisan yang mampu menang kerana lawatan Dortmund dan jugak jemputan Olympiacos selepas ini bukannya cabaran2 kosong.

---------------Szczesny-------------------
Jenkinson---Kos-----Mael-------Santos/Miquel
----------------Song---------------------
--------Rosicky------Rambo------------
---Walcott----Packu------Arshavin----

Astro ESPN 831/812.345am. Arsenal 2- Marseille 0.

Agi idup agi mengGunners!!

*Updated - Gibbs kompom cedera dan tidak akan beraksi. Mengapa jika kita menang awal pagi nanti kita kompom layak walaupun secara matematiknya hanya 10 mata dan mampu dikejar?
* Arsenal will definitely qualify for the Group Stages if they win on Tuesday night. That would give Wenger's side 10 points from four games and, crucially, a superior head-to-head against Marseille. This method is used to differentiate teams the Champions League ahead of goal difference. Arsenal would be through because there is only one combination of results which could see two other teams reach ten points - and in that instance Wenger would still progress as results against Dortmund would be discounted.