Jumaat, 5 Mac 2010

Play Off + Hangat2 Burnley + kecederaan


Terlebih dahulu syukur disebabkan cubaan sesetangah kelab untuk mendesak FA menereima proposal bodoh kelayakan play off Champions League untuk team keempat-ketujuh GAGAL.Mengapa perlu risau? takut Arsenal di tempat keempat dan tidak layak?  Bukan itu yang menjadi persoalan tapi seperti kata Wenger apa2 pada pindaan kejuaraan liga akan memberi kesan kepada keseluruhan 'table'.Contohnya mudah, di akhir musim, pasukan2 mid-table yang akan berasa selesa dan tak bernafsu nak main apabila tempat ke4 hingga ke7 sudah dalam genggaman.Bayangkan apa yang akan terjadi pada persaingan mengejar kejuaraan dan relegation jika pasukan2 mid-table ni memilih untuk tidak pedulik apa jua keputusan pun janji main dapat gaji dan melengkapkan jadual.Jadi apa gunanya bermain liga jika tempat ke4 10 mata berbeza dari tempat ke 6 mahupun 7.Format yang ada sekarang sudah cukup cantik.UEFA memberi slot 4 kuota kepada BPL dengan 3 automatik dan 1 play off.Bayangkan berapa banyak match wakil slot terakhir perlu hadapi sebelum boleh layak ke peringkat kumpulan 32 terakhir. Dan England berhadapan risiko slot tersebut dikurangkan jika katakan, pasukan keempat tersebut gagal meyakinkan -tidak konsisten dalam kejayaan penyertaan setiap tahun.Ini sendiri yang telah disuarakan Pengerusi BPL,sekaligus mengundi untuk membangkang usul tidak berfaedah itu.

Apabia mereka memulakan perang saraf.Esok Arsenal akan bertemu Burnley dan Burnley telah memulakan bahang dengan mengeluarkan kenyataan yang kononnya burning habis. "Kami tahu macam mana Arsenal main, kami siap sedia beri cabaran fizikal" . Sengaja memanaskan suasana dengan sudah sedia maklum seluruh England 'menyerang' Arsenal terutamanya Wenger akibat insiden terbaru minggu sudah.Jadi nasihat aku pada Burnley calon relegate musim ni, tutup mulut dan jemput datang ke Emirates, habis wisel penamat baru tahu langit tinggi ke rendah atau laut luas ke sempit.Nak bagi kekerasan fizikal? ok kami terima,pemain2 Arsenal dah makin bersedia tapi jangan pulak bising bila masing2 pemain mereka pulang dari Emirates dengan tekanan mental. Masih ingat gol Eduardo musim lepas?



Minggu internationaleleh kali ini tidak begitu mendatangkan kesan buruk, yang mengecewakan hanyalah Vela yang menjaringkan gol, tak sempat untuk pulang match esok.Bendi jugak menjaringkan sebijik gol walaupun tewas.3 gol dalam 3 perlawnan berturut2 bagi Bendi, harap dapat kekal form. Positifnya, Arshavin telah bermain untuk Russia maka secara automatiknya menjadi pilihan untuk match bertemu Burnley. Denilson jugak kembali dari kecederaan, menunggu peluang menigisi kekosongan Rambo dan Song.Diaby mash 50-50.Gallas Jozan masih out tapi Sol Campbell yang kini menjadi bodyguard Arsenal jugak masih ragu2.Mungkin Wenger berhasrat menyimpannya fresh untuk home debut bertemu Porto.Pakai Silvestre saja mungkin sudah cukup untuk mengekang Burnley.Dalam pada itu beberapa lama Rambo terpaksa diketepikan, Wenger masih tidak boleh memberi jawapan kerana masih terlalu awal.Dia masih muda, tak perlu desak, tak perlu tergesa2.Bagi aku biarlah dia fit sepenuhnya 200%.


Rabu, 3 Mac 2010

Internationaleleh, Shawcross, Milo


Bukan saja 50,000 mesej dalam masa 3 hari di Arsenal.com yang ramsey dapat, tapi jugak diberi kata2 perangsang oleh lagenda orang batu kita yang main kat Emirates malam tadi.Gilberto Silva kembali ke Emirates membantu Brazil menewaskan Rep Ireland 2-0.Menceritakan pengalamannya pernah injured belakang dan terpaksa rehat hampir 7 bulan , jadi dia jugak sama2 melahirkan rasa simpati pada bakal pengikut legasinya Aaron Ramsey dengan kata2 semangat supaya tak mudah putus asa. Tambahnya lagi umur pemain Wales itu sangat2 muda dan panjang lagi perjalanannya.Anggap macam doktor bagi MC cuti rehat tenang2kan fikiran saje. Itulah dia serba sedikit acara yang beralngsung sempena internationaleleh.Cuma diharapkan tiada lagi pemain2 yang pulang dengan kemalangan mahupun kecederaan di saat2 macam ni.Paling menarik pastinya pertembungan Fabregas vs Sagna awal pagi nanti.

Ryan Shawcross, ramai penyokong Arsenal dengar nama pun naik meluat naik menyampah.Dah terang lagi bersuluh baru umur 22 tapi dalam masa 3 tahun dah patahkan 2 kaki pemain pro lain(Jeffers & Ramsey).Apa cerita? Tanye Adebayor apa sebab dia rehat 3 minggu lepas match lawan Stoke musim lepas. Itupun media2 seluruh England back up , bukan media sahaja, Manager, pemain, kalau dalam pasukan sama takpe, ini pemain2 manager dari pasukan lain sibuk nak mencapub jugak bagi kenyataan.Tak cukup dengan itu, bukan saja melindungi 'keterlanjuran' si Ryan ni malah hentam lagi Arsenal, kata lembik, hentam lagi Wenger, kata dia hipokrit.Aduh! apa sudah jadi dengan dunia , mana keadilan mana logika.Terpikir2 balik siapa mangsa sebenarnya, Shawcross ke Ramsey? Ramsey bertarung nyawa menyelamatkan karier, Shawcross lepas 3 game dah boleh main macam biasa.Siap dapat call up England.Jaga2 Zidan.

 
Ok aku bukan nak menuduh dia berhati busuk ke memang terniat di hati dia ke, pedulikkan dengan semua tu sebab hati dan pikiran masa dia lakukan tackle tu hanya Shawcross sorang jek yang boleh jawab.Subjektif. Tapi aku letak satu analogi mudahlah untuk difikir secara logik, seorang pemandu kereta memandu dalam keadaan bahaya alih2 terlanggar seorang budak yang melintas jalan ketika lampu hijau di laluan zebra.Di akhirnya, pemandu itu tetap  bersalah dan dihukum walaupun dia memang takde rekod jenayah dan tak berniat melanggar bukan?.Ade ke orang akan cakap lepas berlanggar,"saya memang sengaja nak langgar budak itu" itu psycho maniac namanya.Jadi terimalah kenyataan, Shawcross walau tak berniat sekalipun tapi tak bermaksud dia boleh terlepas daripada kekerasan melampau yang dilakukan dan perlunya ada garis panduan oleh badan2 yang berkaitan agar pemain2 diberi lebih perlindungan dan bagi sang pembentes, ada la teknik2 tackle yang betul dan dibolehkan. Cakap panjang pun , sindrom anti-Arsenal ini tak akan dapat dihentikan. Biar pemain2 'bercakap' atas padang.



Apa yang boleh Ramsey buat sementara menanti hari kembali ke padang? Dengar cerita, masa rehat 18 bulan, Rosicky dulu bukan main giat goreng gitar sampai  boleh perform malam gala anugerah pemain2 Republik Czech baru2 ni.Jozan pulak boleh tahan rambut barunya, tak sabar nak beraksi lagi 6 minggu.Ramsey, minum milo jelah, anda jadi sihat dan kuat.Bercakap tentang milo, ada ura2 lepas match Brazil di Emirates semalam, Wenger masih menyimpan hasrta membawa Melo ke Emirates setelah dia tersesat jalan ke Juve.Ada mata2 mengatakan ia sebagai langkah mengisi kekosongan Rambo.Kalau benar, nice try.


Isnin, 1 Mac 2010

Hari Di Mana KIta Bangga MengGunners !

Ketika ini Ramsey telah pun selamat menjalani pembedahan , panggil la apa sahaja patah kaki, retak teruk tibia dan fibula, yang pasti ia memang angker dan Ramsey dikhuatiri akan terlepas aksi selama 6-9 bulan.Untuk tidak mengharap dan langkah berhati2, ambil sahaja tempoh Eduardo maka kita akan melihat aksi Ramsey untuk permulaan musim 2011.Semoga cepat sembuh.

Wenger berpendapat musim ini sangat sengit tapi Arsenal berpeluang cerah.Dan kini makin besar sebabnya untuk Arsenal perlu menang, menang untuk Ramsey-salah satu inspirasi baru.

Kalau ketika musim 07/08 dulu orang akan bercakap kita akan melihat kembali hari di mana tragedi St Andrews berlaku, ialah hari kita melepaskan gelaran liga. Tapi kini jika kita berjaya muncul sebagai juara bila tiba May nanti, kita akan lihat kembali kepada hari 27.2.10 di Britania di mana aksi pada hari tersebut adalah permulaan kepada kebangkitan inspirasi dan semangat melawan.

Aksi2 di bawah ni memang cukup untuk menceritakan segala perasaan aku dan emosi yang pernuh bercampur baur. Tiada lain yang lebih membanggakan aku sebagai penyokong Arsenal melihat pemain2 yang menyarung jersi bermatian2 passionate mengharungi segala keperitan semata2 untuk mengangkat nama dan martabat Arsenal.Dikritik, dihentam di luar padang, disepak terajang di atas padang, dihasad dengki tangan2 ghaib dan pengaruh luar tapi kita tetap membiarkan bola sepak sebagai medan untuk membuktikan apa ertinya bergelar The Gunners.

Jangan marah aku kerana masih terbawa2 akan cerita match tersebut yang tidak boleh aku lupekan kerana ia antara turning point untuk musim ini.It's not just another game.It's a war, a war of physical and mental battle and also self-beliefe. Campbell, memang legend! Menutup mulut mereka yang ragu2 akan re-signing nya. Kalau ini liga kampung aku rasa Campbell dah mengamuk satu kampung lihat bagaimana reaksi dia selepas insiden tersebut dan jugak keberangan dia membuatkan pemain2 lawan kecut perut.Berderau darah.Fuller pun diherdik ketika cuba menyentuhnya.Muka bengis nak belasah orang ditujukan direct kepada Ryan Showcross(tiba2 diangkat jadi hero England, peranan berat sebelah media jika pemangsa adalah Englishman).Sol the soul jugak bertanggungjawab bersama2 Clichy dan kapten Fabtastic dalam menaikkan kembali moral pemain2 di akhir perlawanan dengan mengembalikan 'The Huddle' ke dalam kem Arsenal-suatu yang pernah dihidupkan kembali oleh Billy Gallas.

Persembahan terbaik Clichy musim ini setelah kembali dari kecederaan.Berjaya belajar dari kesilapan dan jiwa kacau yang diciptanya sendiri di St Andrews 2 tahun lepas.Lebih tenang dan matang menyerap tekanan dan menenangkan Mael dan rakan2 lain yang jelas terkejut.Fabregas, persembahan penuh inspirasi.Terlibat dalam ketiga2 gol.2 assist dan penalti yang cool di saat2 genting.Tidak gentar akan Sorensen walaupun pernah gagal menewaskannya daripada sepakan penalti di awal musim .Semakin hari dia semakin menjadi Mr Arsenal, dan kepimpinannya terbina serta lahir sendiri melalui aksi semulajadinya.Aku menambah merit kepadanya dengan aksi menyuruh Si Pulis mulut kuali itu untuk diam dan tutup mulut di minit2 akhir perlawanan.Classic! Mael, banyak belajar apabila bergandingan dengan orang berpengalaman seperti Campbell dan walaupun antara orang yang kelihatan paling trauma, sambutan golnya ala2 menghampiri Marco Tardelli pada final World Cup 82, cukup untuk melambangkan keseluruhan emosi ketika itu.Apapun bukan mereka sahaja, kesemua pemain malam itu termasuk coaching staff, physio, penyokong, kesemuanya terbaik.Ternaik adreanalin! Proud to be a Gooner!