Jumaat, 5 Februari 2010

Kemaskini kecederaan : Campbell in, Dudu Vela out, Diaby may be

 Ini bermakna striker yang available hanya Bendi dan Walcott?takpe statistik menunjukkan daripada banyak2 gol pun department paling kurang menyumbangkan gol ialah penyerang.Ramai lagi yang mampu.Ayuh!


Khamis, 4 Februari 2010

Perbincangan Lineup

Masih terlalu awal lagi tapi tidak salah kut untuk membincangkan line up apa yang bakal diturunkan Ahad malam nanti.Keputusan seri Chelsea tempoh hari bermakna kemenangan, 3 mata meletakkan Arsenal kembali berpeluang baik untuk mencabar kejuaraan dengan syarat baki2 perlawann yang nampak seperti tidak harus drop point tidak dipersia2kan. United juga pastinya inginkan Arsenal 'membantu' mereka tapi kerana ego , mereka hanya inginkan Arsenal dapat menghalang Chelsea mengutip mata penuh dan Arsenal tak menghampiri mereka yakni seri adalah perkataan yang paling sesuai.Dalam situasi ini, seri bukanlah satu keputusan yang teruk, not bad at all.Apa sahaja selain kalah, tapi dek kerana perlian Rednose selepas match minggu lepas yang mana dalam nada berseloroh dia mahu melihat Arsenal 'menghancurkan' Chelsea, perasaan ingin membuktikan kita mampu menang semakin membuak2.

Seperti yang aku cakapkan sebelum ini, line up Arsene Wenger selalunya predictable. Jadi untuk bertemu Chelsea aku harap line up yang diturunkan benar2 stabil dan seimbang ,pertahanan dan juga serangan.Kekuatan fizikal jugak adalah penting.Jadi Wenger perul dapatkan taktikal yang tepat untuk match kali ini agar kesilapan yang sama tidak dilakukan berulangkali.

Aku tahu line up ini tak akan diturunkan Wenger kerana 'cinta' dan kepercayaannya kepada beberapa muka yang terlalu diyakininya.Ini hanya pandangan aku :

---------Almunia/Fabianski/Manone-------- :Aku pasrah...
Sagna--------Gallas-----Campbell-----Mael
---------------Song------------------------
-------Eboue--Fabregas---Diaby----------
-------------------Arshavin----------------
--------------Bendi------------------------

-Denilson perlu diberi peluang muhasabah diri
-Idea untuk meletakkan Mael ke posisi yang pernah dipeganggnya di bawah Henk Ten Cate's Ajax iaitu bek kiri adalah untuk membiarkan Clichy rediscover form nya.
-Di samping itu Campbell memberi kelebihan fizikal yang pastinya  membataskan pergerakan Drogba.Cuma pace yang menjadi masalah, jadi Campbell hanya perlu duduk di bawah dan bukan pergi 'gung ho' seperti apa yang dilakukan Gallas dan Mael Ahad lepas.Kepala pengalamannya boleh memberikan sesuatu dalam big game.
-Song, anchor man, kereta kebal di hadapan back 4.
-Nasri agak lightweight dan kurang memberi perlindungan kepada fulllback, kehadiran kembali Diaby dari kecederaan selain dari fizikalnya ,boleh jadi holding midfielder kita dan jugak memberi offensive option yang baik kalau dia dapat memberi persembahan sepertimana form yang ditinggalkan dulu.
-Eboue boleh memberi perlindungan kepada Sagna.Seorang lagi fizikal.Kalau kena harinya,lariannya mungkin boleh memberi kesukaran kepada pertahanan lawan dan membuka ruang untuk rakan2 lain.Crossing nampak lebih berkesan dan kemas berbanding Sagna.Boleh swap position change side dengan Diaby.
-Fabregas dan Arshavin, Starmen. Pemain yang kreatif dan mampu melakukan magic mereka tersendiri.Kreativiti dan pengalaman mereka amat2 penting.
-Jika Dudu tidak memberi kesan kepada Terry dan Carvalho di Emirates, apa kata cuba asak dengan fizikal Bendi.Crossing kita jugak nanti tidaklah dibazirkan begitu saja.Sekurangnya Terry dan Alex mendapat persaingan dan rasa terancam.Jika anda ingat, lihat bagaimana mereka struggle untuk mengawal Adebayor.Yang dirisaukan adalah match fitness nya jadi harap pink boot nya nanti bersinar.
-Sub yang agak kuat dengan Dudu, Rosicky, Nasri, Walcott, Ramsey.Yang penting kalau dah tau tak menjadi, awal2 kasi tukar.

Ini hanyalah idea dan pandangan terbuka.Jadi bincangkanlah.

P/S: Sanchez Watt telah dipinjamkan ke Southen United untuk sebulan.Selamat maju jaya diucapkan.


Selasa, 2 Februari 2010

ALahaiMUNIA

Kita tahu Arsenal tak sign siapa2 kecuali Sol the soul. Jadi apa yang perlu dibuat ialah mengharapkan pemain yang sedia ada walaupun berat hati unuk mempercayai penjaga gawang kita masih lagi Almunia.Jadi , aku cuba untuk cool down kan sedikit suasana.Aku harap agar kalau Wenger betul2 laa degil sangat nak jugak pakai Almunia nih ..tolonglah aku merayu agar kembalikanlah form2 di mana ketika dia baru mula2 buat Lehman suffer kat bench dulu.Paling ketara sekali , rambut! lepas dia tukar balik dari rambut poyonya ke rambut asal yang dah kusut masai,jiwanya bagai jiwa kacau, muka serabai takde konfiden macam dah tak kesah pasal apa2 lagi kat atas padang.Gallas pun beberapa kali aku tengok dah tak ingin nak pandang wajah lesu tu, nak maki lagi laa menghabiskan enzim jek.Dalam pikiran kepala otak botak dia mesti berapi habis, nasib si Mael tu junior jek kalau tak dah lama Si Al tu kene tendangan lipat kat dagu.

Adakah bini dia marah kerana fashion rambutnya dulu lalu bergaduh dan dia mengalah?! Kalau kerana rambut tu ko rasa ko best, ko buatlah balik, eden tak pedulik pun hoih pesyen apo pun janji ekau tak bolos.  Selain masalah jangkitan kuman di dada, memang kita ketahui dia ada masalah keluarga sepertimana diakuinya sendiri tapi tolonglah simpan masalah bini dengan anjingnya tu kat rumah!! Paling kurang tolonglah hingga akhir musim ni jagan buat lagi lawak badut sarkas sehinggalah Wenger boleh ganti dengan keeper baru..Agak2 dalam hati Capello " Nak jadi keeper England?? huh..nasib baiklaa kau ni bukan Italian "