Isnin, 14 Disember 2009

Post Match : Arshavin Suka Anfield.



Anfield pasti menggeruni nama ini atau naik rimas dengannya..Andrei Arshavin.Dan oh ye,susah2 sangat berteka teki, mungkin Wenger ingin membeli Glen Johnson sebagai target man Januari nanti.

Tapi apa yang lebih menarik adalah pendedahan Fabregas tentang half time talk di bilik persalinan di mana Wenger mengamuk menggila sampai player2 kecil kite tekucil2.Dek kerana penangan Wenger tersebut, barulah Fabregas dan rakan2 berubah dari pasukan yang nampak takde harapan kepada pasukan yang boleh diharap sedikit walaupun saat2 mencemaskan dan meragukan setiap baki minit perlawanan.

"Tak pernah aku tengok Tun Arsene Wenger mengamuk macam tu sekali.Paling dasyat die siap sound dengan persembahan macam 1st half tadi, kitorang tak sorang pun layak pakai jersey Arsenal! Terkejut gila aku tapi aku rasa itulah yang membuatkan kita tersedar siket 2nd half" kate Fabregas.

Pendapat itu disokong oleh pmain terbaik perlawanan Mael. "Betul3! Wenger mengamuk dan macam Fabregas cakap tadi ini kali pertama dasyat macam tu.(padahal aku tak sampai satu season) .Penalti? takde kut, bola jauh takde harapan nak kejar(cuba mencover Gallas bagi melenyapkan spekulasi)"

Wenger pulak" Ape yang Fabregas cakap tu aku tak nak ungkit.Biarlah rahsia dalam kamar saja.rahsia bilik tidur"

Ape nak dikata.Kita memang bernasib baik.Ini kerana jika Liverpool mendahului lebih dari satu gol pada 1st half, kita sekali lagi dapat melihat aksi longlai tak bermaya dibuli.1st half adalah antara yang paling teruk dan merapu.Aku harap kemenangan ini tidak menutup kesedaran Wenger betapa pemain2 kita begitu lightweight.Mengharapkan pemain setinggi Arshavin untuk menyudahkan crosing2 Sagna dan Walcott memang nampak macam dah takde idea lain.Terlalu banyak penumpang, Walcott tak berfungsi, Nasri diam membisu, Fabregas hilang arah tuju, Denilson setakat itu je la.Aku rasa dengan pemain2 yang kita ada ini perlu dipikirkan kembali kesesuain sama ada formasi 4-3-3 atau 4-4-2.Setiap kali kita bertemu dalam big match, ktia pasti akan struggle dengan selection dan formasi Wenger.

Tapi 2nd half, Wenger sekali lagi menunjukkan keteluran dengan maki hamun dan mengejutkan player yang tidur.Baru ade pergerakan, barulah ade beberapa passing yang lepas.Tak banyak, tapi cukup untuk membunuh.Yang penting dalam match macam ni , ambil setiap peluang yang ada.Dan malam ini kita berjaya mengambil kesempatan hasil 'pertolongan' Johnson dan juga magic Arshavin.Memang superb punye finish. Anfiled pasti menjadi venue kegemarannya selepas ini. Agak nervous menuggu wisel penamat kerana anda dan semua tahu bahawa 2-1 bagi Arsenal, bukan penamat. Nasib baik Liverpool jugak masih lagi terkial2 dan 2 gol pantas dari kita merupakan saut tragedi bagi mereka yang selepas itu memang dah tak nampak langsung hanya mengejar bayang.Kekuatan mental diakui memang penting dalam game2 seperti ini.Yang merisaukan jugak adalah kecederaan Arshavin dan Traore.Harap tiada apa2 kerana Burnley sedang menuggu untuk membakar.Dan Arsenal pulak memang tengah terbakar semangat sekarang ni, semakin merapatkan jurang, dengan pasukan2 di atas semua tercicir mata kecuali Aston villa. Hari minggu yang manis dan ceria buat seluruh warga Arsenal. So the title race is back on!!


Sabtu, 12 Disember 2009

Pre Match : Still big 4 or 4 goals?



April 21, Arshavin menunjukkan kemunculannya secara mendadak dalam EPL dengan 4 gol di Anfield.Pada malam itu juga Theo Walcott sekali lagi membuat larian yang hampir sama dengan larian setahun sebelum itu.Nampaknya Beriya2 benar2 TW14 setiap kali ingin bertemu pasukan kesayangannya sewaktu zaman tadika kemas. 90 minit aksi di Athense, kita mungkin akan dapat melihat lagi aksi lipas kudung Walcott esok ketika Arsenal bertemu Liverpool di Anfield jam 12 tgh malam waktu Malaysia.Perlawanan wajib menang bagi kedua2 pasukan tapi aku rasa seri adalah keputusan yang boleh diterima oleh kedua2 pihak yang penting tidak kalah.Kerana kekalahan bagi  Liverpool akan mencucuk perut buncit Rafa yang pastinya naik mual dengan segala tohmahan terbaru dari kononnya bakal penggantinya, Jurgen Klinsmann. Liverpool perlu menang untuk top 4, Arsenal perlu menang untuk momentum dan memastikan tidak lagi tercicir jauh dari perlumbaan kejuaraan. Mana2 yang kalah, pastinya pasukan seperti Villa, Mancis menunggu peluang untuk mencantas.Ape, jiran yang satu tu? jangan dok sebut..toksah bermimpi!

Pertembungan bagi kedua2 pasukan ni memang sentiasa menarik.Tak kesahlah ape2 jua pertemuan pun, liga,Champions League,FA cup, pasti ade jek cerita2 yang akan disampaikan ke setiap generasi.Tahun ni saja Arsenal dah mengalahkan Liverpool dalam pertemuan Carling Cup di mana Merida mencipta nama.Siapa tak ingat 2 gol hebat malam itu masing2 dari Merida dan Insua tapi Bendi menjadi penyelamat kepada adek2nya.


Lupekan sejarah buat seketika, cerita apa akan jadi esok. Dengan pertemuan UCL tgh minggu lepas, walaupun kedua2 team kalah, Arsenal dilihat memperoleh kelebihan dari segi masa rehat bagi player2 utama.Liverpool pulak menurunkan barisan campuran dengan Gerrard mengetuai kesebelasan utama.Melegakan bagi mereka adalah kepulangan El Nino Torres juga nino nino (bunyi ambulans-paham2 la). Torres striker utama mereka berjaya recover dari injury dan pastinya memberi saingan kepada Gallas dan Mael. Glen Johnson tak dapat dipastikan kehadirannya kerana tak nampak batang hidung sewaktu pertengahan minggu.Selain terpaksa berhati2 dengan freekick dan layangan badan Gerrard, Arsenal jugak perlu berhati2 agar tidak masuk perangkap David Touch N'Go down..



Bagi pihak Arsenal pulak, berita positif dari bilik sakit adalah kepulangan Abou Diaby. Yang lain masih belum nampak sinar harapan tapi Eduardo khabarnya masih suam2 kuku 50-50. Setiap yang postif pasti ade negatif, Eboue pulak bakal terlepas aksi kali ini bermakna peluang untuk Theo Walcott beraksi dengan lebih lama ikut kesesuaian Wenger.Aku tak kesah dengan idea Arshavin di hadapan tengah kerana ini Anfield, dan harap dapat mencari rhythm dan berpesta di sini.Sam ada dia diapit oleh Vela nasri atau Nasri dan Walcott itu kita tak tahu.Besar kemungkinan, walcott dan Vela akan bantu dari bench kerana telahpun terlibat dalam match tgh minggu.Anda lihat masih ramai lagi player offensive yang injured seperti Rosicky, Bendi tapi jika di atas kertas, Wenger boleh meletak pelbagai formasi,mungkin Diaby yang membuat kejutan mengapit Arshavin. Song dan Fabregas pastinya mengemudi barisan tengah, satu lagi tempat menjadi rebutan, Diaby Denilson dan jangan lupa Ramsey yang mencurik tupuan dalam 2 match terakhir Arsenal.Traore akan mengekalkan tempat di LB sepeninggalan Gibbs dan Clichy.Jadi jika Eduardo masih tidak sempat mengejar masa, aku menjangkakan barisan seperti :

-------------------Almunia-----------------
Sagna-----Gallas-------Mael------Traore
--------------------Song---------------------
------------Fabregas---Diaby------------       
---Walcott-------Arshavin---------Nasri

atau

-------------------Almunia-----------------
Sagna-----Gallas-------Mael------Traore
--------------------Song---------------------
------------Fabregas---Denilson------------       

---Nasri-------Arshavin---------Diaby

Inilah masa yang terbaik untuk menewaskan the corps eh the kops. Waktu ini belakang tadbir mereka tidak stabil , atas padang jugak tengah berkecamuk dengan Mascherano bagai menyampah berpasangan dengan musuh amerika latin Lucas dan masih merindui Xabi Alonso. Itu masalah diorang jadi tidak perlu campur, Arsenal jugak punya masalah sendiri yang perlu dipikirkan.Kecederaan , kurangnya daya fizikal  dan kedegilan Wenger telah memberi kesan kepada persembahan Arsenal musim ini.Ape2 pun musim ini media begitu gemar menulis tentang kedua2 pasukan.Bermula awal pagi Isnin.yang kalah pastinya akan menerima lebih tekanan dasyat.Namun bukan alasan untuk Arsenal tewas lagi musim ini,walaupun tiada pesta2 gol sekalipun macam 6-3 atau 4-4, aku menerima kemenangan biarpun 1-0.Seri adalah option terakhir.Esok,  11:55 pm Astro 812 ESPN Liverpool-1 Arsenal-2.

Kembali ke berita2 umum, Lega aku mendengar keteluran-baca keberanian Wenger ingin memberi amaran kepada Johan Currypuff agar tidak sesekali menyelitkan kapten Arsenal dalam perlawananpersahabatan tak de makna antara Argentina dan Catalonia 22 Disember nanti.Bukan takde makne ke apa, tapi yang dibimbangkan adalah waktu perlawan persahabatan itu diadakan ialah ketika Arsenal sibuk2 tengah banyak match terutama boxing day yang dah nak dekat.Satu lagi salute kepada Le Prof adlah kerana menutup terus desas desus ingin membeli pemain Russia dari jiran tak sedar diri, PakGaliCangkul. Lagibun cerita2 dia tidak sebulu dengan Arshavin dalam kem Russia tu langsung tak membantu langsung dan perkara yang elok sangat lah dielakkan Wenger ketika ini.



Dan Sup Cambell, seperti juga Viera dan Henry, Wenger suka tapi buat masa ni tiada nawaitu pun nak rujuk kembali.Jadi, Sol Trafford ke Sol Kerepot ke Sold Keropok ke, Campbell bebas untuk memilih mana2 kelab yang dirasakan sesuai baginya.Terima kasih atas segala jasa dan bakti anda. Selain Champions League final gol itu, tak boleh lupa bagaimana dia balik menangis teresak2( ni aku reka) pecut kereta keluar dari stadium ketika half time, ketika bertemu West Ham, kali terakhir Arsenal kalah di Highbury.


P/S: Bapista, Arshavin bukan player Arsenal terakhir yang score 4 gol di Anfield.Ia pasti berulang lagi tapi harap kita tak perlu tunggu terlalu lama..



Khamis, 10 Disember 2009

Post Match : Belajar dalam Tewas

 

PAsukan muda Arsenal menunjukkan persembahan berani tapi tidak cukup untuk menghalang Leonardo dari Olympiaos untuk membawa pasukannya sama2 ke 16 kelompok terakhir.Arsenal memberi peluang kesebelasan utama kepada bintang Hollywood Tom Cruise yang bermain di posisi LB.Back 4 lain adalah Gilbert Bartley dan Silvestre.

Walcott perlu membuktikan lebih sama ada adakah dia masih berbaloi sebagai bintang harapan kerana kemunculan kali pertama setelah kecederaan nampak masih lagi gugup.Vela jugak mempersia2kan peluang tapi Ramsey yang menjadi tumpuan dan mendapat pujian Wenger.Wenger memuji secara keseluruhan pasukan belia ini dan barcakap faktor pengalaman lebih merupakan sebab kekalahan berbanding kualiti.

Bagi pemain2 muda, ini adalah malam yang berguna buat mereka.Tak sabar nak menanti draw yang pasti menarik dengan kemungkinan Inter, Milan, Bayern ,Stuttgart, Porto,CSKA dan Lyon menjadi perintang.




Ape pulak pendapat anda tentang cakap2 pasal Adriano(Word class+fizikal+available UCL+experience+27+internationaleleh+musim yang hebat di Flamengo+FREE!!)  ke Arsenal? Wenger pernah menolak tawaran Inter yang mahu tukar suka sama suka pada 2007 kerana khidmatnya pada ketika itu tidak berapa diperlukan dalam Arsenal.Adekah Wenger akan berpikir kembali.Jika alcoholic Tony Adams dapat dikawal bawah Wenger, tak mustahil Wenger boleh menjinakkan beast yang buas ini.. Tapi biasalah ini cuma cakap2, namun kalau soalan2 yang Wenger ajukan tempoh hari, bintang suram Brazil ini memang mengisi semua ciri2 yang diajukan Le Prof.

Stesen berikutnya, Anfield.