Selasa, 8 Disember 2009

Silvestre mentor di Olympiacos

Arshavin mahukan 'nama-nama besar', Fabregas mahukan player fizikal 'besar' tinggi, Wenger pula mengeluarkan kenyataan saiz tidak begitu penting dalam bola sepak.Aigooo, macam mano ni , poning den nak menjawab.




Tapi yang paling penting adalah saingan Champions League ke Greece awal pagi besok yang bakal dibarisi pemain2 kecil berhati besar.Melalui gambar2 training di Arsenal.Com dapat dipastikan Ramsey, Song, Silvestre dan Walcott akan membantu pasukan belia ini-padahal Silvestre(juga berkepala besar) saja yang tua pun.Paling tak sabar pastinya Theo Walcott.Macam biskut kejap ada kejap takde, TW14 pasti mengharapkan kemunculan kali ini lebih lama kerana setelah terjahan pemain Birmingham itu hari, Walcott seringkali berdating dengan nurse di bilik sakit meninggalkan aweknya dengan penuh tanda tanya.Senarai pemain :

Carlos Vela
Theo Walcott
Aaron Ramsey
Alex Song
Mikael Silvestre
Jack Wilshere
Lukasz Fabianski
Vito Mannone
Fran Merida
Kyle Bartley
Francis Coquelin
Thomas Cruise
Craig Eastmond
Jay Emmanuel-Thomas
Kerrea Gilbert
Luke Ayling
Mark Randall
Gilles Sunu

Ayuh Silvestre dan rakan2.Tunjukkan cara anda membalas budi pada Wenger yang bermati2an memberi kepercayaan!!

Baru2 ini aku mengeluh mengenai posisi penjaga gol dan bagai terbaca Arsenalaysia yang di google translate kan ke dalam bahasa Spanyol, Almunia pantas menjawab.Dia kini dikatakan telah segar dari segala lamunan dan kekusutan diri yang menyelebunginya mengakibatkan fokus dan persembahannya terganggu di awal musim.Tiada lagi jangkitan bulu dada dan masalah keluarga, Almunia optimistik akan posisi dan sedar persaingan dari Manone dan Fabianski. Biarpun dikecam hebat Arsenalaysia, Almunia tetap menganggap dirinya sendiri sebagai pengkritik utama persembahannya.Elok lah kalau begitu, cermin diri.Tapi harap jangan cakap aje tapi tangan kaku.Tangan pastilah secekap brader dia.Siapa bradernya? haa.. sila baca lebih lanjut.

Berehat sebentar dari dunia bola sepak.Semasa melayari  KamuTube, aku terpandang akan kelibat brader ni yang mirip muka Almunia tapi boleh jadi inilah agaknya rupa Almunia apabila rambut putihnya gugur akibat masalah jangkitan bulu dada yang merebak ke kepala kelak. Oleh itu aku 'embed'kannya di sini sebagai langkah suka2 hiburan.Lagipun ini adalah lagu kegemaran Theo Walcott dan Gibbs.Mereka yang mengakuinya dalam satu temubual awal musim dulu.Lagu nyanyian MJ, dan bagi peminat Arsenal boleh ditukar lirik kepada Willie Gee aka abang gallas. Kalaulah jari Almunia ini secekap 'abang'nya.Huhu~



P/S: "Sounds like me, look lime me, But its not me " kah kah..


Ljungberg ,Viera tidak kembali.



Biarpun kelihatan Fredie Ljungberg yang datang menonton Arsenal menewaskan Stoke malam Sabtu lepas, satu perkara yang perlu dilupakan oleh peminat2 Arsenal ialah kepulangan lagenda Gunners serta  model seluar dalam CK itu walaupun secara loan 3 bulan dari musim MLS .Ljungberg yang kini bermain untuk Seattle Sounders hanya datang2 bertanya khabar kata Wenger.Untuk pinjaman ala2 Beeckham ke Milan, ataupun training seperti Campbell dan Parlour, Wenger menjawab, "Takde, dia tak mintak pun ". Apabila diaju tentang Viera.. "Viera bukan penyerang" jawapan yang slumber lagi padu dari Le Prof.

Badi kecederaan berlarutan dan Wenger dah mula nampak rimas.Setiap tahun terjadi, tapi kini dia melahirkan perasaan  tahun ni paling teruk katenye.Rosicky akan mungkin terpaksa diketepikan selama sebulan-ini yang Wengerpaling frust kerana gamblenya tidak menjadi. Aku tadi membuka radio siaran BFM dalam kereta kebetulan mereka tengah menyiarkan siaran sembang bola EPL dan apabila bab Arsenal meereka mempersoalkan mengapa ramai sangat player Arsenal injured.Adakah kerana sistem latihan, diet makanan, atau Wenger yang membeli player injury prone.BUkan ape, setiap tahun masalah yang hampir sama pasti berulang.Lebih teruk lagi silih berganti seperti acara passing baton.

Wenger mengakui susah untuk mencari bintang Januari ini, Mael cuba mem'backing'nya secara tak langsung, cuba meredakan peminat2 terutamanya, apbila mengatakan Arsenal boleh cope tanpa Van Persie kerana kita ada cover.Arshavin boleh bermain di posisi itu.Walaupun persembahannya superb malam itu tapi satu game belum boleh menilai keupayaan sebenar dengan sistem dan posisi baru ini lagipun Stoke langsung tidak mencabar pada hari tersebut.Arshavin pada harinya adalah orang yang boleh dipandang, tapi bila hilang mood dia akan fade away lenyap dari rakan2 lain.Jadi kite perlukan konsistensi dan Arshavin dan Co perlu bermati2an, saingan kini terbuka terpulang untuk pemain menyambar peluang yang ada.



P/S : Arsenal akan bertandang ke Greece dengan skuad Carling Cup, nama yang awal2 dah cop armband adalah 'quiet leader' Silvestre.Bravo!


Ahad, 6 Disember 2009

Post Match : Seperti diduga,kita menang dan ramai yang cedera.



Minta maaf terlebih dahulu kerana tidak sempat menyediakan pre match perlawanan , duduk dalam gua lama sangat gara2 Astro boy.Arsenal kembali ke landasan kemenangan setelah minggu yang mengecewakan. Tapi perlawanan semalam memang berat sebelah namun serba sedikit boleh menaikkan moral player.Satu2nya moral player yang down pastilah kapten Fabregas yg gagal menyempurnakan sepakan penalti menyaksikan 3 penalti tak masuk dalam saingan liga minggu ini.Tambah malang sekali lagi Fabregas dinafikan peluang gol oleh rakan sepasukan sendiri kali ni Eboue di depan gol -dulu Bendi sewaktu pertemuan UCL bertemu Livepool. Lega melihat Arshavin kembali menemui sentuhan jaringan dalam ruang yang sempit dan sukar sedangkan bila open tak jugak masuk2, Gol Ramsey pulak menceritakan mengapa pemain2 harus gamble dan berani mencuba.

3 mata penting, kita masih lagi dalam saingan.Biarlah team lain nak buat apa pun tapi yang penting kita buat kerja kita.Tapi kerja ini pasti terbantut dengan berita2 kurang enak seperti Eduardo yang dikeluarkan dari senarai semalam akibat thigh injury.Selain itu Eboue Traore Rosicky dikeluarkan semalam akibat terkandas  sementara Gallas terhincut2 dekat nak tamat perlawanan. Rosicky , tak tau nak cakap macam mana dengan nasib player ni yang kontraknya berakhir akhir musim.Dia nak stay, Wenger pun nak dia stay , perbincangan kontrak masih dijalankan tapi jika Rosicky gagal membuktikan fitnessnya, macam mana pulak? Mungkin jika masing2 tak dapat cari jalan peneyelesaian, Rosicky mungkin terpaksa pergi dengan tangan kosong, Arsenal pun tak dapat apa.Ini kerana sukar untuk sesuatu team lain membelinya secara gamble pada January nanti. Aku suka Rosicky tapi faktor kecergasan dan kecederaan ni ia menyukarkan prancangan Wenger.Tidaklah aku terlalu kejam untuk mengatakan dia kini menjadi liabiliti tetapi sumbangan terhadnya perlu dipikirkan.Bagi aku dia melalui zaman yang sukar dalam kerjayanya dan kesungguhan untuk kembali bermain di level ini wajar diberikan kredit dan peluang.Kapten kepada pasukan kebangsaan,dan antara pemain berpengalaman dalam Arsenal yang ada sekarang ni,tak nak lagi hilang watak2 matang seperti ini.Bagi lagi 12 bulan  untuk dia membuktikannya.

Berita positif pulak adalah Walcott akan kembali dalam peremuan Olympiacos besar kemungkinan bersama Diaby.Clichy dan Bendi masih out tapi sudah tidak lama.Song bakal kembali dari penggantungan dan available untuk bpertemuan penting di Anfield.Pertemuan menentang Olympiacos akan dibarisi beberapa muka Carling Cup sebagai ujian dan eksperimen Wenger di samping peluang merehatkan muka2 utama.Olympiacos perlu menang manakala Arsenal bermain hanya untuk maruah setelah kitas sudah pun mengesahkan diri selaku juara kumpulan.Jadi perlawanan seperti ini, amat penting bagi pembangunan minda pemain2 muda.

Soal perpindahan bulan Januari Arsene Wenger dah mula buat perangai..Aku tak hairan pun dengan kenyataan2 nya. Mula2  " Kita akan beli jika sesuai untuk kita(aku) " . Lepas tu, "Chamakh tak mungkin dijual, diorang tengah top takkan nak jual.Tapi diorang takan dapat duit(dalam nada sinis konon2 dengan harapan dapat menyambarnya secara free summer nanti-ini yang risau takut2 dia memang dah target nak buat macam ni jadi tak perlulah dia bersungguh2 cari target man bulan depan)" Apa lagi oh ye, " Balotelli? tak ingin aku beli, siapa2 nak beli tu sila2kanlah, tak akan ada saingan pun" - ini aku lega siket bukan apa tapi sebab dah lambakan player belasan muda jagung kat Arsenal ni tak perlu lagi pemain perangai budak2 macam ni.
"Dzenko, mahal gila, kita tak mampu" - ini adalah auta.Mana perginya hilang 40M double sale ke Mancis itu hari?Di akhir perbualan, Wenger akhirnya kata "Mana nak cari player yang main dalam champions league,World Class dan available dalam bulan Januari? ..jadi, good luck " Ermmmm...Cahampions league, World Class, available? Aku tambah satu lagi ciri2 penting dan paaaaaaaling ko suka wahai Wenger -MURAH!

"Yang halus yang tulus
Yang mulus yang kudus"

Ya Toulouse. Belum ada penafian tentang André-Pierre Gignac. Mungkin esok lusa kita dengar pulak penafian dari Le Prof.