Jumaat, 4 Disember 2009

Mencari kaki yang hilang...

Aku tahu ramai di kalangan peminat Arsenal tengah excited dalam duka bila tahu yang Wenger mengeluarkan kenyataan nak mencari sedalam2nya di transfer market pemain yang sesuai Januari nanti terutama penyerang.Tapi aku cuba untuk tidak terlalu berharap.Anggapah ia satu kata2 cabaran sini yang cuba Wenger sampaikan pada Vela, Eduardo, Bendi, Arshavin agar "tunjukkan nilai korang sebelum aku beli player baru yang korang bakal menyesal nanti". Dari kalangan mereka hanya Arshavin yang meronta2 merayu agar big signing dibawak masuk kerana usianya yang telah senja dahagakan kejayaan lebih2 lagi setelah trauma gagal ke Afrika.




Tapi sebenarnya terlalu ramai pemain beraksi di bawah par.Itulah fakta sekarang ini.Aku fokus pada attacking sahaja dulu.Eduardo masih mencari kaki, Vela masih membina badan, Bendi entah mampu belajar ke tidak- bila dia takde kite terasa seakan rindu tapi bila dia ada mungkin sama saja, Nasri baru nak sepak bola tak panas lagi, Arshavin semacam dah tak ambek kesah.Mereka semua bagai hilang kaki!! mana kaki Arshavin yang dari game ke game musim lepas menjadi penyelamat kepada maruah Arsenal , Wenger terutamanya.Persembahan yang tak konsisten dari pemain katik comel ini agak meresahkan terutama ketika kita terlalu bergantung pada Fabregas. Segelintir pemain2 muda terutama Merida menunjukkan mereka mampu memberi saingan kepada pemain2 senior tapi setelah pagi tadi, kita dapat tahu mereka tak cukup sedia apabila bertemu dengan tugas dan tekanan yang sukar.Malam tadi jugak sepatutnya player2 macam Rosicky beri tunjuk ajar tapi sebaliknya Rosicky yang patut diajar, kesilapannya membuahkan gol pertama Tevez yang nyata meembunuh semangat keyakinan pemain2 muda ketika itu.




Selain RVP, hanya  Arshavin dan Fabregas adalah pemain status bintang yang boleh mencipta magik seorang diri walau dari ruang yang defender lawan tak sangka sekalipun.Kita perlukan lebih ramai pemain seperti ini yang tak takut mencuba.Eduardo dan Vela adalah finisher yang bagus tapi perlu meunggu peluang dan mengambil masa membina  ruang sendiri sebelum melepaskan tembakan mereka.Mael perlu buat kelas menembak selepas ini.Pendek kata, pemain2 yang sedia ada perlu mencari kaki yang hilang sebelum memikirkan kedatangan player2 baru, itu pun jika Wenger tidak sekadar berlawak la..







Oh ya, selain mencari kaki, kita juga perlu mencari TANGAN yang hilang!!!

Mael adalah signing yang berbaloi tapi dirinya seorang sahaja tak mampu jugak membantu mengubah keadaan kritikal pertahanan terutama dalam mematikan set piece,cross dan bola2 tinggi.Tukar la siapa2 pun, Masalah itu masih menghantui Arsenal.Perasan atau tidak , selepas tamatnya antic Lehmann dan juga kegemilangan Seaman , pertahanan kita dah jadi macam caca marba merapu meraban,. Mungkin selama ini apa yang menjadi masalah kepada pertahanan kita adalah posisi  yang berdiri antara 2 tiang gol. Sedar atau tidak sedar, Wenger sengaja terlepas pandang? atau tiada keberanian untuk mengakui yang Almunia tidak cukup bagus? Almunia bagus, tapi bagus untuk pasukan2 average dan tidak cukup bagus untuk Arsenal.




Sayang sekali kita terpaksa menerima hakikat No 1 kita adalah permain yang tak punya langsung pengalaman di peringkat internationaleleh. Persembahan tidak konsisten mungkin berpunca akibat rasa cepat puas hati  dan selamat akibat kurangnya saingan.Sebaik sahaja merampas tempat Pak Leman, dia cuba menjadi nice guy, tapi 'kelembutan' nya itu dari segi psikologi tidak menggerunkan lawan berbeza dengan penjaga gol terdahulu.Siapa yang boleh membuat 'lawak bodo'h dengan Drogba seperti penjaga gol Germany ini?Lehman walaupun gila, aku akui dia gila, tapi psiko2nya dia ada karisma dan karekter sendiri. Beberapa kali dia membuat top2 save, beza kan dengan Almunia selain save bola tevez dan penalti Keane, senaraikan lagi apa2 yang boleh dibanggakan?Jika kita mempunyai commanding goalkeeper yang mampu berkomunikasi dan memberi arahan kepada pertahanan, tak mungkin gol2 ketika Pompey, own goal Diaby, Mael , cross siti situ sana sini,free kick free goal, boleh bolos begitu sahaja.

Bayangkan,kini beban yang dipikul Gallas adalah selain memikirkan tentang tugasnya, dia terpaksa  memikirkan tentang orang di belakangnya ini kerana perasaan curiga yang menebal. Keeper patutnya menjadi orang harapan dan jika dia tak cukup meyakinkan, bagaimana back 4 nak yakin??? Pernah terkena infected 'chest; porahh tapi kita semua tahu yang Wenger kasi drop sebab persembahan yang entah ape2 di awal musim.Manone mendapat beberapa siri perlawanan.Bagus untuk pengalaman dan pembelajaran tapi Arsenal tidak boleh bergantung kepada pemain muda untuk posisi ini, Fabianski cuba mencucuk rapat tapi saingan yang diberikan kepada Almunia terlalu ringan.



Lagenda Arsenal dan England David Seaman dalam satu temubual sendiri  menyuarakan pendapat,walaupun bukan semua tapi kebanyakan penjaga gol yang baik adalah dari peringkat umor lewat 30-an dan dah masak dengan permaianan terutama antarabangsa dan kejohanan2 besar kerana dengan pengalaman ia banyak membantu dari segi menghadapi tekanan.Bila datang match2 besar sekarang ini, Arsenal pastinya tewas.Pikir2 kan lah...Kita sukar untuk menang apa2 dengan penjaga gol yang average..dengan defend yang asyik bolos jek, Attacking terpaksa menggandakan usaha mencarik gol lebih.Ini juga k menjadi faktor pemain kita burn out..Buktikan aku silap wahai Al..


Khamis, 3 Disember 2009

Post Match : Kaum Muda masih mentah

Man City akhirnya berjaya mendekati separuh akhir 'Campions League' mereka dengan sekali lagi kemenangan 3-0. Phew,.. lega aku akhirnya kejohanan ini berakhir di peringkat ini sekali lagi membuktikan projek Wenger gagal.Bukan gagal ape, tapi terlepas pandang membeli player Vladimir Weise yang score gol ke 3.(belum hebat mana, ini sindiran) Bukan ke Wenger ni kemaruk player2 muda? heheh. Tapi ini merupakan subjek repeat yang perlu diambil oleh setiap kaum muda setiap sem.Mengapa? salahkan si Profesor yang tak pandai dalam mengatur kuliah. Senior2 seperti Rosicky Eboe Song tak mampu membantu.Silvestre de kapitan? Tak payah cakaplah.Mula2 jek nampak bukan macam dia tapi lama kelamaan memang dia!.

Daripada match ini kita tahu Song bukan CB.Bernasib baik beberapa kali terlepas dari mata pengadil.Kita tak perlu lagi player2 terutama CB yang memberi foul2 bodoh. Jadi tamat perjalanan seni untuk beberapa pemain, tapi player seperti Vela wilshere merida dan ramsey mungkin boleh diberi peluang membantu skuad utama. Nasib baik tidak memperjudikan barisan utama dengan Stoke sedang menunggu dalam saingan liga..Simpati kepada para pemain dan penyokong yang bertandang ke eastland kerana melihat Wenger membuat kerja sambil lewa dan tiada nafsu walaupun ia hanyalah piala mickey mouse.Tapi ia tetap piala bukan?

P/S: Sukan Sea, Malaysia belasah Timor Leste 11 bijik.Ape sorang satu ke? huhu..


Rabu, 2 Disember 2009

Pre Match: Peluang Kaum Muda.



Arsenal akan menurunkan barisan muda dan beberapa senior Rosciky, Eboue , Song dalam kunjungan ke Manchster City awal pagi nanti.Ini bagi merehatkan pemain2 utama yang masih sugul dan hilang punca tewas 2 kali berturut dalam liga.Jika tewas sekali lagi kepada sebuah pasukan premier league pastinya sukar untuk diterima saat ini dan memberi kesan negatif kepada player.Jadi langkah paling selamat ialah mengotakan janjinya kepada pemain2 yang dah lama tunggu match ini.Oh ya, sebelum terlupa, Sagna injured , tapi sempat ok untuk hari Sabtu nanti.





------------------Manone-------------------
Eboue--------Silvestre--Song---------Traore

Wilshere----Eastmond--Ramsey----Merida
---------------Watt------------------------
---------------------Vela---------------------

Kemenangan dengan team ini adalah lebih manis untuk membuktikan ketidakperluan duit2 dinar arab, menebus kekalahan dalam liga, dan memalukan beberapa muka yang familiar.Astro Super Sport 811(belum disahkan channel) 3:40 am.Arsenal menang penalti 4-2.

Dalam pada itu, Arsene Wenger telah memaki Dutch FA dan France FA atas keidakprofesinalime mereka menanganni masalah kecederaan pemain.Ade benar jugak katenye.Macam pii'il pinjam barang pulak jadinya.Dah pinjam buat cara pinjam.Ini pinjam, buat rosak, takut nak bagitau, pulangkan lambat pulak tu.Siap boleh tipu kate rosak siket jek.Tak pasal2 dah kene mengaku nak pergi supermarket bulan depan-sesuatu yang jarang diakui Wenger.Atau skadar ayat untuk melepaskan diri itu aku tak pasti.Dah berapa kali kita lauli senario ini tapi hasilnya tetap sama.Namun agak sukar untuk membeli malah mencari player2 yang available di pertengahan musim.Kalau ada pun mungkin dari pasukan2 yang terkeluar dari Champions league yg menafikan pemain itu beraksi untuk Arsenal dalam kejohanan yang sama.Namun itu bukan halangan bagi Wenger sepertimana dia mendapatkan Arshavin.Here we go again...Hari penamaan calon sudah bermula....