Ahad, 5 April 2009

Post Match: Fabregas-Adebayor.

Arsenal meneruskan rentak kecemerlangan dengan kemenangan 2-0 ke atas Mancis, 17 match tanpa kalah , momentum terus konsisten.Yang paling penting 2 bijik gol telah disumbangkan oleh Adebayor melalui 2 assist super B oleh Cesc Fabregas.Kedua2nya membuat kemunculan sulung setelah kecederaan dan paling dinanti2 adalah Fabregas, kapten yang kemudian direhatkan diganti oleh Ramsey.Mereka menunjukkan mengapa Arsenal begitu merindui mereka.

Tapi selain persembahan kedua2 bintang itu, wenger tetap ingin memuji 2 player di belakang yang support Cesc iaitu Denilson dan Song.Baginya kehadiran kedua2nya memberi balance dalam pasukan.Boleh la Wenger , aku kasi chance.Cuma Walcott jek yang setiap kali muncul dari kecederaan terpak kembali cari form nye kembali.Ini kadang2 decision making die merapu jugak.Tapi bile die dah hit target, on form mula lah injured balik.Tadi pun siap keluar pastu kene letak ais kat lutut.Sesuatu yang agak merisaukan dengan pertemuan bertemu Villareal dah dekat tengah minggu ni.

Yang pasti Eduardo Diaby takdak.RVP ade chance siket saje nak kembali, Nasri pun agak sukar Walcott nie pulak belum tahu lagi keadaan die macam mane.Harap2 taklah tempang sangat tengah nanti, Arshavin pulak memang takde permit nak beraksi.Jadi nak taknak kite terpaksa membayangkan Fabregas dikermuni player2 seperti Eboue-Denilson-Song dan berharap gandingan tu akan dapat mencipta magic..

Kemenangan ini kompom meyakinkan lagi pasukan.Dan harap2 agar siapa2 player yang tak sign kontrak tu cepat2 laa sign ek,terutama RVP tu.. tak payah tengok akhir musim, kompom Arsenal akan makin hebat.Arsenal Maju 2010.heheh..



Dengar pegnulas die sebut AdebayoRRRRRRRRR...huhu


Sabtu, 4 April 2009

Pre Match : Manchester City,Fabregas-Arshavin buat kali pertama



Sejam lagi..sepat aku menulis mengulas pendek.Mungkit akibat internationaleleh yang telah mengheret aku bersantai2 pada aksi antarabangsa dan dalam masa yang sama tiada berita2 baru dalam Arsenal, tapi momentum untuk menulis tu perlu dikembalikan..

Arsenal akan kembali beraksi malam ini menentang Manchester City pasukan yang 'membelasah' Arsenal di eastland dulu dengan kemenangan bergaya 3-0.2 pemain yang Wenger akui perlu diberi perhatian iaitu Ireland dan Robinho juga telah score malam tu.

Tak banyak yang sempat nak diulas memandangkan game pun dah semakin dekat.Yang pasti kepulangan Kapten Fabregas bakal menguatkan kembali jentera tengah Arsenal.Adebayor dan Walcott juga telah kembali.Tapi Wenger terpaksa membayar kepulangan mereka dengan penggantian di katil wad pesaki apabila RVP Eduardo dan Diaby pulak yang mengalami kecederaan.Eduardo dan RVP biarpun injured, sempat menjaringkan gol pada international.Kalaulah diorang dapat beraksi malam ni.Nasri yang sebelum ini demam pula masih tak pasti sam ada dapat diturunkan atau tidak.Jadi dengan kepulangan Fabregas, pastinya midfield semakin kreatif.Sudah semakin lengkap-Nasri -Fabregas- Arshavin..cuma Rosicky jek sepatutnya tersenarai dalam kelompok pemain tgh yg kreatif masih lagi belum mampu membuat kemunculan.Dengan Diaby tak ade malam ni, pilihan antara Denilson, Song , Eboue dan Walcott bagi mengisi satu slot lagi.Ataupun Arshavin diletakkan sebagai support striker di belakang Adebayor, jadi bolehla WEnger kasi masuk 2 anak emas dan peraknya Denilson dan Eboue.

--------------Almunia--------------
Sagna------Toure---Gallas-----Clichy
Eboue------Denilson--fabregas--Nasri
--------------Arshavin-------------
--------------Adebayor-------------

Bendi
Walcott
Ramsey
Song
Silvestre
Fabianski
Vela

Arsenal 3 Mancis 0.Balas Balik.ESPN 812 955pm..


Rabu, 1 April 2009

Tanya pakar..

Masih dalam mood antarabangsa ya.Antara temubual2 exclusive dari Arshavin dan Kapten Fabregas.Biarpun agak terlewat, tapi dengarlah dari hati mereka sendiri betapa mereka tetap terus pandang ke depan dan nampak masa depan mereka adalah Arsenal.Hentikanlah khabar2 angin terutama pemergian atau kepulangan Cesc ke kampung halamannya Barca mahu pun Real Madrid.Itu hanyalah kempen2 yg digembar gemburkan semata2 publisiti.Siti pun tak public sgt.

Arshavin menceritakan tentang kehidupan baru di England,posisi paling sesuai, kawan2 Russia, dan juga fashion.huhu..Arshavin yang perlukan PPSMI sebenarnye..hahaha



Kapten Fabregas menceritakan ketidaksabaran untuk beraksi menentang Man City Sabtu ni dan juga menangkis soalan maut berhubung kejadian dalam terowong Emirates selepas match Hull City.


Akhir sekali, macam kenal jek dia ni.. tapi di mana ya? anda rindu? Dengar cerita dia lah senjata rahsia yang bakal digunapakai Arsenal nanti.