Selasa, 2 September 2008

Apekah perasaan anda , penyokong Arsenal ketika ini?



Semalaman penyokong Arsenal menunggu, semalaman aku ternanti2 akhirnya Arsenal.Com kubukak gambar EBoue yang terpampang, Eboue our master passer ntah ke ape bende pastu kat bawah tu ade la brite kecik, Randal dan Gibss sign kontrak.hahahahaa. Jadi tiadalah signing buat Arsenal dalam transfer deadline di mana menyaksikan banyak kejutan.

1. Arsenal tipu, die kate nak sign sorang player sebelum Twente game.-tak, die sign Silvestre

2.Wenger tipu, die kat tak cukup sorang DM kat tengah-Tak, die maksudkan Alex song yang tak balik lagi, kini Alex dah pulang.

3.WEnger tipu lagi, die kate die akan hanya beli kalau player tu berpotensi betul, pengalaman, dan harga berpatutan- Sekurang2nya die pernah cube, bid 12M alonso rejected bulan lepas.

4.Wenger tpoo, die kate die bawak cek book mase Euro- Err Hasil die kan Nasri kan? kan ? kan?

5.Board tipu.Kate ade 30M available. Tak pasti siapa tipu siapa, yang penting Arsenal memang sa dilanda masalah kewangan.

6.Wenger tipu dengan kenyataan dari membeli die nak kekalkan skuad yang sedia ada tapi Hleb dijual, Flamini tak dikat, Gilberto dipencenkan- Tak jugak, siapa sangka Flamini mata duitan dan bermain ala2 gatusso 1 season, Hleb pulak cair dengan aiskrim .

6.Wenger tipu besar, nak sign at least sorang atau 2 player dalam tempoh 24 jam deadline.-Tak, die dah sign lanjutan Gibbs dengan Randall..

Makanya kite semua dah termasuk dalam mainan politik WEnger. Wenger pandai memutarbelitkan kenyataan dan mampu mempengaruih seseorang.Tidak keterlaluan jika dikata di sini Wenger adlah orang paling berkuasa di Arsenal hingga Hill Wood, Fizsman semua tunduk ape sahaja kehendaknya dan percaya bulat2. Anda pula bagaimana? adakah sudah hilang sabar atau hilang kepercayaan kepada manager yang mementingkan nilai etestika dan nilai2 murni yang sebaliknya telah menghancurkan harapan berjuta2 fan Arsenal dengan beberapa kenyataan bercabangnya.Aku ambil dari pandangan umum.

Arsenal tidak dinafikan mempunyai skuad yang bagus dan berpotensi besar, semakin hampir tahun lepas, semakin hampir..Jadi ape yang berlaku dalam situasi sekarang Denilson/Song ganti Flamini, Silvestre ganti Sanderos, Nasri ganti Hleb, Ramsey/Bischoff ganti Gilberto.Itu jek la yang berlaku, Di atas kertas nampak lagi lemah dari team season lepas betul tak? Sedangkan rival2 sibuk buat persiapan terakhir seperti persiapan nak sambut raya jek sibuk borong sana sini dan paling mengejutkan Man City dengan kuasa menggila Pak Arab berjaya memancing Robinho dalam deadl tak sampai 24 jam mereka ambil alih kela.Chelsa jugak gigit jari.

Jadi di sini Arsenal aku tak tau la berkemampuan ke tak nak compete dengan transfer windows sekarang sebab tengok gaya nya kite je la kelab Gergasi Eropah yang tak mampu nak splash out 15M untuk sorang player. Oleh itu, Arsenal perlu menang dengan cara old fashion. Main jek sebaik mungkin dengan sedia ada tanpa 'membeli' kemenangan segera tapi mampukah budak2 Tuk Wenger nie buktikan.Atau ini musim terakhir kite dapat lihat Cesc, RVP atau Rosicky sebelum dijual ke kelab2 besar.. Tahun nie adalah tahun penentu, tiada lagi Top 5 tetapi mungin Top 5 6 7 dengan kuasa2 membeli seperti Spurs dan MAn City yang bakal membuktikan mereka ade bisnes yang nak dibuat. Ayuh Arsenal!! Janji tak hutang...

P/S : Sebenarnya aku jugak kecewa tapi tetap meneruskan sokongan kepada Arsene Wenger dan Arsenal.Wenger betuah berada di Arsenal kerana kalau di mana2 kelab lain, Wenger mungkin sudah lama dipecat atau boleh menjadi pencuci boot sahaja.Kekecewaan aku terubat sebab adek beradik aku bagi kejutan hadiah besday yang dah lepas bebrapa bulan..Jersey Home Arsenal!!! Waa terharu2!!! Sayang korang!!! =D


Isnin, 1 September 2008

Deadline Day

Sebelum itu aku ingin membetulkan ape yang ditulis oleh Kesuma Dewa, oleh kerana terlalu kecewa timbul salah paham antara tarikh Merdeka, dan Deadline day dalam hidup Kesuma Dewa.Heheh.. Sebenarnya, transfer deadline day telah diganjak satu hari menjadikan kul 2359 1 sept waktu UK merupakan detik penamat bagi segala transfer dan akan dibuka semula 1 January nanti. Ketika ini semua manager sedang melakukan OT dan sibuk dengan panggilan telefon, email, SMS mahupun ade yang MMS. Contohnya manger A ni hantar gambar atau video kat Manager B untuk promote playernya kerana ingin mengisi kantung yang kosong atau strategi semata2. Ade juga yag mungkin berkias2 datang ke pejabat manager lain dengan kata2 mahu memetik bunga di halaman taman larangan.Haha. itu antara asam garam transfer Deadline, Transsfer deadline juga menyaksikan penurunan harga seperti harga borong kerana setelah lama tawar menawar, jika pasukan yang ingin menjual betul2 terdesak perlukan ongkos, maknanya nak taknak terpaksalah berpuas hati dengan harga berpatutan bagi pihak si pembida.

Jadi ape yang berlaku dalam pejabat Arsene Wenger, kite semua tak tahu. Mungkin hanya Wenger Pat Rice ,Ken friar atau Boro Primorac jek yang tau siapa dalam list Wenger atau wujudkah list tersebut. Wenger mengakui dia akan turut serta dalam fiesta malam ini kalau tak sibuk pun buat2 bz kerana katanya die tak berapa amek kisah sangat tapi seboleh2nya jika ada seorang player yang berpatutan dan harga setimpal die akan bertindak tapi tak lebih dari satu. Tapi berapa kalikah Wenge telah menipu seperti mana dia membawa masuk Diarra secara tiba2 tahun lepas, dan juga Baptista + Denilson semmusim sebelumnya.WEnger bukan sahaja licik dengan taktik di padang malah juga di pasar. Jika kite sering dengar lawak pedas seperti "ai Temah, g pasar ek, amboii.. beli sayur ke" Temah menjawab "taklah beli basikal" satu jawapan yang menusuk hidung betul tak? Tapi kalau diajukan soalan yang sama pada Wenger soalan yang lebih kurang sama, " Mr Wenger, i saw you went to the transfer market,Did anyone interest you?" Wenger secara jujur dalam penipuan bercakap "Nope i'm looking for some vegetables" haha..dapat tangkap tak maksud aku..Wenger knows..



Jadi sehingga awal pagi nanti kite tak tahu siapa, apa, dari mana, berapa, bagaimana atau tiada apa2 yang akan berlaku.Pastinya bagi yang Muslim,selepas bersahur nanti bolehlah kite tau kesudahan harapan dongeng atau hadiah yang akan dibeli oleh Arsene untuk fan2 Arsenal. Jika tidak pun, kite tetap harus menyokong skuad yang telah sedia ada ni dan berharap tidak ada malapetaka lagi muncul sehingga bulan Januari nanti.Eduardo, Rosicky, Diaby, Silvestre akan kembali dan memberi dimensi baru.Wilshere, Ramsey, Vela, Song, Denilson,Johan, Merida akan bangkit menimba pengalaman. Masa depan Arsenal sangat cerah. Aku pun nak gi bazar gak petang ni, nak beli spek hitam.Silau...cerah sangat!!! heheh..


NO SIGNING..

Haha..setelah transfer window tutup..Akhirnya Wenger dengan sebulat suara tidak sign mana2 player..Namun, bingkisan daripada voters untuk pall arsenalaysia, rata2 ramai yg mengharapkan kemasukkan player baru yang dasyat gile. Namun, inilah realitinya..Mungkin bg Wenger beliau sudah cukup selesa dengan squad sekarang dan berhasrat utk tidak membeli mana2 player lagi selepas berjaya sign Alien Silvestre. Apa2pun Arsenal masih mempunyai kelibat Fabregas dan Diaby yg dikatakan Wenger akan serasi dan mampu menjadi gandingan mantap utk barisan tengah Arsenal. Disamping itu wEnger juga yakin beliau mempunyai cover yg mengcukupi dengan Denilson, Ramsey, Song dan Amaury Bischoff yg sedia utk mengisi kekosongan barisan tengah. Rosicky juga boleh dianggap bakal mengisi posisi tengah bergandingan dengan Fabregas jika Wenger memutuskan untuk mencuba taktik season lepas yg mana Arsenal pernah bermain dengan 4-5-1.

Apa2pun, sama2 kita saksinya persembahan Arsenal minggu hadapan..adios..