Jumaat, 2 Mei 2008

Kit baru 08/09?

Musim ni belum habis lagi, tapi persiapan untuk season depan makin rancak,player staff, manager..tak ketinggalan jersey atau kit baru. Sebenarnya spekulasi imej jersey baru Arsenal home untuk 08/09 ni dah lama tersebar kat internet agak2 2 bulan yang lalu la.Tapi sebab berite ni dah pun kluar kat akhbar The Sun kat UK, jadi mungkin ada kebenarannya.


Macam mana? Apa pendapat korang?Bagi aku smart gak.Sebab nampak lain daripada design Nike yang lain.Teringat aku kat kit Arsenal time SEGA yang ade line hitam tu.Tapi kalau lah ade batch singa emas(lambang champions) kat tepi bahagian lengan tu..pergh..lagi cun.sayang la..

Pada korang yang nak usha lebih design die, atau pun la nak beli terus yg Gred AAA ke nak sep bajet dr beli yg original..heheh.. leh tengok kat lelong..Sane ade slide sekali.Away pun ade kut kalau tak silap. ok.


Khamis, 1 Mei 2008

Siapa di Midfield??


Wenger dikatakan sedang bercadang untuk memancing seorang player yang dikatakan jika di"polish" akan berkilat seperti Fabregas..Beliau yang dimaksudkan ialah Michael Johnson..Berita perpindahan FLAMINI sememangnya sudah diduga..Walaupun tidak dikeluarkan secara official,FLAMINI sememangnya akan meninggalkan Emirates..Sehubungan dengan itu, Wenger tanpa ragu-ragu menyatakan hasratnya untuk membeli BARRY (Aston Villa) atau Johnson (Man City).. Ini boleh dikira sebagai langkah bijak Wenger kerana beliau tahu, player England tidak akan terlibat dalam UERO..Maka chance utk player2 ini injured adalah tipis..Jadi,mari kita tunggu dan lihat saja..

BTW : Berikut adalah analisis dari ARSENALAYSIA mengenai player-player yang bakal keluar dari Arsenal selain FLAMINI : -
1) Jens Lehman - Mungkin besara atau bukak kedai sukan..
2) Hleb - Mungkin akan menyertai Barcelona, Juventus atau Inter Milan
3) Gilberto - Akan blah dan sumber tidak bernama menyatakan mungkin dia akan ke Juve
4) Sanderos - Patah hati, keciwa..Mungkin masuk wad Gila

PLAYER YG WAS-WAS KEDUDUKANNYA :-
1) Eboue - mungkin dipancing kelab2 ternama
2) Adeebayor - AC Milan sanggup spend banyak utk dapatkan die ni
3) Rosicky - Mungkin la coz masalah kecederaan..Wenger malas nak simpan
4) Hoyte - mungkin merajuk kerana x penah dapat tmpat pertama dalam squad
5) Bendtner - Mungkin mencari kelab yg boleh die jd 1st eleven


Terima kasih Keith Edelman


Selamat hari buruh..Kehilangan seorang lagi pekerja.Keith Edelman, managing director Arsenal telah pun meninggalkan kelab dengan alasan ingin menukar angin dan mencari cabaran baru.Edelman yang telah berkhidmat selama lapan tahun merupakan orang penting di sebalik perpindahan Arsenal dari Highbury ke Emirates.Beliau juga dikatakan telah meletak jawatan sebagai director Asenal Holding PLC tapi dalam notis 12 bulan sebagai plan peralihan kuasa..cam pak lah la.dalam pada itu director Ken Friar akan memangku tugas yang dikosongkan Edelman sementara mencari pengganti.

Flamini dikatakan telah menyatakan pada rakan sepasukan di bilik persalinan bahawa die akan angkat beg dan blah ke Milan.Adios.Ac Milan juga dikatakan cuba memancing Adebayor walaupun agentnye menafikan.May be Flamini la umpannye kut.huhu.Namun bile sibuk2 berite org nak kluar Arsenal , Clichy dengan matang dan relaxnye mengeluarkan kenyataan positifnye.



Selepas kecemerlangan Fabregas merangkul Young PFA player of the year Award, player reserves Arsenal Jay Simpson,19 yang dipinjamkan ke Milwall berjaya dinamakan sebagai Coca-Cola League One PFA Player of the Year.