Selasa, 26 Jun 2012

12/13 2nd signing: Olivier Giroud


Haha ...sewaktu sibuk2 kehangatan Euro memasuki fasa2 akhir, Arsenal tanpa lengah lagi mengumumkan 2nd major signingnya dengan menyambar pemain kebangsaan Perancis, Olivier Giroud dari Montpellier dengan anggaran perpindahan 12M. Ini dihebohkan tatkala tamat kempen pasukan negaranya setelah tumbang hambar kepada Spain, turut  serta, 2 lagi pemain Arsenal terpaksa pulang Toe dan Chambo- England patut toss coin saja tanpa perlu penalti- meninggalkan hanya 2 wakil Arsenal dari Germany, 1st signing kita Podolski dan jugak Mertesacker.

Tengok CV nya pasti ramai yang kata kurang memberangsangkan, ialah kerana dia dikatakan pemain yang agak lembap mencipta nama, mur 23 baru boleh main top flight division itupun sekadar liga perancis.Bagi yang berfikiran positif, akan nampak dari aspek lain ,pemain ini berusaha mencipta kerjaya dengan bermula dari bawah,orang yang paling memahami perjalanan career nya pastilah rakan senegara Laurent Koscielny yang jugak melalui tapak yang sama sebelum dikutip oleh Wenger untuk digilap. Koscielny dan Giroud sebenarnya pernah bermain dalam kelab yang sama, Tours di division bawah. 2 musim dengan Montpellier, Giroud berusaha membawa kelab itu ke next level,berjaya membawa Montpellier ke final domestik pertama, sejak, dan menang liga buat pertama kali dalam sejarah. Kedua2 musim dia muncul penjaring terbanyak Montpellier dengan musim lepas menjadi top scorer liga dengan 21 bijik gol dari 36  perlawanan.

Ada jugak yang skeptikal berpendapat ini akan jadi umpama Si Camak, mahupun Gervinho hanya gah di liga Perancis tapi tenggelam suam2 kuku bila beraksi di BPL. Camak sudah mendapat peluang, dan ternyata dia tidak pandai menggunakannya, Gervinho bila kene harinya merupakan antara source2 yang boleh tolong assist gol dari entah mana yang tak terjangka dan baru musim pertama, ingat Koscielny(di awal kehadirannya)? Jadi bagi gua, kita bagi Giroud peluang untuk buktikan, dan melihat kepada umurnya, ia memang waktu yang sesuai untuk membuat satu anjakan paradigma dalam kerjayanya dan pastinya Giroud sendiri bersemangat untuk membuktikan kemampuannya.Bagi gua fizikalnya mampu sebagai gantian kepada Chamak + Bendi dan finishing2nya sesuai sebagai fox in de box, posisis yang Asenal kehilangan setelah sepeninggalan Eduardo.



Assume Bendi + Chamakh + Park + Vela + Arshavin + Denilson akan dilepaskan, (RVP kekal) melihat kepada option atas kertas kita ada serangan berdimensikan Podolski-Giroud-RVP-Gervinho-Theo-Chambo-Rosicky-Arteta-Wilshere-Rambo dengan sedikit bantuan 'Song' (baca long) ball, serangan Arsenal boleh distribute gol2 antara mereka.Sekarang yang tinggal, adalah sign up RVP dan setelkan sistem pertahanan kita!

Agi idup agi mengGunners!!


Khamis, 21 Jun 2012

Arsenal di Euro



Asyik bersantai melayan bola sepak eropah, namun mata2 masih memerhati kepada aksi2 pemain Arsenal, sejauh mana mereka progress dalam pasukan negara masing2. Arsenal merupakan kelab BPL yang paling ramai pemainnya terlibat iaitu sebanyak 10, walau bagaimanapun hanya 6 yang berjaya mara. Kejohanan peringkat kumpula Euro 2012 telah berakhir dengan memasuki fasa suku akhir yang akan bermula awal pagi nanti. Dari kelompok2 pemain2 Arsenal yang terlibat, terdapat campuran perasaan di mana ada yang terpaksa pulang awala, ada yang  bersemangat meneruskan perjuangan, ada yang sekadar berpuas hati di bangku simpanan.

RVP dan Arshavin adalah antara watak2 yang tidak dijangka untuk berlepas pulang sesegera ini.RVP selaku penjaring terbanyak BPL tak menepati ramalan malah tenggelam dengan corak taktikal dan permainan rakan sepasukan.  Itulah gua cakap, bukan semestinya di luar sana dapat memberi kepuasan kepada seseorang pemain kerana bukan semua pasukan mampu nak set up play yang sesuai mengikut kemampuan potensinya, di Arsenal dia sudah cukup masak, dia faham cara Arsenal, Arsenal kenal caranya jadi fikirkanlah masak2.Penyingkiran awal ini memberi lebih masa buat RVP untuk rewind balik saat2 manis turun naik selama7 tahun di London. Tapi kita juga memerlukan kepasatian yang pantas untuk terus memandang ke depan,segeralah buat keputusan.Arshavin pulak seperti biasa awal2 nampak seakan bersemangat, 3 assist bagai sudah menjelmakan jenis pemain yang suatu ketikda dulu pernah menitir di bibir tapi lama kelamaan fade away dengan rakan2.Gua tak pasti sama ada dia masih relevan untuk menjadi nadi utama kita musim depan, tapi sebagai skuad player, Arshavin mungkin boleh menyumbangkan sesuatu. Gua jugak rasa kalau ada option untuk cash in Arshavin, Arsenal sudi mempertimbangkannya melihat kepada sejauh mana Arshavin mampu menerima role dari bangku simpanan. Turut mengucapkan bye2 adalah Bendi yang mana kita jugak tak tahu sama ada dia juga akan mengucapkan bye2 terus dari kelab Arsenal untuk musim depan. Seorang lagi tersingkir tapi tidak perlu pulang ke mana2 kerana dia sudah memang berada di 'rumah' adalah penjaga gol tuan rumah poland, Szczesny- satu kejoahanan yang ingin segera dilupakan, kerana kad merahnya pada perlawanan pertama cukup memberi kesan kepada corak perjalanan Poland dalam kumpulan A.

Dan 6 mereka yang layak pastinya ingin memberikan segalanya sesudah melalui musim yang begitu mencabar di peringkat kelab. Rosicky kapten Czech telah kembali menjalani latihan setelah pulih dari kecederaan. Jika fully fit , peluangnya sebagai pasukan underdog untuk membuat satu lagi kejutan kepada Portugal mungkin ada. Kemudaian pasukan Jerman, 2 wakil Arsenal di mana satunya beraksi setiap match manakala seorang lagi masih menunggu peluang.Podolski menjaringkan gol ketika bertemu Denmark, Mertesacker masih belum menjejak padang , melihat pada situasi ketika ini agak sukar untuk Per menembusi kesebelasan utama kerana Jerman masih bermain baik setakat ini.Mereka akanbertemu Greece,s atu lagi pasukan yang terkenal dengan keliatan defensive mereka jadi Mertesacker punya chances agak limited untuk diketengahkan.France akan menguji juara bertahan Spain, kesabaran Koscielny seakan pasti terbalas apabila kini die berkesempatan untuk membuat kemunculan sulung setelah penggantungan Mexes.Laurent Blanc pasti tak akan menyesal seperti mana juga Koscielny yang tidak menyesal memilih untuk bermain dengan France berbanding Poland.Isnin pagi, Theo dan Chambo pulak masing2 akan cuba mengintai peluang sesudah aksi2 cameo mereka memberi gambaran masa depan cerah buat skuad three lions. Chambo membuat kejutan disenaraikan dalam perlawanan pertama dengan aksi sempoi 76 minit, Theo pulak memberi persembahan inspirasi ketika bertemu Sweden dengan gol penyamaan dan assist kemenagan.Kedua2 pemain ini kalau diberi peluang yang lebih konsisten oleh Pak Roy, gua rasa England lebih banyak dapat benefit dengan pace dan tempo yang disumbangkan.Bertemu Italy, salah satu pasukan harus menyerang jika mahu game itu hidup.

Dan pasti ramai yang sudah tahu, Arsenal kini kelihatan semakin serius dan hampir untuk mendapatkan satu lagi attacking force baru, Olivier Giroud. Top Scorer liga Perancis dengan 21 gol yang membantu Montpellier muncul juara , kini sedang membantu pasukan Les Blues di Euro. Segala cakap2 kini bukan lagi kosong ketika wakil2 kelab yang saling membida telah mengesahkan Arsenal sudah sampai di peringkat akhir untuk mendapatkan tandatangan target man 13M ini.Mungkin persembahannya di Euro belum menampakkan bibit2 memberangsangkan tapi peluangnya agak terhad. Dan jika segala berjalan lancar, dijangkakan tunggu berakhirnya jelajah France di Euro untuk apa2 pengnguman rasmi. Cuma harap ini bukanlah lagi jenis 'Mata' signing yang hanya diwar2kan dalam kepulan2 asap.Jadir amai yang beranggapan setelah Podolski, kini Giroud jadi bermakna RVP blah? Bagi gua tidak. Ini lebih kepada penggantian Bendi mahpun Chamakh, atau siapa tahu Park akan mencari halatuju baru.RVP adalah vital untuk dikekalkan dan gua harap signal2 macam gini mampu untuk menambat hatinya bahawa kini kita serius dalam mencabar kejuaraan. Satu lagi pemain tengah dalam mode DM ala trong holding midfielder, satu lagi fullback atau versatile defender.. kita dah boleh bersedia untuk kick off season lawan Sundrland!! jadual baru pun dah keluar..yezzaa...



Sabtu, 2 Jun 2012

1112 : Class Is Permanent


Apa tekad Arsenal anda untuk 12/13?


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagaimana cuti kalian? cuti dari bola sepak, berehat sebentar sesudah musim yang menggila, dan kini kita akan kembali dengan demam Euro. Ya musim 11/12 menyaksikan kuasa wang berjaya memainkan peranan apabila City dan Chelsea membolot hadiah2 utama sekaligus menyentap Wenger yang masih lagi terpaksa menunggu untuk tahun ke 7 tanpa sebarang pingat-itu yang dibisingkan sekarang ini. Bukanlah gua mengiktiraf mahupun menidak kejayaan pasukan2 bertuah mendapat tajaan2 mega kerana apa pun ia tetap kembali kepada kualiti di atas padang. Duit adalah pengaruh besar dalam modern game kini dan kelab2 terpilih ini hanya terpaksa memilih cara tersebut untuk berjaya kerana jika mereka gagal, kemenangan untuk kebenaran, itulah sebabnya barisan kapitalis ini tidak boleh dibiarkan gagal selama2nya kata tangan2 ghaib itu. Roman mengambil masa 7 tahun untuk empayarnya menawan eropah, Sheikh Mansour jugak melalui jejak yang sama.

Ia kini fesyen dan modus operandi dalam mana2 industri bola sepak. Mereka sudah menapak di Russia , perancis dan melebarkan sayap ke barat Asia serta  China. Terima sahaja kenyataan sama ada kelab tersebut sudi menjadi alat pelaburan ataupun bertegas untuk cuba melawan arus. Arsenal jugak tidak terlepas dalam situasi ini antara kes Kroenke vs Usmanov.Cuma bezanya masih belum ada money injection yang dicampakkan untuk menunjukkan kuasa.Nasib baik masih ada lagi pemegang2 saham yang lain maka kelab yang kita sayangi ini belum lagi terjebak menjadi hak milik perseorangan sepenuhnya. Bagi kelab2 yang tidak terpilih ini, yang terpaksa bertarung sendiri dengan modal dan dana sendiri, Arsenal umpamanya, perlu harus teruskan hidup untuk survive terutama dalam kelompok2 elite.Adakah  Kita masih layak untuk berada di kelompok tersebut? Terpulang pada anda untuk nilaikan sendiri.15 tahun berturut2 dalam kejohanan Europe, mempunyai history yang tidak kurang hebatnya dan game by game sentiasa ada sahaja yang boleh diperkatakan,style of play kita yang popular-walaupun semenjak dua menjak ni tak adela beautiful sangat pun dan masih ada lagi individu2 world class yang dicemburui.Yang kehilangan sekarang ini adalah fear factor. Yang hendak dicari sekarang adalah spirit dan winning mentality barulah datang piala sebagai bonus yang menanti.



Musim yang penuh pancaroba barangkali, dan buat pertama kali Arsenal begitu berhempas pulas berpeluh2 untuk cuba sekadar tidak duduk di bawah jiran tetangga spuds yakni merebut tempat ke UCL, target paling minima tapi tidak sepatutnya terbatas di situ. Cuma yang pelik kita agak bernasib baik dan seteruk2 season kita, masih ada lagi pasukan lain yang dasyat dan kasihan kerana kita mampu menduduki tempat ketiga serta kelayakan automatik. Spuds hanya mampu menggigit jari menyaksikan Bayern gagal sepakan penalti. Kita tidak berada selaku pasukan pilihan pada awalnya tapi berjaya mengalahkan bookie2 dengan mampu duduk di tempat yang tidak dijangka oleh kebanyakan mereka di luar yang tidak memberi harapan. Kebangkitan Arsenal, Ia lebih kepada signing2 pemain berpengalaman dalam BPL seperti Arteta,Yossi signing international CB dalam mertesacker yang memberi extra konfiden( xperlu begitu hebat tapi cukup mempunyai x factor sebagai psikologi), serta penjenamaan semula Rosicky Theo , kebangkitan attacking force melalui unsung service alex Song,kepulangan kembali King Henry yang memberi impak besar kepada mental skuad sedia ada, dan paling penting kelibat RVP pemain terbaik BPL musim ini.. Maka tidak hairan dia jugak dipilih pemain terbaik Arsenal.Com. Song di tempat kedua manakala Rosicky di tempat ketiga yang juga anda tentu tahu mengapa. Gua nampak kita kalau kekalkan skuad yang ada dengan sedikit rombakan dalaman terutama dari segi formasi dan taktikal kita boleh pergi next level dari season ini.

Arsenal perlu mengkaji semula kerbekesanan teknikal defending terutama dalam situasi counter attack serta set pieces lebih2 lagi dengan formasi 4-3-3. Sering kali dilihat kita merisikokan diri dengan high line defence terutama apabila center half kita suka gung ho ke atas sesuka hati, ini dapat dilihat melalui gandingan Kos dan Mael terutama dalam game2 terakhir musim. Tak salah tapi pastikan ada cover. Dilihat full back kita masih tak mampu serasi dengan art of defending , sering kali kita terperangkap , tak berada pada positioning yang sepatutnya. Gua secara peribadi merasakan Arsenal mungkin lebih selamat jika Mertesacker bergandingan dengan salah seorang Kos serta Mael di bawah manakala diapit oleh fullback yang lebih berpengalaman seperti Sagna dan Santos.Per memberikan kita positioning awareness walaupun agak lembap berbanding yang dua tu, jugak memberi challenge dalam perebutan bola2 tinggi. Gandingan CB kita perlu kata orang 'give and take' gua tak pasti term ni sesuai atau tidak tapi harap anda faham, sorang nak naik, sorang cover jangan dua2 beriya2 nak attack last2 cought off position. Gibbs ada future namun gua tak berapa pasti dengan ketenangan Carl Jenkinson mahupun kesediaan Coquelin untuk mengisi posisi bukan semulajadinya.

Dan jika 4-3-3 sila pastikan ada backup untuk pemain2 wide kita sempat untuk closing down opposition. Kita dilihat terlalu mudah buang bola dan apabila diasak melalui counter terutama ketika fullback opposition melakukan overlapping, kurang support dari midfield untuk menutup ruang. Kehilangan Arteta menunjukkan belang kegelabahan sebanar pemain yang tak tahu bila mana nak attack bila masa patut defend. Antara masalah utama barisan tengah adalah terlalu bersahaja memberi ruang dan masa untuk pihak lawan berpikir dan bertindak. Berpikir dah makan masa, bertindak pun amek masa jadi kalau dah mereka mampu buat benda tu sekaligus kita boleh nilai kerja barisan tengah Arsenal kita yang tak close down pihak lawan. Rambo perlu banyak belajar dan ternyata overrun dalam games membuatkan dia burn out serta hanyut. Terlalu sukar untuk mengharapkan dia menggalas responsibility.Arteta memberi kesinambungan kepada Song untuk beraksi ala kaka, tapi bila figura seperti Arteta tidak wujud, arsenal main boleh dikatakan berterabut agak kelakar.Gua tak kisah Song nak mengeksploitasikan bakat assistnya, mungkin dia terasa dia bagai 'alexSong sanchez', tapi dia patut ingat tugas penting nya sebebagai holding midfielder asalnya adalah disiplin. Kita kena perkemaskan aspek ini.Mungkin dengan kehadiran Podolski sudah ada idea2 baru, kembali ke 4-4-2 mungkin satu option terbaik?


 Dan aspek defending sebagai satu unit ini akan diterapkan oleh mangement baru. Ya perubahan management mungkin juga tanda kepada regime dan style2 segar bakal bertransformasi di Emirates. Banyak suara yang sudah mula panas dan hilang sabar dengan Wenger tapi berhati2 dengan apa yang anda minta. Kita tak seratus peratus tahu apa puncanya, hijrah adalah perlu dan baik tapi jugak ada risiko.Tapi sejauh mana suara fan akan didengari jika boo pun masih belum dipandang serius oleh orang2 atas. Jadi, secara realitinya, Board2 cukup 'selesa' dengan Wenger, tak tahu atas kapasiti apa tapi mereka masih menaruh kepercayaan Wenger masih lagi individu logik untuk memacu kejayaan Arsenal. Daripada memikirkan benda yang agak sukar untuk diubah, mari kita kecikkan fokus kepada apa yang sudah dan sedang berubah. Mungkin dengan permulaan pertukaran orang no 2 , Steve Bould sebagai assistant manager kepada Wenger kita akan dapat melihat hasilnya. Bould akan menerapkan no nonsense defending dalam backline Arsenal, sekurang2nya dia boleh menjadi red alert kepada Wenger yang mungkin terlampau asyik dengan fantasi attacking style fooballnya yang ingin menggolekkan bola ke dalam gawang sehingga terlbupa barisannya jugak mempunyai gawang yang perlu dijaga. Oleh itu perubahan sedikit demi sedikit secara berperingkat ini jugak mungkin penting bagi mengekalkan balance. Masa akan tiba, Wenger tidak akan kekal lama, dan bila sampai harinya nak taknak, suka atau benci, kita akan berterimakasih atas segala memori yang diberikan, Arsenal pula akan moving forward harapnya.

Ketika musim panas ini tak boleh terlepas cerita pasal transfer.Namun perlu diingat ada kejohanan Euro 2012 di Poland dan Ukraine jadi besar kemungkinan movement sepanjang transfer akan berjalan selepas tamat kejohanan tersebut. Pada ketika itulah Arsenal akan menyelit2 dengan menyambar 1 atau 2 muka baru tapi paling penting ketika ini ialah ibu segala transfer, sign kontrak lanjutan RVP secepat yang mungkin!! Lepas tu baru pikir membuat sebarang penambahan dan sebelum tu harus melepaskan beberapa muka bagi memberi ruang dan tempat dalam skuad 25 pemain. 7 orang termasuk Almunia telah diberi lampu hijau pelepasan terutama dari skuad reserve dan bawah 18. Tak terkejut jika pemain2 seperti Bendi, Vela, Laci, Park, Johan akan cuba mencari jalan keluar akibat kurangnya peluang beraksi. Pemain2 muda seperti Campbell,Lansbury,Eastmond, Miyaichi pulak harus diteruskan program loan mereka jika terbukti benar2 bersedia baru panggil pulang.  Arshavin,Chamakh dan Denilson jugak kelihatan belum menetukan masa depan Arsenal mereka yang samar2. Kita sedang berusaha mendapatkan kembali kelibat Wilshere tapi dengan harapan dia tidak sewenang2nya disertakan pula dalam skuad Olimpik GB hanya semata2 untuk melihat dia injured balik. Mungkin bunyi agak kasar dan kurang adil tapi sudah tiba masanya Arsenal memikirkan semula kedudukan Diaby yang tak habis2 bergelut dengan kecederaan. Mungkin itu ruang yang boleh dikosongkan untuk penggantinya mahupun pesaing Alex Song.

Yann M Villa mejadi favorite  sekarang ini tapi asking price 17M begitu mahal.Lebih2 lagi dia tengah injured sekarang ini dan terlepas Euro, jadi kita mungkin dapat tahu jawapan lebih awal dari dijangka tiada lagi jawapan2 klise seperti 'kita tunggu selepas euro masa depan saya". Namun secara peribadi gua rasakan jika Manchester City bagi kebenaran untuk kita berborak dengan Nigel De Jong, Arsenal perlu sambar sahaja. Bould mungkin suka akan karektarnya, main bola atau halang orang lain main bola. Realitinya Arsenal dilihat agak soft jadi mungkin dengan keadiran sosok seperti De Jong akan memunculkan kembali fear factor di mata pihak lawan. Itu pendapat 20 sen gua. Ada jugak berita dari Russia kita sedang mengintai2 pemain tengah Anzhi machakalakalaka (entah ape ejanya) Odil Ahmedov, 24 pemain Ukraine.Pemain terbaik kelab tersebut mengalahkan Eto'o dan Zhirkov. Mungkin ini sebenar2 berita di sebalik rumors kita nak sign star Jerman mesut Ozil, rupanya penyampai tersilap dengar antara Odil dan Ozil rasanya. Bagaimana dengan wide man, mahukah lagi Hazard? Gotze? Hazard dah pi Chelsea ketika kita sepatutnya dah wrap and seal transfer ni bertahun dulu, sekali lagi Arsenal lambat tapi cara twittnye agak annoying boleh menimbulkan kecurigaan pada karektarnya.Gotze? wow..buat sementara ini sila berpijak di bumi nyata dengan harga yang berpatutan. Mungkin N'zonzi dan  Hoilett lebih logik ketika ini tapi apakah mereka standard Arsenal.


Selain seorang midfield kita jugak pada aku harus memperkuatkan bahagian RB. Musim lepas Arsenal dah sambar RB dan LB sekali gus,(Santos-Jenkinson). Gua rasa kita memerlukan satu lagi back up semulajadi di RB sementara menunggu Carl jenkinson benar2 masak. Untuk mengharapkan Sagna seratus peratus adalah sukar lagi2 melihat kepada track record kesihatananya musim ini sahaja dah 2 kali patah kaki di tempat yang sama.CB siapa, Vertonghen? Ok sekejap sebelum kita pergi lebih mendalam, adakah perlu lagi kita seorang CB? Jika johan dan laci memperblahkan diri hmm..sukar sebanarnya untuk mempunyai 4 1st choice CB dalam satu masa, maka sebab itulah keputusan dia untuk memilih Spuds berbanding Arsenal boleh difahami walaupun menjengkelkan. Lebih2 lagi dengan kenyataan barunya, "kalau spuds tak mampu nak bayar, barulah gua join Arsenal" amboi senang2 jek ko nak declare dan bagaimana fan Arsenal rasa selaku pilihan kedua di belakang Spuds. Tak apelah kita pernah dapatkan Campbell secara langsung terus dari Spuds tapi persoalan sekarang mampukah kita membayar asking price ajax 12M hanya untuk melihat dia duduk di bangku simpanan. Kalau gua main Fantasy football gua on jek, gua tak kisah lagi bagus sebenarnya tapi kini kita bercakap pasal realiti. Kapten Ajax dari Belgium ini adalah seorang pertahanan yang versatile boleh beraksi mana2 bahagian kiri defensive departement. Gua secara peribadi berbesar hati kalau kita dapat sign ini vertoghen sekaligus add on any quality di defensive department, tapi dalam masa yang sama tak kisah jika tak dapat pun sebab kita masih ada understudy dalam Bartley dan Ignasi Miquel. Bartley pemain sasa tinggi lampai dah dua musim bersama Rangers jadi gua rasa musim ini kalau diberi peluang untu tembus skuad utama apa salahnya lebih2 lagi di bawah telunjuk steve Bould.  Jadi secara peribadi resolusi gua untuk Gunners bagi musim hadapan adalah:


  • Sign lanjutan Kontrak RVP serta Theo
  • Selepas Podolski sign seorang lagi defensive/holding midfielder untuk saingan alex song
  • Ubah kembali ke formasi 4-4-2, variasikan game plan tidak lagi sehala saja.
  • Ubah tactical defending lebihkan displin.
  • Sign seorang lagi RB
  • Sign seorang lagi Keeper berpengalaman bagi saingan kepada Szczesny.
  • Cari balance yang ada dengan lebihkan pengalaman diadun dengan bakat2 baru.

Apa pula kata anda? Jangan segan2 hulurkan pandangan serta kongsikan idea.Kita hanya mampu berbicara tapi Arsenal yang berupaya membuat kejutan dan harap ada kejutan summer ini sebelum mereka berangkat ke bukit Jalil. Jadi, enjoy Euro wahai rakan2, intai2lah bakat2 yang ada mana tahu suggestion2 direct anda di ruang maya mampu didengar oleh scout2 Arsenal di luar sana.

Agi idup agi mengGunners!!!