Selasa, 30 Disember 2008

Bil telefon Alonso tinggi setinggi bil wenger januari ni?




Kapten Arsenal Cesc Fabregas telah mendedahkan betapa Xabi Alonso telah menelefonnya setiap hari sejak peristiwa pertembungan 50-50 dalam perlawanan liga menentang Liverpool 2 minggu lepas. Fabregas mengatakan alonso begitu rase bertanggungjawab dan ade sedikit kekesalan atas ape yang berlaku ke atas rakan senegara nye yang memaksa fabregas diketepikan selama 4 bulan atau boleh lebih teruk dari itu.

“Since the Liverpool game, Xabi Alonso has called me every day,He is very worried but I told him that he had nothing to do with it – he just tried to win the ball, the same as me, and these things happen as I say. As a footballer who is lucky to be able to play and enjoy what I do every week, you always take the risk that injuries can occur.”

Sayang benar Alonso pada Fabregas ye. Atau takkan borak2 kosong, tanye khabar je kut, borak hari2..heheh..kut2 la Fabregas ade pujuk2 cite pasal ke'best'an Arsenal dan sebab2 alonso perlu join Arsenal.hoho.Kalau betul, pastinya ia satu win2 situation buat alonso, lihalah baru ni pun mascherano dah kembali main, alonso hanya di sub sahaja.Tapi jika bukan alonso, arsenal perlukan seorang pejuang di tengah2 ala padang yang boleh memikul tggungjawab fabregas.Fabregas juga pasarah akan kecederaan utama beliau sepanjang temooh 5 tahun bergelar pemain profesional.Katenye die bernasib baik kerana masih berpeluang untuk pulih kerana kecederaan seperti ini kadangkala mampu bertambah buruk malah mungkin boleh menamatkan karieernye.Semoga cepat sumbuh Fab.Get Well soon!!-Alonso mungkin memakai simkad prabayar sebenarnya.

Sepeninggalan Fabregas, Almunia dijadikan sebagai kapten bidan terjun. Walaupun aku kurang bersetuju tapi nak taknak perlulah memberi support tak terhingga kepada siapa yang ade sekarang nih, bagi memastikan saki baki season nie tak berlaku malapetaka yang tak diingini.Bercakap sebagai kapten buat pertama kali, Almunia sempat memuji Gallas yang masih diannggapnya pemimpin sebenar dalam padang, merujuk pada sambutan gol kemenangannya oleh rakan2 sepasukan, Almunia berkata Teammates lain tiada lagi masalah dengan Gallas dan Gallas sendiri adalah seorang winner dan cukup2 profesional 100%.Tetapi ade sesuatu quote dari almunia yang agak keliru.

"He knows how to get success. Even though he is not the captain we follow him. I play with so much confidence when William is playing in front of me. He has won the World Cup and I have so much respect for him."


Errr..Almunia, sejak bile pulak Gallas menang world cup, setahu aku skuad 98 pun die tak masuk lagi.oh.. lupe, Almunia tak pernah main peringkat antarabangsa jadi pengetahuan die agak cetek dan terbatas, kapten Arsenal?mmm...

Tapi satu lagi yang aku setuju dengan Almunia apabila Almunia turut sama2 mengeluarkan ape yang aku tulis dalam posting sebelum ni.'The real Arsenal'.

"We have shown good character, but we still have a little more to go to find the real Arsenal.The main thing is to look for our identity, our way, our character that gave this club all their titles and trophies.For whatever reason we lost our way, our character and the way we play on the pitch. We need to re-find our spirit and our desire to win games."
ungkapan yg baik dari pemangku kapten.


Akhir sekali, pasal transfer lah, pasal ape lagi.Januari dah dekat, tapi sebarang hint haram pun tak menjadi lagi.terbaru, Arsenal kate die nak spend tapi die pun tak tahu berpa banyak sebenarnye yang die boleh spend memandangkan krisis ekonomi sekarng ni jadi arsenal pun terasa sikit kesannya.Aiyyaa dulu lu kata lu tau belapa manyak itu duit boleh bayar maa.. in hali lu talak tau pulak.. adoyaiiii..

"I want a creative midfielder,That is to say a second midfielder, because my team is right in terms of manpower and experience.[But] I can't spend money I don't have. The [global financial] crisis is upon us and we feel it at the club."

Ditanya tentang rumours2 terutama mengaitkan arshavin,
"Be a bit patient. From the moment you give a name, you reduce by 50 per cent your chances of signing him. "

Hari nie pulak timbul lagi spekulasi trio dari Newcastle dikaitkan ke Arsenal.Shay Given, N'Zogbia dan Stephen Taylor.Aku hanye setuju Given jek.Sape yang tengok mase die lawan liverpool cukup world class dan simpati aku padenye.Given sepatutnye bermain di top2 class tapi masalh kecederaan sering menghantuinya.

Ini adalh quote of the day, diambil dari agent arshavin..hahah..
"We know that Arsene Wenger likes the look of Arshavin. But I like the look of Angelina Jolie and it doesn't always mean you get what you want." Jolie dan Arshavin? 2 bende yang jauh berbeza, ape daa tak masuk akal langsung.lawak2


Post Match: Sorry adams, tapi kesian lagi Wenger!




This time im gonna make it short coz wenger had really lost his plot.

Ex-kapten mengecewakan ex kapten Arsenal.Itulah yang berlaku dalam perlawanan penuh hambar di Emirates malam semalam.Gallas yang dikritik hebat dan profesionalisme nye dipersoalkan muncul match winner dengan gol bertuah, tandukan di saat david james kebongokan.Melenyapkan impian seorang lagi Ex kapten Arsenal Tony Adams dalam kunjungan pertamanya ke Emirates selaku pengurus.Aku suke dan terjua melihat sambutan Gallas yang ssperti melepaskan sepuas2nya ape yang terbuku di hati.Rakan2 team mates menerpa ke arahnya dan menyambut jaringan bersama2 membuktikan masih ade unity di Arsenal.Sayang tiada RVP, aku nak tengok sama ade RVP sambut gol Gallas atau tak sebab seperti kite sedia maklum,gol2 RVP sebelum nie tidak kelihatan kelibat sambutan Galls selepas tragedi hitam dulu.Sorry Adams tapi kesian lagi WEnger, die betul2 dah sesat kali nih.Anyway kali ni kite memang bernasib baik dengan 3 mata berharga.Tanpa RVP dan Fabregas, gameplay Arsenal tersangatlah hambar dan tumpul.

Masuk ke padang tanpa pemain paling berbisa, paling kreatif , RVP(yang kononnye direhatkan, jika seri n kalah wenger harus bertanggungjwb) .. apekah mesej yang cuba disampaikan kepada Pompey malah fan semua? Startkan Bendi ketika kite betul2 terdesak mencari 3 mata?bukan idea yang baik! Adebayor tidak sampai pun separuh adebayor season lepas.Seperti orang asing.Tanpa peluang2 dan gerakan yang dicipta oleh midfield, Adebayor takkan dapat menjaringkan gol.Pulak tu, bukannye 1 peluang 1 gol tapi mungkin 10 peluang 1 gol.Die bukannye seperti dudu atau RVP yang boleh mencipta peluang sendiri.Itulah pentingnya support dan midfield yang kreatif.LIhatlah bagaimana season lepas die begitu bberpesta jaringan ini kerana ade midfield2 yang bijak membuka ruang dan mencipta gerakan baginya tapi minta maaf Ade season nih, u'r on your own.Nasri- Denilson-Diaby- Eboue. Walaupun berdosa besar memutuskan silaturrahim tapi tolonglah sesiapa buatlah sesuatu agar wenger dapat pisahkan gandingan mereka ini. Hampir teridur aku dibuatnya.Wenger yang kite kenali, hendak bermain dengan falsafahnye dengan polisi pemain2 mudenye , dengan beautiful footbalnye,ok aku faham tapi Arsenal nye kini ..??? ape yang beautiful pun aku tak tau lagi.Tiada lagi permainan cantik yang dibangga2kan selagi gandingan tengah seperti ini yg diguna pakai.Aku pasti ramai peminat arsenal di luar sane juga tidak dapat merasai keghairahan permainan cantik yang diwar2kan semalam.It's just not an arsenal out there!!Tak keterlaluan aku katekan, batch kali ini adalah batch2 pemain paling teruk pernah dimiliki wenger semenjak 12 tahun mengemudi Arsenal.Kesian aku pada RVP, Sagna dan Fabregas yang merupakan hanye pemain yang betul2 terbukti world class.Aku cukup simpati dengan Wenger, optionnye ade, tapi die masih hendak stick dengan budak2 yang entah kalau main mid table team pun takkan dapat starting line up.ahhh berape kali aku nak ulang yang negatif.aku mintak maaf.

Cume yang agak melegakan dan positif, akhirnya dapat melihat kelibat Carlos Vela walaupun dimasukkan di sebelah kiri, permainan arsenal tampak hidup dan tajam semula dengan Nasri naampak lebih efektif di sebelah kanan. Ramsey lebih ok daripada match villa apabila menggantikan Diaby yang begitu menghampakan.Pemain2 ini perlu diberi lebih banyak peluang lagi.Aku suke tegok Vela dengan pace di sebelah kiri dan nasri dgn skill di sebelah kanan.3 mate penting, 3 mate berharge.bak kate wenger,Apepun yang berlaku, media tetap akan menghentam arsenal,sekali lagi simpati aku terhadap wenger yang dah mule merasai tekanan.Thanx arsenal menutup tahun 2008 dengan kemenangan.Harap azam tahun baru nanti kite dapat menang all the way.Mulekan dengan FA Cup menentang Plymouth 3 January ini.Antara peluang untuk kite menggondol piala season nih, dan Wenger telah melaungkan die serious dengan FA Cup dan merindui piala ini.Ayuh Arsenal!!!panjangla pulok..heheh


Ahad, 28 Disember 2008

Pre Match: Selamat kembali 'Mr Arsenal'


Malam ini bakal menjadi sejarah antara pertemuan 2 skuad bimbingan legend arsenal, sifu bertemu bekas anak murid terbilang. Arsene Wenger vs Tony Adams.Adams yang bakal pulang ke Emirates buat kali pertama setelah bergelar pengurus Pompey menggantikan si kodok, bakal mendapat sambutan hangat oleh fan2 arsenal sendiri.Satu2nya kapten yang membawa 3 kejuaraan liga ke arsenal dalam tempoh 3 dekad yang berlainan.Itulah sebabnya die digelar Mr Arsenal.

Namun Adams tidak boleh mengharapkan ape2 sentiment kerana arsenal seperti juga pompey dahagakan kemenangan.Arsenal sudah 3 kali seri berturut2(Boro,Pool, Villa) dalam perlawanan2 yang cukup mengecewakan, kesemua perlawanan tersebut arsenal telah leading sebaliknya dikecewakan dengan kesilapan budak sekolah dan kurangnya kreativiti di tengah.Portsmouth juga mengalami antara period terburuk musim ini dengan kekalahan tiga dari 4 match terakhir kalau tak silap(Newcastle, Bolton, West Ham).Player2 seperti Kanu, Sol Campbell, Lauren, Richard Hughes dan Jerome Thomas,pernah bermain untuk the Gunners,termasuk juga Armand Traore yang kini dipinjamkan dari Arsenal.Dengan Lassana Diarra pemain yg juga baru dibeli dari Arsenal musim lepas kini telah dijual ke Real Madrid, pastinya Adams ingin membawa muke2 baru masuk dengan memastikan muke2 lame seperti crouch dan Defoue kekal di Fratton Park.Begitu juga dengan nasib Wenger yang lebih kurang same, kehilangan beberapa tonggak penting akibat kecederaan, Wenger kini terdesak hendak mengembalikan moral para pemain dan penyokong sendiri.Duit hasil penjualan Diarra yang dikongsi sedikit mesti digunakan sebaik mungkin.

Kali terakhir match di Emirates, penyokong telah menukar Emirates bagai lubuk hantu bagi pasukan para pelawat, LIverpool menjadi mangsa terbaru setiap kali mereka mendapat bola mereka akan diboo habis habisan dan sekaligus gagal mengawal rentak.Manakala Arsenal yang bermain dgn 10 org sahaja bagai mati hidup semula dengan semangat lawan yang tinggi hingga ke final wisel.Jarang sekali dapat lihat Arsenal bersemangagt macam tu musim ini, dengan skuad yang tempang tapi sorakan penonton sebagai pemain ke 12 pastinya adalah yang membezakan garisan antara UCL dan Uefa cup bagi arsenal musim depan.

Arsenal turun dengan kembalinya Adebayor dari penggantungan bodoh.Pastinya memeningkan kepala otak Wenger.Siapa anara 5 midfield jumaat lalu yang ingin direhatkan.Tapi dengan Song ang dikhabarkan tak mampu pulih dari kecederaan calf tgempoh hari, option nye menjadi lebih mudah. Kite akan dapat lihat Nasri- Diaby- Denilson -Eboue. Clichy mungkin akan kembali mendapatkan tempatnye di LB menggantikan Silvestre.Cume gandingan Gallas da Toure ampak seperti tidak selamat dengan Gallas yang merupakan pemain paling berpengalaman dalam arsenal kini sudah mule menunjukkan minat untuk buat tak kisah, jasadnye di arsenal tapi jiwanya di mana entah hanaye die yang tahu.Arsene perlu segera bercakap dengan Gallas."Kalau nak main, jangan main-main." Almunia terus kekal sebagai penjaga gol, aku tetap tak berapa setuju dengan cara Wenger memilih Almunia sealain dari cube mencari2 keeper yang lebih world class dan mempunyai banayak pengalaman antarabangsa.Alih2, dilantik menjadi kapten sementara pulak.Nampak sangat Arsenal tiada pemain yang layak untuk lead barisan2 player seperti ini.Pada Aku, secara peribadi aku lebih inginkan RVP yang menjadi kapten kerana ini bukan sahaja dapat menaikkan moralnya, malah RVP sahaja lah player yang boleh mencipta magic, yang boleh berlagak otai dan mampu menggerunkan lawan.Tapi sayang, Wenger lebih tahu ape yang berlaku dalam pasukan.

Jadi line up seperti ini bakal disaksikan malam ini :

----------RVP----ADE-----------
Nasri---Diaby---Denilson--Eboue
Clichy--Toure---Gallas----Sagna
-----------Almunia-------------

Oleh kerana Pompey bukanlah di saat yang terbaik home dan away jadi aku mahu paling minimum pun kemenangan 3-0.Sory Adams, we love u but we love arsenal more!Kalau Adams nak tunjuk die lagi hebat dari sifunya harap die tidak gunakan peluang itu malam ini.Harap agar Arsenal akhiri tahun ini dengan kemenangan agar dapa membuka lembaran tahun baru dengan sinar harapan yang cerah.Malam ini, 10pm Channel 812 ESPN.


Sabtu, 27 Disember 2008

Post Match: Mengapa suka pilih jalan sukar? atau Bila nak Belajar?



Dulu jika Arsenal mendahului 2-0 kite boleh sempat bermain2 dengan beautiful football dan enjoy the game, kini 2-0 bukan jaminan sebaliknya ancaman!!


Dejavu..Arsenal sekali lagi menjadi bahan lawak akhir tahun sekali lagi menyaksikan peluang mndapat 3 mata dan merampas tempat ke 4 dari lawan sendiri Aston Vila punah dan ranap begitu sahaja.Semuanya bagai dah dijangka setelah leading 2-0 hasil jaringan pemain2 yang selama ni dikutuk hebat denilson dan Diaby dimatikan oleh jaringan zat knight pada masa kecederaan tapi gol pembuka ruang untuk villa kembali bermain adalah berpunca dari tindakan bodoh bekas kapten dan juga player paling berpengalaman arsenal william gallas yang melakukan tackle bodoh tidak perlu ke atas agbonlahor.Barry menyempurnakan penalti untuk memberi nafas kepada Villa.

Dari seawal minit pertama lagi di first half, Villa menyerang bagai nak mati dan 3 kali percubaan mereka terkena tiang dan palang dan bebrapa diselamatkan almunium.Arsenal tampak sukar nak memecahkan barisan tengah dengan player2 average seperti Diaby, Denilson, Song dan Nasri manakala RVP keseorangan bagai hilang hala tuju.Johan terpaksa dikeluarkan keika warm up tapi Toure telah pulih dari kecederaan dibawa masuk, Silvestre menggantikan Clichy, sebagai taktik rehat mungkin.Setelah gol Denilson yang entah datang dari mana, aku baru berasa sedikit simpati kepada Villa, adakah mereka pula yang akan mendapat nasib buruk arsenal selama ini -bermain bermati2an menyerang lalu bolos dengan mudah.Kali ini Song pulak yang terpaksa dikeluarkan akiibat kecedraan ketika minit2 terakhi separuh mase pertama, lalu wenger memasukkan rambo, tapi malam ini rambo nampak agak pemalu.

Separuh mase kedua kite mule menyerap asakan dan tekanan Villa.Sekali lagi dengan 1 2 yg menarik dari 2 player yg sering menjadi kecaman dan makian eboue dan Diaby, Diaby menjaringkan gol menarik.Ketika itu nampak perasaan lega dan aku rase kite in control.Dan jika RVP mampu menjarngkan gol ketiga tapi sayang terkena tiang, pasti kite dapat mematikan game tu dah.Sampailah satu tahap bangang oleh Gallas yg melakuakn tackle tidak perlu dan penalti disempurnakan barry.Pada saat dan ketika itu hati aku dah semakin gundah gulana dan aku yakin satu malapetaka akan berlaku dan aku tak silap.Di saat arsenal hanya perlu sit back, daripada throw in hanya ade 4 ketul player di bawah dan zack knight pantas merembat kencang di depan defend yang entah kalau belajar naik bas sekolah pun tak beratur kut,tak berdisiplin.Aku baru nak bagi kredit pada Sagna kerana persembahannya malam ini superb tapi dikecewakan oleh pairing Galllas dan Toure yang merapu meraban tak habis2.Silvetre?ape yang boleh diharapkan, ok tapi tak dimaafkan.

Bile kite nak belajar sebenarnye? Aku ingatkan tragedi spurs hari tu adalah yang terakhir tapi Wenger tampak begitu ketagih hendak melakukannya sekali lagi.Dan lepas ni entah bile2 pulak.Suke sangat aku melihat wajah Wenger pada ketika itu, biar die tahu yang team ni adalah team buatannya sendiri dan die perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas ape jua yang berlaku.Sebelum match, Wenger bercakap mengenai kelayakan UCL yakni 4 tempat teratas dan die membandingkan dengan AC Milan dan Bayern Munich yang pernah terlepas daripada beraksi.Katenye "Tak main Champions League bukan mati pun" Itu adalah satu kenyataan yang membimbangkan dari seorang Pengurus berwibawa sepertinya.Mana motivasi? Ini menunjukkan Arsene sendiri tak yakin dengan bahan eksperimennye yang telah gagal dan bukan sahaja gagal malah mungkin boleh meletup dan memakan dirinya sendiri.Arsenal adalah kelab besar dan CL adalah wajib.Selain daripada itu tak dapat dimaafkan! Agak sedih kerana team sperti ini seharusnya besaing merebut kejuaran tapi yang hanya kite mampu sekarang adalah berdoa agar mampu mencapai tempat ke 4 di penghujung liga nanti.Satu pencapaian yang jauh daripada pengharapan sebenar.Jike Arsene memberi harapan palsu, tibe masenye untuk die bukak balik kamus Engllish-French dan memahami maksud 'INSECURE'.

Sebelum match Johan cakap 8 point is nothing, kali ini sudah 10 point dan setiap kali drop point Wenger bercakap Arsenal ade karekter dan potensi, mampu mengejar.Jika nanti ketinggalan 20 point dan Wenger masih bercakap die mampu membawa pulang trofi liga, Tiba masanya wartawan perlu melempar kasut ke mukenye!
In WENGER WE TERASa.. ARSENE KNOWS what?


Jumaat, 26 Disember 2008

Preview : Aston Villa vs Arsenal

Live Online Streaming <-klik sini!

"Adakah mereka akan menjadi pencabar kejuaraan liga dan mempunyai kemampuan untuk menjuarainya, saya rasa tidak kerana ade pasukan yang lebih lengkap bersiap sedia mempunyai ramuan kejuaraan .Tapi untuk merebut tempat ke 4, mereka adalah ancaman!"

Itulah reaksi wenger apabila ditanya tentang peluang Aston Villa mencabar kejuaraan liga dan sejuah mana skuad anak buat martin O Neil mampu menggapai tempat season nih.Begitu optimistik Wenger, bagus..tapi jangan terlalu over konfiden.

Awal pagi nanti arsenal tempat ke 5 akan menentang tempat ke 3 Aston Villa dalam match pertama boxing day sebelum melayan kunjungan pompey pula ahad ini.Bagi Aston Villa, rata2 mereka menganggap pertemuan ini sebagai pertembungan merampas tempat ke UCL tahun depan tapi bagi sesetengah penyokong Arsenal ade yang masih beranggapan Ini adalah perlawanan bagi merapatkan Arsenal ke kemuncak liga.Tak salah optimistik, tapi aku lagi rela agar kite settle kan ikut peringkat2, secure 4th place ke atas dengan musim yang carca marba dan Januari nanti baru kite lihat ke mana Arsenal dari situ.Menang bererti kite selevel dengan aston villa mengumpul 34 mata tapi jika kalah, jarak semakin jauh dengan 6 mata.A must win match!

Bagaimanakah Arsenal hendak merencanakan kememenangan dengan option midfield yang sedikit? dengan Adebayor digantung 1 perlawanan, Wenger pastinya menggunakan 4-5-1 dengan RVP di atas disupport Diaby.typical2 Wenger.Entah bile kite dapat lihat Vela Ramsey Merida, setenat mana pun pastinya WEnger lebih percayakan Song Denilson Eboue.Hanya Nasri sahaja yang dilihat kreatif dan mobile itupun jika kena pada harinya.Nasri masih belum menjaringkan gol jauh dari luar kawasan Emirates.Back 4 pastinya seperti biasa.Emmm besar kemungkinan beginilah line up Arsenal malam ini jika ikut kepala otak Wenger.AKu pun tak tau celah mane nak dapat gol tapi aku harap RVP mampu mengulangi magic2 nye.Fuiyyo magic!

-----------RVP------------
----------Diaby-----------
Nasri--Song---denilson--Eboue
Clichy--Johan--Gallas---Sagna
---------Almunia-----------

Arsenal diberi sedikit kelegaan apabila mendapat tahu kapten Villa si Laursen yang kebal tuh tidak dapat diturunkan akibat kecederaan.Carew juga dinasihatkan supaya menyambung rehatnya, masih belum pulih.Namu yang perlu dijaga rapi adalah lipas kudung pelesit ashley young dan agbonglahor.Song perlu mengekang rentak Barry dan Petrov.Walaupun susah, Arsenal terpaksa menelan hakikat bahawa hanya kemenangan saje dapat kembalikan moral dan semangat player2 yang tengah down sekarang.Fabregas bakal menemani Eduardo Rosicky Toure memberi sokongan. Jika tahun lepas tandukan Adebayor dan screamer Flamini memastikan arsenal membawa pulang 3 mata, harap Diaby dapat mengulangi pencapaian 2 musim sebelum itu dengan jaringan tunggal menyaksikan arsenal menang juga d tmpat lawan.

ASTRO 812 ESPN 110 AM.Arsenal 1- Villa 0


Khamis, 25 Disember 2008

Memalukan!

Sudahlah Arsenal seringkali menjadi mangsa kegoblokan referee dan terbaru ahad lalu ketika Howard Webb bagai membuktikan ade komplot anti-Arsenal atau anti warga asing di England.Terbaru bekas referee FIFA England, Graham Poll pula telah membuktikan betapa rendahnya low class mentality dan sikap racism dan memilih bulu dengan mengeluarkan komen yang bodoh lagi bangang yang pastinya dipandang dengan jijik oleh Arsene Wenger.



Poll ,pengadil kontroversi di Wolrd Cup 06 dengan melayangkan 3 kad kuning kepada sorang player crotia, yang bersara pada 2007 dipetik sebagai mengeluarkan kenyataan yang berat sebelah, memuji tindakan howard Webb melayangkan red card kepade Adebayor tetapi dalam pada masa yang sama yang paling menjengkelkan wenger ialah analysisnye tentang layangan kad merah kepada kapten Chelsea John Terryencat akal.

Wenger membidas,

"Pada aku, cukup memalukan apabila ko dengar mende macam tuh.Diorang tanye adakah itu satu kad merah yang patut ke tak, lepas tu apehal suke hati mak bapak die jek poll jawab 'ko kene consider gak yang ko tengah melayangkan kad merah pada kapten kebangsaan England'"

"Ape yang terdapat dalam buku peraturan sebenarnye?! Takde peraturan yang menengok dan membezakan passport.Bile ko dengar, ia amat mamalukan bagi referee"

"Kad merah ke tak? adekah ko dari england atau ko bukan?adakah ko 17 ke 30 tahun? takde ape2 yang berkait pun dengan semua tuh!!"

"Suatu yang perlu diambilkire dan serious jika seorang bekas pengadil nombor satu negara cakap macam tuh"

Wenger juga akui kepercayaannya terhadap sistem pengadilan di England semakin pudar.

"Pada mulanye, aku tak berapa nak menyangkal reputasi referee2 di england tapi setelah aku dengar kenyataan bangang macam tu, aku mungkin akan ubah pemikiran!"

Arsene Wenger terkenal dengan kelantangannya mengkritik pengadil dan seringkali didenda dan diberi amaran oleh FA namun kritikan adebayor dan Wenger terhadap Webb minggu lepas tidak dihukum oleh FA memandangkan mereka sendiri tau Webb memang tersilap tapi kerana sikap ego dan bodoh sombong, mereka memekakkan mata membutakan telinga.haa, macam mane tu?


Di mana kan ku cari ganti..?

Kite sudah sedia maklum Fabregas akan hanya dapat menyaksikan rakan sepasukannya berlatih dan bermain dalam tempoh 2 hingga ke empat bulan ini.Walaubagaimanapun doktor menasihatkan agar tiada pembedahan dilakukan ke atas ligamen lututnye memandangkan usianya yang masih muda supaya tidak merosakkan terus dan mengambil risiko ke atas kariernye.Jadi tempoh rehat dah rehab yang panjang memaksa kapten Arsenal ini perlu betul2 kuat dari segi mental dan fizikal kerana 6 minggu pertama adalah satu tempoh yang sukar bagi dirinya.Terkpaksa berjalan dengan bantuan tongkat, tidak boleh bergerak terlalu banyak pastinya agak sukar diterima bagi Player yang begitu giankan menyepak bola.Kate Wenger kalau dalam seminggu tu ade 6 match, kesemua 6 pun Fabregas tetap ingin beraksi.Begitu bersemangat dan komited skipper muda Arsenal ini, sayang sekali ini adalah injury terbesar dalam karieernye di saat2 beliau merupakan porang paling penting dan best player dalam arsenal sekarang nih.Arsenalaysia mengharappkan Cesc Fabregas agar dapat speedy recovery.get well soon!

Ya aku tahu ape yang terbayang2 dan bermain di fikiran para penyokong Arsenal sekarang, pastinya adalah January Transfer.Arsene sendiri telah mengakui dengan keadaan ini die akan tampak lebih pasti atau lebih perlu mengelarkan buku cek nye tapi tetap cover line dengan kate jika tak dapat pun, die tidak terlalu desperate kerana ade boleh mengharapkan sumber dalaman.Halloo... Apekah sumber dalaman? Diaby? sudah berapa banyak peluang diberikan? Pada aku Wenger sendiri tidak percayakan sumber2 dalamannya.Bandingkan sub di bench antara arsenal dan small three yang lain.Ape gunenye ade sub 7 orang tapi yang hanya diguna pakai atau diberanikan terpaksa pakai hanyalah player2 seperti diaby dan Eboue.Pada aku, ape gunenye wenger menyenaraikan Wilshere, Ramsey atau gibbs kalau sekadar hendak memenuhan list.Pemain simpanan sebenarnya perlulah sepatutnya terdiri dari pemain2 yang bersedia diturunkan, bersedia mengubah perlawanan apabila diperlukan dan boleh menjalankan tugas.Bukan aku menyalahkan player2 muda ini yang bersemangat tinggi semuanya tetapi yang belum sedia sebenarnye adalah Wenger sendiri. Sering kali melontarkan kepercayaan dan kate2 puitis falsafah tang begitu yakin akan potensi2 projek player mudanye, tapi, sampai saat ini kirelah berapa kali Vela Ramsey Wilshere Gibbs diberi peluang.

Aku harap dengan ketiadaan Fab, Rambo diberi peluangnya pula, sudah2 lah tu pakai Denilson diaby song yang nampak buntu, takde kreativiti, bukan salah mereka salah wenger tak melahirkan satu environment persaingan yang sihat kerana jika ramai player sar senior yang tunjuk ajar, pastinya moral mereka begitu up untuk merebut kesebelasan utama.Kali ini Wenger lebih perlu berani memberi peluang kepada Ramsey vela wilshere dan Merida(disebut2 the next cesc) sepertimana diaby denilson song yang mendapat peluang tetapi gagal melaksanakannye dengan baik, barulah adil.

Arshavin bukanlah peneyelesain yang realistik buat arsenal ketika ini kate Wenger.Betul, aku setuju jika kite taruk jauh2 dan ketepikan rumours mengenai arshavin.Bagi aku Arshavin telah sedikit di overated dan sikapnye yg ego dan panas baran sendiri pastinya menyukarkan mane2 kelab mendapatkannye.Berita2 tersebut hanyalah mainan agent bagi menaikkan harga atau sebagai promosi pengiklanan agar datang offer2 yang lebih tinggi.Dan pastinya tak akan berlaku di Arsenal selagi Wenger ade di sini. Name2 seperti Alonso,yaya toure, Inler,Veloso, Defour, Matuidi,Podolski malah Ribery sendiri telah dikaitkan semula dengan Arsenal.Agak sukar untuk mencari siapa yang terbaik ketika January sedangkan hendak mencari yang available mase summer pun susah.Jadi optionnye sedikit.Real Madrid telah awal2 mendapatkan Huntelar dan Diarra seorang player yang gelojoh dan pastinya wenger tiada kesal melepaskan player tersebut.dalam 2hingga 3 musim lagi Diarra akan mule terasa menyesal kerana hanya menyaksikan match dari bench real madrid jika atitud dan sikapnye terus begitu. Kalau itu sahjalah yang dikejar selama ini, anpa sebarang motivasi lagi..ahhh aku malas sembang pasal diarra lagi.

Ok mengapa tidak kite pancing ape yang ade di kolam ini tak payah susah2 kite ke laut.Bagi aku player2 yang tampak seperti available dan boleh dipancing adalah seperti Elano dari Mancis,umur dan pengalamannye sesuai buat arsenal ketika ini, Jimmy Yezzaa Bullard Fulham, box to box player, work rate yang tinggi dan Arteta dari Everton, playmaker yang mempunyai vision dan teknik yang bagus.Tapi jika arsenal betul2 hendak mendapatkan mereka ini, umpan yang besar harusah diguna pakai, tapi kalau setakat kedekut gune cacing tanah jek lagi, bermimpi lah kamu, org lain semua membeli belah di pasar raya dan butik2.Wenger pulak suke ke bundle atau pasar malam bagi mencari kualiti yang setanding dengan harga rendah, sesuatu yang sukar sgt2 dikorek ketika ini.Aku jugak pasti player2 seperti mereka pastinya melahirkan cita2 yang lebih tinggi merasai cabaran champions league football dan pastinya ingin mengembangkan karieer untuk terpilih dalam skuad negara masing2 bagi World Cup 2 tahun lagi.Mereka semakin meningkat usia, jadi jika wenger betul2 serius dalam offernye pasti semudah ABC.Nak tak nak saje ketika ini.

Dan akhirnya tidak terkejut jika Arsene Wenger akan tetap sign player, tapi player tersebut merupakan player yang berumur 17 tahun yang diwarwarkan mempunyai potensi dan bakat yang cukup besar bagi mase depan Arsenal.(mase depan game atau mase depan poket arsenal)-typical wenger's signing.


Rabu, 24 Disember 2008

Fabregas bakal dirindui 4 BULAN!

Sengaja aku melewat2kan berita dan khabar tentang kondisi fabregas selepas terpaksa dirempuh dalam 50-50 challenge dengan rakan senegara xabi alonso ahad lalu.Ade ura2 yang kate pada mulenye, hanya seminggu, atau hanya 2-3 minggu, cukup optimistik.Ade pula tabloid2 yang menyatakan 3 bulan! Semasa itu aku harap tidak tapi memang setelah disahkan sendiri dan laporan rasmi dalam satu press conference kapten arsenal tersebut bakal direhatkan selama 4 BULAN akibat kecederaan ligamen lutut yg serious..

"How much [we will miss him] is difficult to say, the only thing we can say for sure is that we will miss him of course. We have to find a way to compensate for the fact he will not be on the pitch, and give everybody a bit more. I am sure we can deal with it. When he comes back he can help us to get over the line in the final months.

"It is a blow [to lose him] of course, but we can show we have the strengths to deal with it. Of course it is a blow to lose Fabregas in the middle of the season - for four months - but it is a good opportunity to show we can deal with it and have the needed strengths."
kate wenger.

Jadi siapakah yang akan menggalas cabaran sebagai kapten arsenal sementara ini.Ini jawapan dari wenger.

"I don't know yet,That can move a little bit. But that is not the most important thing.

"For me Fabregas remains the captain of the team even when he is not playing."


Namun begitu Wenger tidak menyalahkan sesiapa atas tackle itu dan berkata itu hanyalah 'one of those things' dalam bola sepak.Die juga percaya Alonso sama sekali tidak berniat jauh sekali hendak mengakibatkan kecederaan serious kepada rakan spanishnye.Xabi Alonso dalam satu temuramah menyatakan die telah pun menemui Fabregas dan menyatakan simpati dan rase agak bersalah atas kekasaran tersebut namun fabregas menyambutnye dengan cukup profesional dan tidak mahu menyalahkan sesiapa. Nah, kite sudah kehilangan Fabregas, so alonso, ape kate ko join arsenal sebagai ganti.Ironic bukan? alonso dikaitkan dgn arsenal, gandingan alonso dan fabregas di spain- alonso berlaga dengan fabregas-fabregas injured- alonso ganti fabregas??

Tak mu stahil tapi sukar berlaku.sesudah berkata no dan no dan 'NO' kepada rumours tevez da arsavin, Wenger kini menafikan terdapat offer dari kelab manchester city dan spartak moscow bagi mendapatkan Toure dan Bendi.

“We go into a period where many people will be creative about what will be happening,” he added. “I think you have to be realistic as well. We have a short squad. You want everyone to focus on the Club and on helping us do as well as we can.”


Sedar pulak die skuad nie short.Tambah pula fabregas ..lagi la short.So aku pasti itu satu hint untuk wenger pergi membeli belah January ini.Jika gandingan Eboue-denilson-song-diaby digunakan di midfield...pasti suatu mimpi ngeri!!!

Kunjungan ke Villa Park jumaat ini sempena boxing day pasti suatu yang sangat2 sukar dan kalau boleh dielakkan, pastinya diorang suruh santa clause ubah jadual liga.hahaha.. ditambah Dengan ketiadaan Fabregas dan Adebayor, arsenal perlu hanya menggunakan sumber2 yang ada bagi membalas dendam kekalahan di emirates setelah hebat menundukkan Man U.Di sebalik segala kesukaran, adebayor yang menganggap arbeloa bapok jatuh seolah2 ditikam, melaungkan keyakinan arsenal tetap masih mampu bersaing dengan chelsea dan liverpool masing2 gagal mencipta kemenangan dan tidak mustahil seperti kate wenger, mereka tidak akan drop point lagi.tapi tidak mustahil juga arsenal turut sama dalam roller coaster ini.Ade orang kate nasib arsenal tak boleh disamakan dengan roller coaster kerana ia tak fun sebaliknye bermain roller coaster adalah sesuatu yang menyeronokkan.Bagi aku ia tetap menyeronokkan dan mencemaskan kerana kite tetap tidak akan tahu dan ternanti2 ape akan berlaku.Tapi di sebalik keasyikan ini aku harap tiada kemalangan yang akan berlaku.


Isnin, 22 Disember 2008

Howard Webb is a TUTTTTTTTTT


OK.1 mata, kali ini aku beri pengecualian.Selain kite terasa dirompak, liverpool juga pasti terasa bodoh yang teramat sangat melepaskan peluang depan mata.Bangau yang bangang.

Ape lagi yang boleh diharapkan , Pengadil sudah terang lagi bersuluh lagi terang silau dari kepala botaknye, di sebalik baju dalamnye atau di perut buncitnye tertera i never walk alone.Ops, mungkin die perlu keluarkan kad merah kepada ibu adebayor kerana melahirkan seorang pemain gergasi yang ntah macam mane nak menghalang posture badannya jadi begitu sehingga dianggap mengasari lawan yang kecik.BANGANG!! it's a men's game!

Aku berbangga dalam duka dengan semangat juang player2 Arsenal malam nih, dengan Cesc yang dilaporkan bakal hilang 6 minggu atau lebih mungkin tapi itu hanya kata2 kosong, harap tidak lah seteruk disangka.Dari mana Arsenal hendak mencipta peluang malah gol. Dengan Adebyor yang tersengih riang setelah dikenakan kad merah, Merka bermati- matian memastikan mereka still in the game.Kredit kepada song dan denilson(sememangnya tiada pilihan lagi) dan Diaby yang bermain seperti 2 orang.Nasri masih menunjukkan sedikit sinar.Januari? aku lebih risaukan bagaimana Arsenal hendak cope dengan masalah ni ketika boxing day nanti yang cukup pack.

Bagi Arsenal 1 point adalah suatu yang amat sukar ditelan tapi sekurang2nya tidaklah begitu malang kalau dipikirkan nasib, bagi liverfool pasti menyesal tak sudah,menentang 10 men, midfield yang cacat..berapa kali mereka perlukan bantuan dari ref, ape lagi yang merka nak ?x cukup2 lagi.taktikal yang entah merapu, terima kasih Benitez yg duduk terbaring dari hospital memberi arahan melalui telefon bimbit kepada adek lehman.Mungkin line tak clear kut, arahan tak cukup jelas.kahkahkahkah..

Dan aku suke reaksi Emirates sepanjang tempoh selepas adibahnor dibuang padang.Mereka tak jemu2 memboo setiap kali sungai bodoh mendapat bola.Pressure plak diorang, rilek laa baru acah sket.Mane hilangnye lagu yang biase berkumandang, takut ke?

Great goal dari RVP, Aku masih berpegang dengan kata2 ku, Liverfool takkan menang liga, Robie keane tetap satu pembelian membazir.Corpse, katekanlah ape yg hendak dikate..teringat aku lagu Bangau oh bangau...

Howard Webb is a tutttttt.....

P/S: Shebby Sing dan Stve McMahon are sux!!!!!!!!!!!


Ahad, 21 Disember 2008

Pre-Match : Arsenal vs Liverpool



Arsenal Vs Liverpool 11:55PM 21 Disember 2008 ASTRO ESPN 812

Sesudah dipanaskan dengan teaser yang bergitu menarik dan menaikkan mood untuk malam ini, kite hangatkan suasana dengan Preview match Arsenal vs Liverpool.Perlawanan yang dinanti2kan ,best of the best, setelah kedua2 team menumbangkan Man u dan Chelsea, Arsenal perlu memenangi pertemuan malam ini untuk merapatkan jurang sekaligus kekal dalam cabaran kejuaraan EPL, tewas atau seri seuatu yang pasti sukar diterima oleh fan2 arsenal seantero dunia khususnya Malaysia.

Sedikit trivia mitos Liverpool :

asalnya mereka tak ade beza dari Sungai Buloh
kerana kurang pendengaran dianggap Sungai Bodoh
dialih bahasa menjadi River Fool
akibat kesilapan pendengaran menjadi River Pool, river or pool?
oleh kerana kepelatan menjadi liverpool..

Anfield berasal dari ant field yakni
Padang yang dipenuhi semut memakan bangkai bangau.
Mereka tidak tahu ape hendak dipanggil bangkai bangau jadi mereka menggelarkannya corpse iaitu mayat.Oleh kerana itulah Liverpool digelar the kops.

You'llnever walk alone?
Ya mereka tak boleh dibiarkan berjalan bersendirian kerana terpaksa dipapah sepanjang masa bagai mayat hidup


Masih terbayang2 keperitan pertemuan sesason lepas.Sudahlah tidak diberi pengadilan yang adil dari ref, nasib pulak bagai semacam nak lari jauh2 dari arsenal.Trilogy di 2nd half of the season yang menyaksikan arsenal hanya mampu seri 2 pertemuan pertama di Emirates sebelum dirompak oleh ref di Anfield nyata amat sukar ditealan dalam tempoh mase 2 minggu.Jadi Malam ini harapanya agar segeralah pemain2 ini melangsaikan hutang yang tertunggak.

Memang benar Liverpool kini di puncak liga dan boleh dikatakan dalam tempoh hampir 20 tahun kali ini mereka mule menampakkan tanda2 sebagai pencabar serius namun itu semua juga adalah kerana nasib, nasib kerana pasukan2 rival seperti Arsenal Chelsea dan Man U telah sedikit off form dan bermain bagai hilang rentak, mana mungkin Liverpool yang banyak membazirkan peluang dan mata dengan seri berturut2 di Anfield mampu menduduki tangga pertama jika tidak lawan mereka yang membantu, itupun ade sudah segelintir kop aka Corpse yang mendabik dada bangga.Ade yang sudah mule berpelakuan seperti penyokong2 Chelsea dan man u lalang.Kate2 mereka "king of come back" la ape laa,Yaa betul, malam nie Arsenal menunjukkan bahawa Liverpool memang king, "king of kambing".Tanpa si Gerrard Liverpool takkan ke mana.Dengan Torres yang bagai hilang boot, Robie Keane? pembelian yang sampah lagi membazir..Hanya wing kiri reira yang menunjukkan tanda2 berbaloi.Gerard bakal masuk jerat percintaan malam ini.Tapi mengikut prestasi semasa, hanya Alonso salah seorang pemain yang menunjukkan prestasi cukup tinggi dan menunjukkan kepada Benitez mengapa Arsenal beriya2 cube mendapatkan player ini.Benitez pastinya takut kehilangan, takut hingga tidak terbuang air kecilnya lalu baru2 ini dibedah membuang batu karang.Aku pernah bercakap kepada beberapa rakanku, Liverpool tak akan menang liga walau sejauh mana pun selagi di bawah rejim Bentez dan polisi rotation merapunye itu.Dan Aku masih berpegang, tahun ni belum lagi milik mereka!

Arsenal malam ini perlu menurunkan barisan terbaiknya.Aku tak kisah kalau formasi 4-5-1 diguna pakai dengan diaby akan jadi the 5th man seperti mana formasi menundukkan man u tetapi jika 4-4-2 menunjukkan kite tidak gentar kepada LIverpool jadi lakukannya.Kemunculan semula Nasri yang 2 minggu tidak beraksi membawa semangat dan option baru kepada pasukan.Eboue juga telah mengembalikan keyakinan dirinya dan meletakkan semua memori hitam sewaktu pertemuan dengan wigan di belakang.Nyanyian penyokong2 away sebelum match Porto dengan memanggil nama Eboue menyuarakan peminat masih lagi di belakang pemain walau seteruk mane pun prestasinya, walau pun dibenci, namun kami peminat masih berdiri dan sanggup memberi kepercayaan dan peluang kedua.Eboue membalas dengan melemparkan jersey ke arah penyokong sebagai tanda terima kasih.Harap tidak kedengaran lagi 'boo' di emirates kepada player sendiri tetapi jika ade pun, player mungkin cukup kuat untuk sedar dan faham mengapa.Dengar tu Bendi.Walau bagaimanapun, Bendi tidak dapat diturunkan malam ini akibat kecederaan lutut.Toure juga masih kehilangan begitu juga walcott dan pesakit tetap sepenuh masa Rosicky.Jadi mungkin jika keadaan memerlukan, kite dapat melihat aksi Vela atau Ramsey sebagai pemain gantian.Mungkin juga Silvestre.

Pemilihan Midfield malam ini pasti agak merumitkan, dan aku pasti sebenarnye dalam kepala otak Wenger sendiri die tak tahu mixture mane yang lebih baik sebenarnya, adakah gandingan Fab-Song atau Fab-Denilson kerana semuanya seperti yoyo.Dan bilakah Diaby hendak dapat bermain posisi nya yang sepatutnya, dan apekah sebenar posisi yang sepatutnya itu? Bolehkah Denilson ditarik bermain wide ke kanan? Terlalu banyak perubahan, kadang kala di satu tahap Eboue juga pernah bermain DM.

Jadi malam ni match yang besar.ntuk menyekat kemaraan Liverpool ape yang perlu dimatikan ialah engine nye di tengah,defend kite dengan gandingan Johan dan Gallas mampu menggentarkan kegelabahan Kunyit dan Kean.Keane bukanlah ganas seperti abangnya Undertaker.Dan kali ini Sagna pasti hendak melepaskan gian beraksi menentang liverpool kerana terlepas aksi trilogi season lepas akibat kecederaan ankle.RVP dan Ade perlu start dan terus mencari persefahaman yang lebih mantap.Dan aku membayangkan Wenger akan menurunkan barisan seumpama ini :

---------Ade------RVP---------
Nasri-----Song/Denilson----Fab-------Denilson/Eboue
Clichy----Gallas---Johan----Sagna
----------Almunia-------------

Menang menang dan terus menang.Seri adalah kalah dan kalah adalah bencana.
Arsenal 2 - Liverpool 1


Sabtu, 20 Disember 2008

Cakap tak serupa bikin.


Wenger kali ini berdolak dalik sama ade ingin membeli atau tidak sebarang player apabila musim perpindahan dibuka bulan depan.Sebelum ini Wenger berkata beliau akan cube mencari 'ape yang hilang' dan tidak berkata 'tidak' pada january signing.Tapi setelah beberapa hari Wenger keluar dengan kenyataan die tidak jumpe sesiapa yang istimewa dan ingin hanya menumpukan pada skuad yang dah sedia ade kerana katenye jika die percaya pada team ini, pecaya pada kebolehan dan komitman para pemain sedia ada, mengapa tidak boleh fan2 arsenal turut serta dalam kepercayaanya.ok, Ape yang membuatkan Song diaby dan Denilson "kau terlalu istemewa" sampai wenger rase mereka tiada pengganti.


Jika mereka dalam kelab lain pun , bagi aku jauh sekali mereka akan dapat peluang beraksi 1st eleven.Wenger bercakap dengan ego bahawa Die tau ade brapa bajet yang boleh dibelanjakan, dan die hanya akan gunakan dengan bijak, biarpaun BOD yang mengeluarkan duit tapi keputusan di tanganya.Mengapakah Wenger begitu menikam hati para penyokong2 setia terutama penyokong2 di nun England yang sanggup berhabis membeli tiket menyaksikan perlawanan tetapi pulangan yang diperoleh tak setimpal.Mana perginya semua keuntungan, dengan Lady Nina menyelar tindakan BOD meningkirkannya dari kerusi atasan dan menganggap itu suatu yang amat memalukan dan mengecewakan, pastinya ade suatu masalah di sebalik tadbir Arsenal.Biarpun Wenger memberi jaminan bahawa pemain2 takkan terjejas dengan restructure pengurusan, tapi kate2 Wenger sejak kebelakangan ini pun seolah2 semacam hentam keromo, mungkin die ingin berbelanja, mungkin tiada duit, mungkin tiada player available, tatapi dek kerana ego die tetap tidak akan mengakui kesilapannya tidak membuat pelaburan summer lalu.Memanglah transfer bukan jalan penyelesaian tapi bukankah itu cerita dalam bola sepak moden mase kini, Wenger perlu sedar dan berpijak di bumi nyata dan tidak menjadikan Arsenal sebagai "disneyland"nya dan tidak menjadikan pemain2nya tikus makmal.Penyokong dahagakan kejayaan, dan paling dekat untuk wenger buktikan skuad nie mampu bersaing ialah esok malam bertemu LIverpool.Selain keputusan menang, seri dan kalah tidak boleh dimaafkan.

Dan aku suke mendengar yang positif dari manager.Wenger ingin membuktikdan para pengkritik bermulut cabul seperti Harry Redknapp yang team nye entah kat mane nak sembang besar, rio ferdinand yang teamnye bermimpi nak jadi juara dunia dengan tiket free, dan juga media massa bahawa mereka semua salah dan silap mengutuk Arsenal berlebihan.Malah setiap kali tercicir mata, "the title is over" kemudian jika team rival seri "ajuknya Arsenal Selamat" semuanya fokus kepada Arsenal.Jadi malam esok pastinya Wenger ingin membuktikan setelah menundukkan Man U dan Chelsea, Bangau bakal meratap sayu esok.Wenger juga cube mencipta satu teori bahawa team yang akan menang season ni tak akan lebih dari 65 point atau mungkin hanya sekadar 80 pint mengikut prestasi semasa dan persaingan liga.Sesiapa boleh seri atau kalah pada sesiapa.Secara tak langsung WEnger cube menyelitkan Arsenal masih berpeluang untuk merangkul kejuaraan walaupun telah kalah sebayak 5 kali biarpun belum masuk pusingan kedua, sesuatu yang agak menurun berbanding season lepas yang hanya kalah 3 kali sepanjang season itupun hanya mampu duduki tangga ke3.Dan setelah undian UCL semalam, Wenger memberi hint , beliau begitu sangapkan piala Eropah berbanding piala domestic dan berharap agar dapat memberi hadiah kepada para penyokong arsenal season ni sebagai satu kejayaan sejarah peribadi dan kelab.Wenger pernah satu ketika ditanya dalam program webvhat Arsenal Online , apekah piala yang menjadi keutamaan dan beliau hanya menjawab tentunya kalau boleh mahukan 22.Ini jawapan yang selamat biarpun kite ketahui PIala Eropah memang satu2nya piala yang diidam2kan Wenger tapi jika beliau menjawab UCL, apekah pandangan terhadapnya oleh para penyokong dan BOD yang akan beranggapan WEnger tak serius dalam kejuaraan EPL.

Dalam pada itu, udate kecederaan, Eduardo mengalami hamstring setelah aksi 45 minit pertamanya dalam tempoh 10 bulan.Eduardo akan direhatkan 2 minggu kate Wenger yang tidak mahu merisikokan penyerang Crotia ini dan tidak memberi peluang untuk beraksi menentang Plymoth Dalam FA cup January nanti.Maknenye kite mungkin akan dapat lihat aksi Eduardo paling awal penghujung January atau awal Februari itupun jika die talah match fit.Wenger lebih risaukan kekuatan mental Eduardo berbanding fizikalnya yg telah terbukti superb dengan recovery yang begitu pantas seperti Claire Bennet.


Jumaat, 19 Disember 2008

AS Roman picisan..


'The general who became a slave. The slave who became a gladiator. The gladiator who defied an Emperor.'

Welcome to the home of gladiator!!

hahahaha..Arsenal akhirnya akan ke Rome untuk menumbangkan para askar2 AS Roma setelah diundi dalam perlawanan pusingan kedua round of 16 piala UCL.Entah mengapa aku berasa agak puas hati dengan Undian kali ini di mana bukan sahaja Arsenal mendapat tugas sukar malah kesemua team dari England diundi bersama pasangan maut masing.Jadi aku harap lebih banyak team england terkeluar awal, bosan banyak2 sangat, aku mahu kejohanan eropah, bukan kejuaraan England di Eropah.Seerti biasa, 1st leg akan dimainkan di emirates stadium pada 24 februari 2nd leg pula di olympico rome 11 MAc 2009. Undian2 lain adalah seperti berikut:

Chelsea v Juventus (Renieri bertemu kelab lame)
Villarreal v Panathinaikos (Kamon pires,jumpe kat semi lagi jom)
Sporting Lisbon v Bayern Munich
Atletico Madrid v FC Porto (aguero mengganas)
Lyon v Barcelona (kamon Barca, jumpe kat final)
Real Madrid v Liverpool (just keep it real)
Inter Milan v Manchester United (Mourinho vs Fergie)

p/s: Ops, terlupe,walaupun aku berpuas hati tapi satu jek yang aku concern kan kalau matches macam ni.Aku takut berat sebelah dan akhirnya arsenal tak ade live match kat astro.hampeh!!


Undian last 16, hari ini..


Petang nanti, kire2 pukul 7 waktu malaysia, nasib Arsenal akan ditentukan dalam undian last 16 Champion League.Kalau tahun lepas Arsenal menjadi tumpouan setelah terperosok di tangga kedua dan akhirnya bertemu gergasi italy AC Milan dalam perlawanan yang bersejarah terutama di San Siro, kali ini jalan ceritanya mungkin hampir sama.Arsenal nyata lebiih gemar memilih jalan sukar setelah mensia2 kan peluang menjuarai kumpulan dengan kekalahan kepada porto rabu lepas, namun jika pun Arsenal menjurai kumpulan, pertemuan dengan kelab2 seperti Inter Milan, Real Madrid, Lyon juga tak jauh bezanya.Jose Mourinho mula bermain dengan meriam buluh mencari padah apabila menggelarkan Wenger sang pengecut kerana sengaja kalah kepada porto bagi mengelakkan bertemu pauskan bimbingannya di Inter Milan.Wahai Jose, kami tak gentar langsung bertemu team Italy dan kami kalau boleh nak mengulangi kejayaan 5-1 di San Siro.

Baiklah, siapakah yang berkemungkinan bakal diundi bertemu Arsenal dengan team2 dari negara sendiri yakni EPL telah dielakkan untuk berteu di pusingan last 16 ni,mereka ialah:
AS Roma
Panathinaikos
FC Barcelona
Bayern Munich
Juventus

Pertemuan dengan Pananthinaikos dan reunion dengan Gilberto Silva adalah jalan yang paling selamat.Aku lebih rela bertemu dengan Juventus mahupun AS Roma kerana setiap kali menentang lawan dari Italy kite bagai ade ong sket, Juventus pernah ditewaskan sewaktu dalam perjalanan ke final 06 tapi itu semua cerita lama.Cerita lama juga mengungkit kenangan kekalahan kepada BAyern Munich sekitar tahun 2004 dan team mereka kini agak kuat dengan ribery yang diakui menjadi impian signing yang gagal oleh wenger , diambah beberapa player seperti klose, podolski mahupun Toni. Mengapa taknak BArcelona?kepulanga Henry ke Emirates bakal mencetuskan fenomena seperti mana Viera pulang ke higbury dengan jersey belan hitam putih dulu, tapi aku lebih suka kalau kite simpan Barca untuk final,selain membalas dendam satu game yang pasti penuh dengan emosi terutama bagi Henry mahupun Fabregas.Hleb? huh..

Sedikit update mengenai perlawanan dengan LIverpool, Samir Nasri dilaporkan mempunyai 95% peluang untuk kembali ke dalam skuad bertemu LIverpool setelah kali terakhir bersama pasukan ketika kemengan 1-0 ke atas Wigan yang menyaksikan nasri dikeluarkan 1st half kerana kececderaan ankle.Namun nasib yang berbeza pula buat kolo toure kerana die juga punyai 95%, tapi peratusannya adalah untuk tidak bermain kerana masih bergerlut dengan calf injury nya.Bendi pulak dilaporkan mengalami kecederaan lutut ketika latihan dan peluangnya masih samar2.Eduardo telah kembali bermain bola sepak tetapi masih perlukan match fitness untuk mencapai taha terbaik.Dudu jugak dikatakan mengalami sedikit hamstring pada perlawanan dengan pompey reserve namun keadaannya stabil.Lain2 kecederaan TW14 masih lagi berehat panjang bergaji buta dengan bahu yang longlai, manakala Thomas Rosicky dapat bonus setahun gaji.


Khamis, 18 Disember 2008

Politikus Arsenal

Lupekan sementara cerita2 di dalam padang seperti mana aku terllupa siapakah itu rio ferdinand bermulut cabul, sperti mana aku terlupa Arsenal ade player bernama thomas Rosicky yang telah pun join 1st team training tapi ringan2 jek.Ini kerana berita yang hendak disampaikan lebih kepada politik dalam arsenal dimana BOD nye sedang di restructure bagi masadepan yang lebih maju atau ade cerita di sebaliknya?

Arsenal Holding plc telah menerima kemasukan Chief Executive baru dari US Ivan Gazidis dan selang bererapa minggu pengunduran 2 pemegang saham Lady Nina Bracewell-Smith dan Richard Carr.Bagamanapun Carr yang telah berkhidmat selama 27 tahun tetap akan meneruskan tugas seabgai salah seorang pengarah dalam Football Club Board.

Namun pengunduran kedua2 pemegang share ini bermakan mereka terkecuali dari lockdown agreement dan berkeupayaan menjual saham mereka.Ura2 menyatakan jutawan Ukraine Usmanov masih lagi beriya2 hendak mengembangkan sahamnya di Arsenal sekaligus spekulasi take over akan bergerak semakin kencang.Tapi Peter Hillwood perngerusi Arsenal Holding yakin jika ada pun Lady Nina yang memegang saham ketiga terbesar sebanyak 15.9% ingin menjual, tiada campur tangan dari pihak luar kerana rakan2 BOD sendiri pernah menyurakan keingina untuk memngembangkan share masing sekaligus mengekalkan stabiliti dan tradisi bagaimana kelab ini dikendalikan. Tapi jauh di sudut lain fan2 arsenal nyata kurang selesa dengan perkembangan ini, sudahlah di atas padang kite strugle, pihak management pulak yang masih samar2pulak kedudukannya.

Berita baik sedikit bagi Arsene Wenger iaitu dengan Real Madrid semakin mengesahkan akan membeli Diarra si alien katik dari Pompey, arsenal bakal menerima tempias untung atas angin dengan perjanjian yang diwaktukan semasa Pompey membeli Diarra dari Asenal.Arsenal dikatakan bakal mendapat sekurang2nya 5M dari 20M yang ditwarkan pade pompey.Ini sekaligus mampu melegakan dan memudahkan urusan Arsenal bagi mendapatkan player2 yang tak tercapai akalmu oleh wenger seperti Alonso, Veloso mahupun Chiellini.Tapi kite sedia maklum, Wenger tetap kedekut.Fullstop.Sekejap, aku tetap meluat player rakus dan mementingkan diri seperti diarra.bagi 2 season, nama lasana diarra akan kembali bergelumang dalam team2 kelas pertengahan same seperti reyes kini.percayalah..

Macam2 hal, ape hal, hull city? lu pehal Gallas. Gallas dikatakan kini tertekan jiwa dan raga dan menyendiri sepi sekuntum mawar hitam.Hanya menunggu mase untuk blah dari Arsenal paling awal bulan depan dengan PSG Milan dan Juventus telah mengemukakan minat secara gosip liar. Peli kerana Wenger kate Gallas ade mase depan di Arsenal, beliau menghormati Gallas, dan beliau berkata pemecatan dan konflik antara die sebagai manager dan gallas sebagai pemain adalh tempoh waktu yang paling sukar sepanjang die bertugas sebagai seorang pengurus pasukan.Namun Gallas tetap tidak bersuara, tidak pernah mengeluarkan kenyataan nampak bagai dikunci mulutnya atau telah fed up.Gallas kelihatan bersendirian di mana2 setelah match, ketika sambutan gol dan terbaru ketika sebelum peralawanan dengan Boro.Ketika Rakan2 lain sibuk buat huddle di tgh2 padang, Gallas tidak mengendahkan arahan Pat Rice untuk sama2 menyertai rakan2 lain sebaliknya warm up sendiri.Apo nak dikato..politik2..


Rabu, 17 Disember 2008

So far so Good for Eduardo


Sayang sekali, hanya 45 minit sahaja dapat disaksikan kelibat Eduardo Da Silva, namun 45 minit itu tetap menampakkan satu harapan dengan permainan yang cukup meyakinkan, beberapa gerakan menarik, hampir mendapatkan sepakan penalti dan hampir menjaringkan gol jika tidak kecekapan penjaga gol pompey. Tapi ade baiknya kerana kem arsenal mungkin tidak mahu merisikikon pemain antarabangsa crotia yang hampir 10 bulan tidak beraksi jadi kemunculannya dalam peralawanan kompetitif pertamanya boleh dibanggakan.Dudu yang masuk sebagai 1st eleven dikeluarkan oleh Banfield pada sepak mula separuh masa kedua dengan seorang lagi january signing yang misteri, Amaury Bischoff.Kini ape yang diperlukan Dudu hanyalah match fitness. Harap2 Dudu dapat kembali mewarnai 1st team secepat yang mungkin kerana wataknya bakal diberi harapan penting bagi mengubah senario semasa arsenal dengan sentuhan penyudahnya yang magic dan entah dari planet mane.Kami mengharapkan lebih dari lagi dari eduardo pada masa akan datang!


Eduardo start lawan Pompey reserve!!!


Terima kasih kepada yang menyumbangkan link <-klik sini.

Eduardo dah disahkan startting dalam team arsenal reserve sebentar sahaja lagi kul 3 pagi nanti.Streaming sila klik link di atas.Berikut adalah barisan Starting line up Arsenal untuk malam ini.Tak sabar menantikan kemunculan Dudu di Underhill .Kamon Eduardo!!!


Arsenal
Lukasz Fabianski
Francis Coquelin
Gavin Hoyte
Paul Rodgers
Kieran Gibbs
Aaron Ramsey
Mark Randall
Jack Wilshere
Fran Merida
Eduardo
Jay Simpson

Substitutes
Henri Lansbury
Vito Mannone
Amaury Bischoff
Rui Fonte
Jay Emmanuel-Thomas


Selasa, 16 Disember 2008

Bermain sambil beramal.

Bersempena dengan tema kempen "be a gooner , be a giver' arsenal akan mendedikasikan hasil perlawanan dan jualan tiket hujung minggu ini arsenal vs Liverpool kepada badan kebajikan Teenage Cancer Trust sebagai sumbangan amal musim ini.Biasa la, player arsenal kan pemurah smuanya, arsenal pulak kelab yang kaya, mungkin simpan2 duit untuk derma patutla wenger tak rajin membeli, die rajin memberi.heheh..



Gavin Hoyte telah pun signed long term contract dengan arsenal.Adek kepada bekas player arsenal yang kini bermain di Boro,Justin Hoyte (a'ah ek, mane Justin hari tu?) telah komited pada arsenal dan berazam untuk merebut tempat dalam 1st team di belakang Sagna, Eboue.Die dah pun dapat starting lineup mase dibelasah Mancis itu hari, satu permulaan yang agak mengerikan namun penuh pengajaran berguna.Diharap Hoyte terus maju jaya dan sabar menanti peluangnya.

Transfer rumours dikaitkan dengan arsenal lagi:
-Xabi Alonso(liverpool-berapa lame daaa)
-Pato(ac milan-tipu gile)
-Eljero Elia(FC Twente)
-Steven Defour(Standard Liege-8M)
-Mouhamadou Dabo(St Etienne)
-Van Bommel(Bayern Munich)
-Radamel Falcao(river plate-cambest)
-Peter Odemwingie(Lokomotiv Moscow-promote diri sendiri)
-Philippe Mexes(AS Roma-setiap musim ade jek)
-Bafetimbi Gomis, Loic Perrin & Blaise Matuidi.


16 Disember...

The Return of Dudu...Sama ada Eduardo Da Silva bakal diturunkan ia bakal terjawab malam ini dengan perlawanan persahabatan Arsenal Reserve vs Pompey Reserve.Line Up Arsenal hanya akan diketahui malam ini tapi wenger telah membayangkan Eduardo bakal beraksi dalam 1st competitive matchnye sejak minggu lalu.Jika belia diturunkan dan dapat menjelmakan semula kelibat Dudu de predator musim lalu pastinya satu moral boost pada pasukan dan ucapan bye2 kepada Bendi.Ape2 pun terus bersama kerana jika ade streaming online kami akan kongsikan linknya di sini, terus ke arsenaltv online awal pagi nanti.Harap2 ade la jugak, sebab aku pun macam korang jugak kepingin nak tengok aksi si crotian setelah dekat 10 bulan tak beraksi.Ape pun yang terjadi Eduardo, kami sentiasa menyokong anda!


Isnin, 15 Disember 2008

Humor rumour

Sedikit berita atau harapan palsu. Arsenal Dikatakan dalam race kembali untuk mendapatkan penyerang utama spain dari Valencia David Villa dan jika benar Wenger hendak spend cash banyak2 beliau terpaksa bersaing kali ini dengan Manchester City.Tapi Jika Wenger bnar2 serius, Villa ak mustahil memilih arsenal berbanding mancis kerana kenyataan summer nye alaala come and get me namun wenger jek yang bodoh sombong bakhil kedekut.BOD arsenal dikatakan telah membuat satu meeting tergempar dan dalam meeting itutelah dibentangkan perancangan dan dasar2 bagi transfer bulan januari yang mana Stan Kroenke turut diterbangkan khas dari US.Kroenke sebelum ini hanya bersetuju untuk dipanggil jika meeting itu benar2 penting dan Arsenal memerlukan reinforcement dan suntikan dana yang tinggi dan kehadirannye menguatkan speklasi Arsenal sedia berbelanja besar Januari ini.Bagi aku, TIPIS dan TAKKAN berlaku, at least selagi di bawah wenger.

Lagi rumours, Miguel Veloso bakal dilepaskan oleh Spoting Lisbon dengan harga yang rendah dan berpatutan januari ini akibat krisis kewangan dan masalah ekonomi global semasa.Range harge daam 6-12M.Pemain kebangsaan Portugal,22 tahun ini mempnyai kemahiran dari set pieces namun permainannya dikatan hanya biasa2 sahja bukan lah seperti di war2 atau dicanang oleh kebanyakan.Agentnye juga terkenal dengan sikap penipu dan berita2 dari mulutnye itu hanya dikatakan sebagai satu bentuk prommosi murahan agar menarik minat kelab2 besar bersaing mendapatkan veloso sekaligus keuntungan padanya.Adakah die type player yang arsenal cari, memberi impak serta merta?mungkin juga tidak tapi yang pasti Lebih baik dari song n denilson.

JIka benar Wenger hendak meng off load Gallas, Claudio Ranieri amat berbesar hati utuk reunite kembali dengan bekas player chelsea itu di Juventus.Namun beliau terpaksa melepaskan Giorgio Chiellini yang menjadi buruan Wenger bagi memantapkan barisan pertahanan.Chiellini 24 boleh menggantikan gallas 31 yang diangarkan berharga 5M jadi offer sebanyak 15M mungkin sudah boleh melamar CB atau LB versatile ini.

kahkahkahkahkahkahkahakah...er...huwaaaa..Chelsea pun sia2kan peluang jgak.Semua small 3 tercicir mata, sayang sekali arsenal pun tercicir 2 bijik mata di saat kite memang tedesak mengejar merapatkan jurang.adoi.. tapi at least yg lain jugak tersentak dengan Man U bakal bermain catchup game akibat kejohanan kelab dunia FIFA di jepun.Diharap agar Arsenal terus meneekan dan mencabar kerana jika dilihat prestasi semasa sekarang, ape2 jua berlaku.Adebayor ingin membalas dendam kepada liverpool untuk musim lalu, lauk bangau 3 rasa bakal diratah!!


Ahad, 14 Disember 2008

Post match : BOROi


i'm back!Aku kembali ke dunia pemblogan, setelah 3 hari out station, terima kasih ke atas kesuma dewa yang sentiasa mengupdate sepanjang peninggalan aku tapi post match untuk semalam takde pule, mungkin die agak kecewa sama seperti mana2 fan arsenal yang rata2 cukup kecewa dengan keputusan seri semalam.Aku dah kembali, arsenal? arsenal juga kembali..kembali dengan prestasi yoyo nye.Setelah kecundang dengan porto tgh minggu lalu yang menyaksikan kite bakal berdepan lawan seperti Barca, Pananthinikos, BAyern, Roma atau Juve, Arsenal sekali lagi memilih jalan sukar tertuama pilihan yang dilakukan olh RVP yang sgt2 membengangkan.ketika die hanya perlu menampan masuk hantaran low cross adebayor, RVP memilih untuk membuat skill flip konon2 gol cantik nak eksyen2.Ape mende yang ko buat? kalau 7-0 boleh la nak main2, Arsene perlu mengajar anak buahnya supaya kill the game awal2 tanpa perlu berlagak pandai memilih jalan2 sukar.Tapi mungkin itulah yang diajar dalam kelas matapelajaran 'stylo' arsenal.. mencari gol yang cantik daripada build up play dari 'the wenger ball' adalah satu keutamaan dan subjek yang perlu dikhatam oleh mane2 player arsenal.Sebab itu lah arsenal kurangnye direct player yang terus menerus menekan pertahanan lawan sebaliknye lebih gemar mengekalkan possession, play wide sementare menunggu lawan membuka peluang, memberi mase team2 sperti Boro menyusun formasi dan berdisiplin sementara menunggu sahaja serangan balas.

Aliadiere sekali lagi tak habis2 cube membuktikan bahawa Wenger betul2 silap membuangnya dan Wenger tak ambik kisah pun kat kau, ali.. tak perlu lah nak menunjuk2 batch boro ko dan cium2 lalu sembah ke ape jadah, dah ramai player buat macam tu, kadang2 naik jelik dan meluat kerana loyalti hanya layak ditunjukkan oleh player2 seperti tony adams, Maldini Del Piero, Totti yang menjadi ikon atau duta kelab.Ahhhh bukan ape, aku tension tengok si Ali ni sebab dah 3 kali dalam match boro die selalu nak membuktikan dirinya bagus dan arsenal silap melepaskannya.Tahun lepas di teeside dapat penalti, di emirates dapat sebijik kali ni sebijik lagi.ok lupekan pasal ali.full stop.

Perasaan lebih geram perlu ditunjukkan kepada barisan arsenal sendiri yang gagal mencipta banyak peluang.Bagai hilang idea, Diaby ok la sket(ok dr denilson tapi aku tetap menyampah), Denilson??? wth?? 20 minit pertama aku tertanye2 siapa bermain kat seblah kanan kerana aku lambat tibe di restoran mamak ketika match dah masuk minit ke 9 dan sekilas aku ternampak kelibat brazilian yang tak bersamba, "oh..denilson, patutla".Nyata denilson tak berfungsi langsung, tak ade pace, tak ade skill tak ade strength , pelik macam mane denilson yang tak matang tuh boleh mendapat starting line up di arsenal, nampak sangat arsenal kurang player.Denilson di posisi asalnya tengah dah carca marba, inikan pula di posisi yang bukan miliknya.Jangan salah paham, bukan aku memandang rendah potensi denilson, cume aksinya membuktikan die belum cukup bersedia fizikal dan mental, presttasinya dari satu game ke game semakin merosot.Player2 seperti Song, Denilson Diaby perlukan pesaing2 yang profesional dan hebat untuk membiarkan prestasi dan bakat mereka terus berkembang secara konsisten.Kurangnya saingan menyebabkan meerka berasa selamat dan ambil jalan mudah "buat ape aku nak main sampai nak mampus sebab match minggu depan aku tetap boleh main lagi" agak2 nye itulah mentaliti yang ade dalam kepala otak pemain2 nih.

Ditanya ape yang kurang dalam team ni, jawab wenger :

“We tried, I do believe that. In the end we lacked something, we couldn’t take our chances and I must admit I expect ‘Boro to collapse a bit more than they did in the final part. They didn’t give in, even with tired legs and that is credit to them.

“You want always to get more but I feel my team needs more encouragement because they don’t get it anywhere and that is why I want to focus on the next game.”


Tak mustahil muke2 baru akan dibawa masuk Januari nie terutama bahagian tengah yang menjadi punca wabak penyakit arsenal season ni, kalau season lepas aku salahkan defend, tahun nie semuanya berpunca dari bahagian tengah yang tak balance langsung.Kesian Cesc yang terpaksa bermain dengan player2 yang average di sekelilingnya, yang jauh dari tahap world class.Bayangkan perasaan cesc melihat Song menjadi partner dan perlu ajar denilson cakap tgh2 padang.Aku tak salahkan Fabregas kalau beliau akan angkat kakai paling awal hujung season nih.Semua nie salah managment.Alahai....Kamon Gazidis!!


Sabtu, 13 Disember 2008

Pre Match: Arsenal vs Malboro


"Tak Boleh Kalah lagi"..

Itulah Kata2 Mr Wenger untuk anak2 emas,intan dan berlian nya dalam siri penjelajahan mereka menetang MiddlesBEROK arini. Mungkin tertekan dgn polisinya sendiri, Wenger memberi amaran keapda pemain-pemainnya bahawa mereka x boleh akalh dah pasni dan seterusnya menyatakan bahawa beliau akan meletakkan semua pemain2 seniornya malam ni. Bercakap pada pemberita, Wenger dgn muke tensionnyer seakan-akan kecewa dgn prestasi pemain mudanya (Dah ko yg gatai nak letak n beli player muda, pastu kecewa plak..What the hell..)

Sehubungan dgn kata2 wenger itu, tak mustahil kita bakal disajikan dgn beebrapa new player yg berpengalaman menjelang transfer market bulan january ini. Namun umum sedia maklum, Wenger selalunya cakap putar belit alam dan manusia yg kadang2 ramei Gunners yg rase cam nak hentak je pala Tua kutuk ni.

Apa2pun, untuk malam ni,aku sukar nak predict pape sebab Boro terkenal dgn kejutan dan Arsenal selalu terkejut beruk. Namun, secara positifnya, Arsenal bleh menang match ni kalo diorang bermain sehati sejiwa, sehati berdansa..

Malam ni jgn lupe tgk match ade life kat ASTRO (ESPN), kul 8.40 malam..
Untuk malam ni, aku rase player adalah seperti berikut:

Almunia (GK)
Clichy
Sagna
Gallas
Toure
Fabregas (Captain)
Diaby
Adeebayor
Van Persie
Denilson
Silvestre

Haha, Jangan terkejut...Aku rase Toure bakal diletakan di posisi tengah bersama Fabregas manakala Denilson dan Diaby di tepi..Atas semestinya Persie n aDE.bawah sume Wenger tarok mamat2 France, gallas, silvestre,clichy, n sagna...

Igt malam ni..Chaiyok..


Khamis, 11 Disember 2008

Bangkai..POST MATCH: PORTO 2 - 0 ARSENAL


Rumusan aku kepada perlawanan yg mcm gampang ini adalah "BANGKAI"..

X perlu aku komen banyak2 kerana korang sume sedia maklum, harapan untuk menang sebarang kejuaraan musim ini tipis ya amat..


Rabu, 10 Disember 2008

Adakah anda seperti ini?

kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah..x jemu menonton


Pre Match : Porto VS Arsenal

Seingat aku baru sahaja aku terbaca, Wenger mengaku bersalah kerana drop point dalam Champions League dan menyebabkan Arsenal terpaksa bermati-matian jumpe team2 besar di pusingan kedua.Jadi katenye, adalah penting untuk mengekalkan kedudukan teratas dalam kumpulan sambil mengharapkan undian yang lebih mudah.Tapi kata2 nya itu dilihat hanya sebagai ucapan umum pidato piala diraja kerana ape yang akan dilakukan malam nanti ialah jauh meleset dengan membariskan skuad Carling Cup untuk menentang Porto di tempat lawan,perlawanan ke 700 Wenger sebagai manager Arsenal.Mungkin seri sudah memadai untuk menjadi juara kumpulan. Langkah ini terpaksa diambil Wenger berikutan senarai kecederaan Arsenal makin bertambah beberapa keping muka surat dengan berita positifnya Gallas dan Diaby telah keluar dari wad gila.Err.. maksud aku "keluar dari wad, gilelah..!" Manakala dari senarai2 tersebut ade plak yang bakal terlepas sabtu ini menentang Boro di Teeside dengan Nasri hampir pasti terlepas aksi akibat kecederaan ankle.Berikut ialah senarai2 yang diterbangkan ke portugal.

1. Manuel Almunia
21. Lukasz Fabianski
10. William Gallas
18. Mikael Silvestre
40. Kieran Gibbs
41. Gavin Hoyte
27. Emmanuel Eboue
20. Johan Djourou
17. Alex Song
15. Denilson
16. Aaron Ramsey
47. Mark Randall
2. Abou Diaby
43. Fran Merida
19. Jack Wilshere
26. Nicklas Bendtner
12. Carlos Vela
50. Jay Simpson

Samir Nasri (ankle) mungkin terlepas aksi selama 2 3 minggu. Gael Clichy (hamstring) masih berpeluang kecil untuk beraksi sabtu ini begitu juga kapten Cesc Fabregas (lutut).Lain2 seperti Bacary Sagna demam, Kolo Toure (calf), Robin van Persie (thigh) Emmanuel Adebayor (direhatkan) juga tidak disenaraikan malam ini tapi mungkin bakal ke Boro.Berita terbatu mengenai sick note RoSICKy.beliau hanya akan kembali paling awal bulan Mac..sedih..sedih.. tapi seperti orang dah tak ambil kisah tentang dirinya, tapi siapa tahu kalau kite masih berjuang dalam ketiga2 piala kehadiran Rosicky bakal menambah momentum dan memberi option lebih kepada Wenger, tapi untuk beraksi pada tahap terbaik selepas berehat setahun lebih, adalah sesuatu yang sukar jadi Rosicky hanya akan diberi watak cameo saha, itu sudah memadai.Seorang lagi pesakit bertuah kerana memenangi award walaupun bahunya tersalah parking,TW14 menerima anugerah 2008's BBC London Young Footballer of the Year.

Persoalan yang menarik ialah..dengan Fabregas, Clichy , Toure semunya disisihkan akibat kecederaan, siapakah yang bakal memakai armband malam ini mengetuai misi ke porto.Adakah Gallas? yang abru dilucutkan jawatannya, kerana Gallas merupakan player paling senior selain Almunia, atau si matador dari spain itu bakal diberi peluang sekali lagi seperti mana aksi cemerlangnye di fenerbahce ketika menjadi kapten buat kali pertama.Untuk menjadi ego atau mengurangkan spekulasi, almunia mungkin menjadi pilihan WEnger tapi sejauh mana effectnye pada moral Gallas, itu masih menjadi misteri, ataupun Wenger cube menyiram api dengan air masak memberi peluang acah2 ayam, Gallas mengetuai barisan yang terlampau muda malam ini.Atau mungkin orang lain terus, EBoue?? hahah, ebagai langkah memberi konfiden, nasib baik malam ni main away, kalau tak, tekanan pasti bertambah di bahunya dan telinganya kemerah merahan mendengar jeritan booo yg sebenarnye org memanggil namenye memberi sokongan.Ebooooooooue.Wenger memberi amaran dan peringatan kepada penyokong kerana memboo player langsung tak membantu, pada aku Eboue memanglah bengap mala itu tapi untuk memboo pemain yang disuruh beraksi setealh berminggu2 takde, kemudian beraksi di luar posisi adalah sedikit keterlaluan.Cukuplah Wenger menyentap semangatnye dengan melakukan pertukaran, tidak perlu ditambah lagi derita jiwa pemain yang berwajah 'baby face' ini.hoho.

Wenger nyata ke Porto dengan harapan 'tidak kalah' yakni seri sudah memadai.
"aku nak protect kedua2nya sekali.Aku nak protect team yang kick off kat Boro nanti dalam mase yang sama aku nak pastikan Team malam ni tak kalah kat porto"
Jadi apekah barisan yang bakal diturunkan malam ini, mungkin seperti berikut :

----------------Almunia---------------
Hoyte-------Gallas---Johan-------Gibbs
Eboue------Denilson---Song------Diaby
------------Bendi----Vela-----------

Aku lebih prefer kalau RAmsey dan Simpson diberi peluang berbanding Bendi yang tengah menrapu meraban tapi siapa tahu, bola sepak eropah agak berbeza dgn EPL dan size dan ketinggian mungkin memainkan peranan.MUngkin juga Wenger meletakkan formasi 4-5-1 dengan Diaby dibelakan Bendtner sambil Ramsey dimasukkan ke midfield.Masih ku ingat perlawanan pada akhir tahun 2006 di mana Arsenal dan Porto hanya perlukan 1 mata masing2 untuk kedua2 layak, jadi bola hanya dipassing2 sekitar kawasan sendiri, seingat aku itu perlawanan paling hambar pernah dipertontonkan Arsenal.Tapi di akhir wisel penamat, kedua2 pasukan memperoleh ape yg diinginkan tapi bagi peminat, itu bukan yang diingingkan oleh peminat Arsenal.

Astro Star Sports 813 330AM. Porto 1-Arsenal 1


Kembali Senyum...

Huhu..Agak lama aku tak bekarya dek kesibukkan terlampau yang membelengu seharian rutin kerjaku..Macam-macam yg perkembangan yg aku usyar namun, bg aku, ak ustill x pueh hati dgn taktik Arsenal Skarang..Jika korang sume sedar, skank Arsenal banyak main long ball..n teraju utama untuk menyambut Long ball tu x lain dan x bukan, Adeebahnor..

Walaupun taktik ni kadang kala membuahkan hasil, aku lg prefer taktik lama arsenal yg mana serangan dilakukan berperingkat-peringkat..Dulu, kita ada lone striker Henry yg mana, x kira di celah bulu mana pun, Fabregas akan nampak n Henry akan melalui celah bulu tue..Aku nampak Adeebayor ada nak wat camtu tp ari2 asyik2 Fuckoffside..Tp si hitam itu lebih berbaloi berbanding Bendi. Aku setuju dgn G&R dalam artitestikel nya yg lepas yg menyebut, Bendi x layak di Arsenal..

Bagi aku, Bendi x ubah seperti Aliadiere yg mana, dah simpan lame2 pun, xde improvement..Takat sazie je yg lebih, tp attacking, 50/100. Mungkin selepas ini dengan kembalinya DUDU, Bendi akan diLoan @ dijual. Dudu mempunyai kepantasan yg melampau dan aku lihat player ini ala2 Reyes yg mana Kalo korang trueball je kat die, konpem die hinggap lalu melepaskan das tendangan yg terlampau.

Kiki plak, aduyai, apa sudah jadi mamat ni. Die kene santau ke? Kejadahnyer injury die ni..Apa yg patah? Apa yg putus? Namun kalaulah Kiki kembali beraksi, gile bapak, konpem Pasni Bangau Merah pun menangis terkedu..Huhu..

Oke la,esok lawan Porto, aku rase bley beatnyer. Tp goal score skit je kot kalo diorang still play long ball Ditambah pulak dgn ketiadaan Nasri dan Walcott, xdak la pelari pantas setakat ni...Apa2 pun, Arsenal wOrld..


Isnin, 8 Disember 2008

(lambat)post match :Air mata Ebooooooooooooooooouuuue!



Sempena hari raya ini,selain bercerita mengenai air mata ibu dendangan siti nurhaliza apekah gerangan yang terjadi pada air mata eboue?

Agak basi 2 hari, lambat sket.. minta maaf, ade kalanye kite perlu berkorban masa dan tenaga.heheh.Terlebih dahulu masih belum terlambat untuk pihak arsenalaysia mengucapkan salam Aidiladha buat para pembaca muslim sekalian khususnya.Semoga ibadah korban tahun ini dapat menyucikan jiwa dan menguatkan iltizam dan semangat untuk kite terus hidup.

Bercakap pasal semangat, sekali lagi..walaupun menang, Arsenal kelihatan agak gugup dan panik di 20 minit terakhir perlawanan.Setelah Adebayor menjaringkan gol seawal minit ke 16, aku ingatkan Arsenal bakal kenduri gol, namun sekali lagi arsenal semacam nampak tak cukup selamat dengan satu gol.Memang lah ad ebeberapa peluang, beberapa serangan namun semuanya dihampakan kirkland atau tiang gol atau kekampungan defensive wigan.MUngkin kerana tertekan mencari gol pembunuh perlawanan, apabila setiap kali serangan tidak berjaya, kerisauan dan kegusaran mula menyelubingi minda. Wigan juga hampir2 mendapat gol penyamaan dalam beberapa serangan, Xaki yang baru pulih dari kecederaan tak mampu menjelmakan bisa manakala heskey seperti biasa nampak tua sepanjang masa.

Cume perkara yang menarik dalam perlawanan itu selai 3 mata ialah, tidak lain dan tidak bukan kemunculan semula Emanual Eboue.Menarik bukan ape, cume kerana kemunculannya mengundang hina dan caci maki kali ini.Eboue yang menggantikan Nasri yang cedera pergelangan kaki, bermula dengan agak promising namun semakin hampi r mase penamat semakin hanyut persembahannya terutama di separuh masa kedu.Beberapa kali misspass beberapa kali possession terkantoi sebab Eboue, beberapa kali hilang bola dan paling best sewaktu Toure menjerit2 sufuh run forward , si Eboue ni pergi macam org bodoh jek konon nak take over bola nak cipta serangan baru alih2 hilang bola sekali lagi! Satu Emirates mase tu dah mengamuk, kemuncaknya, Eboue dikeluarkan semula oleh WEnger yang menekan butang kecemasan memasukkan Silvestre untuk melindungi dan mempertahankan sebijik gol sajek.Yang terbayang2 di benak pemikiran fan2 Arsenal ialah tragedi 5 minit spurs may be berulang kembali.Tindakan Wenger mengeluarkan Eboue secara drastik memangbijak dan terbaik dari ladang! HAnya manager yang betul2 berani dan sanggup menghadapi risiko jek mampu membuat keputusan seperti itu kerana silap hari bulan, morale player tersebut bakal merudum gile2, atau hubungan dengan manager mulai renggang.Tapi Wenger berkata ini bukan soal pemain, ini soal 3 mata! Syabas, akhirnya Wenger ade gak common sense.



Namun Wenger yang menyelar tindakan negatif penyokong2 namun akur mereka berhak untuk menyuarakan pendapat masing2 tapi wenger percaya Eboue hanya muncul pada waktu dan tempat yang tak sesuai dan silap timing bagi dirinya.Bermain di sebelah kiri dan sesudah 5 minggu tidak beraksi menyukarkan keyakinan diri Eboue.Wenger juga yakin pemain tersebut akan bangkit dan penyokong tetap akan setia dengan pasukan, kerana percaya tindakan tersebut adalah kerana satu team bermain begitu panik, penyokong tertekan dan mule mencari kambinghitam dan eboue menjadi mangsa sasaran. Eboue digelar 'danger' oleh Wenger. Jadi untuk melindungi pasukan lebih baik die terpaksa mengorbankan eboue yang nyata hilang konfiden, atau ko tak perlulah nak berdrama wenger ...ke ko nak melindungi anak emas ko eboue dari jadi sasaran dan diboo, dek kerana sayang takut eboue merengek2 ko keluarkan die? hoho..harap2 tidak lah.Eboue2.. hai beruntung anda menjadi anak emas wenger, bukan wenger sahaja sayang padamu, Kolo Toure pun tidak putus2 memberi kata2 semangat perjuangan harmoni memulihkan keyakin member sebenuanya itu.Akan tetapi kite sudah semakin hampir lupe,ini kemenangan, cube bayangkan jika arsenal tercicir mata lagi dan paling buruk ianya disebabkan oleh Eboue, pastinya Arsenal dan Eboue sendiri teruk disemeblih media.Susah jadi kelab popular dan power nih, banyak PHD.Amacam Pof Wenger ? hahah

Sementara mem'backing' Eboue, Kolo Toure sempat membodek2 William Gallas partnership CB nya yang kini under fire dan nasib masih tidak menentu di Arsenal.Terbaru setelah Milan , kini Juventus pula dikatakan cuba memancing pemain France nih.Toure membyangkan Gallas seorang yang profesional dan gandingan mereka berdua adalah lebih baik dari gandingan Terry dan Carvalho.Err.. betul ke dari segi statistik? Tapi baguslah kerana skeurang2nya Toure masih ade lagi semangat setiakawan walaupun Gallas selama ini diberi priority lebih sejak kebelakangan nih.Potong Toure jadi kapten, Amek pot 1st eleven walaupun tak on form, tapi Toure tetap cool dan terus menjadi Mr Arsenal.JAangan tinggalkan kami Toure lagi2 jangan ke Man City januari.Arsenal perlukan Toure.We love king Toure.

Sesudah tesis mereka selesai bagi semester ini, mereka mungkin terpaksa repeat pada semester depan.Tetapi sementara itu mereka dibnarkan menjalani praktikal dengan bos2 baru mencari pengalaman lebih berharga.Itulah yang bakal berlaku pada player2 batch carling cup tahun ini yang hanya mampu ke suku akhir.Pemain2 seperti Jay Simpson, Gavin Hoyte, Kieran Gibbs akan dipinjamkan ke kelab championship kerana peluang beraksi yang agak terhad dalam 1st team.Ini juga bagus agar bakat merekan boleh dikembangkan selain menimba pengalaman beraksi week in week out.Cume apabila ditanya tentang Jack Wilshere, Wenger menjawab "Tidak, dia teralalu muda" sebagai langkah berhati2 membela pemain masa depan tersebut.

Jika anda fan Arsenal yang setia, teruskan menanti.. teruskan bersabar... kemunculan nya dinanti2kan... 16 Disember.. Arsenal Reserve vs Pompey Reserve..



Sabtu, 6 Disember 2008

Pre match : Mati hidup semula


Dulu hidupku rasakan mati
Mata terbuka tapi tak berhati
Kiniku rasa dihidupkan kembali
Walaupun peritnya setengah mati

Jalan nak ku lalu masih panjang
Akanku tempuh hari mendatang
Kepadaku berilah peransang
Agar kejayaan dapatku julang


Umpama lagu jamal Abdillah, mati hidup semula.Itulah yang berlaku pada nasib Arsenal ketika ini.Saat ini di hari yang same seminggu yang lepas, Arsenal hampir seperti banduan di bilik akhir menanti hanya saat mati di tali gantung, jika kalah pada Chelsea, mungkin segalanya berakhir buat Gunners bagi cabaran liga musim ini, ketinggalan 13 mata-seuatu yang tak mustahil tapi amat sukar dikejar mengikut prestasi semasa dan prestasi rival yang konsisten.

Tapi syukur jalan ceritanya masih berpihak pada hero yang bernama Arsenal.Tak mati2 lagi, setelah ditembak bertubi2 dibom dan di c4, satu ketika nyawa2 ikan, kemudian bangkit menewaskan nafsu dan setan, kemudian rasa bongkak dan overkonfiden mendabik dada memakan diri sehingga sang arsenal ini sekali lagi dibedil dari segenap pelusuk, tak kurang dengan itu di tengah saat cemas peperangan muncul musuh dalam selimut menjadi patualang tali barut tapi Si Komander pantas sedar lagi bijak mengubah taktikal dan generalnya.Kuasa dan arahan beralih tangan, semangat kembali berapi, sumbu meriam mule terasa bahang nyalaan. Keboom!! jambatan pemisah roboh.. Askar2 kembali lega, masih ade tali untuk berpaut, mereka yang pejam sejak dari awal kerana terlalu takut dapat kembali mencelikkan mata tapi dengan perasan .."aku masih hidup!!"

Arsenal berjaya mengurangkan jarak kepada hanya 8 mata.Sesuatu yang paling melegakan buat Arsene Wenger yang tak tahu di mana puncanya setelah persembahan yang begitu cemerlang menewaskan united, mudah ditenggelam Villa dan Mancis.Sesuatu yang masih menjadi misteri bagi Wenger.Kerana setiap kali setelah team mude carling cup membelsah lawan, team utama pasti hancur, kalah.Hull city selepas sheffield united, Villas selepas Wigan.Adekah ade moral effect di situ menyebabkan Pemain2 ambil mudah dan over konfiden "jika budak mude boleh mengapa tak org tua".Jadi mungin ade tuahnye jugak kekalahan kepada Burnley selasa lalu.ah Karut, pendek kate kalau main macam hampeh memang la kalah.

Lantas die membandingkan situasi ini sama seperti dengan jalan cerita tahun 1998 tahun pertama dirinya mengambil alih kerusi panas arsenal secara penuh.Sampai pada satu tahap ade suara2 mempersoalkan siapa die mamat french yang dari jepun nih? Arsenal nie nak hala tuju ke mana,Ketika itu Arsenal 13 mata di belakang pendahulu Manchester United di waktu Krismas.Season tersebut sedikit sebanyak dijadikan panduan dan Instruction manual bagi die menyenggelarakan meriamnya musim ini.


“We came back in 1998,And I am confident we have the quality to do it again."

“I believe that because the rest of the Premier League has lifted their level much more than before and, secondly, I trust my team of being capable to achieve it.

“But to do that we know we have to beat all the big teams in all our games and deliver at a more consistent level against so-called smaller teams.”

Sembang Wenger di press conferencenya.

Tapi lihatlah team yang ade dulu(1998) macam mane dan bandingkan pula saingan liga ketika itu .Tapi tak salah untuk anda jadi optimis kerana Wenger sendiri percaya, anda percaya? aku? aku nak tengok dulu tapi aku tetap percaya.Ini kerana banyak sengat yoyo.Masalahnya team2 lain tak pulak kene badi yang sama, hanya Arsenal yang nampak begitu unpredictable jadi keseluruhan nya season ni unpredictable yang tambah menarik tiada lagi pasukan untouchable. Wenger berkata Liga semakin kompetatif tapi team2 rival yang lain setakat ini masih mampu bertahan menyerap tekanan.Jadi ak mahu team2 mid table dilihat lebih kompetatif jika ManU Chelsea dan Liverpool pun kalah banyak kali dan pada itulah Aku yakin kite memang berpeluang cerah untuk menang tapi ketika ini konsistensi mereka belum dipersoalkan seteruk arsenal.Jadi team2 lain ayuh bangkitkan mentaliti sepak dan menang bukan kepada arsenal sahaja tapi kepada team2 rival yang lain.Ini kalau setakat gores mane nak menang?!

Wigan mempunyai rekod tanpa kalah dalam 5 perlawanan berturut2 dalam liga tetap adalah satu ancaman.Terutama pastinya pemerhati ingin melihat bagaimana Arsenal bertindak setelah kemengan ke atas chelsea minggu lepas.Adakah tiade urgency seperti mana selepas menentang man U. Atau mereka mula membuktikan mereka serius hendak mencabar.Walaupun menang besar namun Wenger tidak akan mengamble meletakan sekali lagi skuad carling cup untuk melayan kunjungan pakcik Heskey bermuka tua lagi.Wenger serius dan meletakkan skuad utama, sesuatu yang dijajikan juga dalam piala FA- mungkin Wenger dah terlalu lama kempunan piala.Bagus, macam itulah baru serius! BUat ape perlu bebrbelanja besar, Wigan hanya pinjam seorang striker yang ntah dari mane die datang tibe2 mule diintai oleh kelab2 eropah kini.Amr Zaki, harap2 tiada lagi cemuhan dan cacian terhadap Islam sama seperti mana yang diterima Mido di Newcastle.Perbuatan itu jijik dan keji sekali dan langsung tak boleh diterima.Aku sedih! Tapi selama aku menyokong Arsenal tak pernah aku dengar penyokong mereka mencampurkan isu perkauman dan agama dan hanya menumpu pade isu bola, jadi aku rase diorang dah cukup matang untuk menilai.

Malam ni aku predict lline up yang sama kecuali Gallas diganti dengan Topure.Eboue anak emas yang sudah pulih mungkin akan masuk sebagai sub dengan Denilson meneruskan ketidak efisyenanannye di bahagian kanan.Mm... mungkin jika kes2 kecederaan makin berterusan , selain DM, mungkin tak salah wenger membawak masuk seorang lagi RM kerana option2 yang tinggal tidaklah memberangsangkan.Nak harapkan Mark Randall? Huh, Mark Anthony mungkin lebih pandai menggelecek dengan tarian latino jika die diletakkan.

1055 astro channel Star Sports 813.Arsenal 3 Wigan 0.