Rabu, 16 Mei 2012

Semangat Podolski







Selasa, 15 Mei 2012

Piala Hanya Kepuasan TETAPI Kesetiaan Kunci Kepuasan..

As-Salam semua..Lama sudah aku tak mencoret secubit-dua ayat dalam lembaran arsenalaysia ni..Hampir 2 musim lamanya kot..Akhirnya,penantian kita selama beberapa bulan agak berbaloi..Tempat ketiga di kala yang lain meraih piala bukanlah sesuatu yg harus dibangga..akan tetapi buat kita selaku peminat setia, kita percaya masih ada cahaya di celahan belantara untuk arsenal bangkit semula menggempur gempita..

Gilaaa..aku rasa susah gila nak tulis..ayat di atas semua terasa mcm NOK HOR...

BTW, syukur kita berjaya di tempat ketiga..Dengan pasukan yang ada sekarang dan tempat yang kita perolehi, sememangnya ia suatu pencapaian yang memberangsangkan buat The Guuners..Kalau dilihat dari sudut cakah, persembahan kita agak terumbang-ambing di sepanjang musim. Oleh itu, janganlah kita lihat ia dari sudut cakah sebab sememangnya kecerunan sudut itu membuatkan pandangan kita in-balance juga..hee..

Jika dilihat dari pandangan mata kasar, rata-rata player yang kita ada sekarang sememangnya berkebolehan dan persembahan mereka meningkat dari semasa ke semasa..KoscekNi sebagai contoh mempamerkan aksi yang agak cemerlang di samping Vermaelambung musim ini dan merpati dua sejoli ini seakan-akan serasi bersama..Tapi, jika diperhalusi (Tukar mode: Mata Kasar -> Kaca Mata), schoolboy mistake sering lagi terjadi sumetime menyebabkan pencapaian kita tak konsisten.

Mungkin masalah perhubungan atau komunikasi di dalam padang atau mungkin juga masalah penyakit sopak. wHO kNOWs KAN? Apa2pun, aku nak tegaskan disini yang aku rasa Di bahagian keeper, Szezny semacam kurang dpt saingan dalaman dari Keeper yang lain menyebabkan dia sumetime mcm belagak pandai n hero pun ade..Bila kurangnya saingan, maybe die rase position dia safe. Bila dia rasa tempat dia safe, mungkin dia x rasa pressure nak perform..Bila dia x rasa pressure nak perform, itulah yang terjadi dalam game2 yang lepas..die meloloskan goal..huuu..tp apa2pun,kelibat dia sebagai Keeper 1 Arsenal lebih menyakinkan aku dari AlmuniA ramadhani..

OK, skarang jika kita berbicara mengenai pak Wenger, beliau sebenarnya secara tak langsung mendengar juga kritikan org yg mahu beliau membawa masuk exp. player ke dalam team. Pembelian online last-minute Matsukesaka, Artetas, Pak Cu Muda, Santos Singh, dan Dalmationayoun membuktikan wenger mmg concern dengan kritikan pedas linggi peminat..Namun sejauh mana mereka2 ni mempengaruhi prestasi arsenal???? Bagi aku, secara tak berat sebelah atau pilih kasih, aku rasa Arteta merupakan pembelian yang paling bermakna bg musim ini namun...namun..ia sewajarnya dilakukan awal2 lagi sebaik sahaja fabregas & nasri dah langkah sebelah kaki dari arsenal..mungkin dengan pembelian awal dpt mempercepatkan adaptation player2 baru dengan persekitaran,politik dan corak permainan Arsenal..

NAH..season ni belum pun habis, Wenger seakan-akan learn from mistake dengan membeli cepat2 Podolski yang bertujuan (ni yg aku rasa) :
- Meyakinkan Persie Jackson untuk tandatangan contrak baru
- Pengganti Arshavin sebagai flanker superb..
- Podolski cute

Rasanya mungkin tiada dah pembelian selepas ini dan jika ada, aku amat berharap Dempsey dan M'Vila masuk untuk menambah backup & memberi lebih saingan kepada current player di bahagian midfield..Di bahagian atas, rasanya cukup-cukup sudah dengan yang ade ni..Defend belah kanan, tolongla Jackissanak...carilah pengganti yg lebih bermanafaat mcm eboue dulu..Kepper...Kalo wenger tak keberatan, Amiklah Vorm sebagai back-up atau 1st keeper..Szezny tu perlukan saingan yang mantap untuk die lg perform or sebenarnya Arsenal needs exp; player di bahagian keeper..

OK..Aku berhenti di sini dulu..Mengenai Tajuk di atas, lu orang pk la sendiri...

"Go Go Gun Gun"


Tahniah Top Club in London! Satu game simpulkan keseluruhan musim.


Masih belum terlambat bukan untuk mengucapkannya? Selamat menyambut belated Totteringham's Day buat para Gooners khususnya di Malaysia!! Akhirnya ia hadir di hari terakhir musim, yang dikatakan satu finale paling dramatic,emotional dan mendebarkan sejak gol Michael Thomas di Anfield 1989.Namun gua yakin tidak ada yang lebih manis selain dari menang ke atas league contender di tempat mereka sendiri di depan mata mereka sendiri dan merampas title di minit2 akhir, itu memang jauh lebih klasik. Itulah sejarah Arsenal dan pada hari ini kita hanya mampu berpuas hati di tempat ketiga, segalanya sealed and confirmed sesudah ending yang cukup nervy tapi satu pencapaian yang respectable jika dilihat pada posisi kita di awal musim. Siapa sangka. Namun saingan yang diberikan oleh anak buah Roy Hodgson di Hawthorns bukan calang2, membuatkan Wenger tak senang duduk, jari tak duduk diam, dipeluknya pat rice beberapa kali sehingga orang tua yang nak bersara tu pun kelihatan sedikit tension dengan perilaku bos merangkap partnernya. Itulah perasaan dan tabiat yang mewakili semua peminat Arsenal betapa resah dan gelisahnya sepanjang perlawanan dan kelegaan jelas terpancar sesudah wisel penamat dengan kita berjaya membawa balik kemenangan 3-2, terimkasih kepada Martin Fulop (tanpa 'u') kemenangan pertama dalam 5 game, maka lenyaplah segala saki baki api perjuangan dan cita2 haram jiran tak duduk diam, Spuds yang hanya mampu berpuas hati di tempat keempat. Suatu kedudukan yang belum menjamin tempat mereka kerana ia kini bergantung pada kehebatan Bayern Munich. Jadi malam tadi kita menyaksikan the shift of power , Manchester dari merah ke biru, Mersyside dari merah ke biru, tapi di Utara London, ia masih merah menyala! Kita juga kini disahkan top club of London. Unbelievable. 10 points and they still bottled it ?? Selamat duit poket Wilshere, tapi ini peluang Spuds untuk buat charity bagus la gitu.

Game malam tadi betul2 menyimpulkan satu musim Arsenal. penuh turun naik, penuh suka duka, penuh tension, gelabah tapi akhirnya seperti biasa selamat..Dengan automatik jawatan Wenger kini lebih selamat dari sediakala. Arsenal start game dengan reshuffled defence terutama di bahagian fullback tanpa Gibbs dengan Santos mengambil tempat, Carl Jenkinson mengganti Coquelin yang dinaikkan bergandingan dengan Rosicky dan Song.Yossi main wide kiri kemudian Gervinho berpindah ke sebelah kanan, RVP pemenang kasut emas musim ini jadi main striker.Golnya hanya terbantut di angka 30. Tiada pecahan rekod buat RVP ,sayang ketika dia semakin hampir.

 Theo diletakkan di bangku simpanan sebagai emergency. Tak perlu tunggu lama, skrip sama macam Norwich, Arsenal ambil masa 4 minit sahaja untuk menjaringkan gol awal, masa ni dah tau Spuds pun dah leading jadi Yossi dengan slumber mengoptimakan kesilapan pertama Fulop merampas bola dari jangkauan penjaga gol tersebut dan digolekkan ke dalam gol terngaga luas.1-0 to the Arsenal. Gol Yossi ini mengingatkan kembali sejarah di mana dialah penjaring gol West Ham yang menutup peluang Spuds memintas kita 6 tahun yang lalu.Sama ada dia akan dipermanentkan atau tidak itu belum pasti, yang pasti dia telah melakukan tugas dengan cukup profesional, a good servant, dan mempunyai work-rate yang tinggi.

Tapi entah macam mana setiap kali kita lead kita menggelabah tak tentu hala. High line defending kita sekali lagi memakan diri. Kita terperangkap dengan perangkap offside ciptaan sendiri ketika linesman gagal mengesan Long yang jauh ke depan melepasi markernya tapi sebab mungkin ada kelibat Jenkinson kat tepi yang agak slow bertindak linesman memilih untuk tak mengangkat bendera. Long mudah menewaskan Szczesny yang serba salah nak keluar atau takmo keluar, tapi akhirnya dia memilh option yang salah. Banyak lagi yang perlu dibelajar oleh keeper kita, mungkin posisi ini patut dilihat kembali untuk perlunya persaingan sihat dari yang lebih berpengalaman. Tadi Morisson yang hantar bola, 4 minit lepas tu sekali lagi dia buat hal lagi, dihantarnya bola lambung membuatkan Koscielny entah ke mana2 no mans land tertewas dengan control ball Dorrans yang merembat masuk menewaskan Szczesny. 2-1. Waktu ni gua rasa WHL dah berpesata sakan..kahkahkah biarkan..Melihat pada game yang open gua yakin kita akan kembali tapi cuma yang gua concerned adalah sama ada kita mampu atau tak menghalang pembolosan sekali lagi. Itu benar2 bermain di minda sehinggalah wisel penamat, seriously Arsenal jangan buat macam gini lagi sakit jantung gua.

Santos tak mempersia2kan peluang yang diberi. Orang kata kerja dia asyik nak merembat tapi pedulik apa daripada langsung tidak mencuba. Sekurang2nya dia memberi kita option dalam attacking side kita yang dilihat terlalu mengharapkan wide man, kalau hari tu wideman offday, Arsenal pun bungkus. Sama jugak seperti RVP, jadi kita perlukan player2 lain untuk step up ambil tanggungjawab ni.Santos menjaringkan gol penting penyamaan ketika bertemu Chelsea di Stamford Bridge dan kali ini dia mengulangi kepentingan golnya dengan jaringan penyamaan, sekali lagi Fulop buat apa pun gua tak tau tapi simpati yang gua sampaikan padanya sejujurnya ternyata tak ikhlas langsung kerana gua rasa syok masa tu.2-2 belum pun half time. Masih ada lagi chance untuk game ni swing ke mana2 arah, kalau tak berhati2 bahana menunggu kita. Masalah utama kita selain defence adalah midfield. Song, Rosicky dan Coquelin tak serasi. Lambat close down dan sentiasa gave up possession.Terlalu banyak ruang dan masa yang diberikan kepada midfield WBA untuk menggerakkan game plan mereka.

2nd half kita memerlukan injection, Theo baru baik injured diperjudikan menggantikan Rosicky yang kelihatan penat.Mungkin Pat Rice dah bagi kata2 semangat terakhirnya yang berapi2 supaya anak2buahnya tidak menghadiahkan tempat ketiga kepada Spuds di hari terakhirnya, Pat Rice jugak adalah Mr Arsenal jadi derby rivalry ni cukup berkesan dan sebati di hati.10 minit lepas sepak mula 2nd half,Arsenal dapat corner. RVP angkat sekali lagi disambut oleh Fulop yang hanya mampu menepis bola ke arah gawangnya sendiri. Koscielny depan tu apa lagi.. terima kasih sahaja lah.

Arsenal waktu ni kembali ke tempat ketiga, Spuds dah leading dua bijik, Fulham nampaknya dah tak berminat nak amek pot walaupun London derby. Segalanya terletak di tangan Arsenal. Bolos sekali lagi, habis punah ranah rekod yang dicipta sejak 95, sebab itu Arsenal perlu defend bermati2an untuk kekalkan sambutan kita sentiasa berada di atas Spuds.Maruah beb maruah.Jangan sesekali bagi local derby pintas inikan pula bagi menang liga.Tapi ketika kita hanya perlu play simple, ada sahaja yang pilih jalan sukar, banyak lose possesion buang bola suka hati.Tergigit2 kuku jari penyokong Arsenal ketika ini," cepatlah habis, tiuplah wisel " setiap kali bola dibawak oleh pemain WBA, long ball  atau mendekati penalti box cuaknya semacam.

WBA cuba untuk gung Ho. Arsenal cuba sebaik2nya menenangkan keadaan , mengelakkan kesilapan2 walau sebesar zarah. 5 minit pulak tu masa tambahan memang mencemaskan. Paling superb adalah tackle Gibbs yang menafikan Billy Jones di akhir2 perlawanan, gua rasa itu tackle paling penting untuk season ni dan sepanjang kerjayanya setakat ini, timing memang tip top. Arsenal kekal resilience hingga wisel penamat dan penyokong2 melonjak kegirangan. Wenger saling berpelukan dengan Pat Rice untuk entah ke berapa kali.Wisel yang mengesahkan perjuangan berbaloi penuh liku Arsenal berbalas dengan tiket automatik ke Champions League group stage.Relief, lega, hanya ada satu kelab sahaja di utara London. Pada ketika ini WHL hanya kedengaran bunyi cengkerik.Para pemain menyambut kemenangan bersama2 dengan away fan di penjuru kiri belakang gol, lambaian penghargaan atas tanda sokongan, walaupun merka(pemain) tahu bahawa penyokong2 ini deserved better tapi realistiknya pada ketika ini kita harus terima situasi dan bertindak bagaimana hendak upgrade ke satu tahap yang lebih baik .Seronok melihat lagenda kita, Pat Rice 'mangkat' dijulang.


Jadi ke mana Arsenal dari sini? Tiket kita sudah terjamin, tidak perlu memikirkan keputusan Champion League final, tidak perlu berpenat lelah dengan kelayakan yang mencabar musim hadapan, dengan financial yang stabil duit poket terus masuk meyakinkan beberapa pemain mungkin dibawa masuk mengikut jejak Podolski, beberapa muka pasti akan mengucapkan selamat tinggal. Kita juga akan lihat satu transformasi atau reformasi di bawah regime Arsene Wenger dengan buat kali pertamanya Steve Bould akan menjadi orang no2 Wenger kini.Bould yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai tembok kebal pasti dapat menyuntik idea2 baru dan disiplin terutama dalam department pertahanan. Melihat dia selalu bekerja dengan pemain2 muda sebelum ini maka sepatutnya tidak menjadi masalah buat Arsenal. Suka atau tidak caranya, kita harus berbangga dengan pencapaian pasukan yang kita cintai ini. Dari pemain2 'diculik' dengan taktik keji, tewas kepada kuasa wang,dari dibelasah 8 bijik, dari no 17 memanjat ke tempat  ketiga, kalah kepada pasukan2 seperti Swansea Wigan, QPR dan Blackburn, tidak diberi peluang sebelum berjuang oleh pundit2 dan media, bagi sahaja benda2 negatif pada Arsenal pasti ada jalan keluarnya.

Itupun kita agak bernasib baik kerana pasukan2 lain sudah mula menunjukkan minat bermain bola  dalam modern game ini dengan attacking style membuatkan liga ini lebih kompetitif dan keputusan boleh jadi luar jangkaan.Setiap pasukan bergantung harap pada pasukan lain itulah yang dilihat kini.Arsenal tidak terkecuali.Itu yang kita perlu kurangkan-oleh itu harus berusaha menentukan nasib pasukan sendiri. Kekalkan group ini dengan pemain2 core wajib kekal jika tidak mahu membazir masa membina balik pasukan.Faktor umur mungkin akan menjadi persoalan dengan pemain2 seperti Rosicky Arteta, RVP Arshavin Santos tapi mereka sebenarnya dalam usia yang paling sesuai untuk berkkongsi pengalaman.Sign up Theo dan RVP. Itu priority! Gua nak tengok Arsenal yang lebih compose bila attacking tapi dalam masa yang sama tak tinggal tanggungjawab ketika defending. Defends as a unit, Wenger dan Bould perlu cari ramuan terbaik untuk pemain2 memvariasikan formasi serta line up kerana jika kita terlalu bergantungharap pada certain individu itu yang masalah bilamana musim kecederaan datang menimpa sebagai contoh Arteta , Per dan Sagna. Scan sebetul2nya player2 yang injured Wilshere dan Diaby , pastikan betul2 fit baru diberi lampu hijau . Kita perlu memperkemaskan skuad sebaik berakhir EURO.Setibanya mereka kembali reunion di Bukit Jalil sepatutnya kita dah tahu  lineup yang akan sepak mula gamer pertama 12/13.

Biar 7 tahun tanpa sebarang kejuaraan yang penting effort dan kesungguhan di atas padang. Terutama sekali pride dan maruah, class is permanent.Grand prize hanya ada beberapa ketul untuk direbut tapi syle dan prestij itu harus dikakalkan, tak boleh dibeli. Mungkin orang kata tiada siapa yang akan ingat kalau tak menang apa2 tapi gua rasa para gooners boleh recall kembali memori2 indah dalam 7 tahun ini kalau diajak bersembang semeja.Orang lain biaq pi yang penting kita para gooners happy. Gembira dan bangga dengan pendekatan  serta corak yang diambil serta bangga dengan modus operandi Arsenal selama ini yang berjuang hasil titik peluh sendiri namun masih berdiri sama tinggi selama 15 tahun berturut2! Tapi jangan cepat sangat berpuas hati kerana masih ada ruang yang boleh sangat diperbaiki, nak taknak sahaja. Arsenal patut diletakkan kembali ke tempat asalnya dan ia hanya satu iaitu di atas.Gua tak kisah tunggu berapa lama cuma apa yang penting Arsenal itu sudah class pada nama...

Agi idup agi mengGunners!!



Ahad, 13 Mei 2012

Vodcast : last game of the season + lagenda Pat Rice




Ulasan Bakal menyusul...


Selasa, 8 Mei 2012

Kit Baru Arsenal musim 12/13


Ahad, 6 Mei 2012

Tali hayat sekali lagi.

Untuk ke berapa kali musim ini, Arsenal diberi talihayat sekali lagi. Ketika keputusan seri semalam meletakkan Arsenal samar2 dan tidak lagi berada dalam driving seat untuk tempat ketiga dan terpaksa mengharapkan ehsan2 orang lain, pesaing2 seperti Newcastle dan Spuds pula drop points ini bermakna Arsenal kembali menentukan nasib mereka sendiri dalam perlawanan terakhir nanti. Walaubagaimanapun away game menentang West Brom adalah tugas yang genting, dan bagi pengurus2 pulak besar maknanya. Roy Hodgson pasti ingin memberi hadiah istimewa sebagai match terakhir sebelum mengambil alih skuad England manakala rekod 100% Wenger membawa Arsenal layak ke Champions league kini berada betul2 atas garisan. Dan siapa tahu mungkin dengan kejayaan menggondol FA Cup pasukan Chelsea dalam diam tak diam mengintai untuk cuba merampas kedudukan kerana kesemua pesaingnya minggu ini mempersia2kan peluang menjarakkan kedudukan. Apapun tiket masih sangat2 terbuka, Arsenal perlu menggunakan peluang sebaik mungkin COYG!!!!!!!The Hawthorns sedang menunggu untuk aksi lebih dari 100% sebagai jaminan..

Agi idup agi mengGunners!!


Post Match : Mengapa perlu biarkan orang lain tentukan nasib kita?

Mungkin pemain terlupa akan ini adalah home game terakhir musim ini, dan kemungkinan  game terakhir pat rice sebagai orang no2 Wenger, serta terdapat lap of appreciation dia akhir match, kalau tidak masakan mereka mampu membiarkan Norwich kembali untuk mengikat kedudukan dan memaksa result berakhir dengan 3-3 sekaligus meletakkan tempat ke UCL tahun depan kini bergantung pada pasukan2 lain seperti Spuds dan Newcastle.

 Segalanya nampak seaakan2 hari Arsenal apabila seawal minit kedua Yossi melencongkan bola cantik setelah cut in dari sebelah kiri. Patut gol awal tersebut bagi kita lebih secure tapi lain pulak jadinya, menggelabah semacam midfield tak pressing, game sangat open. Bagi neutral memang syok la tengok game yang saling bertukar arah dan aksi yang tak berhenti2 dari sepak mula hingga ke wisel penamat tapi bagi kita peminat Arsenal yang desperate akan kemenangan ini pasti sakit jantung dibuatnya.Gua tak mampu berkata apa, kelu sebaik sahaja gol penyamaan pertama masuk, shocking daripada standard Szczesny tapi defend kita ternyata switch off. Sekali lagi high line defense memakan diri ketika hanya Gibbs dan Koscielny sahaja nampak berusaha untuk halang counter attack ketika Rosicky Song dan Ramsey hanya kelihatan berlari2 anak.Pathetic determination. Yossi pun tak dapat menyembunyikan sifat ala yahudi zionisnya cuba mengulangi aksi Beckham di piala dunia 98 yang menyepak kaki pemain lawan, hanya terselamat pengadil tak nampak akan insiden tersebut.Kalau tak main 10 orang pasti lebih menyukarkan.Nak melambah lebih perisa, Sagna mengalami kecederaan dan di akhir pos match interview, Wenger mendedahkan musim dan mimpinya untuk Euro sudah berakhir akibat patah fibula.Kaki yang sama dalam semusim.Pergh...ini dasyat. Coquelin masuk namun tak pasti mana kelibat Jenkinson ,RB cover kita.

Separuh masa kedua kita terus mengasak dan mengancam tapi peluang2 terhidang disampahkan begitu sahaja. RVP, Rambo,Song, Yossi masing2 dinafikan peluang oleh ketangkasan Rudy dan block dari pertahanan.Seperti aku cakap tadi game terlalu open, Norwich jugak tak terlepas dari melakuakn sebarang percubaan dan mereka nampak tajam bila moving forward.Mael dan Kos beberapa kali tertipu dek gerakan2 Holt dan Jackson.Szczesny selepas kebadutannya di 1st half nampak mentally masih tak berada dalam game, nyaris terhukum apabila clearance nya berjaya dihadang pemain Norwich mujur ia kembali ke kakinya.Arsenal cuba inject urgency dan pace dengan membawa masuk Chambo menggantikan pemain pilihan pengkritik, Rambo.Chamakh juga dimasukkan untuk ganti Yossi. Chambo beberapa kali memberi ancaman dengan larian2 di sebelah kanan , ini menghidupkan imbangan di sebelah kiri dengan Gervinho lebih mengancam di separuh masa kedua. Pad aketika ini gua dah nampak gol akan datang. Ternyata tekaan gua tak meleset, RVP score 2 bijik untuk meletakkannya 30 gol liga musim ini, rekod Thierry henry ketika zaman invincible. Sebijik lagi untuk menyamai rekod liga yang dipegang Alan Sherer dan Ronaldo . Tapi kejayaan peribadai takkan bermakna apa2 jika pasukan gagal mencapai target sepatutnya. 5 minit sahaja lagi untuk Arsenal pahatkan cengkaman di tempat ketiga, Morisson menyamakan kedudukan untuk spoiled mood Arsenal dan segenap ruang Emirates.Pemain saling berpandangan antara satu sama lain.Susdah2 score goal tapi senang2 lepaskannya.Itulah gua cakap, setiap kali kita score kita pulak yang nampak gugup, tak close down, tak pressing, tak control possession. Arsenal perlu menyalahkan diri sendiri.

 Tanpa Arteta, tengah kita bagai pincang. Arteta adalah arkitek yang tahu bila mana perlu lajukan tempo, slowkan tempo bila mana perlu attack bila masa patut ajak rakan2 cover defend. 4 game berturut2 tanpa sebarang kemenangan, kesemuanya tanpa kelibat Arteta. Masalahnya pemain2 lain yang mengisi tidak mampu step up. Rambo kelihatan awol sepanjang diberikan peluang. Song teragak2 tanpa freedom,tak tau boleh atau tak dia nak bantu ke atas ketika defend memerlukan figure yang boleh cover depan back 4. Gol terakhir Norwich jugak berpunca dari kelekaannya yang melepaskan possession.Dia kahir perlawanan Arsenal ada strong claim untuk penalti tapi pengadil sekali lagi menggunakan kuasa veto untuk menafikan. Paul Lambert hanya memberi alasan "Gervinho offside at the 1st place" Gua ingat dia pun nak claim untuk penalti yang tak dapat di separuh masa pertama.

Hanya stadium yang separuh penuh dengan penyokong2 setia menunggu untuk menyambut penghargaan daripada para pemain. Ramai yang bergosip propaganza bahawa ini mungkin lambaian terakhir RVP sekiranya benar, kita gagal ke UCL musim depan. Gua dah cakap, kalau kita tak mampu menang 2 game terakhir ini mengikut status dan kelas kita, kita perlu pikir balik adakah kita benar2 layak untuk berada di kejohanan elit tersebut. Sekarang ini nasib Arsenal tidak terletak di tangan sendiri dan gua benci apabila ia terpaksa ditentukan oleh result pasukan lain lebih2 lagi jiran rivalry kita sendiri yang bersungguh2 nak menafikan St Totteringham Day untuk musim ni. Ini mungin adalah wake up call, ada hikmah. Mungkin bahana badi 7 tahun ini akan lupus sesudah kita rebuild balik team ini dari akarnya, mungkin sudah tiba masanya kita merangkak kembali dari bawah dan berpijak di bumi yang nyata.COYG!!

Agi idup agi mengGunners!!


Jumaat, 4 Mei 2012

Baki 2 game yang menentukan..

Esok adalah perlawanan yang ke 900 Arsenal di bawah Arsene Wenger dan perlawanan liga ke 599 bertemu Norwich City ini sangat penting dalam mempertahankan rekod top 4 sepanjang 15 tahun beliau mengemudi Arsenal.Ia menjadi lebih mustahak dan wajib menang apabila Newcastle dan Spuds semalam masing2 melengkapkan game yang tertinggal dengan kemenangan. Paling bergaya, Newcastle , menundukkan satu lagi pencabar Champions League spot, Chelsea di tempat lawan. Ini membiarkan Chelsea ketinggalan 5 mata di belakang Arsenal manakala Spuds dan Newcastle sendiri masing2 1 mata mengharapkan ketergelinciran kita. Ketika Premier League masih belum ditentukan pemenangnya, baki 2 game ini jugak adalah teka teki bagi 2 atau 1 tempat lagi untuk ke UCL musim depan. Arsenal berada dalam driving seat untuk ke tempat ketiga jadi gunakan sebaik mungkin kerana tempat keempat pun masih belum terjamin sekiranya Chelsea mampu ikut jalan belakang, FA dan UEFA pasti akan berdiskusi mengenai jumlah sebenar wakil England yang dibolehkan. Musim 05/06 FA berjaya berkompromi dengan membenarkan 5 pasukan bertanding di UCL namun Everton gagal ke peringkat kumpulan terkandas di kelayakan.Real Zaragoaza pernah satu ketika mendapat tempat keempat pada musim 99/ 2000 ketika tempat kelima Real Madrid berjaya memenangi Champions league tahun tersebut, namun Zaragoza hanya diberikan slot ke Piala UEFA(sekarang Europa) dan Real merampas tempat tersebut atas kapasiti juara bertahan. 2 game terakhir ini penting buat Arsenal.

Esok kita yang akan mulakan kick off minggu ini seawal 745pm waktu Malaysia. Kehadiran Lukas Podolski sebagai 'pancingan awal' buat pemain seperti RVP dan Theo untuk sign kontrak lanjutan tidak akan bermakna sekiranya Arsenal melepaskan peluang dan terkeluar daripada saingan top 4. Lebih perit lagi jika tiada St Totteringham's Day untuk musim ini buat pertama kali sejak musim 94/95. Arsenal boleh menyambutnya paling awal Ahad sekiranya menang esok mankala Spurs tewas di Villa Park. Dan sekiranya Newcastle pulak seri atau tewas kepada Manchester City, dan Arsenal menang, top 4 bagai sudah terjamin dengan perbezaan gol yang jauh ke depan.Sekiranya Arsenal menang jugak ini bermakna pertama kali Arsenal mendahului Chelsea sejak kali terakhir 03/04 di mana kita memenangi gelaran liga terakhir kita. Itulah penting nya menggunakan kelebihan di gelanggang sendiri, Arsenal wajib menang! Kerana tugasan besar menanti ketika game terakhir. Kita pasti akan disukarkan dengan aksi all out daripada Roy Hodgson  yang ingin menutup sementara CV peringkat kelabnya dengan noktah cemerlang sebelum menerajui England ke Euro. Dan perlantikan Hodgson sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada Spuds apabila jurulatih wannabe England yang tak jadi itu, Harry Redknapp dah boleh kembali fokus untuk Spuds. Lihat sahaja sebaik sahaja media darling ini menjadi pilihan untuk kerusi panas ditinggalkan Capello, angan2 mat jenin nya terbawak2 sampai pasukan sendiri seakan terabai dan Spuds tak perform .FA patut tunggu lagi 2 match lagi sebelum buat announcement. Huhu

Kita dilihat pilihan dengan baki perlawanan bertemu pasukan yang tidak berkepentingan berbanding Newcastle harus bertemu pencabar liga City manakala Spuds bertemu Villa yang berhempas pulas nak keluarkan diri dari zon penyingkiran dan jugak Chelsea bertemu musuh utama Liverpool. Tapi jangan syok dan overkonfiden sangat. Gol penting adalah awal untuk elakkan gubra dan pressure. Masuk 2nd half jika masih tak dapat score2 itu dah boleh tambah konfiden pihak lawan.Arsenal perlu mengulangtayang persembahan 2nd leg bertemu AC Milan dengan nawaitu menyerang dari awal. Suatu yang sukar adalah Paul Lambert sukar dijangka formasinya.Beliau suka rotate dan mengubah2 ikut keperluan dan berdasarkan taktikal lawan. Tak hairan jika dia menggunakan modus operandi yang sama iaitu pack kan midfield, kasi arsenal frustrated, tutup wide area dan coutner attack. Pemain2 yang harus diberikan perhatian seperti penjaga gol mereka Rudy, penyerang mereka Holt dan Morisson serta ayam tambatan Pilkington. Sorakan penyokong adalah perlu dan wajib ketika ini. Mereka, pemain memerlukan kita sama sepertimana kita memerlukan mereka untuk menang bagi pihak kita!

Agi idup agi mengGunners!!


Selasa, 1 Mei 2012

Post Stoke + Podolski


Bagai ada sesuatu yang tidak kena dengan persembahan Arsenal sejak kebelakangan ini bukan sekadar result, tapi kita dah drop 7 point dari 3 game dan itu tidak membanggakan. Mungkin setelah kalah dengan Wigan, 'ok kita boleh menang atas Chelsea, menang big game dah tentu akan lift up mood kita' tapi akhirnya seri dan kemudian, 'ok kita akan menang di Stoke' , tapi akhirnya sekali lagi seri, dan kemudian 'ok kita akan menang 2 game terakhir'. Bukanlah gua nak menidakkan keyakinan tapi kita mestilah ada usaha dan tunjukkan urgency jika tidak konfiden itu hanya overkonfiden semata2, menumpang pada result2 pasukan lain. Sampai bila kita perlu mengharapkan kegagalan pada pasukan2 seperti Spuds, Newcastle dan Chelsea. ketiga2 mereka masih ada kekurangan satu game dan jika mereka berjaya mendapatkan mata penuh, beza mata yang tinggal hanya menambahkan keresahan jika kita tidak dapat buat yang sepatutnya ketika bertemu Norwich Sabtu ini. Mereka sedang mencucuk2 rapat kita. Chelsea berjaya mengubah nasib mereka dari hopeless season kepada satu yang boleh diperkatakan apabila menempah 2 tiket final. Sedangkan tempat keempat kini pun masih belum menjamin tempat ke UCL  sekiranya Chelsea terkeluar dari bigfour tapi masih mampu menjulang piala telinga besar.Semuanya atas budi bicara FA yang menentukan perwakilannya. Newcastle, tak ada siapa menjangkakan mereka boleh pergi sejauh ini , game bertemu City adalah satu yang ditunggu2. Selepas keputusan awall pagi tadi, apa jua resultnya ada implikasi besar terhadap kedudukan table. Spuds pulak bagai sudah jumpa tonik setelah teka teki spekulasi masa depan Redknapp terjawab sesudah dia di snub dari posisi Pengurus England ketika Trevor Booking dan FA memilih option yang lebih berpengalaman dalam peringkat antarabangsa dalam Roy Hodgson. Sekurang2nya gua tidak perlu menyorak untuk orang yang menjengkelkan summer nanti.

Jadi apa yang tidak kena sebenarnya di Britannia. Memang diakui tempat yang sukar, dan satu mata boleh dilihat sebagai cukup makan kerana City dan United juga hanya mampu seri manakala Spuds tewas. Cuma yang membengkekkan kita ada peluang menang tapi tak ambil peluang tersebut. Lebih mengecewakan, kita bolos dalam 1st shot on goal mereka, pertahanan bagaikan tertidur dan fizikal Crouch masih menghantui.Arsenal cuba match fizikal dengan lawan secara teknikal. Itu sebab Yossi Rosicky punya pengalaman sangat penting. Dan akhirnya Rosicky berjaya mencipta gol pertama melalui cross bijak untuk disudahkan oleh RVP, gol ke 28 nya musim ini tapi pertama dalam 3 perlawanan terakhir. Bila dah score equaliser, Arsenal in control, Stoke ntah hape2 dengan lontaran mengarut mereka dan tuala yang tak pernah kering. Mael Kos beraksi baik untuk melimitkan ancaman2 dari long ball.Sekurangnya satu keputusan yang menafikan penalti pada Yossi boleh dipertikaikan ketika jelas kelihatan dia dibentes dari belakang. Kepulangan Rambo ke Britannia jugak kurang disenangi oleh penyokong tuan rumah yang boo tak habis2. Ini gua tak paham,mana perginya humanisasi ketika dia mengalami trauma hampir hilang kaki di sini mereka masih lagi mahu back up palyer mereka, back up player ok tapi apa salahnya dengan Rambo?!! lack of class betul, terutama ketika mereka kelihatan mengejek dan mengajuk kelibat frustration Wenger. Mereka nampak puas hati dan gembira dengan satu point, pitty Stokian.

Gua pikir Wenger nak ambil kesempatan ketika midfield kita boleh control game kerana Stoke tidak mengancam selain dari mencuba melalui set pieces. Dalam hati gua berkata mungkin ini masa sesuai untul unleash Chambo sebagai senjata pace kerana kita awal2 lagi ketiadaan Theo. Namun sebaliknya Wenger memilih untuk lebih fizikal dengan memasukkan Diaby, kemudaian Chamakh dan lastly Santos. Arsenal sekali lagi tak ada fluency dan urgency.Tak ada pemain yang boleh menimbulkan percikan bara untuk penyalaan api perjuangan. Ada benarnya Wenger berkata mungkin kita terlalu bergantung harap pada RVP, inilah akibatnya, jika service tak sampai kepadanya, kita masak. Gervinho dan rakan2 lain harus sedar dan kongsi tanggungjawab tersebut. Norwich di Emirates rata2 menggap ia automatik 3 mata manakala game di WBA adalah tumpuan. Jangan tersilap, itu yang kita katakan apabila Wigan hadir ke Emirates tapi apa yang berlaku mengejutkan semua maka oleh itu Arsenal perlu profesional dalam melayan setiap pasukan tak kira home atau away. Ini adalah game umpama final, 2 final game yang penting tak kira apa status dan history lawannya..

Nampaknya Arsenal sudah kelihatan agak serius dalam melakarkan pelan cabaran musim depan dengan secara sahnya telah mengikat Lukas Podolski dari kelab yang tengah bergelut dalam Bundesliga, FC Cologne. Mula2 gua ingat ia sekadar rumors tapi lama kelamaan tanpa sebarang penafian gua dapat rasa ada sesuatu di sebalik tabir yang sedang berlaku malah Wenger sendiri memberi statement dia memerlukan world class player untuk memacu perjuangan Arsenal. Dan sesudah sah kompom keluar di Arsenal.com maka dengan ini gua tidak segan silu mengisytiharkan Lukas Podolski adalah seorang Gooner! Ramai jugak yang cakap 'bintang bermusim' ini hanya gah ketika kejohanan2 besar seperti kejohanan Eropah dan PIala Dunia dan hanya menggunakan kisah buruknya di Bayern sebagai bahan ukuran. Tidak kurang ada yang kata dia hanya jaguh kampung, main untuk boyhood club Cologne baru nak menjadi. Biar apa pun orang katakan,sebelum dia menendang bola untuk Arsenal mari beri dia peluang. Reputasi dan rekodnya memberangsangkan dan Arsenal berada pada masa paling sesuai dan terbaik untuk menyambar penyerang terbuang ini untuk proses penjenamaan semula.18 gol dalam kelab yang tengah struggle musim ini 95 cap untuk Jerman dengan 43 gol antarabangsa 98 gol setakat ini dalam Bundesliga pada ketika usia berada pada waktu kemuncak 26 taun, mana lagi nak dapat option player dengan hara 11M sebegini?? Ini bakal value buy untuk Arsenal percayalah. Dan ini boleh menjadi tarikan untuk RVP agar kekal di Emirates, kita memerlukan pemain berkaliber seperti Podolski tapi kita lebih memerlukan pengalaman dan pimpinan RVP untuk membawa Arsenal kembali ke level yang sepatutnya setelah 7 tahun berada dalam mode gergasi tidur.
Podolski telah berseteuju dengan kontrak jangka masa panjang dengan Arsenal dan kalau tidak ada aral melintang, mungkin kita boleh menjadi antara yang perma menyaksikan kelibatnya secara live ketika kunjungan mereka ke Bukit Jalil semasa pra musim nanti!! Selamat datang Lukas Podolski




Biography
Full name: Lukas Josef Podolski
Date of birth: 04/06/1985
Place of birth: Gliwice, Poland
Height: 5 ft 11
PREVIOUS CLUBS
2002 - 2006FC Cologne
2006 - 2009Bayern Munich
2009 - presentFC Cologne


OVERALL
AppearancesGoalsGoals per game
FC Cologne176810.46
Bayern Munich55170.31
Germany95430.45
2011/12
AppearancesGoalsGoals per game
FC Cologne30180.6
Germany930.33
2010/11
AppearancesGoalsGoals per game
FC Cologne34140.41
Germany2280.36
2009/10
AppearancesGoalsGoals per game
FC Cologne3130.1
Germany840.5
2008/09
AppearancesGoalsGoals per game
Bayern Munich2880.29
Germany19140.74
2007/08
AppearancesGoalsGoals per game
Bayern Munich2550.2
Germany111
2006/07
AppearancesGoalsGoals per game
Bayern Munich242
Germany1450.36
2005/06
AppearancesGoalsGoals per game
FC Cologne32120.38
Germany1280.67
2004/05
AppearancesGoalsGoals per game
FC Cologne30 (2. Bundesliga)240.8
Germany820.25
2003/04
AppearancesGoalsGoals per game
FC Cologne19100.53