Jumaat, 30 Julai 2010

Davor suker


Rabu, 28 Julai 2010

Pra Musim : SC Neusiedi 0 Arsenal 4

Bukanlah lawan yang begitu kompetitif tapi pertemuan menentang SC Neusiedi digunakan peluang sebagai medan menguji taktikal dan persefahaman disamping memberi pendedahan berguna bagi belia2 yang baru nak naik tocang mencuri peluang. Kesudahan perlawanan ini adalah 4-0 . Arsenal mendahului menerusi Theo Walcott, disusuli oleh JET, Chamakh membuka akaun melalui sepakan penalti, kemudian mat lob, Carlos Vela dengan sentuhan biasanya menghabiskan kemenangan Arsenal dengan penuh santai menjadikan rekod 100% malah tanpa bolos dengan 11 gol sepanjang pra musim ini.

Almunia,Nordveit, Koscielny, Johan, Gibbs, Wilshere,Nasri, Frimpong, Walcott, JET, Arshavin. Rosicky dikeluarkan dari senarai di saat2 akhir digantikan oleh Nasri.

Setelah pelbagai spekulasi yang melanda, Almunia start tetapi tidak banyak yang perlu dilakukannya untuk mengembalikan keyakinan Wenger. Sekali tertewas melalui sepakan sudut tapi lebih kepada tiada marking di kalangan defender, suatu masalah rutin yang kian menjadi 'tradisi' Arsenal, membimbangkan.Nasri berada di tempat yang betul pada masa yang tepat untuk mengeluarkan bola dari atas garisan.

JET dan Jack masing2 memberangsangkan dan begitu menggunakan peluang yang ada untuk memikat hati Wenger. Dengan larian2 licik dan kawalan kemas dari Jack,sayangnya tidak mendapat sentuhan jaringan bagi menambah confident nye.JET pula aku tak pasti posisi apa yang sesuai baginya tapi selepas persembahan yang penuh fizikal, aku rasa tempat seperti Diaby boleh diisikannya. Kedua2nya dikeluarkan pada separuh masa tetapi dimasukkan semula membuktikan Wenger mahu lebih lagi dari mereka. Musim yang penuh harapan bagi kedua2 wakil England ini. Dalam masa yang sama Frimpong turut mempamerkan mutu yang baik mengikut jejak langkah Alex Song.

Johan dikeluarkan seawal minit ke 30 digantikan oleh Mael.Tidak pasti sama ada kecederaan kecil mahupun langkah berjaga2 sebagai salah satu taktik Wenger kerana Johan baru sudah menamatkan 90 minit aksi sebelum ini. Kita sedia maklum dia melalui musim yang suram di wad musim lepas jadi harap tidak ada apa2 yang boleh mendatangkan syak setelah Campbell seakan pasti menuju ke Newcastle menjalani medical-suatu berita yang membuatkan Wenger tak senang duduk. Keluarnya Jozan bermakna Mael dan Koscielny dapat membina persefahaman antara mereka.

Chamakh masuk di separuh masa kedua berjaya mendapatkan sepakan penalti dan menyudahkan sendiri.Tapi yang tak bestnya dia juga concede sepakan penalti apabila bola free kick SC Neusiedi terkena tangannya. Vito Mannone yang berangan2 memasang impian menjadi number 1 di Arsenal boleh claim credit apabila berjaya menyelamatkan penalti mengekalkan clean sheet Arsenal.

Itulah serba sedikit daripada match yang berlangsung sebentar tadi.Misi berjaya di Austria. Hujung minggu ini 2 match Emirates Cup yang lebih kompetitif.AC Milan dengan penaja baru Fly Emirates dan Celtic-cuma kali ini sayang tanpa Eduardo. Tak sabar menyaksikan Emirates Stadium kembali penuh dengan sorakan dan emosi.Ayuh, teruskan mengGuners!!


Isnin, 26 Julai 2010

Perkembangan di Austria

Menjelang pertemuan persahabatan kembara Austria, menentang SC Neusiedl 1919 esok, para pemain giat menjalani sesi latihan.Pagi dan petang dengan latihan intensif sepakan percuma serta para pemain piala dunia kembali join rakan2 lain dalam sesi yang kedua setelah diasingkan dengan latihan fitness khas sebelum ini. Tak sampai sebulan lagi ni, tapi skuad kita masih pada pendapat aku 2 lagi signing sebelum mencapai tahap mampu bersaing.Sudahlah kita kehilangan Eduardo, Gallas , Silvestre, Merida tapi setakat ini hanya baru 2 signing.Janji Wenger adalah sebelum world cup, katanya masih aktif di pasaran tapi kesudahanna kita boleh jangka - jika Wenger tidak hadir dengan tambahan pemain, itu adalah perkara biasa. Bukan bersifat negatif tetapi itulah realiti, Arsenal hanya tinggal beberapa nama saja untuk melengkapkan kegagahan skuad.Inilah peluang untuk Wenger menebus maruah yang selama ini diperkotak katikkan.Aku juga tahu yang Wenger bukanlah bodoh dan tidak nampak akan kelompongan di bahagian pertahanan.Cuma adakah dia bersedia melabur walaupun sedikit atau terus mengambil risiko?10M utk Koscielny menghantar isyarat Wenger sedia berbisnes, tapi apakah 10M dilaburkan semata2 ingin melihat Kos di bangku simpanan atau dialah pilihan utama bergandingan dengan Mael musim baru ini.

Aku mengharapkan barisan esok dengan pemain2 yang beraksi di Piala Dunia berpeluang memperagakan aksi.Apalah gunanya pra musim jika barisan terkuat tidak diberikan peluang untuk bermain bersama mencari persefahaman. Namun, mungkin kita hanya akan mendapat gambaran lebih jelas tentang skuad Arsenal bila tibanya persaingan Emirates Cup hujung minggu ini.

Berita baik bagi seluruh peminat Arsenal di Malaysia kerana Astro akan menayangkan Siaran Langsung Emirates Cup di saluran Astro Super Sport 2 :

Club Friendly: Emirates Cup 2010
31/07 Celtic vs Lyon at 2055 (Live)
31/07 Arsenal vs AC Milan at 2315 (Live)
01/08 AC Milan vs Lyon at 2055 (Live)
01/08 Arsenal vs Celtic at 2315 (Live)


Ahad, 25 Julai 2010

Sol CamBest

Sol Campbell yang tengah asyik berbulan madu bersama bininya dikhabarkan akan memilih Arsenal di sebalik segala tawaran yang mendatang dari Sunderland Celtic dan beberapa kelab lain yang berminat. Ini pastinya berita melegakan buat Arsenal yang sudah kehilangan 2 orang berpengalaman di bahagian CB di mana Gallas dan Silvestre tamat kontrak dan tak terpikir akan beraksi bersama The Gunners lagi, mereka juga bukan popular di kalangan penyokong. Jika benar aku rasa signing Arsenal akan berakhir, malah sekali lagi keuntungan dalam kantong Wenger apabila berjaya mendapatkan pengalaman seperti Campbell secara percuma sekali lagi. Jika tiada signing pun(walaupun dilihat wajib dan perlu) aku seperti merasakan tidak akan ada muka baru dengan kick off di Anfield tak sampai sebulan lagi. Itulah perasaan berdasarkan Wenger yang aku kenali. Lebih2 lagi melihat Arsenal.Com meng'up'2kan Jozan  dan Nordviet baru2 ini. Aku rasa pengalaman Bundesliga Nordveit banyak membantu sekalipun di posisi RB. Jozan pulak mengalami musim yang penuh keederaan , tak tau la pulak apa keadaannya untuk musim ini, mental dan fizikal dah sedia ke belum untuk cabaran baru. Mael, Jozan ,Kos, Nordveit. . Dengan kehadiran Campbell, maka tutuplah cerita2 CB seperti Mertesacker atau Jagielka, 2 nama yang aku tak kisah jika diberiharapan untuk beraksi di Arsenal kerana kedua2 mereka mempunyai pengalaman, Jagielka di BPL manakala Mertesacker menunjukkan kekentalan di Afrika.Cuma harga yang berada di luar imiginasi. Mungkin terpaksa tanam 'Inception' di minda bawah sedar Wnger supaya dia terbuka hati.



Kes keeper agak pelik sedikit. Tiada no 1 di Arsenal katanya, namun apa2 yang keluar dari kenyataan Wenger jangan diterima bulat2, ingat sahaja baru2 ini kes Eduardo yang alih2 dijual pulak. Almunia tak turun ketika bertemu Sturm Graz, jangan syok sangat. Mungkin Wenger sengaja membiarkan seorang keeper untuk menemani sesi latihan khas mereka yang terlibat dalam Piala Dunia dalam masa yang sama membiarkan ketiga2 keeper yang lain bersaing menunjukkan bakat.Berita pasal Mark Schwarzer on off. Walaupun dia dah naik fed up dan menyambah dengan blunder2 dari Almunia, aku rasa Wenger belum bersedia memngambil risiko mempertaruhakn penjaga gol kurang berpengalaman seperti Manon dan Szczesny ketika dia berada pada musim yang kritikal untuk deliver. Walaupun gugup tapi dia cukup menyanjungi bakat yang ada pada Fabianski. Aku tak tahu apa yang dia nampak tapi apa jua benda yang dia nampak pada bahagian penjaga gol, dia pastinya tidak dapat menyembunyikan fakta bahawa terdapat satu lubuk besar pada posisi tersebut  yang menagih bakat2 world class setaraf dengan class Arsenal dan class penaga2 gol terdahulu.

Sementara itu berita baik buat Nasri kerana jika dia on form selalu seperti yang ditunjukkan dalam pra musim ini, namanya pasti tersenarai dalam askar pertama jurulaatih Perancis Laurent Blanc dalam pertemuan persahabatan bertemu Norway setelah France mengambil keputusan untuk menggantung kesemua pemain yang beraksi di World Cup akibat mogok bodoh teresebut. Tindakan bijak oleh Henry yang mengumumkan persaraan dari peringkat antarabangsa kerana berjaya mengelakkan diri dari terjebak ke dalam status 'digantung'. Berita ini pastinya baik juga buat Arsenal kerana Clichy , Sagna dan Diaby pastinya dapat berehat dan bebas dari sebarang risiko kecederaan ketika itu.RVP dan Fabregas akan kembali sharp untuk permulaan musim seawal September mengkiut perkiraan Wenger. Adalah sukar untuk mengharapkan sentuhan seratus peratus dari mereka yang beraksi sehingga 11 Julai di Afrika lalu.


Khabar dari Austria.




Jumaat, 23 Julai 2010

HAHAHAHA.. Spuds tetap di'ayam'kan Henry walau di mana jua dia berada

Gooner sejati bukan?? Dia masih ada sentuhan dan semangat NLD! lihat sahajalah sambutan gol pertamanya untuk New York Red Bulls.. Takde cara yang lebeh puas hati untuk buka akaun baru selain ke atas musuh lama yang poyo..Kah kah kah


Khamis, 22 Julai 2010

Eduardo Tribute



Pesanan akhir dari Eduardo Da Silva aka Dudu :

"Before I start a new chapter in my career with Shakhtar Donetsk, I just wanted to send a message to all my friends at Arsenal.

"The past few days have been very emotional for me. Although I am excited about the challenge ahead with my new club Shakhtar Donetsk, I am so sad to be leaving my home for the past three years - Arsenal Football Club.

"Arsenal is a very special football club and I will miss so many people - my team mates, all the staff and of course, the wonderful Arsenal supporters.

"I would just like to thank everyone for your support during my time at Arsenal. When I first came to England, I could not speak the language and knew nobody, but as soon as I arrived I was made to feel at home and part of this big family. Also, I want to say thank you to the Arsenal supporters  - you have been fantastic to me and always sung my name and I will never forget this.

"I had some very difficult times with my injury, but Arsenal was always there for me - the medical staff, the management, the players and the supporters. Thank you everybody.

"Although I have now left the Club, Arsenal will always be in my heart. I will always look for the Arsenal results and of course, I wish Arsène Wenger and the great players at the Club well for next season and the future."


Kesedihan Wenger :

"I believe he is at the stage where he has to play and we could not guarantee him that time,That is why [I allowed him to leave]. I believe he has another opportunity now. But it makes me sad twice - because it reminds me how he got injured and because he is an outstanding guy. We wish him well but he is 27 years of age now and he needs to play."

Sedih, terharu dengan semangat untuk kembali yang dimiliki oleh Dudu.Semoga berjaya kembali menjadi pemain yang berbisa seperti yang diimpikan walaupun jodohnya bukan dengan Arsenal tak kisahlah di mana jua dia berada, good luck Eduardo.Harap kita dapat bertemu lagi dalam football matches, di mana Eduardo akan kembali semula ke Emirates , pastinya sambutan terhormat akan diberikan. We'll miss u Eddie, ..vacancy for number 9...


The Nasri Show : Arsenal 3 Sturm Graz 0


Rabu, 21 Julai 2010

RVP10, CV11

Pemergian Gallas dan Silvestre akhirnya disahkan secara rasmi.Beberapa hari selepas interview bersama Wenger yang mengatakan kedua2 mereka akan menandatangani kontrak di tempat lain, Arsenal.com lantas mengeluarkan nama mereka daripada senarai pemain. Namun begitu situasi Campbell masih lagi di awang-awangan bak kata Wenger 'no man's land'. The Soul yang baru mengakhiri zman bujangnya telah ditawarkan lanjutan kontrak tapi minat yang pelbagai daripada bermacam2 kelab membuatkan dia masih belum membuat keputusan.Aku rasa kehadiran seorang lagi CB bergantung pada situasi ini.

Sementara itu sepeninggalan Gallas, RVP akhirnya berjaya mewarisi nombo yang ditinggalkan oleh lagenda Arsenal malah mentornya sendiri DB10. Nampaknya nombor 10  menemui tuannya yang baru dan memang padan dan kenalah dengan ciri2 yang dimiliki oleh the flying dutchman ini.Bukan apa. alu perl akui agak janggal sebenarnya pada mulanya Gallas seorang CB menyarung nombor mahal seperti 10 tersebut.Harap RVP boleh meniru jejak langkah Bergkamp untuk terus kekal di Arsenal sehingga ke penghujung kerjaya. Carlos Vela jugak  berpindah nombor daripada 12 naik satu anak tangga mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh RVP, jersey no 11 kini miliknya.Ini mungkin satu tanda dia akan diberi peluang lebih beraksi dalam 11 orang di padang. Aku harap musim ini Carlos Vela betul2 sudah bersedia. Namun masih ada satu kekosongan, siapa yang akan memakai jersey no 9-sumpahan yang masih belum berakhir.huhu. Dudu semakin hampir meninggalkan Arsenal, sekali lagi namanya tiada dalam senarai 27 pemain ke Austria, sayang , aku harap ada la match terakhir buat Dudu seeprti mana Toure musim lepas sempat bermain dalam pra musim. Jurulatih Crotia , Bilic telah mengesahkan perpindahan Eddy ke Donestk dan Eduardo dilaporkan telah lulus medical.Tinggal beberapa perkara dan kertas kerja perlu diselesaikan sebelum berita sedih ini dimaklumkan pada umum.

Skuad Arsenal berada 10 hari di Austria untuk pra musim.Malam ini bertemu SK Sturm Graz.Para pemain yang beraksi di Afrika telah kembali menjalani latihan di Arsenal, Sagna, Clichy,Diaby, Eboue, Vela, Song kecuali Fabregas dan RVP10 yang diberikan rehat lebih sedikit. Denilson tidak turut serta dengarnya akibat kecederaan begitu juga Bendi.




Isnin, 19 Julai 2010

Wenger : Dudu , kini dan selamanya... tapi??


Kalau ianya benar, ia sesuatu yang menyedihkan tetapi direstui dengan penuh hormat. Ketika baru beberapa hari lepas Wenger keluar menyatakan Eduardo masih lagi berada dalam perancangannya, namun penarikan namanya pada saat2 akhir daripada senarai skuad bertemu Barnet menceritakan sebaliknya. Eddie atau nama gelarannya Dudu dikatakan dalam perjalanan keluar dari pintu Emirates demi kerjaya yang lebih berpeluang bermain yang dijanjikan Shaktar Donetsk.Ini sekali lagi membuktikan anda boleh dengar kata2 Wenger tapi percaya? jangan.Rumors mengatakan kelab Ukraine tersebut menawarkan 50k seminggu dengan bayaran perpindahan yang dikatakan 'telah dipersetujui' antara kedua2 kelab sebanyak 7M. Aku sangat bersimpati akan perjalanan kerjaya Eduardo dan aku sebenarnya berharap dia akan berjaya di Arsenal. Dia seorang yang class, preofesional, tak banyak komen, seorang pekerja yang baik.Ada potensi, nampak sinar harapan untuk berkembang dalam EPL sebelum kakinya disauk oleh si bangang Taylor.Dengan kehadiran Chamakh dan Bendi telah medahuluinya dalam senarai pilihan, mungkin tidak sukar untuk Eduardo membuat keputusan yang terbaik buat dirinya.Mungkin juga Wenger rasa baik buat Arsenal, memberi peluang kepada Carlos Vela untuk tampil, siapa tahu Walcott mungkin juga ada rezeki main atas untuk musim ini, posisi asal seperti yang digembar gemburkan oleh Wenger selama ini. Walaupun berita baik seperti 'Arsenal belum ada Nombor 1' yang memberi harapan kepada signng keeper baru, tapi berita pemergian Dudu yang jika benar ini, suatu yang lebih menghampakan gua sebenarnya.Sekalipun, Henry sanggup kembali sebagai waterboy.


Ahad, 18 Julai 2010

Kempen Pra Musim dibuka dengan kemenangan.



Arsenal membuka kempen pra musim dengan memberi pengajaran berguna buat Barnet 4-0.Koscielny start nampak solid, sementara Chamakh hanya diturunkan di separuh masa kedua.Beberapa sentuhan menarik daripada bintang morocco ini membuatkan kita tertunggu2 lagi apa sumbangannya dalam musim yang panjang ini. Akibat streaming yang lembab dan hanya smooth di 10 minit yang terakhir aku tidak berapa boleh mengulas tapi nampak gayanya Arsenal mendominasi permainan dengan possesion Wenger ball. Arshavin membuka tirai jaringan seawal minit kedua dan Jay Smpsons mendapat 2 bijik sebelum Nasri yang menyarung armband di separuh masa kedua menambah gol hasil kesilapan budak sekolah dariapda pertahanan Barnet. Wilshere, Lansbury dan Frimpong masing2 impressive. Begitu juga Nordveit yang start di bek kanan. Gibbs nampaknya lebih menyengat dan kemas berbanding Traore. Walcott masih laju seperti biasa. Namun begitu misteri menyelubungi kem Arsenal apabila Eduardo dan Almunia tidak tersenarai pada hari perlawanan berbanding senarai asal, ini sekaligus menimbulkan tanda tanya tentang masa depan mereka. Jadi kemenangan yang bagus untuk skuad Arsenal sebelum Rabu ini bertemu SK Sturm Graz.


Sabtu, 17 Julai 2010

Pra musim : Arsenal vs Barnet

Hidangan yang mnyelerakan akan bermula jam 11 malam ini. Setelah disajikan dengan bola sepak antarabangsa yang agak predictable, barulah bermulanya kembali persaingan di peringkat kelab dengan Arsenal bakal sepak bola pramusim malam ini menentang skuad Barnet di Underhill. Perlawanan yang semakin jadi tradisi dalam kempen pra-musim. Marwan Chamakh dan Laurent Koscielny akan menjadi tumpuan, diberi peluang untuk debut dalam jersi baru Arsenal. Campuran muka2 berpengalaman dan pelapis akan diuji oleh skuad pimpinan Mark Stimson. Stimson berbesar hati kerana skuadnya diberi peluang untuk diuji oleh barisan Gunners, dia akan memastikan Barnet memeberi saingan sengit tapi dengan penuh profesional- ia hanyalah perlawnan persahabatan, tak perlu nak ganas2.

"The main thing is no injuries, that is the biggest thing in pre-season and I'm sure it is the same for Arsenal.It is a friendly and, although all games are competitive, my boys will certainly be told not to go out in any way, shape or form and try and put a player out for any period of time. We really do appreciate clubs like Arsenal coming to us and playing us in pre-season friendlies and we don’t want to build a bad relationship with a badly-timed tackle or something like that.We will try and compete with Arsenal on the day but that is going to be a massive ask."
Suatu yang sedap diedengar. JAnganlah ada lagi Mat Taylor mahupun Shawcross  kerana bola sepak lebih aman tanpa mereka. Seramai 22 orang telah dipilih untuk perlawanan pertama.

Manuel Almunia (GK)
Andrey Arshavin
Nacer Barazite
Marouane Chamakh
Johan Djourou
Craig Eastmond
Eduardo
Jay Emmanuel-Thomas
Lukasz Fabianski (GK)
Emmanuel Frimpong
Kieran Gibbs
Conor Henderson
Laurent Koscielny
Henri Lansbury
Ignasi Miquel
Samir Nasri
Havard Nordtveit
Tomas Rosicky
Armand Traore
Thomas Vermaelen
Theo Walcott
Jack Wilshere

Selain 2 orang signing baru, aku nak tengok bakat Englishmen seperti Lansburry, Wilshere , Gibbs dan Walcott menggunakan peluang . Lansburry telah menunjukkan sedikit kemampuan beraksi di peringkat tertinggi di akhir musim lepas dengan persembahan yang meyakinkan. Begitu juga Wilshere yang mengutip pengalaman berharga dengan Owen Coyle di Bolton.Katanya mereka mahu pinjam lagi tapi Wenger keberatan untuk melepaskannya musim ini. Kekosongan sementara yang ditinggal oleh Ramsey pasti menjadi rebutan. Walcott pastinya berapi lagi2 disisihkan dari kapal terbang ke Afrika, yang akhirnya dia mungkin lega tidak turut campur bersama badut2 yang mewakili England ke sana. Ia pastinya make or brake bagi pemain2 seperti Barazite dan Armand Traore sama ada mereka boleh menembusi ataupun merit mereka hanya sekadar menjadi 'Merida'. Persaingan di bahagian CB menarik. Wenger sedang mencari ramuan menarik dengna pelbagai eksperimen dijangka digunakan sepanjang pra musim. Mael, Kos, Johan, Nordveit dan seorang lagi catalan, Ignasi Manuel-harap semasa dia berpisah, dibeli Arsenal dulu,dalam kontraknya tertulis, 'talak 3 dengan Barca'- satunya2 cara kelab Spanyol itu tidak mengulangi drama ini akan datang.Oh.. kenapa aku masih menulis tentang ini, niat di hati taknak sentuh.Ok, fokus untuk malam ini.

Kita masih bergantung pada penjaga gol yang kedua2nya menjadi suspek utama musim lepas. Wenger masih menginginkan seorang lagi, namun posisi defensive itu masih rahsia. Aku bajet malam ni ada spiderman2 terbang beraksi berani mati bagi menyelamatkan kerjaya masing2 yang semakin 'tick tock tick tock' di Arsenal. Injury prone, Rosicky dan Eduardo akan cuba membalas kepercayaan Wenger. Bendi out, RVP belum balik, Eduardo mungkin akan berpeluang bergandingan dengan Chamakh dan Arshavin disokong oleh Nasri dan Walcott.  Aku tahu pasti akan ada braisan campuran, cuma aku mengharapkan kita kembali pada 4-4-2 yang lebih stabil  dengan barisan kemungkinan seperti :

-----------------Almunia-----------------
Eastmond----Mael---Kos--------Gibbs
Walcott------Nasri--Lansburry--Rosicky
-----------Arshavin---------------------
----------- -----Chamakh--------------

Kalau musim lepas aku melanggan Arsenal TV Online tapi telah pun menamatkan langganannya dengan alasan yang akuberikan kepada mereka steraming tersekat2.Aku tak pasti sama ada berbaloi untuk aku menyambung kembali atau pun mengharapkan ada siarang langsung dari sumber2 lain.Aku jumpa satu, harap2 ia boleh dipakai. Arsenal vs Barnett live streaming. Tahun lepas kita hanya mampus seri 2-2.Jangan mernharapkan keputusan kerana apa yang penting adalah pembinaan persefahaman dan taktikal di kalangan pemain. Hanya selamat terhibur sahaja dengan kembalinya aksi Arsenal!!


Rabu, 14 Julai 2010

Bahang Pra Musim 10/11


3 hari lagi sebelum sepak mula pertama pra musim bertemu Barnett. Pemain2 telah mula kelihatan di padang latihan kecuali mereka yang terlibat dalam Piala Dunia.Ada antara mereka yang memerlukan rehat lebih lama, RVP dan Fabregas tentunya, jangan lupa Vela dengan penerbangan 'berhari2' nya setiap kali jika terlibat dengan perlawanan bersama Mexico, juga para permain yang terpaksa menemui pakar telinga dek kereana kehingaran Vuvuzela di Afrika.  Piala Dunia telah berakhir, maka lenyaplah sudah hiburan seketika yang mengisi kekosongan summer ini, suatu edisi yang boleh menarik yakni boleh diperceritakan tetapi yang bukan diharapkan. Namun tamatnya Piala Dunia bermakna bermulanya kembali kehangatan transfer dengan tumpuan untuk musim ini tak habis2 dengan cerita Fabregas, minta maaf tapi memang tak boleh nak lari.


Aku tahu masih ramai peminat Arsenal yang cukup berang, menyampah dan terasa akan lawak bodoh kurang bermoral dari Barcelona terutama presiden dan segelintir pemainnya. Dan yang tengah hangat sekarang ini adalah kes wakenabeb sarung jersi barca tak lain dan tak bukan Pique dan Tarzan adalah dalangnya. Yang pelik apa kejadahnya Reina perlu campur tangan di situ, oh dia terlalu bimbang akan perlunya menghadapi on form Fabregas di match pertama nanti jadi beriya2 mahukan perpindahan ini menjadi realiti rupanya. Aku akui, ia sangat menjengkelkan, tak kurang juga kerja2 bodoh itu meng'spoil'kan kemeriahan sambutan tersebut. Bertambah bodoh kerana ia dilakukan oleh dua pemain Barca di hadapan ratusan ribu warga Spain di Madrid.Ya, di Madrid dan jika bukan semua, majoritinya pasti muak dengan perangai pemain dari kelab rival mereka.Dan bagi Arsenal, ok kita terima, ia adalah lawak jenaka dari mereka yang kurang akal walaupun ia suatu yang jelas tidak menghormati, kita tak harap pun individu2 yang tiada kehormatan diri untuk menghormati orang2 lain.Buatlah macam mana pun, tapi jangan lupa, ada ubi ada batas, ada duit pun tak boleh nak beli Fabregas. Arsenal yang 'control game' sekarang. Gunalah taktik keji dan kotor mana pun, gunalah media sebagai tali barut, FIFA dan UEFA sebagai boneka tapi kontrak jelas termaktub Fabregas masih terikat dengan Arsenal untuk jangka masa lebi lama, kuasa di tangan Arsenal. Gua respect cara Arsenal dan Wenger menghandle kes ini dengan memberitahu awal2, tiada intensi pun nak menjual Fabregas walau dengan berapa harga- itupun masih ada muka2 tembok duk datang meminang.


Dalam kes transfer saga ini tidak boleh jugak nak menyalahkan Fabregas sepenuhnya kerana berdiam diri.Kita tidak tahu keadaan sebenar di  belakang tabir. Ini mungkin taktik terbaik dan ada arahan dari Wenger agar Arsenal dan Cesc sendiri stay cool ketika Barca menggelabah beruk terhegeh2. Fabregas berdiam diri mungkin kerana jika secara terang2 menolak tawaran barca sebelum atau ketika piala dunia, mungkin nasibnya dalam skuad barca B atau Spain lebih teruk daripada apa yang dilihat, mungin tak dapat peluang langsung untuk bermain akibat tekanan dan hasutan daripada pengaruh barca dalam skuad Spain dan bagaimana pula jadinya denga Fabregas dalam bilik persalinan, pastinya lebih tertekan terpaksa menghadapi perangai2 busuk rakan sepasukan setiap hari. Di akhirnya, kita mendengar Piala Dunia ini didekasikan khas untuk Arsenal dan betapa bangganya dia menjadi pemain Arsenal namun bagi Rosell, Puyol dan Pique itu tidak cukup. Fabregas perlu 'dibogelkan' dengan sarungan jersi buruk yang pernah dipakai oleh Petit, Overmars, Van Bronckhorst, Sylvinho, Hleb , Henry. Terpaksalah kakaknya bertwitter mempertahankan adiknya, bapanya pula kerluar mempertahankan anaknya malah Fabregas sendiri yang berasa serba salah berharap perkara itu tidak diperbesar2 kan. Baiklah, Ia tidak akan diperbesarkan tapi Barca sengaja secara tidak langsung telah memperbesarkan jurang kehormatan terhadap mereka.



Nampaknya Wenger telah kembali ke padang latihan sebaik pulang dari Afrika.Bolehlah kita menjgankakan banyyak lagi transfer rumors. Arsenal masih  lagi dalam pencarian terutama di bahagian defensive. Adakah posisi penjaga gol. Kita sedia maklum, Arsenal telah membuat bidaan rasmi kepada Fulham terhadap Mark Schwarzer tapi bid3M telah ditolak. Walaupun tidak menutup peluang untuk sebaragn perpindahan, Mark dan Fulham menafikan ada bidaan selanjutnya dan tiada medical pernah berlaku sepertimana digosipkan. Bid rasmi,  Ini sekaligus mengesahkan Arsenal sedang dalam proses pencarian the new Number 1- tapi tidak desperado. Wenger mungkin masih meneliti option Almunia untuk dipindahkan ke negara asalnya dengan Atletico berminat.Sementara itu Sebastian Frey yang digembar gemburkan bersama Arsenal setelah Fiorentina berhasrat mendapatkan Boruc juga telah dinafikan gosip tersebut oleh majikannya.Aku percaya dalam seminggu dua posisi ini akan diselesaikan oleh Wenger secepat mungkin. Berita baik dan murni apabila Wenger segera menafikan gosip bahawa Eduardo tidak diperlukan di Arsenal lagi. Eduardo yang menempuhi zaman sukar masih ada dalam senarai idea Wenger dan akan diberi peluang. Kecederaan Bendi, tak payah Bendi lah, mana2 forward Arsenal pun tidak terlepas dari risiko kecederaan jangka panjang mahupun pendek, jadi Eduardo adalah backup yang boleh diharapkan. Jika dijual, bila yang lain injured nanti bising2 pulak tentang skuad depth, Adalah mustahil untuk Arsenal sign seorang lagi forward selepas Chamakh, hanya sekadar untuk duduk di bangku simpanan.Pengekalan Eduardo sekurang-kurangnya untuk semusim adalah penyelesaian jangka pendek kepada bakal risiko tersebut.


Bila dah tayang macam tu, Kit away kat atas ni memang smart,meleleh.. yang home tradisi pulak memang boleh tahan. Tak sabar nak masuk musim baru. Mungkin kita dapat lihat kemegahan Arsenal dalam kekuningan di match bertemu Barnett Sabtu ini. Aku menjangkakan barisan campuran antara skuad utama dan reserve seperti tahuan2 terdahulu kebiasaannya. Tumpuan pastinya terhadap Koscielny dan Chamakh. Termasuk Barnett, Arsenal sekurang2nya mempunyai 6 perlawanan pra -musim dengan lawan kompetitif akan hadir di saingan Emirates Cup, AC Milan dan Celtic. Flamini akan pulang ke Emirates, Eduardo berpeluang menebus mimpi ngerinya ketika bertemu Celtic dan Fabianski akan bertemu rakan2 lama apabila berkunjung ke Poland melayan Lergia Warsaw. Berikut adalah jadual Pra musim Arsenal 2010/2011 :

17 Jul
Pre-season Friendly A Barnet

21 Jul
Pre-season Friendly A SK Sturm Graz

27 Jul
Pre-season Friendly A SC Neusiedl 1919

31 Jul
Emirates Cup H AC Milan

01 Aug
Emirates Cup H Celtic

07 Aug
Pre-season Friendly A Legia Warsaw 

Selain menyokong Arsenal di saingan pra Musim, apa kata kita tidak lupa memberi sokongan sehari nanti kepada New York Red Bulls dan bintang terbaru mereka Thierry Henry ketika mereka bakal membelasah jiran tak sedar diri Spuds nanti. Henry pastinya merindui nak meratah Spuds, harap dia boleh gunakan sepenuh hati darah goonernya untuk menaikkan kembali semangat NLD ketika friendly match itu nanti.



Siapa tahu mungkin suatu masa kelak dia boleh membuat ala2 Beckham Januari nanti, pulang ke Arsenal secara loan dan melakukan cameo ataupun sekadar menjalani latihan bersama Wenger.Idea yang menarik. Selamat maju jaya Titi.

Agi idup, agi Mengguners!


Isnin, 12 Julai 2010

Cesc julang Piala Dunia


Dan sebab itulah mereka benar2 mahukan budak ini, dan berani mencabuli privacy Arsenal dan claim DNA budak ini sedarah dengan mereka. 'Budak simpanan' inilah yang masuk tatkala mereka bermain dengan penuh penguasaan bola tanpa end product-sama seperti hari2 Arsenal.Ya selepas, bergelar, Juara Eropah kini ke Juara Dunia, Fabregas yang jarang mendapat peluang sepanjang kejohanan di Afrika ini muncul dari bangku simpanan mengubah rentak permaianan Spanyol ,terlepas satu peluang keemasan, namun 1 assist yang cukup baik untuk Iniesta(calon pemain terbaik dunia?) menjaringkan satu2 nya gol yang memisahkan kedegilan Belanda.Kehadirannya menggantikan Xabi Alonso memberi suntikan yang lebih direct dengan larian2, pengawalan dan pembawaan bola merentasi pemain2 lawan suatu yang kurang dimiliki oleh dinamika Alonso.Tahniah diucapkan kepada Fabregas dan Barca B Spain, biarpun Howard Webb agak 'pemurah' dalam mendermakan kad pada malam ini-14 kuning 1 merah, apekejadah! itu jek sumbangan dari England?!.

Aku bersimpati terhadap RVP yang sedikit tenggelam sepanjang kejohanan.Impiannya untuk beposing sepertimana poster Maradona 1986 di pintu biliknya tertangguh, jika Robben( yang patut belajar teamwork dan tahu bila masa harus pass, bila masa boleh solo) mampu menyudahkan peluang berharga mungkin lain ceritanya tapi adat perlawanan ada menang dan kalah. Juga hari yang sedih untuk mengantung boot bagi seorang lagi bekas pemain Arsenal, Giovani Van Bronckhorst,katpen Benlanda. Dikelilinya ramai pemain Barca dalam sambutan kemenangannya, Cesc didekati oleh Tarzan dan Pique yang menunjuk2 medal membawa erti "sertai kami,anda boleh menang banyak lagi" dengan harapan Cesc akan menjawab "Saya mesti pilih!". Tapi itu bukan kesnya kerana bercakap dalam satu rancangan Stesen TV Perancis, Wenger memberitahu "Gua dah jumpa dengan Rosell, gua cakap 'lu boleh blah, cesc bukan untuk dijual!'".Suatu yang pasti menggembirakan hati para penyokong Arsenal.Sementara itu, Fabregas nilai sentimental terhadap Van Persie,
But my first thing was to go to Robin. I had to go to Robin, that was the first thing that I did, instead of celebrating, I went to Robin.I think he deserved it as well, you know, it is really hard for him. He was injured for a long time, he had his moment there. Of course, if it was not us he was playing against, I would have been on his side and I was really sad for him because he deserved it as well.He told me to enjoy the moment, but I think and I really hope that he has his moment at some time and that he also wins the World Cup.He is a great guy and a great leader and he has been really unlucky with injuries and I really hope that he can have his moment next year and hopefully he can win something.He (Wenger sms) also congratulated me.





Sekali lagi, tahniah kepada kapten Arsenal.Semoga kejayaan bermakna di peringkat antarabangsa boleh mejadi suntikan untuk Cesc kekal di Arsenal dan mentransformasikan kegemilangan itu di peringkat kelab terus bersama Arsenal. Di pihak RVP pula, harapan agar dia boleh melupakan kekecewaan dan berusaha lagi sebaik mungkin ,meletakkan semua cerita yang berlalu di beakang dan memberi keutamaan kepada Arsenal, peluang untuk menebus kehampaan. Ia lebih bermakna jika kedua2 mereka dapat bergandingan memimpin generasi Arsenal di bawah rejim Wenger, melakarkan musim yng menarik buat Arsenal.


Ahad, 11 Julai 2010

MIlik siapakah..?


 Belanda vs Spanyol
2:30 AM
Adakah Kapten Fabregas sekadar duduk termenung di bangku simpanan melihat rakan sepasukannya yang juga timbalannya di Arsenal RVP merasai nikmat pertarungan di pentas tertinggi bola sepak dunia?
Sama2 kita mengharapkan Perlawanan akhir yang menarik dan selamat maju jaya kepada kedua2 wakil kita.Ops, jaga2, Howard Webb adalah referee final ini..



Jumaat, 9 Julai 2010

Demam Kemuncak + Kos + seorang lagi..

Pejam celik kita sudah sampai ke penghujung world cup dengan catatan trivia menarik, selain dari pemenang baru, Kapten dan Vice Kapten Arsenal akan bertemu di pentas akhir merebut piala paling berprestij dalam kejohanan antarabangsa.Dengan RVP tampak seakan pasti akan mengetuai serangan Belanda, tempat Fabregas masih samar2 .Ini kerana dilabel hanya sebagai impact player, Fabregas yang disebut2 bakal start match semi final tempoh hari ketika Torres dibangkusimpanankan, juga terpaksa menemani Torres apabila Pedro yang menjadi pilihan.Bertambah malang, Fabregas langsung tak digunakan.Walaupun disahkan fit tapi mungkin akibat 'kecederaan' , Spain tidak berani mengambil risiko.Jadi apapun keputusan awal pagi Isnin nanti, kem Arsenal sudah pasti tumpang gembira akan kehadiran seorang World Cup Winners dalam pasukan seketika mereka reunion kembali untuk pra musim.(abaikan gosip Cesc) . Namun begitu, kehadiran Madiba atau bekas presiden Afriksa Selatan, Mandela ke upacara kemuncak masih menjadi tanda tanya.



Tetapi yang bukan menjadi tanda tanya lagi adalah Arsenal telah mengesahkan pembelian 'unknown' defender dari kelab Ligue 1, Lorient dengan anggaran 8.5M. Dia mungkin asing bagi kita tapi aku menaruh kepercayaan pada Grimandi , rakan2 scout dan Wenger atas pembelian ini kerana merka pasti dah usha gila2 punya jika tidak masakan sanggup tergila2 untuk melaburkan duit sebanyak itu untuk entiti yang masih belum dikenali umum, pasti ada sesuatu yang Wenger nampak padanya. Seperti kes Mael, umurnyapun lebih kurang sama, Laurent Koscielny 6 (LK6) mungkin akan menjadi TV5 menutup prejudis2 dan tanggapan negatif dia hanyalah bakal Cygan mahupun seorang lagi Igors Stepanovs.Tanggungjawabnya besar, lebih baik dia memastikan dia dapat menyesuaikan diri dengan secepat yang mungkin dan tahu apa kualiti dan standard yang diperlukan sebaik menyarung jersi Arsenal ini kerana peminat pada ketika ini kurang senang dengan situasi Arsenal meng'handle' transfer -masuk 1, keluar 4( Gallas, Campbell, Sanderos, Silvestre). Johan,Nordviet dan Bartley perlu mempergunakan peluang ini sebaik mungkin.

Namun begitu dengan kenyataan terbaru dari Wenger, ada sedikit sinar harapan dan kelegaan pada para peminat yang begitu mengambil berat akan kelab ini. Wenger masih menyimpan mata2 dalam pasaran untuk mengenal pasti seorang lagi pemain bagi defensive role. Sama ada CB, FB, DM atau pun goalkeeper  itu hanya Wenger yang boleh memberi kejutan. Pada aku mungkin dia memaksudkan CB tapi aku tak terkejut jika player yang dicari mempunyai versatility dalam pelbagai posisi perthanan. Tapi agak hambar sedikit , apabila baru rasa nak syok2 dapat keeper baru, ketika berit2a kononnya komen Wenger terhadap kegugupan Almunia, alih2 Arsenal.com mengeluarkan amaran akan kepalsuan berita tersebut. Pelik, kenapa beriya2 Arsenal menafikan berita yang satu ini sedangkan rumors2 lain yang dilihat tidak logik tidak pula diambil pusing.Mungkin kerana ada projek khas 'menjaga hati Almunia' sepertimana yang kita ketahui Almunia musim lepas tidak berada dalam emosi yang stabil akibat masalah keluarga tapi tidaklah segila mad Jens. Ada orang kata Mark Schwarzer, ada orang kata Eduardo keluar, Eduardo seorang lagi masuk. . Yang pasti, masih ada satu slot lagi untuk diisi, dan sama2 kita nantikan misteri ini..aku mengharapkan satu kejutan 'wow' dari Wenger.


Khamis, 8 Julai 2010

Selamat Datang Laurent Koscielny



berita selanjutnya selepas ini...


Rabu, 7 Julai 2010

The Wonder of You



 The Wonder Of You sebuah lagu klasik ciptaan dan gubahan Baker Knight yang dipopularkan semula oleh Elvis Presley pada tahun 1970an. Lagunya telah lama diadaptasikan kedalam dunia bola sepak Inggeris, Port Vale adalah antara kelab yang popular dengan anthem ini. Inginkan pembaharuan tetapi ingin menyelitkan sedikit elemen klasik, maka tidak hairanlah melankolik liriknya yang sinonim dengan keistimewaan dan keunikan Arsenal menjadikan ia juga sebuah lagu yang sering dinyanyikan setiap kali ketika home match yang kini selalu kedengaran di Emirates sebelum sepak mula. Tapi terdapat banyak bantahan, ada pendapat yang menginginkan supaya lagu yang lebih rancak sesuai dengan peredaran zaman dan tempo permaianan Arsenal diketengahkan berbanding lagu ini. Bagaimana, apa pendapat anda?



The Wonder of you, Arsenal

When no-one else can understand me
When everything I do is wrong
You give me hope and consolation
You give me strength to carry on

And you're always there to lend a hand
In everything I do
That's the wonder
The wonder of you

And when you smile the world is brighter
You touch my hand and I'm a king
Your kiss to me is worth a fortune
Your love for me is everything

I'll guess I'll never know the reason why
You love me like you do
That's the wonder
The wonder of you


Arsenal di Final Piala Dunia


Robin Van Persie telah berjaya membawa nama Arsenal di saingan kemuncak final Piala Dunia 2010.Walaupun tak score ketika semi bertemu Urugay awal pagi tadi, tapi sumbangan dan corak permaianan yang berpasukan dan tidak tamak sepanjang kejohanan menjadi tunjang kekuatan watak RVP.RVP hanya berjaya menemui sentuhan jaringan ketika bertemu pasukan Alex Song, Cameroon di peringkat kumpulan. Mungkin pentas final nanti menjadi miliknya siapa tahu. Kemunculan RVP sebagai wakil Arsenal di saingan peringkat tertinggi dunia bukan kali pertama malah sudah 2 edisi berturut-turut, kalau nak dikira sekali dengan bakal pemain sejurus selepas Piala Dunia sudah 4 edisi berturut2 sejak tahun 1998.

1998-Emmanuel Petit, Patrick Vieira
2002-Menyertai Arsenal sejurus edisi tersebut, Gilberto Silva dari Atletico Mineiro - belum dikira, Lehman menyusul semusim selepas itu dari Dortmund.
2006- Henry, Gallas seperti Gilberto join Arsenal selepas final.
2010- RVP , Fabregas??



Aku sukakan gaya dan corak teknikal permainan Spain sebenarnya, dan melihat final Piala Dunia dengan pemenang baru adalah satu prospek yang menarik tapi setiap kali memikirkan Spain , aku tidak boleh lari dari membayangkan wajah2 pemain Barca yang gua sudah hilang rasa kerhomatan terhadap sesetengah mereka, aku nak muntah. Pique si mulut becok tidak pernah berhenti bercakap, terbaru tentang kononnya Arsenal pastinya 'kepanasan' ketika Piala Dunia berlangsung kerana Cesc dikelilingi pemain2 Barca di kem Espana yang tidak putus2 mencairkannya dengan janji2 manis saban hari.Dengan penuh respect kepada penyokong Spanyol, aku meminta maaf terlebih dahulu kerana aku lebih rela melihat muka2 'kepanasan' pemain2 Barca di kem Espana apabila melihat hajat mereka dihampakan Germany mahupun Belanda nanti, dan lebih manis jika perasaan kecewa kebanyakan mereka itu akan effect kepada kelab dan saingan domestik mereka, baru puas hati den..kerja takde kerja lain asyik nak mentapping player orang jek kerjenye. Sedangkan, Pep Guardiola pun duduk senyap2 "itu bukan kerja saya, saya taknak campur" ini player dgn politikus pulak terhegeh2 macam penageh.Terima kasih lah kepada Vicente del Bosque manager Spain yang jugak bekas manager Real Madrid kerana mungkin sebab masih ada DNA Real Madrid maka dia rasa terpanggil untuk  'mensabotaj' usaha rival mereka.Meletakkan Fabregas di bangku simpanan adalah petunjuk dari Nostradamus tentang senario sama yang bakal berlaku jika Fabregas memilih untuk pulang ke kampung halaman lebih awal sebelum muncul anak bulan.


Kepada yang masih berjuang, semoga maju jaya dan balik tanpa sebarang kecederaan dgn mood sebagai juara.Yang dah balik awal kita harapkan agar lekas2 mengatasi kekecewaan dan menyiapkan diri join rakan2 yang tertinggal- dah mula jalani latihan pun.


Selasa, 6 Julai 2010

2010/2011 begins....


Assalamualikum dan salam sejahtera fellow gunners..harap smua sehat2 blaka di musim world cup yang indah dan macam2 kisah yang kita smua dgr dari South Africa...pertamanya..Jogo nak meminta maaf pada fellow gunners dan saudara GNR sbb lame sangat tak menjenguk blog ni..bukan nye dah g sokong club lain...cuma tak de access internet nak tulis post..ape pun..tahniah kpada smua gunners sbb nampak tak putus2 kat shoutbox setia kat blog ni..time kasih di ucapkan dari Jogho..

Ok..hari ni 6 july 2010..pasukan kesayangan kita sudah mula mengorak langkah untuk pembukaan season baru yang mencabar..Suka hati Jogho bila bukan Arsenal.com...ada terpampang gambar player2 kesanyangan kita dah mula pre season training...walaupon muka masing2 ketat kena wat fitness training di bawah arahan fitness coach kita Tony Colbert...ada jugak yang masih boleh tersenyum..mungkin dah lama berehat..rindukan training bola agak nye..

Dalam Arsenal.com...tak smua player 1st team kita bersama untuk menjalani latihan pre season kali ni..maklum la..semua yang tak berada di traininig ground skarang sama ada bercuti dan masih berada di SA..tinggal dua lagi player kita yang ada di SA..captain dan vice captain..Cesc dan Van Persie..masing mengahuring detik2 cemas semi final WC dan prediction..kemungkinan besar kedua2 gunners ini akan bertemu di final..kembali kita ke camp pre season training...selain dari player2 reserve, ada jugak player 1st team kita yang mula untuk menaikan tahap kecergasan..seperti Samir Nasri, Vermaelen, Theo Walcott, Chamakh dna lain2 lagi..ada jugak kelibat young gunn kita...dan selain dari tu..ada rumour pasal bakal player baru kita Laurent Koscielny pun training sama2..tak tau la betul ke tak..tak de gambar..tapi sumber ni realible dan dipercayai ramai..hehe..kalau betul bagus la..Jogho welcome siapa jua yang datang untuk bersama sama kluarga Gunners kita ni..tak kira la star ke..rising star ke..tak star ke..tak glemer langsung ke..haha..

Dalam Arsenal.com juga ada gambar2 Marouane Chamakh...bintang baru kita ni muka bersungguh2 bersama sama Nasri training fitness..slain dari tu..player2 kita yang beraksi di WC akan pulang lewat sedikit untuk bersama..

seterus nye..Jogho nak sentuh sikit ape yang terjadi kat club skarang ni dan kat player2 kita..pertama..signing baru..sedia maklum..kita dah sign 2 orang player sbnar nye..dan seorang lagi bakal..90% jadi deal ni dgr khabar..first..Chamakh..dah start training pon..free sign ni harap2 dapat mengegar BPL musim depan..tak gegar pun..10-15 gol jadi la..tu harapan Jogho pada mamat Chamakh ni..seorang lagi signing baru(tak brape nak baru) Samuel Galindo..tapi..si Samuel ni tak dpt nak main lagi..beliau akan di loan kan ke celta dengar khabar nye sbb tak dpt permit lagi untuk main di england..so dia akan di loankan ke celta slama 2-3 musim..dan beliau dah sign contract selama 4 tahun..Jogho cakap signing yang tak brape baru ni sbb..dia sebenar nye dah start trainig dengan Arsenal dari bulan January lagi..cuma tak boleh nak ksign contract lagi masa tu..so sign la 2 3 ari lpas..dan bakal player kita yang baru Laurent Koscielny akan di umumkan sama ada akhir minggu ni..atau lpas AW balik dari SA..di fagamkan..nilai perpindahan 10 juta...harap2 mamat ni akan menjadi pelengkap team kita..

kita pindah ke rumour plak..ramai sangat yang di link kan dengan Gunners..labih2 lagi..goalkeeper dan center half..mmg tu yang kita cari..sedia maklum..nama2 yang di link kan ada lah.Schwatzer(GK), Eduardo(GK Portugal), Rafik Halliche(CB Algeria) dan nama besar sket..Per Mertesacker (CB Germany)...tni lah nama2 terbaru yang di kaitkan dengan arsenal..tapi Eduardo di khabarkan dah pun ke Genoa untuk medical checkup..so keeper tgal si mamat Schwatzer ni sorang je la..pasal Joe Cole plak..Jogho tak rasa kita akan sign beliau..sbb macam tak masuk akal sket..tapi ada kemungkinan la..cuma Jogho rasa..si Harry Redknapp ni yang duk kejar2 sangat si Joe Cole ni..macam2 cerita dia wat..kejap si Joe ni dah sign kat MU..pas tu dah sign ngan kita..pas tu dia nak sangat2 si Joe ni..pas tu ari ni plak...si Roy Hodgson plak nak beliau..haha..kalau kita msuk list pun Jogho rasa..last skali kot ada kemungkinan nak sign..lagi pun..kita tak perlukan attacking player skarang ni..fous kita pada defending player..

satu lagi berita kurang enak hari ni..si Bendi...injured pulak mamat ni..groin kate nye..dah operate..tapi tak baik2...sakit2 beliau kata..nak kena scan..minggu dpan balik arsenal n suh si Lewin scan...lagi2 player inhured yang Jogho tau..Cesc pun ada sket kecederaan..bahu dia tak brape nak ok..tapi dia ckp boleh nak main..cuma kena inject pain killer..ikut dia lah..jangan makin teruk dah la..lagi2..RVP fit untuk game malam ni..ada sket cedera lpas game jumpa brazil..Si Johan..tak tau cerita..dah lama injured..masih injured ke..dah baik ke..tak dengar khabar berita..harap2 dah ok la..

Selain tu..Gallas..Silvestre..dah 99% out dari keluarga kita...cuma tgal Campbell yang masih ada harapan nak sign contract..tu pon macam tak je..beriya2 nak ke Celtic..siap ada rumors akan jadi kapten Celtic..kalau belia g pun..semoga berbahagia di scotland..Gallas ni satu hal lagi..kate nak ke Juve..tapi dgr2 kabar..dia rijek plak contract dari Juve..kate nye..2 juta setahun tak cukup gaji..dia nak kurang2 4 juta..haha..ikut ko la gallas...sorang lagi ex player kita..fran merida..dia wat kenyataan..dia unhappy kat Arsenal..sbb..tak dpt main 1st team..kurang kesabaran dia ni..tapi Jogho rasa..langkah dia ke Atletico MAdrid tepat..sbb..bg Jogho..dia tak de la berpotensi mane..cuma..kalau masuk 1st team pon..bench je kot..tak pun super sub..

kita terus ke topis seterus nye..2 benda jadi kat club kita baru2 ni..ni tak bersangkut sangat dengan 1st team kita...pertama..stadium kita Emirates Stadium skali lagi nak upgrade..bukan upgrade seat..cuma hospitality nye..menambah restaurant mewah..sports bar..pas tu ada lagi la..lupe dah..haha..investmen yang bagus..dan ada ura2 pihak Arsenal nak bid champions league final akan dibawak ke Emirates..tak tau la musim mana..tapi kita tgu la..ni smua kempen nak memajukan dan menaikkan nama Emirates Stadium sbgai satu stadium atau facility sukan yang terbaik di dunia...nama kempen pun agak extreme..hehe..ARSENALISATION...tu dia..haha..

satu lagi..berita yang Jogho tak tau buruk ke baik..reserve team kita takkan lagi mebnambil bahagian ubntuk reserve team league untuk musim dpan..kate nye nak fokus youth under 18 dan nak bagi peluang player reserve boleh masuk register untuk BPL..maklum la..musim dpan ni..peraturan baru...club kena register 25 player untuk main BPL..termasuk sekurang2 nye 8 orang home-grown player..sedikit info..home-grown player bukan nye player tu orang england..tapi trainng selama 3 tahun seblum umur 21 di bawah club england dan wales..so..Cecs,Denilson, Song,Ramsey..di kira player home-grown..jadi tak de masalah sangat isu ni..

last skali..kita sama2 saksikan magic RVP malam ni..RVP ni feberet player Jogho sbnar nye..haha..sama2 kita saksikan dan menunggu aksi permulaan liga di Anfield..nak sangat dengar comentator masamatvh tu ckp "Andrey Arshavin at Anfield Again"...Come On Gunners..Peace

PS:home ngan away kit sangat masyuk..huhu


Khamis, 1 Julai 2010

New Home Kit 2010/2011