Ahad, 30 Mei 2010

Merry-Go-Round di Arsenal.

 


Dengan pemergian Merida kini telah sah ke Atletico Madrid,Sukar untuk tidak memperakui tetapi ia menambahkan lagi bukti bahawa Projek Belia Arsene tak selancar yang disangka. Merida tiba di Arsenal seawal usia 16 tahun cuba mengikuti jejak langkah Fabregas dari akedemi Barcelona tapi hanya mampu membuat 16 kemunculan dengan 2 bijik gol.Gol cantik ke atas Liverpool dalam carling cup dan juga gol yang melegakan di Reebok Stadium.Jadi apa yang kita dapat? Seperti permainan mery go round, ia berpusing-pusing dan pusing lagi dan adakah ia akan sentiasa berulang? Wenger mencungkil bakat2 baru dari setiap pelusuk benua sebelum menyaksikan mereka hanya sekadar sempat belajar.Sekadar belajar, tak habis grad pun tapi terpaksa meninggalkan Arsenal demi kepentingan kerjaya atas alasan sukar mendapat peluang.

Perkara ini amat merisaukan. Kita mungkin tidak akan  berapa rasa kehilangan Merida kerana kita sedia maklum corak fizikal dalam English Football seperti tak sesuai baginya malah  kita sebenarnya tidak sempat pun merasai magic yang dicanang2 pada namanya tetapi jika perkara ini tidak dipantau mungkin ia boleh berlaku pada nama2 lain jugak.(Abaikan kes Cesc walaupuan anda boleh nak kategorikan dalam kes yang sama ketika isu hangat ini) .Jack Wilshere sebagai contoh, Lansbury jugak. Adakah mereka ini akan mengalami nasib yang sama.Yang lebih memeningkan apabila kita melihat pemain2 yang sudah terlebih mendapat peluang dan mengecewakan masih lagi berada di atas dalam senarai pecking order menutup peluang pemain2 ini untuk menunjukkan kemampuan mereka.Bagaimana Denilson , Diaby  atau Walcott mendapat peluang demi peluang adalah pastinya sesuatu yang dicemburui.Bukan aku nak mengatakan bahawa batch2 Lansbury Barazite dan Wilshere ini lebih bagus atau tidak daripada Diaby mahupun Denilson tapi apa yang cuba aku nyatakan di sini adalah Wenger perlu memberi peluang sama rata dan menilai dengan adil. Lumrah hidup, Wenger mengambil mereka yang berbakat dan tidak semuanya akan berjaya di Arsenal.Tetapi adalah sayang dan satu kesilapan jika Wenger terpaksa melepaskan bakat2 ini untuk tidak membunuh kerjaya dan peluang mereka yang digelar 'first team' wannabe ini. Dengar cerita Vela juga sudah mengeluarkan bunga2 tentang masa depannya di Arsenal.

Berbalik semula kepada kes Cesc. Dalam posting terdahulu aku pernah berkata mana mungkin satu perjumpaan sulit berlaku jadi aku akui aku tersilap, pertemuan itu telah pun berlaku cuma isinya sahaja yang kita tidak ketahui.

Mengikut apa yang keluar dari mulut Cesc, masa depannya kini terletak di tangan Arsene Wenger kerana berdasarkan kontrak semasa, Arsenal sekarang ini yang mempunyai kuasa. Jadi semuanya terletak di tangan Wenger.Jika Fabregas  pergi, itu adalah keputusan Wenger yang melepaskannya-Adakah itu yang Fabregas cuba sampaikan?? Cuba bermain dengan ayat selalamat untuk melepaskan diri , sebenarnya jika niat di hati ingin pergi tidak perlu menggunakan nama orang lain.Apa kata Buat pengakuan terbuka sama ada Arsenal atau Barca di hati.Tapi siapa tahu, sukar berada di kedudukan Cesc sekarang, umpama cinta tiga segi, masalahnya di sini, dirinya adalah analogi kepada seorang wanita. Seorang wanita yang telah mengikat tali perkahwinan tetapi dipikat oleh seorang lelaki lain atau nama saintifiknya kekasih gelap aka Diaby.Kerana jika analoginya berkeskan lelaki tiada masalah, dia boleh kahwin dua.Jadi Dia cintakan kedua2nya, tapi biasanya orang akan berkata first love memang sukar dilupai.Siapakah firs Love Cesc, Barca. 

Namun kasih sayang Arsenal tidak berbelah bahagi terhadapnya shingga sanggup berkorban melepaskannya semata2 ingin melihat Dirinya bahagia.Di situ, Cesc mula terpikir kembali betapa cintanya Arsenal kepadanya dan dia mula mempersoalkan betulkah tindakannya.Mengapa harus pergi ketika sedikit pun rasa tidak rasa tak dihargai. Bahagia? of course. Gembira? Disayangi? Peminat merata dunia. Pangkat harta? Kapten malah pemain paling mahal dibayar gaji. Satu sahaja, piala? adakah ia alasan cukup untuk meninggalkan cintanya yang sekarang ini, dia pun tidak tahu lalu merelakan masa depannya ditentukan Arsene.Mungkin dia sebetulnya tidak kisah jika masih lagi menyarung jersi Arsenal musim depan cuma ialah, hati mana tak terusik jika rakan2 kampung boy mandi sesungai dulu ajak balik kampung dan adakah akan ada masa yang boleh memberi jaminan bahawa dia dapat peluang lagi beraksi bersama batch2 Spanish seperti Villa,Xavi Iniesta, Pique,Puyol Tarzan dalam satu team.Itu sudah cukup untuk memikat hatinya.Jadi dia pergi kepada Wenger dan meluahkan hasrat, "kan best kalau..bla bla bla..Tapi gua happy kat sini" dengan harapan agar Wenger faham2 sahajalah -Kuatkan pasukan atau aku demand macam2! lagi..Ini mungkin satu wake up call buat Wenger.Arsene pelu melakukan sedaya  yang termampu untuk memastikan akar tunjang kepada projeknya ini tidak perlu ditanam kembali(dicari ganti).Masa untuk mengukuhkan akar tersebut dengan baja2 yang bermutu. Apapun,jika Fabregas masih sudi menyarung jersey merah putih untuk semusim lagi, Cesc mungkin mempunyai DNA Barca dalam darahya tapi jiwa gooners dah melekat pada hatinya.


Rabu, 26 Mei 2010

Temubual pertama Chamakh


Nampak seperti disayangi dan dihargai peminat kelab lamanya.Walaupun ada suara2 mengatakan Arsenal telah sign seorang lagi Bendi yang memerlukan  banyak peluang sebelum boleh bubuh sebijik gol tapi aku rasa Chamakh akan offer lebih dari itu. Walaupun dia tidak menjanjikan gol2 yang banyak, tapi dari apa yang didengari, dia pastinya rela membasahkan keringat dengan work rate 110%.Apapun sama2 kita bersabar menanti aksi pertamanya dalam Jersey Arsenal nanti.


Isnin, 24 Mei 2010

Bukan mudah..

Pasang surut , turun naik, gelap terang , hitam putih...emosi bercampur baur..Bukan mudah untuk menjadi penyokong Arsenal yang benar2 setia tetapi susah untuk ktia tidak mencintai kelab yang unik ini..




Sabtu, 22 Mei 2010

Marwan yang pertama, siapa seterusnya?


*Muka Wenger kelihatan agak toya sedikit mungkin baru baik demam ataupun tengah kusut memikirkan sesuatu.

Akhirnya, penantian terhadap signing yang bukan lagi rahsia berakhir sudah apabila secara rasmi Marouane Chamakh menandatangani kontrak jangka panjang bersama Arsenal. Seperti signing Samir Nasri, kali ini agak teruk caranya rahsia ini disimpan kerana kita telah mengetahui dan gosip ini telah lama dihidu media, tidak seperti transfer2 saga Arsenal yang lain di mana Wenger membuat kejutan. Wenger telah lama mengikuti perkembangan Camak dan rumors telah muncul sejak summer musim yang lepas.Namun apakan daya, Wenger sanggup bersabar setahun daripada membayar jumlah tidak munasabah yang diminta Bordeaux dan kesabarannya terbalas tanpa perlu membayar sesen pun yuran perpindahan. Namun nilai kontrak yang ditandatangani adalah sulit.

Nampaknya Wenger telah 'selamatkan diri' apabila dia pernah berjanji akan mengisyhtiharkan signing pertama sebelum sepak mula Piala Dunia, dan kini dia telah kotakan janjinya. Paling kurang Wenger, berilah seorang dua lagi signing hebat dan berpengalaman agar dapat menghantar mesej kepada lawan dan dunia bola sepak di luar sana, Arsenal benar2 serius dalam mencabar kejuaraan musim hadapan. Ia pastinya tidak datang dengan murah tapi demi maruah, aku yakin jika Wenger memilih pemain yang tepat, setiap sen daripadanya pasti berbaloi. Bukan sahaja peminat, dan pemerhati tapi ada 'mata-mata' dari dalam sedang memerhatikan plan perancangan dan hala tuju Arsenal musim depan , dan transfer kali ini mencerminkan  wawasan Wenger di samping menjadi decision support kepada masa depan mereka juga.Si Camak pastinya yang pertama tapi bukan yang terakhir, siapa selepas ini?



Kata2 hikmat Si Camak sesudah posing dengan jersi 'lama' no 29 :

“This is a dream come true and a great joy to be joining Arsenal. My goal was always to play in the Premier League and Arsenal was the choice of my heart.

“Without any hesitation, Arsenal was my preferred club. The team and history of Arsenal, they make me dream. My goal was to join Arsenal out of the all the English clubs because it is a club that makes me dream and I have been a fan since I was a child.

“I’m very excited about playing at Emirates Stadium in front of the Arsenal supporters. I have heard many great things about the stadium and I cannot wait to be playing there in an Arsenal shirt.

“I will give my best to this Club, the Club that I used to support. We have many great players at Arsenal and I will be giving everything to help the team win trophies next season.”
Info Si Camak:

Full Name Marouane Chamakh
Nationality Moroccan
Born January 10 1984, Tonneins, France
Age 26
Previous Clubs Bordeaux (2002-2010) 293 appearances (79 goals)
Club Honours


Ligue 1 Champions: 2008/09
Coupe de la Ligue: 2007, 2009
Trophee des Champions: 2008, 2009
Transfer Details Joins Arsenal on a long-term contract
Position Forward
Arsenal Squad Number 29
International Honours Morocco (2003-Present) 53 appearances (27 goals)
International Debut v Sierra Leone, June 13 2003








Jumaat, 21 Mei 2010

Sebab2 Mengapa perpindahan Cesc tidak akan berlaku.


- Ia hanya rumors tabloid auta untuk melakukan suratkhabar. Tidak sabar menanti bahang piala dunia, bila lagi masa yang sesuai untuk mensensasikan gosip2 perpindahan pemain2 ternama.

-Perjumpaan private antara Cesc dan Wenger.Adakah ia benar berlaku? Bagaimana kalau 'private', perkara2 yang dibincangkan boleh tersebar seluas2nya sehingga ke muka depan akhbar. Dan setahu aku, Wenger sedang santai bercuti di luar daripada kotaraya London ketka ini, apakah Fabregas terpaksa balik London semata2 hanya untuk buat perjumpaan sulit melalui video call 3G? Tidak berlaku.

- Jangan ada yang terlupa, sekarang adalah musim pilihanraya pemilihan bakal presiden Barcelona dan nama yang bersaing rapat adalah Joan Laporta dan Sandro Rosell.  Jadi tak hairan kita hanya mendengari sembang2 melobi dengan nama Fabregas dalam menifesto dari politikus usang seperti kedua2 mereka walhal kem Arsenal tenang tak tahu apa. Di kampung Fabregas, kecohnya sekampung, habuk pun tarak!

- Peter Hill Wood mengesahkan Barcelona hanya kencing lebat kerana setakat ini belum ada apa2 contact sms,mms, mahupun email atau fax dari Nou Camp.Wenger pula menjawab dengan jawapan malas nak layan dan membiarkan Hill Wood bercerita pun sudah cukup.

-Cesc dalam interviewnya apabila ditanya "adakah anda gembira JIKA dapat menyertai Barcelona?".Jawapannya sepertimana yang telah bocor lama dan diketahui sudah tentulah "Ya" . Suatu jawapan yang boleh disambung untuk dimanipulasikan menyunting sambungan asli iaitu " aku  happy kat Arsenal buat apa nak blah sekarang".

-Kalau betul pun Fabregas menyuarakan hasrat untuk meninggalkan Arsenal, memang benar Wenger tak akan menghalang laluan Fabregas. TAPI Wenger akan berdiri sekukuh mungkin untuk menghalang Barcelona dari mendapatkan Fabregas dengan mudah. Apa pun, Kuasa sekarang ini di tangan Arsenal.Jika Barcelona betul2 jantan sila letak harga yang setimpal bukannya harga pasar borong 30M.Dan Fabregas sendiri menandatangani kontrak yang mengikatnya di sini lagi 4 tahun.Takkan semudah itu Arsenal mengalah.

-Barcelona dikhabarkan berhutang dengan ceti sebanyak 420M! Ada pula angan2 tahi ayam.

-Mengapa mesti dia berpindah ke La Liga yang kurang kompetitif berbanding  cabaran hebat di Premier League.Fabregas masih belum merasai kejuaran selain FA dan sumbangsih jadi adalah suatu ketidakpuasan dalam perjalanan kerjayanya untuk meninggalkan Arsenal ketika umurnya masih ada 4-6 tahun waktu puncak.Lainlah seperti Vieira dan Henry yang memilih waktu sesuai untuk relax sedikit daripada corak fizikal English football sesudah merasai perit getir sebelum menjadi juara. Fabregas masih ada kudrat dan tenaga untuk bersaing dan membuktikan bahawa dia tidak takut akan cabaran dan inilah masanya. Buat apa memilih untuk jadi bintang kebanyakan jika dia boleh menjadi bintang utama. La liga menjadi semakin scottish, predictable.

- Dia sendiri tahu jika bukan musim ini, suatu masa nanti akhirnya dia akan pasti jua ke Barcelona jadi buat apa nak terburu2.

-Dia adalah Kapten Arsenal, paksi generasi untuk skuad kali ini. Meninggalkan projek Wenger pada masa yang tidak sepatutnya boleh menghancurkan jutaan peminat yang menghormati dan menghargainya selama ini, lebih dari mengecewakan harapan jutaan peminat Barca yang aku rasa tidak berapa kisah atas kehadiran atau ketidakhadiran Fabregas atas faktor skuad mereka yang sudah kukuh untuk bersaing-setakat bersaing dengan Real Madrid jek.Jadi dari segi humanisasi, Fabregas jika berfikir rasionalnya, masih lagi akan menjiwai Arsenal.

-Musim depan adalah tahun terakhir Wenger dalam kontrak. Fabregas pernah berkata selagi Arsene Wenger masih kekal, dia akan kekal di Arsenal , sekurang2nya untuk satu musim lagi.Dan musim depan tekanan terhadap Wenger untuk deliver makin bertambah, suatu senario yang positif jika dilihat dari yang tersirat, cuma harapnya perkara seumpama ini menyedarkan Wenger sebelum terlambat.

Berdasarkan faktor2 di atas, naluri aku mengatakan dia akan stay.Aku percaya Fabregas akan mengumumkan secara public jika harinya akan tiba. Oleh itu, selagi dia masih pemain yang berdaftardi  bawah nama Arsenal FC, santai2 dulu, relax, tenang..Mai secawan!


Rabu, 19 Mei 2010

Bawa bertenang, masa depan masih terang

Bawak bertenang, walau apa pun terjadi jangan sampai bawak bertendang. Niat di hati tidak ingin menyentuh tentang rumors wajib setiap kali musim perpindahan, iaitu adakah Fabregas akan balik kampung. Tapi lama kelamaan Barcelona semakin menjengkelken, cara mereka ketika transfer tak ubah seperti lagak si merak, dan statement2 yang keluar dari jurucakap mereka dengan niat jahat cuba mempengaruhi mana2 individu.Mula2 aku tidak ambil pusing, perkara ini akan menjadi bahan bualan selagi Fabregas berada di Arsenal. Namun makin melebih2 pulak sikap Barca yang buat gua bengkek.
Mereka complaint sikap Real Madrid bila tang transfer tapi tidak mencermin diri dulu. Main memang cantik, menghiburkan tapi sayangnya tiada class.Bila tiba tang etika, zero. Tidak pernah menghargai, tidak pernah cukup, tidak pernah puas bagi mereka. Petit, Overmars,Sylvinho,Giovanni van Bronckhorst, Henry , Hleb antara nama yang berpindah di kemuncak prestasi.Tapi berapa sangat yang menyinar dan apa Barca telah buat pada mereka2 selepas itu.Kali ini mereka ingin memburu Villa,pernah suatu ketika Torres, Silva dari mana mereka dapat sumber kewangan yang meragukan itu UEFA tidak mahu pula ambil kisah.Gua tidak mahu menyalahkan Fabregas kerana dia hanya menjawab soalan, gua akan menyalahkan cara Barcelona tapping up kita punya pemain.Kamon Wenger, bertelur sedikit!! Nak main cara kasar kita balas cara jantan.Wenger harus mula bid Messi,Iniesta, Xavi ,dan declare di media terang terangan2, bid suka2 test power.Tengok bagaimana reaksi mereka dan apa perasaan fan2 Barca.Ini antara kata jurucakap mereka:

"Kitorang memang nak beli Villa dan berita baik, rundingan telah pun sampai peringkat lebih advance.Tapi Fabregas lain kes, Arsenal kene letak harga dulu sebelum kita boleh start nego.tapi Fabregas cakap memang dia suka nak datang pada kita, kedua2 pemain nak datang pada kita"

Kepala otak punya statement, dah ko tanya Fabregas tu memang laa jawapan dia dari dulu lagi akan ke Barca cuma waktunya tak tahu lagi bila.Setiap kali interview memang dia akan bercakap "oh Barca memang impian saya" tapi ayat lepas tu mereka taknak amek peduli, taknak amek kisah.
"I am very happy at Arsenal and I am in no hurry to leave." Ape pasal pulak nak suruh2 Arsenal letak harga dulu mentang2 Wenger tak pernah nak halang sesiapa player xde hati kat Arsenal untuk berpindah, mereka sengaja cuba bermain psikologi mengambil kesempatan atas kelembutan Wenger.

Dan2 tiba2 ada meeting tergempar pulak kata mereka. Fabregas balik London untuk menyelesaikan isu masa depannya , nak tengok plan perancangan transfer Wenger kata mereka2 ini.-kalau Wenger beli 2 3 muka pengalaman yang boleh bersaing, dia akan stay,kalau tidak adios amigos calo beteh. Entah mana datang rundingan ini, entah2 si Fabregas tu balik London tertinggal barang peribadi ke apa.Fabregas belum mencapai prime time, dan hanya Arsenal sahaja yang sesuai untuk menjadikan dia lebih daripada apa yang dimilikinya sekarang.Gua percaya Fabregas cukup bijak untuk menilai peluang di mana dia akan menjadi bintang utama, orang yang paling penting ataupun hanya sebagai antara orang penting dalam meraikan kejayaan.Yang mana jalan lagi puas jika berjaya rasanya? Jika dia glory hunter, silalah memilih Barcelona, tapi jika dia setia dan bermain dengan jiwa, dia sudi mejadi paksi at least setahun lagi sehingga kontrak Wenger tamat.(pejuang-suatu yang aku rasa ada dalam DNA nya lebih dari DNA barca yang dicanang2 mereka kononnya)dia hanya 3 tahun di Barcelona, tempohnya lebih lama di Arsenal , Barcelona patut malu kerana baru sekarang terhegeh2 meminta balik apa yang dirasakan 'hak' mereka.

Cerita ini takkan berakhir, selagi no 4 jersi Arsenal dimiliki Francesc "Cesc" F├ábregas i Soler  , selagi itu Barcelona datang menjenguk2 terhegeh di pintu Emirates.Aku memuji Cesc Fabregas kerana sampai hari in masih lagi bersabar dan setia.Aku menyanjungi keprofesionalime yang dia berikan 100% ketika di atas padang sepanjang menyarung jersi Arsenal.Namun, KALAU BENAR dia memilih inilah masanya(yang aku percaya belum lagi), Pintu Gerbang Emirates sentiasa terbuka luas pada mereka yang tiada lagi hati mereka pada Arsenal,tidak pernah sesekali Wenger menutupnya.Dan hormat ke atas Fabregas tidak akan pudar. Lalu pencarian semula seorang bintang cilik licik akan bermula kembali mengikut kitaran dari kornea mata sang Prof yang berkerut dahi bermuka kedut.Le Prof juga satu masa akan berkata "cukuplah setakat ini" tapi Arsenal tetap akan meneruskan perjuangan dan berjuang itu pasti. Prajurit memang silih berganti, namun gudang senjata masih asli.Kita telah bersedia~...


Isnin, 17 Mei 2010

Arsenal : Review dan Memori 09/10


Berakhirnya Piala FA semalam bermakna secara rasmi kempen bola sepak Inggeris telah melabuhkan tirai buat musim 09/10. Arsenal tersungkur di tangan Man City dalam Carling Cup ,tewas kepada Stoke dalam FA Cup manakala sekadar melepasi kelayakan minima, berada tempat ketiga dengan 75 mana, 11 mata di belakang tempat pertama.Boleh dikatakan jauh, dan tidak memuaskan terutama di bulan2 terakhir tiba2 Arsenal begitu rapuh dengan mengejut, mental dan fizikal tapi perkara itu memang hanya menunggu masa.Ini kerana adalah sukar untuk kita mempertahankan persembahan konsisten dengan kecederaan melampau terutama pada pemain2 utama yang berpakat untuk 'bercuti' lebih awal. Bagai bermain musical chair, seorang demi seorang terpaksa diusung keluar.

23 kemenangan 6 seri dan 9 kekalahan manakala jaringan 83 berbolos 41. Tiada team yang boleh memenangi liga jika bolos sebanyak itu, Wenger jugak sedar. Namun Wenger tetap mempertahankan penjaga2 golnya- memang telah diketahui kerana Wenger tidak pernah menyalahkan pemain2 di depan khalayak ramai, dan jika dia declare penjaga gol adalah posisi yang perlu diperkemaskan tentunya nampak begitu desperado akan posisi itu maka kelab2 lain akan mengambil kesempatan jika wenger berhasrat berurus niaga dengan mereka.Itu sebablah kita dikatikan dengan sebegitu banyak penjaga gol ketika ini dengan Buffon, Hart Green Frey antara yang menjadi bualan hangat. Tidak mustahil Wenger sedang dalam pencarian tapi tidak perlu meletakkan harapan yang tinggi. Selain daripada itu masalah pertahanan dilihat masih menjadi lubuk, terutama dalam defending set pieces. Sagna entah mengapa di ambang penurunan form bersilih ganti posisinya bersama Eboe.Posisi bertentangannya pula dilanda masalah kecederaan antara Clichy dan Gibbs.Traore cuba membantu tetapi tidak meyakinkan, mungkin antara nama yang bakal meninggalkan Emirates bersama Silvestre dan Gallas.



Gallas adalah seorang profesional di atas padang tapi di luar walaupuan aku tak berapa nak ambil kisah tapi seboleh2nya kita mahu melihat keharmonian di dalam bilik persalinan juga. Pendedahan negatif Nasri terhadap Gallas tentang 5 pemain tidak pernah bertegur sapa dengan CB France itu adalah suatu yang memalukan dan tak patut berlaku.Ini menunjukkan mentaliti sesetengah pemain agak kebudak budakan termasuk Gallas yang emo terlebih.Alasan remeh temeh sering menjadi punca dan perkembangan yang berlaku tidak mencerminkan kesatuan walaupun mereka berjuang bersama di atas padang.Memang benar, mereka tidak mesti untuk menjadi rakan baik walaupun ketika bekerja tapi persefahaman dan respect adalah penting.Aku menganggap pendedahan Nasri ini adalah disebabkan kekecewaan tidak dapat bersama2 skuad Piala Dunia France ketika menyaksikan Gallas yang cedera pula terpilih bersama2 penakut seperti Diaby.Siapa tahu ura2 penggantian Blanc menggantikan Domenech akan mengubah nasib Nasri. Berbalik kepada Gallas, dengan gaji yang demand sebanyak 80k seminggu, Management Arsenal nampaknya sukar untuk mempersetujui dan akan membiarkan bilik persalinan Arsenal lebih tenang dengan permergiannya.Aku suka persembahan Gallas, tapi jika itu yang terbaik untuk2 kedua2 pihak, terpaksalah berkorban, Gallas direlakan pergi. Positifnya, Sol Campbell mungkin akan menyambung setahun lagi kontrak sebagai backup dan penyemarak bilik persalinan.Mael, Jozan, Nordtveit dan Bartley boleh banyak memperlajari daripada pengalaman The Soul. Apa pun , Arsenal diliihat perlu memperkuatkan posisi ini dengan seorang dua lagi kerana Sanderos dan Silvestre dilihat bagai menghitung hari di Arsenal.Jika benar, terima kasihlah atas harapan yang tak sampai dari kedua2nya. Untuk barisan pertahanan,antara nama yang disebut dalam rumors kali ini adalah bek kanan,  Van Der Wiel dari Ajax, Upson dari West Ham dan terbaru Jagielka..Aku rasa kita memerlukan lebih fizikal dalam posisi ini di samping pengalaman yang tinggi jadi hanya Wenger yang tahu siapa targetnya.

Midfield musim ini dilihat turun naik dan tidak konsisten.Kata2 Wenger bahawa kita tiada masalah di bahagian ini sungguh membimbangkan.Kita dilihat tidak kreatif ketika ketiadaan Fabregas terutama di waktu2 genting akhir musim di mana jadual yang terlalu padat dengan match2 penting, Arsenal nampak sangat ketagih idea talisman yang seorang ini. Diaby mempunyai separuh musim yang mengejutkan kemudian seperti biasa hanyut.Rosicky tidak dapat memberi sumbangan terbaik seperti mana diharapkan.Nasri tenggelam timbul setelah terlepas saingan di awal musim akibat patah kaki.Denilson yang suka berjogging passing kiri kanan belakang hanya mengeluarkan sedikit perluru2 jarak jauhnya yang kita sendiri pun tak tahu sama ada nasib atau memang dia mempunyai keupayaan untuk melakukannya.Come On guys, perbanyakkan lagi shooting jarak jauh, Ke mana pergi kaki ajaib Rosicky? Kita memerlukan lebih banyak shooting seperti itu yang boleh jadi jugak plan b atau plan c.Mungkin ada arahan dari Wenger agar mencari the perfect goal, tapi aku berharap Arsenal dapat memaksimumkan keupayaan pemain2nya.Diaby jugak dilihat mempunyai kebolehan rembatan kencang tapi sayang terlalu berhati2.Jika semua pemain2 tengah mampu membangun seperti Song, pastinya bagus.Song dilihat menjadi nadi tengah memberi ruang kepada Fabregas mencipta kreativiti.Jika tidak ingin bakat Song hanya setakat itu, Wenger harus meneruskan momentum, sign seorang lagi pemain tengah yang mampu memacu pergerakan dan memberi saingan sihat kepada Song atau pemain2 tengah lain.Box to Box player seperti Flamini, atau hardworker seperti Petiti amat dialu alukan. Wenger pernah berkata Melo masih lagi dalam radarnya, kehambaran Juventus mungkin memaksa mereka berfikir sekali lagi jika Wenger datanga mengetuk pintu. Aku belum mahu bercakap tentang Fabregas kerana ketika ini dia telah pun berada di Spain dan media mereka mempunyai access 24 jam kini untuk memperbanyakkan lagi gosip2 tentang DNA barca yang kita terpaksa layan sepanjang summer ini.Naluri aku dia akan kekal selagi Wenger bersama. Malang bagi Ramsey yang semakin Fabtastic tapi tragedi berdarah di Stoke adalah kejutan kerjayanya.Harap dia boleh sambung ketika dari ketika mana dia tertangguh dulu.Merida mungkin antara calon2 pemergian yang tak dapat ditolong, berbakat namun mungkin Arsenal bukan tempatnya.


Posisi 4-3-3 yang pada mulanya sempoi tapi akhirnya mendedahkan kepincangan Arsenal terutama link antara tengah dan pertahanan.Jika dengan kesebelasan utama, terutama Fabregas dan Song, 4-3-3 dilihat berhasil.Namun ia menajdi masalah apabila Wenger meletakkan mereka pada posisi yang tidak sepatutnya apabila pemain2 utama dilanda kecederaan. Aku sendiri kurang pasti apakah kategori posisi Arshavin dan Walcott. 4-3-3 bertaransformasikan kepada 4-5-1 adalah sukar dilmaksimukan tanpa keupayaan target man seperti RVP. Kelincahannya sebelum dilanda kecederaan membunga2bungakan formasi tersebut, ramai yang memuji ke-genius-an Wenger. Tapi setelah RVP tersadai dan tanggungjawab dipikul Bendi, sedikit demi sedikit kepincangan didedahkan. Tiadanya cover dari bahagian sisi membiarkan kiri dan kanan terdedah ketika overlapping, tiada plan B selain memakai wide player lalu crossing ke laut mengharapkan Bendi menyudahakannya last2 minit.Permaianan Arsenal mudah dibaca.Formasi, line up dan sub kita mudah diagak lawan.Aku memuji kerebranian Wenger dalam lebih mengamalkan attacking dalam corak permainan tetapi ia perlu dilakukan hanya ketika ia dirasakn perlu bukan setiap masa ketika kita tidak mempunyai pemain yang mampu menyesuaikan diri.Walcott mungkin berkata dia antara pemain yang terasa kelebihan formasi ini disebabkan sesuai dengan kepantasan dimiliki maka peluangnya bermain adalah tinggi tapi realitinya , sumbangan yang diharapkan belum cukup.


Eduardo antara yang menjadi mangsa akibat formasi ini kerana kita sedia maklum tugasnya sebagai poacher yang sesuai diamalkan dalam formasi basic 4-4-2. Tapi dengan formasi baru ini, dahlah jarang dapat peluang, bila dapat diletakkannye sebelah wide, dengan pace yang semakin kurang, gagal beat 1st man  , mudah diasak , Dudu bagai hilang punca lalu membuatkan moralnya terjatuh.Peluang2 keemasan yang terlepas membebankan lagi otaknya.Kecederaan susulan, pembedahan2 kecil , serangan media akibat tragedi Celtic tidak membantu Eduardo musim ini. Sayang sekali, jika keadaan ini tidak berubah, dengan kehadiran Chamakh selepas ini apakah agaknya peluang Eduardo walaupun Wenger memberi keyakinan pemain Crotia itu masih ada lagi dalam perancangannya musim depan.Arshavin juga mempunyai musim yang tidak memuaskan namun begitu ini baru sahaja musim pertama yang penuh baginya dan baru dia terasa kepadatan dan bahang champions league di peringkat tertinggi macam mana. Jika kita ingin bersaing,adalah penting untuk mengekalkan The little Russian ini. Wilshere dan Vela mungkin perlu lebih pendedahan maka loan ke kelab BPL adalah suatu option yang boleh dipertimbangkan.




Namun musim ini, baik buruk, itulah Arsenal kita.Apa pun yang berlaku, 8 bulan kita bertarung dan terkena 'April fool ' sebulan , kita harus terima.Terima kenyataan bahawa kita mampu memberi persaingan tapi masih belum mampu menandingi mereka yang setapak dua di atas.Masih ada perkara yang boleh disenyumkan, bukanlah teruk sangat seperti mana digambarkan media. Liverpool sanggup bermatian untuk berada di posisi kita ketika ini.Man City berhabis beratus juta untuk cuba membeli tempat kita ini, malah jiran kita Spuds menunggu berapa lama baru nak sampai tahap ini itupun masih jauh ke belakang.Masa depan masih cerah, kewangan semakin kukuh ketika kelab2 lain semakin terasa .Semakin ramai orang mengkritik sebenarnya menandakan mereka begitu desperate untuk melihat Arsenal gagal. 5 tahun tanpa piala tapi tidak dengar pula kelab2 lain bertahun2 tanpa piala, malah Liverpool juga sudah 4 musim tanpa piala.Ini bermakna sindrom anti Arsenal begitu menyala2 di luar sana.Sekaligus memperlihatkan betapa pentingnya Arsenal dalam dunia bola sepak kerana masih ramai yang concern.Terima kasih, ia lebih membakar semangat Arsenal sebenarnya..Seronok apabila orang mengharapkan kita gagal dan akhirnya kita yang menggagalkan harapannya.Piala bukan segalanya,bukan tidak penting tapi ia adalah lebih kepada  bonus akhir musim jika setahun itu perjuangan berliku dihadapi dengan segak. Passion, determination dan desire yang dituntut oleh peyokong , ingin melihat semangat melawan daripada pasukan mereka dengan aksi2 bola sepak yang memukau.Arsenal menghampirinya, tidak jauh cuma icing on the cake sahaja yang tak dirasai.Cair awal. Aku percaya kita masih mampu memperbaiki lagi persembahan dengan suntikan beberapa muka baru dan corak baru.Arsenal memerlukan tulang belakang maka pentingnya mengekalkan Fabregas sebagai paksi dengan Campbell berlagak  seperti the Dark Knight. Semangat RVP dan Mael adalah kepimpinan melalui teladan.Wenger akan menjadi The Guardian.Pantang kalah pantang undur, jangan lemah jangan kendur, sayang jika anda berjalan sejauh ini lalu anda memilih untuk menarik diri dari ekspidisi menarik yang dijanjikan.Aku percaya penantian ini pasti ada pengakhirannya.Umpama menonton drama bersiri bermusim yang penuh episod suka duka dan dramatic, aku tidak pernah jemu. Walau berapa lama, Arsenal tetap dihati~

Memori 09/10: Antara memori terbaik bagi gua, anda mungkin mempunyai piliahn tersendiri.

- Signing Terbaik : !00% Mael, 2nd Sol Campbell. Mula2 orang ingat Wenger gila menjual pemain seperti Adebayor dan Toure Tapi sekali lagi dia membuktikan, dirinya masih ada misteri dalam mencungkil bakat yang dicemburui rakan2 seangkatan.


-Kemenangan tersempoi : 6-2  ke atas Blackburn.. Walaupun kemenangan pembuka musim 6-1 di Goodison Park dan membelasah Porto 5-0 cukup menghiburkan tetapi aku memilih perayaan ulang tahun ke 13 Wenger di Arsenal menjadi pemenang untuk kemenangan terbaik.Cukup lengkap, di depan lagenda Arsenal Thierry Henry yang pertama kali pulang ke Emirates,kejar dari ketinggalan 2 kali dan persembahan bersahaja Fabregas dengan 4 assist dan satu gol.



- Kekalahan Paling mengecewakan: Biarpun terkena double kepada United dan Chelsea serta diajar Messi , namun tidak dapat diterima kekalahan 1-2 kepada Spuds.Setelah 10 tahun bertarung, rekod akhirnya tumpas kepada jiran paling poyo di saat paling genting. Malam itu di mana kita terkeluar dari saingan liga manakala mereka semakin merapati kemunculan kali pertama ke dalam UCL.di era baru.Paling menyakitkan adalah bagaimana gol2 tersebut dilepaskan dan melihat kita begitu tumpul.

-Persembahan paling bersemangat : Kemenangan liga 3-1 ke atas Stoke City last2 minit. Kenangan ini akan bertambah manis jika kita berjaya menjulang kejuaraan liga di bulan May tapi apakan daya.Namun persembahan penuh fokus dan sambutan penuh passion daripada pemain setelah peristiwa hitam ke atas Ramsey menterbalikkan apa yang berlaku di St Andrews ke atas Eduardo.Hanya tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan pada malam tersebut atas kemenangan yang membakar semangat.

-Titik hitam : Tragedi ke atas Rambo di di Stoke.

-Persembahan Paling memalukan : Tidak perlu malu jika diajar Messi atau dipukau Barca 45 minit awal, tapi perlu duduk termenung terpikir apa tidak kena setelah leading 2-0  ketika masa hanya tinggal 10 minit dan akhirnya tewas 3-2 kepada Wigan.Itu memang satu kemaluan! Malu dengan semangat Wigan, dan pemain2 perlu malu pada diri sendiri sama ada mereka layak atau tidak menyarung jersi Arsenal.Wenger tiada kata2 untuk perkara ini.Terkejut.

-Gol Terbaik : Daripada banyak2 mungkin ada beberapa yang mampu bersaing rapat dengan gol ajaib Nasri ketika bertemu Porto dan Arshavin di Anfield.Tapi secara peribadi aku memilih gol larian solo Fabregas setelah 11 saat sepak mula kembali bermula.Tak habis menyorak gol RVP sebelum itu, tengah tayang replay sedar2 gol kedua masuk lagi! Tepat pada masanya bersempena dengan occasion NLD yang penuh berapi, kepuasan jelas leih bermakna ketika Fabregas menghantar Spuds pulang  balik ke tempat asal mereka.



-Persembahan Pemain paling meeningkat : Walaupun Eboue popular di kalangan penyokong, Song secara slumber bagi aku menggondol award ini dengan persembahan bersahaja tapi mantap menjadi kereta kebal, perisai di hadapan back 4.Harap musim2 akan datang persembahannya terus konsisten dan terus meningkat.


-Pemain paling mengecewakan : Walaupun ramai yang tidak konsisten tetapi untuk kali ini,posisi penjaga gol mungkin menjadi kambing hitam musim ini.Anda pilih antara kedua-dua mereka,belum masanya Mannone terlibat untuk dipersalahkan.

-Pemain terbaik : Cesc Fabtastic Fabregas! 19 gol kempen musim ini! Musim penuh pertamanya sebagai kapten,game by game sikap kepimpinannya terserlah.Bukan pemimpin yang vokal tapi lead by example. Setiap kali dia bermain pasti akan terlibat dalam sumbangan besar.Assit terbanyak Arsenal dengan 13 kesemuanya, (di dalam liga) walaupun terlepas untuk beberapa tempoh masa akibat kecederaan.Ketika ketiadaannya, Arsenal amat merindui sentuhan dan ideanya.Sanggup meneruskan aksi walaupun mengalami kecederaan ketika bertemu Barcelona, gol freekick  super sub menentang Aston Villa, gol terbaik menentang Spurs!Banyak lagi, anda nilaikan sendiri.


Akhir sekali, video terbaik di bawah ini merumuskan segalanya tentang perjalanan musim ini di samping meluahkan emosi yang dikongsi bersama. Semoga terhibur.





Jumaat, 14 Mei 2010

12 dalam senarai awal ke Afrika

Lupakan sementara tentang gosip2 Gianlugi Buffon ke Arsenal yang walaupun kali ini lain macam, mungkin benar ada rundingan sedang dijalankan, tapi cuma setakat sembang2 . Wenger berkata satu signing akan didedahkan sebelum Piala Dunia yang kita semua sudah sedia maklum, Chamakh adalah orangnya.Dia juga memberi hint segala transfer akan berlaku sebelum Arsenal menghadapi kejohanan pra musim Piala Emirates. Menunggu detik itu,kita disajikan dengan Piala Dunia.Jadi siapakah pemain Arsenal yang terlibat dalam aksi di Afrika.12 mereka yang terpilih dalam senarai awal negara masing2  adalah:

Fabregas
Bendi
Gallas
Sagna
Clichy
Diaby
Vela
Sanderos
Walcott
Song
Eboue
RVP

Tiada Samir Nasri untuk France dan rata2 peminat Arsenal mempersoalkan kehadiran Diaby berbanding Nasri dalam pasukan.Hanya Domenech sahaja yang tahu.Campbell jugak terlepas pandang dari mata don Capello yang lebih sayangkan Carragher.Win2 situation bagi Arsenal dan Campbell jika dia berhasrat menyambung kontrak setahun walapuan dalam dirinya sendiri masih ada 2 tahun di peringkat kompetitif tertinggi.Ini kerana faktor rehat penting sebelum memulakan musim yang segar terutama umur sepertinya. Sebelum sebulan kita berjaga malam, tumpuan bolehlah diletakkan pada kejohanan yang melibatkan pasukan negara,Piala Thomas! Ayuh runtuhkan tembok China!


Isnin, 10 Mei 2010

Admin Arsenal.com tak tahan?

Haha..kali ini pelik sedikit.Anda jangan ingat anda sahaja yang tidak tahan akan  rahsia2 transfer yang disimpan terlalu sulit oleh kem Le Prof.Ini kerana admin Arsenal.com sendiri bagai sudah hilang sabar apabila tiba2 mewujudkan satu ruangan 'Transfer Linked'- suatu yang tidak pernah dibuat oleh Arsenal.com selama ini. Kebiasaannya, signing rasmi sahaja akan diumumkan oleh mereka tapi kali ini mereka bagai ingin mengubah trend dengan menerbitkan jugak rumors2 yang  dimainkan oleh media dan sumber2 terdekat. Buat pertama kali, untuk ruangan kali ini, mereka mengaitkan Yaya Toure dan Shawn Wright Philips. Namun begitu, mereka masih memperingatkan pembaca agar tidak terbawa2 kerana mereka juga sama seperti kita, hanya menyebarkan apa yang didengar dari sembang2 kedai kopi di bilik media. Adakah ini suatu tanda 'protes' atau satu bentuk tekanan kepada Arsene Wenger untuk mencari pemain terbaik bagi musim hadapan.Agaknya apakah reaksi Arsene Wenger tentang situasi terbaru ini.Tidak terkejut jika mungkin ruangan ini diarahkan dihentikan dalam masa terdekat.huhu


Asyik cakap pasal kontrak player, kontrak manager apa cerita pula? Sementara itu perkembangan terbaru kontrak Wenger, belum ada apa2 tandatangan rasmi daripada Wenger untuk menyambung kontrak yang bakal berakhir sebaik tamatnya musim 10/11. Wenger menafikan khabar angin bahawa persetujuan telah dicapai untuk menerima tawaran lanjutan tetapi tidak menolak ia bakal berlaku disebabkan rasa sayang eh nya kepada kelab ini.Gazidis jugak memberi harapan tinggi dengan berkata BOD berwawasan jauh untuk berkerjasama dengan Wenger untuk berberapa tempoh yang lebih panjang.Mungkin jika mengikut spekulasi kontrak baru akan mengikat Wenger hingga tamat musim 2014, sama tamatnya dengan kontrak Fabregas. Encik Ivan Gazidis jugak sempat memberi berita positif tentang kewangan kelab yang stabil dan perbelanjaan untuk membeli pemain disediakan dengan sewajarnya, tinggal Wenger saja nak isi  cheque book yang kosong. Bertahun2 kita mendengar perkara yang sama, namun buku 555 jugak yang tak habis tercetak lagi.heheh. COYG!


Highlights : Perlawanan terakhir


Lap of Appreciation 09/10

Bukan musim yang sempurna, bukan juga musim yang tiada nilai. Kerana Penilaain musim itu dilihat bernilai jika kita menghargai nilai seiap apa yang bernilai. Hargailah Arsenal seperti mana mereka menghargai kita.Bangkit kembali musim hadapan!




Post Match : Tiket Automatik

Tirai BPL musim 09/10 telah selamat dilabuhkan.Arsenal  mengakhiri kempen musim ini dengan pengesahan tempat ke 3 selepas membenam second string finalist Europa League Fulham 4 tanpa balas. Sementara itu seperti dijangka pasukan tercorot telah bangkit membelasah jiran yang memualkan kononnya mengimpikan untuk memintas Arsenal-takkan berlaku seumur hidup, tahniah kepada Burnley. Akhirnya kemenangan pertama di hari terakhir musim setelah dicedok Barcelona tapi sekurangnya mereka membuat kerja seperi yang diharapkan. Namun banyak lagi yang perlu dibaiki untuk musim hadapan.

Arsenal menyenaraikan Arshavin dan Clichy dalam kesebelasan utama, Gibbs yang mengalami kecederaan akhirnya kembali ke bangku simpanan sementara Eduardo dan Armand Traore tidak tersenarai. Gol pertama hadir melalui kesilapan budak sekolah oleh Mark Schwarzer.1st touch nya yang bersepah memberi ruang kepada Arshavin untuk mencilok dan mengelecek penjaa gol yang juga kapten Fulham , ketika itu RVP melambai2 meminta bola dilorogkan tapi Arshavin memilih untuk mencuba sendiri.Nasib baik masuk kalau tidak  mau berang kapten Arsenal. Gol kedua hadir apabila Walcott menerima hantaran Sagna melepasi perangkap offisde dan menghantar kepada RVP dari sebelah kanan.Sepakan pertama pemain Belanda itu terkena palang gol hampir menjadi blunder tetapi rebound disudahkan dengan cukup cool dari RVP yang kemudian memberi kredit kepada Walcott mungkin mengajar Arshavin bagaimana bermain bagai sebuah pasukan.Walcott menjaringkan gol tapi offside.Walcott sekali lagi diberi peluang hasil kuisan sempoi dari Eboue namun sepakan menggelabahnya, ke laut. Walcott selepas iu terlibat lagi sekali dalam pembikinan gol ketiga, low cross nya dikuis ke belakang oleh Eboue yang mendapat sentuhan minima tetapi Chris Baird hanya mampu menyaksikan clearance nya menuju ke gawang Schwarzer.Terimakasih.

Separuh masa kedua RVP mempunyai beberapa peluang untuk menambah jaringan peribadi dan Arsenal tapi nasib tidak menyebelahi.Jozan membuat penampilan sulung musim ini dari bangku simpanan setelah lama terperam dek kecederaan.Walau tak dapat banyak yang ditunjukkan sekurang2nya ia menaikkan self belief dan sempat belajar bersama2 Campbell yng entah sambung atau tidak kontraknya.Henri Lansbury merasai nikmat premier league selepas pulang dari pinjaman Watford. Sewaktu tempat ke 3 telah pun di'cop mohor'kan, Carlos Vela menambah ceria penyokong Arsenal dengan typical finishing nya,Memang cukup style, tapi tak cukup untuk Arsenal sepanjang musim ini, kita mengharapkan lebih dari Vela sebenarnya. Harap dia dapat World Cup yang baik sebelum pulang ke camp Arsenal untuk musim depan.Oh ya, jagan lupa Fabianski clean sheet, tapi menerima kad kuning.

Seperti tradisi, para pemain mengelilingi stadium untuk memberi penghargaan kepada penyokong yang selama ini tidak pernah jemu bersama mereka , menang atau kalah.Lap of appreciation dan mungkin ada antara mereka yang melambai buat kali terakhir. Berakhirnya musim ini Dengan kelayakan minima telah dicapai oleh Arsene Wenger dan pasukannya-suatu yang membuatkan BOD membuncitkan perut mereka dengan kantong yang penuh.Walaupun dilanda pelbagai musibah dan kekecewaan terutama akhir2 ini, musim 09/10 masih boleh dilihat sebagai satu formula untuk mencipta kejayaan di masa akan datang.Kerana Thomas Alva Edison berkata setiap kegagalan yang diperoleh adalah kejayaan mendedahkan jalan2 yang menyesatkan.itupun jika Wenger sudi sedar dan buka mata.Ahh pedulik hapa Thomas Edison ketika kita perlu memikirkan apa yang sepatutnya harus dilakukan Thomas Rosicky! Hahah, Arsenal akan bangkit, dan bangkit itu adalah Arsenal. Suatu anjakan paradigma harus berlaku. Aku rela tunggu bertahun lagi tak kira apa jua terjadi kerana 'We Are Arsenal' ! Malam mingu yang mesra bakal tertangguh, selamat datang, Afrika..


Ahad, 9 Mei 2010

Season Finale : Arsenal vs Fulham live streming!

Dek kerana masalah birokrasi pihak2 tertentu, tiada live, maka marilah bersama2 menonton aksi Arsenal terakhir musim ini secara live online streming. Sila klik di sini dan pilih link terbaik anda. Pada siapa2 yang tidak berpeluang, anda boleh menyaksikan di saluran Astro Star Sports 813 siaran ulangan jam 1 pagi nanti. Sama2 kita mengharapkan kemenangan selesa menutup tirai 09/10 Arsenal. Ayuh!

Agi idup agi mengguners!!


Pre Match : 09/10 season finale


Season finale bagi Arsenal tapi bukan bagi Fulham yang akan mampu melengkapkan road tour Europa yang begitu majistik andai kata dapat menewaskan Atletico Madrid dalam Final Europa League Rabu depan. Kalau diikutkan logik di atas kertas, bukan Fulham yang sepatutnya mewakili England di kemuncak persada Eropah, Arsenal sepatutnya lebih menyerlah di pentas itu.Namun apakan daya, bola sepak bukan sekadar di atas kertas, dan kertas score yang tinggi tak dapat menjamin kejayaan jika hati dan semangat juang tidak setinggi mana.Itulah yang perlu dipelajari, dicontohi Arsenal daripada Fulham atau lebih spesifik Wenger daripada Roy Hodgson.-calon Manager of the year. (Dengan respect, dia memang layak untuk menerimanya tapi macam ada something fishy bila terpikir sejenakAdakah FA England telah merancang segalanya, Rooney PFA POTY, Milner Young POTY, Terry Lampard  dengan bakal kemenangan liga. adakah semua ini semata2 untuk memastikan pemain England dan Englismen dalam mood terbaik sebelum ke Afrika. Jadi apa kepentingan Arsenal di situ? bagaimana pula  nasib Walcott ??mehh..aku tidak memberi najis tentang pemain yang kaki lebih laju daripada otak ketika ini- Satu lagi teori jahat daripadaku)

Wenger berkata " Adili aku bulan May" Kini, walaupun musim belum berakhir secara rasmi tapi dah tiba bulan May jadi aku konklusikan : 'Semkain hampir..semakin jauh'. Satu lagi musim yang memberi harapan awal hanya dengan menyaksikan bulan lepas adalah betul2 'April Fool' bagi Arsenal. Seteleh berjuang dari hari pertama musim dan diteruskan selama 8 bulan, namun April lepas adalah keruntuhan dan cerita sebenar satu musim.Secara jujur kita mempunyai ramai pemain berbakat, tak dinafikan tapi mereka tak cukup bagus untuk brmain bersama dan menyarung jersi kebanggan merah putih.Dan Wenger tidak boleh terlepas daripada kesilapan ini kerana dia juga mempunyai saham dalam kejatuhan yang dilihat ulang tayang dari musim2 terdahulu. Pendek kata , rumusan yang boleh dibuat, gap antara 1st eleven dan skuad backup sangat2 ketara dan jurang yang terlalu besar- ditambah lagi sesetengah 1st eleven tu tak layak langsung start untuk Arsenal sebenarnya, tak cukup bagus.Tembelang telah terpecah ketika  kecederaan melanda kem Arsenal terutama di akhir2 musim ia semacam menjadi pesta kecederaan.Aku muak menghuraikan secara lebih lanjut kerana biarlah ia disimpan untuk analisis akhir musim, yang penting aku rasa kita dah semakin hampir dengan musim tak menyebelahi United mahupun Chelsea dan aku rasa beberapa kali kita diberikan talian hayat, namun pemain2 kita masih lagi tidur nyenyak manakala Wenger kadang2 masih dengan ideologi nyanyuk membuatkan pandangan umum terhadap Arsenal-klimaks awal. Aku tak kesah walaupun tanpa piala tapi disebabkan persembahan yang cukup memalukan daripada segelintir pemakan gaji besar.Memberi peluang budak2 bermain tak salah tapi, environment kena kekal sama seperti dunia luar. Aku rasa Wenger perlu hentikan polisi menabur duit lumayan pada budak2 kerana itulah faktor yang menarik mereka ke sini sambil berpeluang beraksi kononnya, cuma duit tu kalau boleh jangan dijadikan motivasi.60k untuk Walcott?? haram jadah.Itulah sebabnya kita dah nak sampai, namun last2 tergolek tersembam.Terlalu ramai yang Overpaid , overrated, over-hyped. Wenger perlu mencari lebih ramai 'jantan' dalam senarai 25 orang musim hadapan!!

Jadi satu mata esok sudah dapat memastikan tempat automatik tanpa perlu mengambil tahu apa cerita jiran sebelah sana yang baru 1st time merasa naik flight jalan2 ke Europe.Wenger cakap Spuds memang layak, bagi aku, no komen- lebih kepada kekecewaan. Iya mereka telah 'mengganggu' transfer musim depan apabila menghalang Mancity daripada menabur duit2 gila .Mungkin sekali lagi kita akan menyaksikan transfer yang hambar tapi setidak2nya berterima kasih kerana musim ini disajikan dengan aksi piala dunia , paling tidak terisi masa daripada gosip2 liar, rumors yang merapu. Oleh kerana Spuds menghalang City, aku nak agar mereka berbelanja sakan gila2 tak ingat dunia seperti yang mereka selalu lakukan musim dulu2 dan akhirnya seperti dijangka tidak lepas pusingan kelayakan.Itu pastinya adalah mood paling ceria bagi fan Arsenal untuk memulakan musim depan. Aku rasa Chamakh sudah mula terhidu2 ke'gooneran 'nya pabila dengan slumber mereject Spuds dan memilih untuk ke staidum terbesar di Utara London.

Minta maaf, Aku tak tahu kenapa aku terlalu negatif dalam post kali ini, mungkin kerana menyampah dengan Spurs, mungkin kerana sebaik tamat game nanti berakhirnya malam minggu yang mesra (sepertimana setiap minggu kita disajikan dengan aksi) atau terlalu kecewa dengan persembahan akhir2 ini.Jadi aku berharap demi maruah, dan pengorbanan fan , semua pemain yang menyarung jersey merah putih esok bermati-matian tak kiralah sama ada mereka menyarung jersey itu buat kali terakhir atau tidak.Aku mengatahui mereka juga tertekan tapi itu sebenarnya bukan alasan. It's ok kalau pemain rasa tertekan jika berusaha bersungguh2 tapi keputusan tak menyebelahi, tapi penyokong bukan bodoh. Tapi jika mereka tertekan akibat persembahan ala2 sampah, mereka sepatunya malu.Inilah masanya untuk sedikit senyuman, barulah pemain2 layak mempersembahkan 'lap of  appreciation'  sebaik selesai wisel penamat.



RVP dan Arhsavin mungkin boleh start dengan Clichy jugak memberi perkembangan positif. Rosicky Alex Song dan Bendi tidak dapat turut serta. Fulham jugak bakal berkemungkinan menurunkan skuad campuran dan reserve untuk tidak terlalu all out bagi game yang tak seberapa(kurang keutamaan) bagi mereka. Jadi Arsenal perlu mempergunakan peluang ini sebaik mungkin agar  sumpahan Messi tidak lagi berlanjutan.Hadiahkanlah sesuatu demi penyokong, aku merayu Wenger, tolonglah.. 3 mata,

Tiada Live akibat pemain2 sendiri melepaskan peluang untuk menjadikan match akhir musim ini sebagai wajib tayang/wajib tonton. Bersedia untuk duduk di dalam gua..Delayed Astro Star sports.  813. Arsenal 2- Fulham 0.


Selasa, 4 Mei 2010

Diluah mati emak , ditelan mati bapak, dikemam bunuh diri

Wenger tersepit. Itulah situasi yang mungkin dialami oleh Wenger di Arsenal ketika ini. Walau seteruk mana pun pemain, selembik mana pun orang makan gaji besar yang diberi kepercayaan olehnya, Wenger masih lagi dalam mood penafian. Dan paling menyakitkan hati apabila perkara itu telah jelas terang dan nyata, tapi Wenger seperti terpaksa jugak memalukan diri sendiri menegeakkan benang yang basah. Tetap mempertahankan pemain2 lembik yang tidak ada semangat juang, menafikan midfield kita mempunyai masalah, memperakui posisi penjaga gol bukan keutamaan , bercakap tentang 'impian transfer' yang kita tahu hanya omong dan dongengan,pulih dari kecederaan adalah 'new signing' dan jugak bercakap tentang masa depan. Paling sedih marhaen biasa pun boleh nampak apa yang tidak kena inikan pula manager berpengalaman sepertinya. Kerana apa ini berlaku? kerana Ego? degil?


Atau aku mula terfikir , disebabkan kepakarannya dalam ekonomi, BOD telah mempergunakannya untuk mengaut keuntungan sebanyak yang mungkin.Jangan salah paham, bayar hutang tetap bayar hutang tapi bagi mereka(BOD , management atasan, tangan2 ghaib yang menguruskan kelab) mana nak cari lagi manager yang boleh bagi profit dalam masa yang sama, mendapatkan keputusan paling minima di atas padang.Kerana mungkin bagi mereka, "oh..piala seketul jek, takkan semua team nak menang, layak tempat ke- 4 , duit masuk kantong pun dah cukup, yang lain2 tunggu nanti2 la, tahun2 depan esok lusa boleh menang lagi.Dulu berdekad tak menang apa tak bising pun" dalam masa yang sama, seluk duit masuk poket. Jadi mereka mengekalkan Wenger, dan Wenger pulak memang dah suka pulak, kalau manager lain mana nak dapat kelab yang boleh kasi full control 'buatla suka ati apa ko nak buat asalkan bahagian kami tak kacau'.Kita dok sibuk gile main game FM bagai nak rak, nah, dia lagi la, dapat FM realiti punya.Lagi bertambah addicted! Wenger membuat keputusan yang bijak ketika snub Real Madrid.Ini kerana kalau keadaan macam sekarang ini, dia takkan bertahan lebih semusim di Bernabau sama nasib seperti jurulatih2 kebanyakan yang lain.

Berbalik pada mood penafian tadi, dia mungkin terpaksa membacking pemainnya kerana khuatir akan value harga seseorang itu akan menurun jika ditogelkan tocang seorang demi seorang di khalayak umum. Ini strategi pemasaran.Kah3. Dan aku mula terpikir bahawa ada unsur2 khianat-tamak berlaku di sini apabila mungkin ada arahan2 dari tingkat ke berapa entah supaya Arsenal mendapatkan tempat ke 4 .Sebab? mudah sahaja, dengan tempat 4 yang terpaksa bermain pusingan kelayakan, ia dah menjanjkan 2 match lebih yang boleh memecahkan lagi poket mereka! Ini teori jahat.


Arsenal perlukan kembali sentuhan David Dein. Ketika era si Din ni, Wenger lebih terkawal sedikit. Maksud aku terkawal tu macam ada hala tuju. Tapi setelah Din bercerai dengan Arsenal, Wenger seperti tidak dapat memikul beban, hilang arah dalam cuba menjadi master mind segalanya, ternyata dia tak termampu. Last2 dengan transfer ke mana taktikal pun dah mula merapu. Kalau dulu segala kertas kerja, Din yang buat, segala kerja2 kotor, politik kelab Din yang pandai main, segala nego dalam transfer market Din yang uruskan.Lebih dariapada sekadar hanya seorang kawan kepada Wenger, Din ada kuasa untuk kata 'Tidak' kalau dia tak setuju , lebih baik dari situasi sekarang dimana Wenger hanya mendapat 'Yes Man' sahaja dari mereka yang digelar penasihat. David Dein lah yang menjadi PR Arsenal dahulu jadi tiadalah kita lihat keluar lagi kenyataan bodoh daripada Pengerusi Arsenal sendiri macam baru2 ini tentang isu talisman kita dalam tempat di Barca.


Kembalikan semula Bob Wilson sebagai jurulatih penjaga gol.Panggil balik David Seaman daripada dia menari ala 'Disney on ice' nya lebih baik dia mengajar penjaga gol supaya menjadi 'lebih jantan' .Bawak balik Martin Keown dan gandingkan dengan Abang Tony supaya kembali ke zaman training dulu di mana ada sesi latihan khas intensif defending. Biar Jozan, Mael , Clichy Sagna terkencing dalam seluar dibuatnya.Cakap tentang Sagna apa kejadah formnya yang kelihatan sangat2 menurun.Sangat merisaukan.1 musim yang mengkagumkan kemudaian apabila diadun2 lama2 oleh falsafah Wenger, sudah mula meracau tak tentu hala terutama dalam sumbangan ketika overlapping/mengasak. Jadi dikhuatiri keadaan sama akan berlaku pada Mael,.Siapa dapat memberi jaminan yang dia tidak akan menjadi mangsa. Mael pun sama seperti Sagna, dari satu liga yang asing membawak diri dengan gaya permaianan semulajadinya sendiri, gua takut2 dia akan menjadi seperti Sagna apabila terpaksa lama kelamaan diadunkan dengan sistem pertahanan Wenger yang agak merisaukan.Oleh itulah perlunya bimbingan otai2 lama yang tahu nak selesaikan tugas seperti Abang Tony, Keown takpun Campbell.Dan kalau boleh , alang2 selepas tamat kempen World Cup ini, request kepada FA England supaya memulangkan kembali Gery Lewin kerana sum-sum tulang di Arsenal yang kelihatan amat rapuh sekali adalah suatu misteri yang berlum terungkai!



Baiklah aku mengakui aku dalam mood pasrah dan kekecewaan jadi sesetengah teori dan ideologi dalam artikel diatas boleh dianggap sebagai bodoh dan ilusi-sama seperti mana Wenger akhirnya menganggap pass , pass, pass, kiri kanan depan belakang tanpa end product hanyalah satu ilusi.Akhirnya! arghhh.. rasa nak mengGunners!


Post Match : Collapsed terbaik musim ini

1 mata daripada 12. Kekalahan ke 4 daripada 5 perlawanan (termasuk Barcelona). . Ternyata penutup yang cukup merudum dari Arsenal, dengan tidak semena2 dari pencabar kita collapsed dan hampir menjadi bahan lawak.8 bulan perjuangan tak mampu diteruskan pada bulan yang terakhir. Nampaknya Wenger tidak mengambil pedulik tentang 1 mata yang begitu penting ketika tiket automatik belum kompom, dia boleh melakukan eksperimen pada skuad ini dengan memasukkan pemain2 sesuka hati kononnya ingin memberi pendedahan, bagus... kerana berani...tetapi kurang bagus kerana tidak memilih memberi pendedahan di pintu gol.Malapetaka yang ditakuti semakin hampir, dipintas Mancis mahupun jiran tak senonoh Spuds adalah suatu yang sangat2 sukar dimaafkan.Dan aku tidak memafkan mana2 pemain yang beraksi dengan jersey merah putih secara bersahaja, pemalas dan lembik, itu adalah kesedihan yang dasyat.

Jaringan RVP hanya penceria seketika tapi melihat kepada display yang tak bersungguh, memang betul jangkaannya, tak lama. Kealpaan berterusan, terlalu casual, pemalas dan tiada nafsu serakah, Campbell sendiri bagai dah hilang air liur untuk menegur budak2 ini.Walau apa pun, terima kasih.

Terima kasih kepada 'bintang harapan'  Mexico dan England dengan hyperbola yang begitu diwar warkan.

Terima kasih kepada 'the new Zidane' yang aku rasa mohamad zidan lagi memberi impak rasanya.

Terima kasih kepada jolokan 'the new Vieira' dengan hangat setengah musimnya

Terima kasih kepada 'penjaga gol hebat yang berpotensi' untuk masa depan.

Terima kasih kepada 'the pass master' .-masih menunggu sang PHD pulak yang akan timbul selepas ini.

Terima kasih Sagna dengan hantaran2 angin lintang yang umpama makan angin.

Terima kasih kepada Arshavin dan Dudu kerana sempat menunjukkan muka.

Terima kasih kepada pemain2 yang tidak lagi memberi najis tentang kepentingan baki perlawanan musim ini dan takut2, berhati2 takut injured dan simpan tenaga untuk World Cup.Jika ada, negara mereka patut malu.

Sebenarnya terima kasih kepada Wenger kerana selection eksperimen yang cukup menarik! Wow marvelous!

Terima kasih juga Wenger kerana tidak 'membunuh kerjaya' mereka.

Oh ya terima kasih kecederaan.

Dan akhir sekali terima kasih Arsenal kerana sekurang-kurangnya membuatkan final match bertemu Fulham umpama Final yang wajib menang. Itulah Final yang ditunggu2 rupanya. Tiket automatik ke UCL dan kedudukan beberapa mata di atas Spuds. Hebat bukan hadiah musim ini? Wowwww..

Ceria dan senyum kerana masih ada lagi benda penting yang perlu diperjuangkan.Saja nak kasi suspend jek depa ni, tak gitu?

Terima kasih Usmanov?kah kah kah (ketawa dalam duka)

Lack of hearts and leadership really cost us


Isnin, 3 Mei 2010

Pre Match: Blackburn vss Arsenal

Masih ada 2 baki perlawanan, malam ini bertemu Blackburn sebelum menutup tirai melayan finalis Europa Cup, Fulham. 1 mata automatik akan mengesahkan kelayakan automatik Arsenal ke UCL tanpa perlu berpeluh gentar melihat lagi malapetaka melanda Arsenal jika membiarkan Mancity mahupun Spuds memintas di saat akhir. 1 mata dari 9 yang sepatutnya selepas diajar Messi bukan suatu yang memberangsangkan.

The Little Russian punyai peluang yang tipis untuk beraksi.Mungkin menungu keadaan reda selepas isu tegang membabitkan kenyataannya yang disalah tafisr.Arsenal.com segera membersihkan namanya sebelum lahir seorang lagi Adebayor.Musim telah berakhir buat Denilson dan Almunia.Wenger masih memberi kepercayaan kepada Fabianski dan paling kurang enak didengar adalah mengenai bahagian2 yang dia telah kenalpasti kelemahan Arsenal musim ini.

"mungkin 1 atau 2 orang akan masuk"
"Kalau Gallas keluar,baru kita kompom akan beli"
"Kita bolos 40 gol, suatu keadaan yang teruk dan tak cukup bagus untuk muncul juara"
"Cakaplah apa pun tapi keeper bukan posisi keutamaan yang perlu diperbaiki"
"Bahagian tengah pun bukan maslah dan keutamaan yang perlu diberi perhatian kerana kalau lihat statistik kita bnyak jaringkan gol, masih kreatif.Cuma apa yang eprlu dipertimbangkan adalah sistem pertahanan kita"
"Nasri boleh jadi Pires"

Nampaknya dia masih tidak berjaya melihat gambaran penuh.Statement2 yang berbunyi seperti di atas adalah suatu yang agak merisaukan.Memang benar Arsenal melepaskan terlalu banyak gol untuk dianggap sebagai pencabar serius , dan memang mudah untuk menyalahkan bahagian pertahanan tapi Wenger patut sedar, pembolosan melampau yang berlaku adalah disebabkan Arsenal tidak dapat bertahan sebagai satu unit. Bagaimana dia boleh memberitahu bahawa bahagian tengah tiada masalah ketika merekalah yang banyak melepaskan bola dan tidak track back, tidak memberi perlindungan terutama dari wide player kepada 2 fullback kita? Bagaimana dia boleh memberitahu posisi penjaga gol bukan keutamaan ketika defend kita perlu memikirkan 2 perkara, memikirkan tugas sendiri, risau memikirkan badut yang berada di belakang mereka? Aku berharap sangat agar kali ini Wenger lebih jujur dalam menyuarakan pendapat.Katakanlah dan akuilah yang dia perlukan lebih fizikal dalam pasukannya.Kalau pengakuan itu keluar dari mulutnya pun aku dah berterima kasih kerana sekurang2nya dia berkongsi kesedaran yang sama.Arsenal memerlukan tulang belakang yang kukuh dan Fabregas sebagai paksi adalah suatu prospek yang menarik.Tulang belakang didefinasikan adalah gabungan mereka yang boleh mengawal department masing2 dan menjadi role model.

Penjaga gol
    |
    |
  Mael
    |
    |
 Fabregas
     |
    |
Striker/RVP??

Sayang kerana jika RVP sentiasa fit dan bebas kecederaan, mungkin dia boleh diklafikasikan kepada rajah di atas.Dan Wenger perlu diingatkan, Nasri masih belum mencapai kePiresan namun tanda2 awal sudah boleh kelihatan.Umurnya masih muda, Pires juga hanya dibawa masuk dan klimaks ketika usia mencapai lewat 20 an.Dengan bantuan muka yang berpengalaman mungkin dapat membimbing Nasri(yang mana tak mampu ditanggung Rosicky) supaya lebih konsiten dan percayalah, ia tidak akan membunuh kerjayanya.

Bercakap tentang fizikal, malam ini adalah salah satu ujian fizikal. Siapa tak kenal cara Big Sam, siapa tak masak dengan perangai budak nakal Diouf.Kadang2 teringat gelagat samseng kmpung dusun dalam Savage yang kini entah apa nasib dengan derby Country di bawah sana.Perlawanan ini tetap penting.Selain sebagai ukuran mental sama ada pemain peduli ia juga seperti yang sudah diberitahu di atas, mengelak tekanan dari penghuni tempat keempat.


------------Fabianski--------------
Sagna----Campbell-Silvestre----Gael
--------------SOng------------------
--------Nasri-------Diaby----------
-----Bendi----RVP------Rosicky-----

Astro 812 ESON 11:55pm. Blackburn 0 Arsenal 1.


Sabtu, 1 Mei 2010

AFCSM AGM & Dinner malam ini!!

Kepada mana2 gooner Malaysia yang berkesempatan, harap dapat memeriakan suasana dalam event AGM bagi Arsaenal Football Club Supporters of Malaysia yang kini telah didaftarkan secara sah setelah bertahun berjuang. Aku mungkin tidak dapat turut serta untuk malam ini tetapi berhasrat untuk menyertainya secara rasmi nanti. Jika ada yang ingin berkongsikan info,pengalaman dan gambaran, sudilah kiranya menghantar ke email arsenalaysia@yahoo.com untuk diterbitkan.Sokongan anda amat dialu-alukan.Terima kasih.

Agi idup agi mengGunners!