Jumaat, 31 Julai 2009

Toure tersasul.

No offense to Toure tapi agak kelakar apabila dalam video ni pada minit ke 1.24 Toure tersebut macam Money City yang asal sepatutnya adalah Man City.Huhuhu..Jika kantoi,Mark Hingus pasti ingin menyuruh pak arab supaya bayar kepada para stesen tv agar edit rakaman tersebut.Heheh.



Rakaman kurang kualiti ini ialah post match interview Arsene Wenger yang menceritakan tentang bagaimana match tersebut, pra musim setakat ini, pemergian Toure dan sebarang kemungkinan wajah baru.Jawapan yang diterima, seperti biasa anda peminat Arsenal boleh jangkakan..skuad dah cukup bagus, tapi kalau ade player yang beberbaloi memang kami akan berpikir untuk merembat.Agaknya macam mana 'berbaloi' tu di hati Wenger.Kalo ikut harga pasaran skrg 17M untuk Huntelaar adalah harga yang gile2 untung sebab dalam masa setahun 2 jek harga die mungkin boleh jadi 30-40M kalau die disambar Milan dan menyerlah.Memang cakap sebelum ni Arsenal tak perlukan striker, tapi kalau ade penambahan lebih bagus dan tak salah daripada takde langsung.Hanya dengan persaingan sihat, Player akan berikan lebih 100% dalam pasukan.


Misteri kehilangan Thomas Rosiky dalam 3 match lepas terjawab sudah.Seperti yang dijangka, Encik Ros kita mengalami kecederaan 'minor' setelah pertama kali menyepak bola dalam setahun setengah.Tapi mendengar Wenger yang tidak begitu risau, aku yakin Rosicky dengan kekuatan fizikal dan mental mampu pulih cepat dan bersedia untuk Emirates Cup esok.Dan terakhir, macam dah kompom Mael bakal mewarisi no 5 Toure seperti yang dikantoikan di Arsenal Online Store kat bahagian 'Add player name & number'.

Arsenal target De Rossi?? hohohoho macam2...


Khamis, 30 Julai 2009

Arsenal 1 Hannover 96 0

Sebelum pulang ke rumah sendiri, Arsenal menamatkan ujian di perantaun dengan kemenangan 1-0 ke atas kelab dari Jerman Hand Over 1-0 hasil jaringan tak lain tak bukan tak kenal tetap cinta Kapten pasukan Arsenal Cesc Fabregas yang pertama kali menyertai perlawanan pra musim setelah rehat panjang dari tugasan antarabangsa.Rekod tanpa kalah dikekalkan untuk selepas 1 seri dan 2 kemenangan.Ketika ujian pra musim seperti ini, result bukanlah suatu yang sangat penting tetapi lebih kepada menguji kecergasan dan keserasian pasukan.Sabtu ini Arsenal akan turun sebagai tuan rumah kejohanan Piala Emirates dengan perlawanan pertama menentang Atletico Madrid.



Dan kini secara rasminya Kolo Toure telah meninggalkan Arsenal menyertai Mancis.Walau ape pun ,Kolo tetap seorang legend Arsenal sebaris dengan mereka yang meninggalkan kela dengan penuh penghormatan.Terima kasih Kolo, agak janggal selepas ni menyaksikan Kolo menentang ARsenal cuma harap die tidak bermati matian seperti dulu.Antara orang yang agak kecewa dengan pemergiannya dan bersuara ialah Eduardo.Dudu menegaskan kesukaran untuk Arsenal mencabar kejuraan liga selepas melepaskan satu2nya player berpengalaman memenangi kejuaraaan liga di Arsenal.Takpe dudu, Gallas ada, Silvestre pun ade.



Seorang lagi lagenda ,Ian Wright antara orang yang lantang mengkritik Arsenal tapi kritikannya walaupun agak keras tapi dilihat jujur dan ikhlas.Terkenal dengan beberapa statementnya yang vs Arsenal sebelum ini,beberapa hari sudah Wright menyuarakan rasa bimbang dengan mempersoalkan hala tuju kelab jika asyik menjual player yang berpengalaman diganti dengan budak2 atau tak diganti langsung.Dah terbukti skuad ni tahun lepas tak boleh nak challenge jadi adalah suatu yang agak sukar untuk mengharapkan barisan yang sama tanpa sebarang suntikan tonik.Begitulah yang cuba disampaikan.Sesuatu yang boleh mengakibatkan orang yang optimis sakit dan panas telinga tapi jauh di sudut hati ada kebenarannya dan sukar didebat.

Namun apa yang lebih menarik ialah pendedahan Wrigty semalam menyatakan Arsenal akan re-sign seorang lagi legend,Paddy Viera dengan kontrak Pay as U Play seperti Michael Owen.Viera yang meninggalkan Arsenal pada 2005 dengan 13.5M ke Juventus, kini 33, bukanlah pada peringkat terbaik career tetapi mampu menjelmakan suasana baru dalam dressing room dan berkongi pengalaman bagaimana rasanya menjadi pasukan juara di Arsenal.Barulah player2 baru ni rasa terangkat!Yang paling penting, kalau ini berlaku, penyokong Arsenal boleh tergelak besar dan ada point untuk membahan penyokong2 Spurs, 2-0 to Arsenal.Dulu Campbell kini Viera balik!! Si Hairy tu pasti berbulu....kene main2 dengan Viera dan fan Arsenal.Alahai badut2.. hahahahaha


Rabu, 29 Julai 2009

Arsenal vs Hannover 96,


Walaupun perlawanan persahabatan tapi standard match pra musim semakin lama semakin meningkat.Jangan ingat Hannover 96 yang no 11 Bundesliga ni suka hati jek nak Hand Over kemenangan free2 malam ni.Serangan depa akan diketuai bekas pemain yang pernah main kat BPL bersama2 Birmingham tak silap, Mikael Forssell.

Arsenal pulak pasti akan menurunkan barisan yang lebih kuat dan semakin mencari kesebelasan utama yang sesuai.Malam ini mungkin Fabregas akan turut disenaraikan buat kali pertama dalam pra musim.Ini bagi persiapan perang gol Piala Emirates nanti.Entah fan mana cadangkan supaya kejohanan tu kire jumlah gol jek, tapi unik gak..sempoi.Kalau kalah bergaya dengan longgokan gol pun masih mampu menjulang emirates Cup.Mase ni la kut Wenger nak tengok seni attacking yang ade sekarang, patut ke logik ke tak tambah striker lagi.Mulelah Almunia Song Sagna semua buat kerja gila naik atas nak taboh gol.Tapi itu Sabtu ni.Kejap lagi pun penting jugak.

Jadi malam ni jangan lupe pukul 1.Toure pasti menyokong dari kaca tv jek bakal bekas kelabnya beraksi.


Who's next Arsene?

Jadi selepas Bicop,Ade, Toure kemungkinan Eboue, Sanderos? maka siapa pulak lepas ni yang bakal meninggalkan Arsenal.Adekah Arsene sendiri akan membuat kejutan.Adakah akan ada upacara di bawah seperti ini nanti? Nice Spec.haha..


Tara Toure Tara Apa



Arsene Wenger telah secara tak langsung pasrah mengakui Toure bakal dilepaskan dalam masa tak sampai 24 jam.Dalam interview semalam Wajah slumber Wenger dengan mata yang berkelip2 dan mulut terkebil2 bagai orang yang sedang mencari alasan mengeluarkan kenyataan kurang enak apabila die berkata "Kita ada 7 defender sampai aku terpaksa letakkan diorang main kat midfield".Kolo Toure selepas mengucapkan salam perpisahan dengan rakan2 sepasukan termasuk William Gallas telah terbang dari kem pre sesason Arsenal dari Austria ke pekan cowboy manchester untuk melengkapkan perpindahan dan menjalani medical.Jika segalanya berjalan lancar, Toure bakal dihodangkan kepada press dan Mancis dalam masa 1, 2 atau 3 hari lagi.Arsenal akan mendapat durian runtuh sebanyak 16M.



Takpelah, kita terpaksa pasrah.Bende ni dah dihidu lama dah.Ini kerana Toure sendiri pernah request untuk dipindahkan atas alahan tak tahan dengan kerenah Gallas tapi Wenger memintanya agar menangguhkan hajat paling koman sampai summer.Jadi bila masanya dah tiba, Arsenal terpaksa berpisah cara baik dengan King Kolo,Bagi Wenger ia mungkin kene pada masanya dengan Mancis dalam nafsu haloba berebelanja, Arsenal pastinya mengambil kesempatan ini dengan mengikis sebanyak mungkin.16M adalah harga yang bagus untuk Toure kerana siapa lagi sanggup melaburkan duit gila sebanyak itu.

Wenger juga tahu Toure mungkin tiada lagi dalam pelannya dengan kehadiran Mael di sisi skuad.Impak Demam malaria, prestatsi average dan yoyo musim lepas menguatkan firasat Wenger untuk gamble.Ape pun sebenarnya summer ni die memang terpaksa melepaskan salah seorang dari Toure dan Gallas kerana kedua2nya tamat kontrak tahun depan jadi sebelum habuk pun tarak untuk kedua2nya, Toure terpaksa dikorbankan kerana ada pembeli.Walaupun sedih tapi itulah bola sepak.Gallas awal2 lagi bertekad mahu stay dan habiskan kontrak sedia ada dan berjalan lenggang kangkong seagai free agent musim depan.Turut serta bersamanya nanti adalah Mikel Silvestre.Jadi aku menjangkakan seorang lagi CB akan dibawa masuk.Sama ade Hang Glen,Taski Abim atau Pak Sako.

Sepemergian Toure, tamatlah legasi invincible 2003/2004 dengan Toure sebagai pejuang terakhir battalion tersebut.Jadi pasukan yang akan dibina Arsenal adlah pasukan baru yang berpaksikan Cesc Fabregas dan rakan2.Mungkin dengan perpisahan ini dapat menamatkan sumpahan kemarau piala di Arsenal.Gurau. Namun apa2 pun, seperti yang aku kata dulu Kolo Toure memang a true Gooner! Kami bakal merindui kamu Kolo.Terima kasih atas segalanya, jasa terakhi mu adalah pengorbanan spot CB yang kamu tinggalkan+16M akan kami kenang.Serba salah nak mengucap good luck atau sebaliknya, pandai2lah ko Kolo.Terima kasih atas segala memori.Tugas lebih mencabar buat Arsenal kini.Kamon Gunners!!


Selasa, 28 Julai 2009

Arsenal belasah zomba kampung pisang.

Arsenal meneruskan rentak kemenangan bergaya dengena membelasah kelab Hunggary Zomba 5-0 awal pagi tadi.2 gol dijaringkan masing2 oleh Dudu dan Bendi.Satu gol melalui penalti kapten 2nd half RVP di separuh masa kedua.Thomas Rosicky jugak masih tidak kelihatan selepas 45 minit pertama bertemu Barnet, suatu yang pasti menjadi misteri.Harap2 tidak injured atau ape2 buruk berlaku.Yang menariknya, Kolo Toure start sebagai kapten walaupun spekulasi perpindahannya tak putus2 di dada akhbar.Eboue kembali ke posisi bek kanan manakala Armand Traore di sebelah kiri.Vito Manone selaku penjaga gol separuh masa pertama nyaris2 membuat kesilapan hampir sama seperti Almunia minggu lepas.Penggantinya di separuh masa kedua keeper muda Szczesny cukup cemerlang sekurang2nya tiga percubaan berbahaya diselematkan.Mantop.Zomba boleh mendapat gol saguhati sekiranya pemainnya tidak melakukan aksi tergelincir John Trybuyme.Kesimpulannya match semalam menampakkan Arsenal cuba membuat formula baru, mengetengahkan DM yang kita seru2 selama ini dalam Philip Sanderos??!!Adakah ini sau lagi kejutan daripada Wenger untuk musim depan..



Sementara itu, Lagenda Arsenal TH14 menafikan die menyokong perpindahan Viera ke Spurs malah takkan dan jangan harap katanya die nak bantu Spurs! Tambahnya lagi Viera dah cukup matang dan pro untuk pilih jalan hidup sendiri dan dia tak perlu nasihatkan kawan lamanya itu.Dia hanya terserempak dengan Hairy yang merayau2 tak tentu hala mengemis lalu dikatakan padanya die nak sign Viera, Henry terkejut dan hanya menjawab "Viera satu signing yang baik" tapi jika benar Viera menerima lamaran terdesak spud, Henry antara orang yang akan terkesima.


Isnin, 27 Julai 2009

Arsenal vs Zomba

Arsenal akan bertemu Szombathelyi Haladas jam 1 pagi waktu Malaysia tak silap aku sebentar lagi.Eduardo akan diturunkan buat kali pertama dalam pre season menyangkal dakwaan dirinya masih cedera.Fabregas dan Walcott mungkin masih direhatkan untuk match ini.Dijangka Ramsey Diaby Song akan mendapat peluang sekali lagi.Thomas Rosicky kembali setelah direhatkan match lepas.Eduardo kelihatan sedang mandi bunga agar ketajamannya terserlah kembali.



Bendi menganggap rumors ke AC Milan hanya cerita dongeng 1001 malam. Bagi Bendi season depan adalah season yang penting bagi Arsenal secara tak langsung dirinya.Setelah pemergian orang itu, musim ini dilihat penentu hidup Bendi di Arsenal sama ada mampu merampas tempat penyerang utama dan juga memberi sesuatu yang lebih dari season lepas.Bendi dari segi teknikal ada bakat, tapi perl di asah lagi dan nampak masih perlu bertapa.Inilah yang menyebabkan RVP tidak kisah jika Arsene berhajat menambah bilangan striker.Walaupun die kata takde pun tak ape, tapi jika ade penambahan lagi bagus katanya..Ini mungkin sesuatu yang berkait dengan Huntelaar.Harap2.



Clichy pulak menafikan yang die mengeluarkan kenyataan direct mengenai Adebayor hanya pergi ke Mancis kerrana gila duit.Clichy amat kesal dengan laporan, ini bukan kali pertama dah akhbar2 memanipulasi ayat2 player Arsenal, ramai dah jadi mangsa.Arsenal patut keluar akhbar sendiri.Arshavin jugak tak kisah dengan pemergian Adebayor kerana itu kehendak hatinya, Arshavin 100% di belakang Wenger.Tapi apabila ditanya chances untuk menangi kejuaraan, dia lebih rela mendiamkan mulut dari bersuara dengan menganggap segala perbualan hanya sia2 jika akhirnya habuk pun takdak.

Cuma ketika gambar latihan kelibat Kolo Toure tak kelihatan seingat aku.Adakah ini satu petanda lagi yang pemain Ivory Coast ini benar2 bakal melupuskan terus satu2nya pejuang erani mati tanpa kalah 03/04.Atau adakah ini satu cara Wenger nak meminimumkan perasaan kehilangan ketika player Afrika berlangsung Januari nanti.Adebayor, dan kini mungkin Toure dan Eboue.Ketiga2nya pemain Afrika.Jika benar Arasenal hanya mungkin akan merindui kelibat Song.Mungkin Arsene WEnger tidak mahu lagi kesan ketara yang menganggu perjalanan pasukannya tengah2 musim nanti.Ingat Toure pernah diserang malaria ketika kempen piala Afrika yang lepas dan semenjak itu, Toure bukan lagi Toure yang dulu.

Tapi jika benar, aku tidak dapat untuk mengelak rasa kehilangan seorang pemain yang bersungguh2 memerah kudrat, mengorbankan sepenuh tenaga dan cukup profesional.Larian derasnya, tracking back, tackle2 mantapnya, rembatan kencangnya walaupun 1 gol dalam 100 kali direct free kick..seingat aku bertemu Bolton.We'll miss u Kolo.Itupun jika die pindah.Jika ape pun, Wenger mungkin terpaksa membuat keputusan terbaik untuk kelab dan untuk Toure.Yang penting Toure pergi bukan kerana duit semata2-hubungan luar padang dengan Gallas,kehadiran Vermaelan, mungkin bukan pilihan utama, perlukan cabaran baru.Tapi boleh tak kalau Wenger jual laa jauh2 ske, buat ape nak menguatkan team yang bakal mencabar kita.Jika Toure dan Eboue dijual ini menunjukkan Arsenal Kehilangan 3 orang player berpengalaman sesuatu yang cukup kontra dengan ayat asalnya yang mahu mengekalkan keseluruhan team dan tiada penjualan.Ape yang kia meronta2 meminta2 di awal season dulu adalah pengalaman..pengalaman.. tapi kini Wenger melepaskan mereka dengan pengalaman2nya tanpa ade sebarang tanda tanda mencari pengganti.

Lupekan dulu, fokus pada match awal pagi nanti.Ini mungkin lagi sebagai perlawanan pemanas badan dan Emirates Cup nanti kita akan dapat gambaran lebih jelas tentang skuad Arsenal untuk musim baru.


Vela menyinar di final

Carlos Vela membantu Mexico menjulang kejuaraan CONCAAF buat kali kelima bagi negaranya dengan persembahan menkajubkan dan bertenaga membelasah US 5-0.Ketika half time yang masih terikat 0-0, Vela yang bergelut dengan beberapa kecederaan sebelum ini terasa terpanggil.Masuk di 2nd half, Vela dengan slumber mencuri tumpuan dengan sebijik gol dan 2 assist.Tak ade yang lebih gembira kepada fan Arsenal dengan melihat persembahan wonderkid kita.



Gosip.Mancis dikatakan bersungguh2 cua mendapatkan Kolo Toure selepas gagal mencairkan John Terryvolta. Jurucakap baru Mancis, Adebuyme menyeru melobi nama Toure kepada pak arab dalam masa yang sama berharap dapat komisyen pembelian.Adek Kolo ,Yaya bagaimanapun menafikan abangnya mana mungkin dar pasukan besar mau ke pasukan yang takde class seperti Mancis.

Dalam masa yang sama kegembiraan aku ketika membaca Arsenal bid for Huntelaar 17M terhakis apabila tibe2 keluar berita Arsenal bid for Marco Vucinic dengan harga yang sama.Mana mungkin aku boleh terpedaya dengan sedikit berita yang mengujakan alih2 aku tersedar ia mungkin hanya dongeng.Arsenal bid 2 striker dalam masa yang sama? tak mungkin..kembali berpijak di bumi nyata.Hey ceria la siket, kita ada Carlos Vela!!


Ahad, 26 Julai 2009

waCANAbeb!!


Umum telah ketahui, Sunderland telah pun berjaaya mendapatkan tandatangan kapten Marseille untuk musim depan.Pada mulanya aku terkejut, kecewa dan bile double check memang perpindahan ni benar2 terjadi tapi dengan harga serendah 5M.Apekejadahnya Arsenal melepaskan pemain jenis ni yang memang lengkap resumenya yang mengisi ciri2 vacancy DM di Arsenal.Pengalmana+kapten+hardman tapi bile dipikir2kan balik secara rsional, adakah Cana cukup baik untuk beraksi dengan Arsenal.Jika ya , mengapa harga die serendah 5M, tak dipandang oleh Didier Deschamps, dan paling penting dari OM ke Sunderland????? Ini bermakan mungkin Scout dari Arsenal dah pun usha2 dari dulu lagi tapi berkata ini bukan orangnya jadi lets move on.Jika beberapa tahun lepas visanya dilepaskan dan mampu trial di Arsenal, mungkin ceritanya kini berbeza.Jika ada di antara anda tetap mahukan dia, masih ade peluang, tapi di EPL fantasy football musim depan la.Senaraikanlah die dalam team.

Ape lagi tajuk akhbar?Salamon Kalou ..hahaha..Mentang2 Scolari kasi kantoi Wenger nak dia summer lepas, pandai2 lah timbul balik spekulasi ni tatkala pemain Ivory Coast tengah berunding untuk lanjutan kontrak.Terima kasih, tak berminat.Next..

Huntelaar.Kembali bertiup kencang setelah rundingan dengan Stuggart menemui jalan buntu akibat tangga gaji yang tak mampu mereka sediakan.Arsenal dan Spurs dikatakan sedang mengintai2 situasi.Ape ke hey nye Spurs pun ade sekali?? adoi sibuk jek si katak Hairy-berbulu Redknap nih..Mungkinkah kerana dasar kejiranan, Redknapp merasakan tak salah untuk mengintai shopping list jiran sendiri.Tapi ape kata cerminkan diri dahulu dan ajar Ledley King berjalan daripada bercakap yang bukan2."Arsenal bakal tersingkir dari top 4..Mancis bakal amek alih..blablabla.." Jalan pun tempang,Main pun jarang , makan gaji buta, elok laa tu cakap mende merapu.Tak sudah dengan itu Si Hairy ni jenis orang yang suka berimiginasi terlebih.Walaupun dah lame desas desus ni tapi aku tak boleh tahan lagi bile die cakap yang Viera pun sebenarnya ade minat nak main dengan Spurs dan kalau terjadi, fan Spud ni tak perlu lah risau atau mengamuk sebab ini akan jadi signing yang mengenakan balik fan Arsenal seperti mana kes Sup Campbell dulu.Elo encik Hairy, Campbell datang Arsenal free, menang 2 liga 3 FA, Viera p sana jadi tukang kebun ja ka?? Kepada Paddy Viera, aku bersumpah jika kamu menyertai Spurs rasa hormat terhadap kamu sama sekali akan hilang.TV Viera pun aku takkan beli.Jadi akal ada guna, otak ade, pakai.



Kat mana tadi? Sibuk cite pasal transfer rumors teremosi pulak meluahkan geram kes jiran tak sedar diri ni.Ahaa.. Seorang player England telah dikaitkan dengan Arsenal.Bukan senang nak dapat cerita2 macam ni sebab bila seseorang itu British, pasti ade suatu yang istimewa bila dikaitkan dengan Arsenal.Ape aku merepek,Upson?Crouch?haha..Crouch nih anak menakan Hairy,bid dah pun diterima.Elok latu main jauh2.Ok , tak, maksud aku , ape yang aku cuba sampaikan di sini adalah jarang English player dikaitkan dengan Arsenal jadi bile ade seroang ni, boleh caye ke, hebat ke die? Pemain tersebut adalah pemain England U-21 dari Wigan , Lee Cattermole.Beraksi di bahagian DM, mempunyai terjahan keras, masih muda dan mampu dibetuk, paling penting berbangsa Inggeris, ini mungkin menjadi pertimbangan Wenger untuk persediaan perauran 6+5.

Lee,sewaktu gila2 remaja bersama Boro:


Positif positif dan terus positif.Itu yang perlu ditanam di setiap hati dan jiwa pemain serta fan kata Arsene Wenger biarpun keadaan sebenar di luar sana dan di atas kertas, senario tidaklah setenang yang digambarkan.Kita dah melepaskan 2 player skuad utama,( boleh kate 1 tolak Bischoff) dan mungkin akan bertambah sekirangan Sanderos Kolo atau Eboue masing2 beratur packing bag.Yang masuk hanya baru seorang,Mael. Secara jujur, adakah kita lebih baik?? Wenger perlu tanya diri sendiri dan bertindak sebaik mungkin.Sebentar, berkenaan Eboue, ape kata Arsenal deal dengan Fiorentina sampai ke penghujung bagi diorang harapan besar dan last2 lepaskan Eboue ke Juventus!!! Ape macam Viola??? Jangan harap, boleh jalan!!Dah lah tak bagi Milo,ape yang diorang rasa diorang berhak dapat susu Ibu? Kirem salam!

OK berbalik semula ke positif tadi, Alumina dengan yakinnya skuad yang sedia ada ni dah cukup bagus dan mampu bersaing.Tambahnya lagi Emirates Cup bakal menjadi ujian sebenar persediaan mereka kerana status lawannya yang lebih baik.Harap kamu benar Almunia kerana jika tidak, kamu mungkin bakal hadapi masalh dengan kurangnya persaingan di posisi, contoh dah ade, tengoklah gol yang dilepaskan bertemu kelab amatur divisyen 4 Austria, itu dah menunjukkan Almunia sendiri tidak fokus.Aku yakin kita mampu menang liga, tapi bukan degan cakap saja..Fokus..Fokus!!Biar aksi membuktikan lebih dari mulut.


Sabtu, 25 Julai 2009

Kita halau tapi kenapa?

Tidak banyak perkara menarik selain daripada rungutan, dan perasaan tak puas hati bekas2 player Arsenal yang aku pasti anda semua dah pun membacanya.Adebayor menyalahkan peminat dan kerana 'memaksa' dirinya menerima tawaran Mancis biarpun mendakwa bukan dirinya yang mau pindah sebaliknya membocorkan rahsia, bahawa Wenger memang memerlukan wang untuk digunakan.Jadi die menceritakan dirinya lebih sebagai kambing hitam yang terpaksa dikorbankan.Tidak dapat tidak untuk aku menafikan memang Fan kebanyakannya termasuk aku agak keras terhadap Adebayor tapi membandingkan dirinya dengan Fabregas umpama berkata fan Arsenal rata2 double standard juga adalah tuduhan liar.Siapa yang cari pasal, memang kami hentam tak kira siapa.PErnahkah anda meenyangka ,Cashley Hole yang satu masa dulu dilihat bakal menjadi kapten Mr.Arsenal kini dalam sekelip mata menjadi org yang paling dibenci di Utara London.Malas sebenarnya untuk memanjang2kan cerita Adebayor tetapi oleh kerana die merungut tanpa menganalisis mengapa layanan tersebut diterima adalah juga suatu yang pendek akal.Ape2 je la Ade.. Tak terkejut kalau Nike keluar iklan baru membariskan player2 seperti Ade, Tevez dan biri2.. 'Nike,Take It To The PREVIOUS Level..'

Cashley Hole jugak bukan main suke tengok Mancis bebelanja sakan dengan berseloroh berharap Mancis duduk atas Arsenal nanti.Satu provokasi murahan kepada kita sebenarnya, minds game, jangan termakan.Pastinya season depan die akan belajar tarian gelek agar dipikat pak Arab ketika City merampas tempat ke4 dari Chelsea yang mungkin sekadar duduk di belakang Spud.

Henry memang legend! Gentlemen. Walaupun die sendiri kini bermain dalam Barcelona, tapi cintanya yang tulen dapat dilihat.(sesuatu yang ADebayor takde tapi cuba buat2 namun dikantoi peminat)Hatinya gua yakin masih lagi dengan Arsenal.Bukan seperti Hleb yang mengajak Fabregas duduk di bangku simpanan supaya ada teman berbual, Henry menyarankan betapa pentingnya Arsenal menjaga dan menyimpan Cesc Fabregas demi masa depan kelab.Bagi Henry seteleh pemergiannya, Cesc adalah nadi Arsenal.Untuk menunjukkan yang Arsenal benar2 serius dalam persaingan kesemua kejuaraan, perlunya nama2 seperti Cesc, Arshavin, RVP dan Gallas.

Mengenai kecederaan, ralat dan salah paham hari itu diperbetulkan.Wenger sebenarnya menyatakan Eduardo akan kembali dalam masa 2 bulan(2 bulan tempoh Nasri out) tapi sebenarnya penyerang Crotia itu sihat walafiat dan tak sabar2 nak turun Isnin ini menentang Zomba.Seorang lagi penyerang, Carlos Vela yang dilaporkan injured on off teruknya, sempat recover dan siap score penalti penentuan kemenangan lagi, membawa Mexico ke final CONCACAF Gold Cup.Mengingatkan aku pada ketenangan dan kekuatan mental Cesc ketika penalti bertemu Italy.Tahniah.



Di Arsenal.com, bolehlah tengok gambar2 terbaru diorang training.Lega dan gembira hati melihat mereka bagaikan satu keluarga satu unit dan orang yang paling ceria hari itu nampaknya Sagna.hahaha harap keharmonian dan keserasian ini kekal sampai hujung musim.Jozan jugak menceritakan yang die mau berjuang dan tak mau pindah untuk merebut salah satu dari 2 slot CB dengan 4 yang lain.1 mungkin menjadi milik Gallas.Transfer? takde ape2 berita rasmi melainkan cerita yang dipusing2.Ape yang penting, Wenger melahirkan rasa kerisauan terhadap impak perbelanjaan gila dari Real dan Mancis dalam masa 8 bulan akan datang.Mungkin kerisauan terhadap harga player yang tak berpatutan apabila corak transfer Real dan Mancis menjadi ISO.Harap minggu depan ade story..


Rabu, 22 Julai 2009

Gila Lega


Phew... fuhh... lega seketika apabila mendapat 2 khabar gembira, yang pertama pastinya Arsenal membelasah Coloumbia 7-1 yang tak perlu aku ceritakan lagi kerana masing2 mungkih sudah melihat aksi higlight tapi yang paling terbaru iaitu update dari insiden semalam.Samir Nasri dikhbarkan hanya akan diketepikan dalam tempoh 6 minggu sebelum dijangka pulih.Berita gembira yang melegakan ini disampaikan sendiri Wenger dalam post match interviewnya.Semoga cepat sembuh Samir. Dalam berita gumbira pasti ada duka,Eduardo entah bila injured.Ataupun Wenger hanya berhati2 cakapkepulangannya bakal mengambil masa dalam 2 bulan. Fabianski tidak turut ke Austria kerana kecederaan lutut namun dijangka kembali ketika Emirates Cup.Kuatkan lutut Fabby.

Seorang lagi Fabby iaitu kapten Arsenal yang diberi cuti pelepasan setelah tamat 'kejohanan tidak perlu' Konfiderasi bulan lalu kini telah terbang ke Austria bersama2 menjalani latihan.Fabregas ade peluang untuk beraksi minggu depan menentang Zomba Zombie kampung pisang.

Err..jangan Wenger saja buat prank bagi harapan palsu kate Nasri sembuh 6 minggu padahal memang betul 3 4 bulan.Sebabnya nak cari alasan tak mau pakai duit beli player.Lepas tu kata "Oh, kami tak menyangka begini lama." hahah..Sabor je la.Harap2 tidak la.

Kembali pada rutin harian.Rumors!! Internal, dengan Nasri injured, Wenger nampak bagai nak sep bajet dan mungkin akan mengetengahkan Ramsey dan Wilshere sementara menangguhkan kenaikan Walcott ke bahagian serangan.Sanderos pula yang baru pulang boleh memilih jalan sendiri kata Wenger sama ada stay atau menerima tawaran mana2.Kebanyakan peminat Arsenal berpendapat Sanderos masih lagi relevan sebagai backup memandangkan pengalamannya kalau nak dibandingkan dengan Silvestre dan mereka mahukan(perkataan 'mahukan' menunjukkan besarnya pengaruh penyokong menghalau Adebayor) Silvestre yang dilepaskan.


Exernal, jiran tetangga berhati busuk Harry Redknap seakan2 tak pandai nak manage pasukan dan dilihat lebih terpengaruh dengan game FM mahupun CM kerana hanya memancing nama2 besar padahal tak sedar diri kelab kecil lagi kerdil.Nak Huntelaar, nak Luca Toni (padahal dah layu), nak Cana nak RVN,boleh dikatakan semue player yang bernama dia nak la dengan stesyen radio Bernama pun dia mau angkut sekali.Player sedia ada tak pandai pakai, Bale tu ade bakat pergi peram kasi karat terbaru PakGaliCangkul die mau offer ke kita?? PakGaliCangkul ni kalau digilap balik mau bersinar lagi2 dengan Arshavin tapi bagi free kami mau la.Terima kaseh, simpan saja dulu biarla dia duduk kat bench dengan 16M Darrent Bent.Saje jek nak amek kesempatan mentang2 tau Wenger menang jackpot 25M.


Selasa, 21 Julai 2009

Petanda buat Wenger?!



IT'S A CRUCIAL BLOW TO ARSENAL!! Mimpi ngeri jadi kenyataan.Baru jek elok2 Wenger bangga diri cakap sana sini tak perlu beli tak payah tambah player, last2 satu dugaan besar menimpa dek kerana berita malang bagi pemain muda harapan, Samir Nasri! Samir Nasri dikhabarkan telah patah tulang fibula di kakinya ketika latihan persiapan pra musim di Austria , suatu insiden yang boleh menyebabkan Nasri terperosok di bilik sakit selama 2 hingga 3 bulan mungkin lebih! Nampaknya ini satu 'wake up call' untuk Wenger!

Dalam Arsenal : Injury never die!! Update, difahamkan Abou Diaby yang disyaki tackle Nasri.

Yang paling menakutkan impak pada Samir Nasri sendiri dan secara tak langung kepada Arsenal jugak.Adakah nanti dia mampu pulih seperti sediakala.Diaby masih menangunggung sengsara tragedi Sunderland 3 tahun lepas, Eduardo dan Rosicky masih samar2 dan dipersoalkan fitness masing2, RVP penuh dengan sejarah buku rekod kesihatan yang merah.Clichy dan Sagna nampak seperti burn out.Ini bakal menambahkan senarai injury prone Arsenal.Tapi sama2 berdoa harap takde ape2 yang lebih buruk daripada itu berlaku.Bagaimana Nasri mendapat kecederaan itu tidak diberitahu siapa tackle siapa, tersadung ke tergolek ke.Tinggal Arshavin Fabregas Rosicky Denilson Diaby Song Walcott.. memang tak meyakinkan dan tak mencukupi, masak kita nanti tengah2 musim.Wenger kami menyeru, lakukan sesuatu sebelum terlambat.DM adalah wajib kini sementara Rosicky boleh cover tempat Nasri buat masa ni.Nak tau jawapan Wenger " Bertenang kita ade Kapten Jacksparrow dan Rambo"



Tengah malam nanti Arsenal akan bertemu SC Columbia Floridsdorf kelab yang mendapat no 8 daripada 16 di Divisyen 4 liga Austria.Hanya dibarisi pemain amatur, aku menjangkakan kemenangan besar sepertimana Arsenal membelasah Burgerland ke ape name ntah season lepas 10-0.Player lawan yang perlu diberi tumpuan ialah Julius Simon pemain berusia 44 tahun diulangi 44!! haha.. bagai bapak bermain dengan anak laa jika Wenger menurunkan barisan belia remajanya lagi.Senarai pemain2 untuk malam ni masih belum dikeluarkan tapi aku menjangkakan lebih kurang sama dengan match bertemu Barnet namun yang pasti kita bakal merindui Nasri....

"Come and get me Arsene, Aku boleh jaga Nasri dengan baik..", Cana The Guardian


Hleb menyesal, Chamakh ragu2, Toure City

Bekas pemain Arsenal yang kini pemain bangku simpanan Arselona menyesal tak sudah apabila dengan penuuh emosi menceritakan betapa dia kecewa dengan kehidupan barunya di Nou Camp.Menang treble tapi sekadar menang sorak seperti penyokong, jarang menyentuh bola.Hleb mengakui Wenger bagaikan ayahnya dan perasaan hormat kepada orang tua yang rela mati di atas padang dengan penuh didekasi memang tak pernah luntur.Die mengakui dia sepatutnya stay di Arsenal dan telah membuat keputusan yang silap tapi kini sudah terlambat baginya.Bagi peminat Arsenal pula, cukup2lah tu, setidak2nya dia ada telur untuk mengakui kesilapannya, suatu yang cukup berani tapi untuk Arsenal menerima Hleb buat masa kini, memang dah terlambat.Ko memang player yang berbakat tapi semua orang kecuali engkau dari dulu lagi dah tahu apa akan jadi pada player macam ko sebaik sahaja sampai di lapangan terbang Barcelona.Teksi pun tak mau amek ko tau! Jadi live goes on, lets move on, selamat maju jaya di Inter Milan.

Chamakh pula da mula rasa semak dalam otaknya apabila memikirkan masa depan.Ditanya apa destinasinya selepas ini die pun dah mula samar2 orang utara kata samaq samaq chamakh. Apepun dia dah bagitau awal2 yang die memang nak tingglakan Bordeaux untuk cari cabaran baru.Dalam otaknya hanya England menjadi hala tuju.Bagi dirinya sekarang ni tak kisahlah dapat main kelab ape pun, Blackburn ke Sunderland ke Fulham ke janji dapat main kat England.Apabila ditanya " Arsenal?aku dah mula malas nak percaya.tak dapat ape2 tawaran pun" Adakah ini kerana sikap Wenger yang lambat bertindak dan main tarik tali teka teki ataupun Wenger yang mengajarnya supaya diam.Sepatutnya dengan pemrgian Adebyor dan pengakuan Wenger yang sedang menilainya, link semakin kuat tapi kini si Chamakh dah ragu2.Dengar cerita minggu ni minggu terakhir die bagi peluang untuk siapa2 membida, selepas hari Jumaat dia akan membuat keputusan destinasi barunya.

Lastly, setelah berjaya membuatkan John Teryy berpikir 2 kali sebab duit , membuktikan seorang lagi player mata duitan, Mark Hughes kembali ke cinta lama. Jalinan cinta HIngus dan Toure bukan lagi rahsia.Bukan juga cinta bertepuk sebelah tangan kerana Toure sendiri seperti mana yang diketahui umum, pernah mintak dipindahkan kerana tak sebulu dengan Gallas.Oture yang berbulu leih ngam dengan Adebayor jadi mungkin mengikuti membernya ke Manchester adalah idea yang kononnya baik memandangkan kehadiran Mael dan Sanderos.Ape2 pun gua sedih jika Toure pemain paling senior dan satu2nya baki perajurit invincible 03/04 yang masih berjuang hingga kini.


Isnin, 20 Julai 2009

Wenger diam2 ubi



OK. agak pelik sampai sekarang kenapa Arsenal.Com pun tidak mengeluarkan berita secara rasmi seperti dulu2 jika seseorang player meinggalkan skuad Arsenal contohnya " Adebayor leaves Arsenal..wish him the best luck..bla bla bla.." Lambat betul moderator nya ataupun mereka juga sudah sampai tahap cipan menyampah dengan Adebayor tetapi selama ini terpaksa menulis yang baik2 tentang dirinya disebabkan polisi kelab.

Baru sahaja selesai perlawanan Malaysia tadi dan bagi aku, masa depan bola sepak negara masih ade harapan.Tewas 2 bijik gol di awal permainan.Cakaplah ape yang hendak dicakap, jika bukan Malaysia yang meningkat, pastinya 'skuad puaka itu' yang menurun.Hahahahahaha..Sebentar sahaja lagi Arsenal XI yang dibarisi pemain2 reserve akan melayan Lincoln City dalam perlawanan persahabatn.Antara yang terlibat ialah bintang filem tu.. Tom Cruise dan Oguzhan Ozyakup.Kebanyakannya adalah daripada skuad bawah 18 tahun Arsenal.

Esok akan bermula siri jelajah Austria untuk 2 perlawanan persahabatan sebelum terbang ke Jerman dan kemudian Piala Emirates.Arsene Wenger masih dalam dilema sama ada hendak melabur atau tidak duit tersebut.Reaksinya, Aku takkan beli serana skuad ini sudah cukup bagus.Itulah alasannya.Bercerita tentang Maroune Chamakh, Wenger mengakui sedang memberi perhatian lebih kepada striker morocco itu yang dilihat agak tidak memberangsangkan.Betulkah ape yang Wenger pikir, tapi aku harap Wenger mesti nampak ape yang ada pada si camak tu yang kita semua tak nampak.In Wenger we trust.



Aku rasa dia masih ragu2 nak belanja duit tersebut ataupun dia hanya berahsia buat2 tak terdesak supaya penjual tak ambil kesempatan.Kalau die kata die desperate memang naik berkali ganda la harga player nak2 market yang tengah menggila sekarang ini.Jadi Wenger memang bijak dan cool.Ataupun dia menyimpan untuk meneliti kemampuan setengah musim sebelum mula berfikir balik untuk mengeluarkan perbelanjaan bulan Januari.Tapi pada ketika itu dah terlambat wahai Wenger.Jika panik buy berlaku, ini menandakan bulan Oktober dan November kita sudah mengetahui awal2 anda gagal dalam meletakkan kelab ini sebagai pencabar liga 5 tahun berturut2.Bertindaklah dengan pantas.

Wenger pernah melahirkan kegusaran tamatnya kerjaya Rosicky.Kita juga tidak tahu apakah Eduardo akan kembali pulih paling kurang pun menyamai standardnya sebelum insiden malang itu.Fabregas menyeru big signing.Almunia kata dengan budak2 yang tak berpengalaman, Arsenal takkan menang apa2.Kegagalan mendapatkan Melo aka ManbELOn memberi tamparan kepada Wenger.Memang ade option2 lain di luar sana tapi adakah mereka lagi bagus dari Song/Denilosn/Diaby.Kalau ade pun harga mereka bagaimana pula? Itulah yang Wenger tengah pening sekarang dengan media sibuk melink kan player2 serangan ketika ini dengan Arsenal dan Chamakh tampak pasti akan berlaku tapi yang lebih penting Arsene sekarang ini adalah bahagian DM!! Kamon mate!

Tapi jika Wenger berdegil, apekah line up impian anda? Dengan Rosicky dan Eduardo kembali, sanggupkah anda membangku simpanankan player seperti Nasri dan Eduardo?Sanggupkah lagi anda melihat Eboue/Denilson/Diaby/Song menjadi regular starter? Atau pembelian chamakh akan ditransformkan menjadi wide player atau wing, reverse Henry type.Rekod golnya kurang memberangsangkan, tapi pace dan holding off player nya namapak seperti sesuatu yang boleh membantu dan memvariasikan option.Walcott pulak bakal mendapat posisi yang diidam2kan selama ini iaitu central role.

--------RVP----Eduaro------
Rosicky---Nasri--Fabregas--Arshavin
Sagna-----Gallas--Mael---Clichy
----------Almunia-----------



Amacam? tapi agak rugilah melimitkan Arshavin di sebelah kanan seperti yang kite sedia maklum posisi terbaik dari ladangnya ialah di belakang striker utama.Ta[i banyak lagi sebenarnya formasi yang boleh digunapakai dengan limpahan player serangan berbakat.Paling aku nak tengaok 4-3-3 perghh.. , 4-4-1-1, taktik sangap ketika ketinggalan 3-3-4 dan bagi aku dengan pemergian Adebyebye 4-5-1 kurang relevan dengan kita tidak mempunyai terget man.Bendi belum cukup bersedia.

Aku masih menaruh harapan.Attacking dah menggila, defend jangan buat gila.Please Wenger..... DM world Class tip top 1st class kurang lemak satu.

P/S : Sesudah posting ini habis ditulis barulah Arsenal.com mebuat tribute kepada Adebbyebye.


Ahad, 19 Julai 2009

Ade Yahyah..

Hahaha...Akhirnya AdebahNor berjaya memblahkan diri dari kancah bola sepak Arsenal sekaligus menyaksikan 25 jute dibank-in ke acc Arsenal serta-merta. Wenger dalam ditemuduga menyebut, beliau tidak ade sebarang plan nak beli pengganti Ade kerana bagi beliau die dah ade pelbagai player yg seswai bermain di hadapan dan boleh replace aDE. Persie, Arshavin, Eduardo, Bendi, Walcott antara yg available dan sedia untuk boost squad the gunner season depan. Selain itu, Jay Simson juga dilihat akan diberikan peluang untuk muncul banyak kali season depan bersama jersy the Gunners..

Agaknya wenger sedang mengintai seorang DM yg berwibowo dan ade berita menyatakan, Wenger sedang berusaha memancing seorang pemain Kelab Terkemuka untuk Bersama The Gun-Gun season depan.

Antara nama yang menjadi siulan di hati beliau adalah Mahamodou Diarra (R.Madrid), Van Der Vart (R.madrid), Alou Diarra (Bordeux), C.Poulsen (Roma), Fellani (Everton) dan Marek Hamsik (Napoli). Namun beliau berkata, seorang DM bakal di sign beliau sebelum Emirates Cup yg akan datang. Sama-sama la kita tunggu dan Lihat.

Dalam pada itu, aku agak shock melihat Malaysia yg hampir2 mengikat Setan kelmarin. Ternyata prediction aku terhadap jersey baru Setan agak betul. Ape pun yg fan setan nak cakap, yg penting goal 1st amri yahyah tu antara yg superb dan semarton yg penah aku lihat.

Pakcik Idung Merah pun dah cuak kot rasenyer. Kalo KingGOPAL diberi lagi ruang dan peluang, rasenyer beliau bleh membentuk squad muda negara yang lebih mantap season depan. Cuma aku rasa IndraPutra dah x relevan untuk dimasukkan dalam squad negara. Zamani dan Amri sememangnya bertenaga dan menunjukkan bahawa pengalaman yg mereka perolehi mmg berbaloi untuk squad negara. Tetapi, Indra maseh lagi maen bola cam zaman2 90an dan aku melihat die mmg xbley blah smalam. Ketengahkan lagi nama2 lain seperti Harith Safwan yg semakin memuncak naek skank.

Apepun, dgr kate Malaysia ngan MANU nak lawan lg isnin ni.. Xtau ler betui ke x..Dalam pade itu, Arsenal sekadar Seri ngan Barnet..Mane taknyer, letak player2 simpanan banyak dari 1st team..Apepun, lega dapat usyar Cik Ros kembali semula..yeah2..





Malaysia+ Barnett + Adeblah

Terlebih dahulu tahniah buat pasukan bola sepak kebangsaan atas aksi dan semangat juang yang dipamerkan semalam.Biarpun kalah tipis,adakalanya result tidak menjadi ukuran sebagai contoh, friendly match seperti ini, Malaysia menunjukkan semangat melawan yang jarang sekali kita dapat saksikan dalam hidup terutama ketika sudah ketinggalan dengan 2 gol.Terima kasih dan harap konsistensi ini mampu diteruskan.Dengar cerita Man u tak dapat beli yahya toure, Amri yahyah pun boleh... jangan cepat berpuas hati, esok ada lagi.



Arsenal memulakan perlawanan pre season dengan perlawanan yang lebih sebagai ujian kecergasan.Biarpun sekadar seri 2-2 tapi ape yang paling penting , kita dapat melihat kepulangan Rosicky selepas 18 bulan.Memang style Wenger menghadiahkan armband pada player2 yang dirasakan perlu pada event2 tertentu, Rosicky mengetuai pasukan campuran Arsenal dengan Gallas Almunia Silvestre Jozan Arshavin Jack Wilshere dan player baru Thomas Varmaelan start.Juga dibarisi pemain2 skuad simpanan Sanchez Watt Emmanuel Frimpong Mark Randall, Arsenal membuka tirai melalui jaringan Arshavin hasil hantaran sempoi Sanchez.Tak sampai 3 minit kubu Arsenla bolos pulak dan nak tau bagaimana?? Tentulah dari set piece yang masih menjadi duri dalam daging pertahanan Arsenal.Biarpun Galls + Mael + Silvestre + Jozan, Arsenal tetap nampak bagai tidak belajar.Banyak kerje lagi yang perlu dilakukan Wenger dan anak buah.

Separuh masa kedua, menyakiskan 10 pertukaran dilakukan Arsenal kecuali Mael yang diberikan tugas sebagai ketua pasukan.Gol kedua Arsenal cukup terbaik dengan lencongan menarik dari Nacer Barazite.Barazite ni memang player yang aku rasa mampu menembusi 1st team Arsenal tak lama lagi.Wenger perlu tatang die betul2 bela elok2 sama jugak macam Merida, Wilshere, Ramsey, diorang ni memang aku rasa mampu menyerlah cuma aku takut kalau ade anatara mereka yang tak sabar2 mula berfikiran pramatang meninggalkan kelab menghanyutkan carieer.



Mengulas corak Mael, bak kata Wenger, Mael solid, cool tenang dan overall persembahnnya baik.Passingnya juga ada peningkatan.Bagi aku pulak sekadar ok.Nampak beberapa kali melakukan interception , blocking terutama di separuh masa kedua.Tapi gol kedua Barnet, dia mungkin terpaksa amek saham atas kesilapan kerana positioningnya.CB yang baik tidak akan berdiri tegak pada ketika berlakunya kelam kabut di hadapan pintu gol.Tapi takpe, baru 1st game, mungkin tak panas lagi, biarlah Mael menyesuaikan diri dahulu.Welcome to English football Mael.Destinasi seterusnya, Austria.



Kata-kata di atas adalah ayat2 biasa yang dikelarkan Wenger setelah melepaskan seorang player.Kali ini tak lain dan tak bukan player yang peminat Arsenal nak sangat tengok pemergiannya, kini dah jadi satu kenyataan.Emmanuel Adebayor ade blah juga.Mancis menjadi kampung barunya, bukan kerana wang, tapi kerana wang.Apa aku merepek, tapi memang kerana wang jugaklah sebab interview die pun tak terlepas dari menyebut perkataan duit.Duit duit dan duit saja yang mungkin ada dalam kepalanya.

''They(Arsenal) will have made money as well. I had a good discussion with Arsene. I have all his blessing to leave the club so I'm very happy."






Puas hati melihat gambar di atas?Hahahahaha.. Bagi anti Adebayor sekaranglah masanya boleh gelak besar.Boleh tutup buku dah sekarang, jadi sejarah.Namun adakah dengan pemergian Adebayor ini ade pengganti atau ade player2 yang tengah diperhatikan Wenger.Sekali lagi jawapan biasa yang dilontarkan dan aku tak terkejut, semuanya bagai skrip semata2.

"We're not on the verge of signing anybody but I'm able to spend the money if we find the right players.'We're not in a hurry because we have a big squad. We'll see in pre-season if we need to make any additions."

Jangan risau tuan2 dan puan2 adek2 kakak2 abang2.Arsene Wenger memang seorang Anak Wayang.Nantikanlah kemunculan signing baru sedikit masa lagi.


Sabtu, 18 Julai 2009

Dah nak start + belangkasuwa SuperMokh

Sebelum tu mari kita bergelak dengan lawak sinis ni.hahahahaha..Klik untuk baca dan besarkan imej.

Lupekanlah dulu tentang tarik tali Adebayor sebentar, kerana apa yang lebih penting ialah malam nanti bermulalah episod baru musim 09/10 dengan kick off pre sesason.Entah sejak bila bagai mula menjadi tradisi, Arsenal akan memulakan pra musim dengan perlawanan persahabatan menentang Barnet di Underhill 11 malam ini.Jika nasib baik dan keadaan mengizinkan , mungkin rakan2 kita mampu menyediakan link2 streaming live untuk kita menyaksikan kelibat pemain2 Arsenal.Ape cerita mereka setelah lama bercuti, memebela perutkah atau membina badan seperti Abou Diaby.Tapi yang pasti menjadi perhatian dan tumpuan malam nanti pastinya Thomas Duo. Thomas Rosicky dan signing baru Thomas Varmaelen. Almunia Arshavin dan Gallas turut tersenarai manakala pemain lain dibarisi dengan player reserve.Teka diorang pakai jersey away baru ke home malam ni?



Untuk match malam nanti mungkin hanya sebagai pemanas badan dan meddan mempertajamkan fitness kerana kalau nak tahu taktik dan strategi ape yang bakal digunapakai Wenger musim depan pastinya belum boleh dicongak lagi kerana kebanyakan 1st team player tidak disenaraikan untuk match malam nanti.

Skuad penuh:

Manuel Almunia
Vito Mannone
William Gallas
Johan Djourou
Mikael Silvestre
Thomas Vermaelen
Tomas Rosicky
Andrey Arshavin
Jack Wilshere
Thomas Cruise
Craig Eastmond
Luke Ayling
Conor Henderson
Francis Coquelin
Jay Emmanuel-Thomas
Mark Randall
Emmanuel Frimpong
Gilles Sunu
Sanchez Watt
Jay Simpson
Nacer Barazite

Sedang Arsenal hanya menjalani ujian di sekitar Eropah, lain pula dengan sebuah kelab yang sibuk mencari marketing melalui perlawanan persahabtan di Asia.Petang nanti skuad negara bawah K Rajagopal bakal berdepan dengan ManUtd di Bukit Jalil.Aku harap agar persembahan skuad negara tidak mengecewakan dan mampu memberi saingan.Kali terakhir mereka hadir, kita dimalukan 6 bijik itupun mereka masih bersorak keriangan.Walaupun belum lahir ke dunia ini dan hanya mengetahu sejarah, tetapi aku amat berbangga dengan pencapaian skuad negara mampu menewaskan Arsenal pada tahun 1975 tak silap.Ketika itu Malaysia menang 2-0 kedua2nya disumbangkan oleh Allahyarham Mokhtar Dahari aka SuperMokh.Itu sudah cukup membuktikan bola sepak kita dahulu di peringkat mana.Aku masih menunggu ada antara generasi pemain Malaysia untuk step up jika tidak mlebihi pun, biarlah menyamai pencapaian setanding dengan lagenda bola sepak negara.Semoga kesungguhan dan kegemilangan Allahyarham Mokhtar mampu menjadi inspirasi dan semangat kepada barisan pemain negara kini dan masa depan.Bermula petang ini mungkin..

Allahyarham Mokhtar Dahari ( 1953-1991) Al-Fatihah..


Khamis, 16 Julai 2009

Adebyebye

Walaupun baru cerita2 panas tanpa laporan rasmi tapi entah mengapa aku betul2 rase inilah masanya.Kali ini,aku yakin sepenuh hati,Adebayor pemain 'kesayangan' ramai akan melangkah keluar dari Stadium Emirates dan bermula detik itu pasti ada 'dendam kesumat' yang bakal kita saksikan sebaik sahaja perpindahan dari merah ke biru yang kini hanya menunggu pengunguman rasmi.Medical dah pass, work permit(tak tau pulak kene ade work permit walaupun pindah domestik jek) pun dah lulus.Mungkin paling awal ,dalam masa 24 jam ni kita akan dapat menyaksikan itupun jika anda ingin saksikan, BAKAL BEKAS pemain Arsenal Adebayor memperagakan jersey Etihad.

Dan perpindahan ini pastinya menjadi perpindahan yang paling pantas dan lancar di mana tak siapa sangka akhirnya Mancis jugak yang menjadi destinasi Adebayor di sealik rumors2 Milan,Barca,Porto,Manu.Mudah bagaikan kacang.Mancis ketuk pintu, Arsene sambut baik, Mancis bayor duit, Wenger kasi Ade.4 step.Lancar dan mudah.Di sinilah aku dapat tahu bahawa sebenarnya keputusan untuk 'berpisah' ini sebenarnya telah lama ditentukan sendiri oleh kedua2 pihak.Dan ini adalah win-win situation.25M bukanlah jumlah yang mngecewakan memandangkan harganya dulu 3M pound.Brapa banyak keuntungan yang kite perolehi.

Wenger bagai sudah membuat keputusan untuk hidup tanpa Adebayor seawal di akhir season lepas lagi di mana die claim pemain Togo itu injured(tapi boleh main pulak dgn Togo) tapi ramai yang tahu teori konspirasi di sebaliknya,Ade digugurkan atas masalah form-terutama sikap tak amek pedulik match semi UCL-Wenger dikatakan kecewa dengan attitude pemain Togo ini.Interview2 terbaru jugak tak banyak menampakkan bahawa Wenger benar2 ingin mengekalkan penjaring terbanyak Arsenal 07/08 itu dengan jawapan2 yang slumber."kalau Ade nak blah , die boleh blah tapi aku percaya dia akan stay" "Chamakh?aku minat tapi itupun kalau ade pemblahan".

Di pihak Adebayor pulak,hati dan perasaannya awal2 telah ditetapkan lagi dan interview bersama Football Focus May 2009 di akhir musim lepas, menguatkan lagi bukti bahawa Adebayor pada ketika itu hanya menghitung hari.Jarang untuk kita mendengar satu interview yang penuh dengan rasa kekecewaan terutama pada para penyokong.Adebayor dalam video di bawah ini bagai budak kecik yang bersungguh2 meluahkan perasaan dan mengadu mempersoalkan 'hukuman' oleh para peminat tanpa mempersoalkan mengapa sebenarnya penyokong dan peminat menghukum dirinya.Adebayor tak nampak itu semua, tidak mengakui kesilapan, jauh sekali meminta maaf.Di akhir interview it penemuramah ade mempersoalkan soalan maut kepada Adebayor kerana dilihat bergitu bersungguh2 meluahkan kekecewaan yang terpendam "anda nampak dah berputus asa?" Walaupun die menafikannya,kita semua boleh baca bahasa tubuh dan ape yang bermain di fikirannya, die memang da berputus asa.



Artikel ini bukan ditulis untuk memaki Adebayor yang cukuplah dimaki bertubi2 selama ini.Bukan jugak nak menyalahkan satu pihak sahaja kerana Ade juga hanya manusia biasa.Tidak terlepas dari kesilapan dan boleh dikatakan agak masih mentah dalam kehidupan.Hari2nya bersama Arsenal penuh dikawal emosi dan persekitaran.Banyak senario2 yang boleh dikaitkan terutama tragedi tibe2 menghantuk kepala Bendi.Begitu juga dengan perpindahan ke Mancis ini yang dilihat agak tergesa2 tanpa berfikir panjang.Kenapa City, tidak Barca atau Milan? kerana duit? mungkin juga tapi faktor utama pada pandangan aku ialah kerana die terlalu sensitif, tidak boleh ditegur, tidak tahan dimaki-Eboue relax jek- dan lantas dia ingin berambus cepat2 tidak kisahlah ke manapun asal tidak lagi kekal di Arsenal.Dan pilihnnya Mancis, salah satu kelab yang pasti akan bersaing dan perlu diberi perhatian.Dengan nafsu, desire dan dendam, Adebayor boleh menjadi ganas dan unpredictable dan tujuannya hanya satu, membuktikan kepada kita semua bahawa kita akan menyesal.-Sesuatu yang pasti takkan berlaku.The past is the past, it's you who chose your own path. We're still gonna be better with or without you.

Namun kita tak boleh lupa begitu sahaja jasa2 Adebayor dan moment of glory sepanjang 3 setengah musim bersama.Gol kemenangan di old kerepot, valley hebat menentang newkasut, goal of the sesason menentang spud, away goal Villareal antara memori cinta luka yang bakal dikenang.Terima kasih Ade atas segala memori indah ke buruk ke, kami amat hargai.Tariannya bersama Eboue pasti dirindui.



Jadi sebaik sahaja pengesahan rasmi daripada Arsenal.Com maka bermulalah episod baru bagi kedua2 pihak dan harap tiada lagi komplen2 atas keputusan yang telah ditentukan.Yang berlalu biarlah berlalu dan Arsenal akan memulakan dimensi baru dan kembali ke hari2 menjulang piala.Buat Adebayor, harap sentiasa sihat dan ceria dengan hidup baru tapi dia tak akan mendapat goodluck daripada Arsenalaysia atas dasar persaingan.Pastinya peminat2 hendak melihat ape reaksi Adebayor ketika berkunjung semula ke Emirates tapi kali ini dalam bilik persalinan pelawat.

Adebayor mungkin tak memenangi apa2 bersama Arsenal tapi Arsenal bakal memenangi sesuatu tanpa Adebayor.Itu pasti.


Selasa, 14 Julai 2009

Mancis ade bayor belum?


Adakah Pak Arab ini sempat berbisik sesuatu kepada Mat Togo?

Tak ada apa cuma khbarnya ia semakin hampir.Setelah berjaya mendapatkan pemain paling hensem dalam BPL daripada jiran musuh terdekat, Mark Hughes tak segan silu menyatakan, ade diskusi belakang tabir sedang berlaku mengenai perpindahan Adebayor.kontrak 5 tahun gaji 170K seminggu, umak ai..ape sudah jadi dengan bola sepak!

Secara jujur ape yang anda rasa.Aku secara peribadi mula2 tak berapa kisah sangat tapi memandangkan RVP menyeru agar tiada sebarang perpisahan berlaku demi kepentingan mase depan skuad ini, aku agak 50-50. Lagi2 setelah mendapat tahu dia hanya berpindah negeri jek, tak keluar negara pun.Aku takut semangat dendam akan menghantui Arsenal semula.Itu semua perkara biasa berlaku. Dan aku bukan 50-50 sebab Adebayor itu sendiri yang blah,tapi aku mula berperasan begitu apabila kita yang sepatutnya kelab besar bertindak sebaliknya, menjual bintang(boleh laa kasi chance, player terbaik afrika tu) dengan harga yang patut boleh demand banyak pulak tu(masa ni la nak jadi pisau cukur pak arab)sedangkan si Mak Siti sibuk membeli barang perhiasan mahal2 bagai nak sambut raya.Barang perhiasan? Mungkin, sebab dah jadi 9 striker paling koman 6 mesti kene taruk bench tak ke barang perhiasan namenye.Itulah sebabnya Mancis ni gile.

Berbalik pada Adebayor, jangan lupa..dia yang mencipta masalah sendiri.Jadi suke hati die nak blah ke nak stay.Lagi cepat buat keputusan, lagi senang kita bekerja.Cuma bila dah buang Adebyor aku harap Wenger tau ape yang sedang dilakukannya dan dah mula cari pengganti.Chamakh? Itu downgrade namenye.Sekarang takde mase dah nak berpotensi potensi laa bagai..Walaupun berbakat tapi satu gamble nak tunggu budak maghribi tu matang dan sesuaikan diri dengan EPL.Kali ni ape salahnya beli seorang lagi 'Arshavin'..kalau tak nak gunakan istilah 'panic buy' ,maklumlah Wenger agak ego siket dalam berbahasa ni.heheh.Samuel Eto'o satu...jangan serius sangat,hanya fantasi football aku.



Atau jangan terburu2, lihat bagaimana perkembangan Vela dan Bendi dulu dan bagi full season kepada Eduardo mampukah dia bebas dari keraguan lagi.Masih ade lagi Walcott dan Arshavin yang mampu menemani RVP.Dan bila betul2 tak boleh, bulan Januari mungkin kite ade alternatif lain.25M + 15M yang sedia ada nak beli melo itu hari + 5M daripada Sanderos yang digembar gemburkan bukan ke dah 45M.Kamon Wenger, bawak keluar seorang world class DM,tak kesah la siapa sebab in u we trust kononnye la. Aku tau ko pun tengah terdesak kalau tak takkan lu terhegeh2 nak beli Milo tabo..

Namun dipusing jamnya balik, semuanya kini bergantung pada situasi Adebayor.Jadi jika Mancis ade bayor, cerita ni akan bertambah lebat, jika belum bayor, anggaplah gosip semata2 dan kite boleh teruskan hidup hari2 seperti biasa.Tapi DM baru ko jangan buat2 lupa pak cik oi.


adebyeOUT, chakimaksIN..

BREAKING NEWS!! EKSKELUSIF DI ARSENALAYSIA...

lirik lagu wonderpet yg diubahsuai..

Kring...
Kring..
Telefon..Telefon Berbunyi...

Cepatlah..Ade belah..
Telefon..berbunyi lagi..
Ade Bahyor dah nak belah ker?..
Ade Bahyor dah nak belah yer..
Ade bahyor dah nak belah ke sana.. Yeah...


Ape yang penting..
Beli Chamakh..
Ape yang penting..
Beli Chamakh..

Wondernger..Wondenger..
Kami tanyer...
Adakah Arsenal dalam kesusahan..
Kami Fan kuat..dan Kami tak takut..
Bile dah beli chamakh..Semua jadi mudah..

Wonderngerti dak..YEAH..

HAHAHA..AKU mulakan muqaddimah kali ini dengan serangkap alunan lagu..BREAKING NEWS! ya..tadi baru je aku call Wenger..dalam siri perbualan kami, aku dah tanye mcm2 la..sebab adebahyor nak ke citi..Vierra nak dibeli Spurs..Beckham nak mai Arsenal ke??..Chamakh ni seswai ke x?..DM mane yg die nak..So semuenyer aku dah tanye..korang leh la baca interview session aku ngan wenger ni.

KD: Hello Wenger..How wow Youi..

Wenger: eWOW bule...eWOW bule..

KD: Wenger, serious la sikit..

Wenger: Ok2..mu ni, kawe nak melawok sikit pun tokleh..Gapo dio mu ni..

KD: eh, kecek klate..Gu mano mu leh kecek klate deh..

Wenger: Dulu roomate aku oghe klate..So takat nak kecek sket2 tadok hal lah..Mu nak tanya gapo ni..cepat sket..aku nak tubik p kedai neh..

KD: owhh..okeh2..aku nak tanya skit ja ni kat hg..hg jawab la k..

Wenger: Ok, hg tanya ja..Arsenalaysia punya pasai..Aku layan Zashh ja..

KD: (berkata-kata dalam hati: org tua ni cakap utara la pulak..betui ka dak ni)

KD: OK Mr Wenger, what did u think about ade situation now. Are he will surely leave emirates for Cik Siti?

Wenger: What i can say now is you just wait and see..The deal isn't finished yet but one of his leg is already there..

KD: Owhh..so, will you be disspointed with his decision IF he choose to leave?

Wenger: Ermm..For me i just respect my player decision..If he choose to leave than it will be his decision..I can force or beg him to stay..

KD: So if he leave, will you buy Chamakh?

Wenger: Chamakh?hmm..ChamaKAH? KAH KAH KAH. (Wenger gelak sat)

KD: KAH KAH KAH KAH (layan tua kutuk ni nyer lawak)

Wenger: I can't say anything rite now..I need to discuss with the management on this..

KD: Ok sir..So, did you heard about Vierra going to Spurs?

Wenger: That's totally rubbish..His heart will always be with the gunners..He's more like Henry..If they come to EPL, they will only play or work wirh Arsenal..So..Siso...hahaha

KD: Owhh..What is your opinion about Beckham..There're rumours saying that he will be your next target?

Wenger: Beckham is a great player..In fact we do have a short training session with him last season..But what can I say rite now is, He is not Arsenal man and I beliave it will remains the same..

KD: Ok..So can I know who is the missing person that been looking by you rite now?

Wenger: I don't know..MAYBE Ahmad Shahrul Azhar..MAYBE Shukor Adan..MAYBE Nanthakumar..MAYBANK kot? HA HA HA HA

KD: Wenger, this is bullshit la..cakap la elok2..

Wenger: Ok2, i'm looking for a tough and hardworking DM. SO if anyone feel they have the missing X that i'm looking for rite now, please send a complete resume with a cover letter n photo..Gambar ukuran pasport k..Har Har Har..

KD: BkueTOOTh r Wenger..x LAWAK langsung..Chaw dulu laa..

Wenger: ok..Chaw la..LanCh**..har har har..

_______________________________________________________________

So sampai situ jelaa percakapan aku ngan Wenger..Ikut korang la nak caya ke tak..huhuhu..Challow Bete..

**layan ler video klip wonderpet ni:


Isnin, 13 Julai 2009

Tunggu Wenger lengkapkan skuad

Tak sampai lagi seminggu Arsenal dah pun nak mulakan kempen pra musim dengan bertemu Barnet Sabtu ni.Skuad? entahlah, jika Wenger cuba beriya2 dapatkan si Melo tu bermakna memang die tengah shoping seorang lagi paling koman pemain posisi DM, secara tak langsungnya kita tahu skuad ni belum lagi lengkap di mata Wenger.'Bunuh kerjaya' Diaby Denilson Song yang diberi amaran dulu hanyalah satu omong2 kosong cover bagi menyedapkan hati.Jauh di dalam hati, Wenger jugak tak yakin, mereka belum2 benar2 bersedia.

Yang keluar pulak? Sunderland nak beli Sanderos.Apekah kerana name kedua2nya hampir sama.Oh ye, jgn lupe Aman Gareska Traore jugak cuba dipancing mereka.Steve Bruce betul2 mau bela balik kucing hitam mereka.Chamackh juga masih dalam radar.

Dan tergempar dari Eastland, Mancis dikhabarkan berminat nak beli player yang hampir separuh peminat Arsenal taknak tengok sama ada jadi pekerja kolar biru dan kolar putih Arsenal musim depan.Tak dapat Eto'o Adebayor menjadi sasaran.Adekah Adebayor mendapat tawaran segila John Terry? Itu belum diketahui.Wenger pernah berkata tak kisah jual kat member2 yakni jiran2 dalam BPL.Namun kalau boleh ,kalau Ade sendiri yang nak blah,jual la jauh siket.Kalau die ke Mancis,kelab yang takde cita2 hanya berteraskan plan mee segera, kita semua boleh tahu perangainya tak ubah sama seperti 'cash and Barry'.Tapi kalau sekalipun hatinya dah tiada tapi die berfikiran waras, dia akan berhijrah ke Spain atau Italy.20M agak sedikit jika dibandingkan dengan harga musim lepas, 25M mungkin bakal mencukupi.Kalau mau kekal buktikan ia berbaloi.Pilihlah jalan sendiri wahai Ade.Pilihlah jalan yang sebaiknya.



Tidak banyak cerita minggu lepas, dengan Melo nampak sah ke Juve tapi takde ape2 kenyataan rasmi lagi dari Fiorentina mahupun Juventus.Almunia pula dah dapat status PR di England melayakkan die dipanggil beraksi untuk skuad Capello.Sesuatu yang pasti akan dihentam teruk oleh media England nanti, percayalah.Aku berani jamin.Jika world Cup 2010 Almunia berada dalam skuad, dia pastinya player tumpuan untuk dijadikan mangsa kambing hitam.Biasalah setiap kejohanan besar pasti ade saja tempat melepaskan geram sebaik England gagal.Aku sendiri sedih dan kecewa.Sementara itu, bekas pemain muda Arsenal era 95-97, John Hartson kini sedang bergelut bertarung nyawa menghidapi penyakit barah otak.Harap agar dia dapat segera sembuh dan berkongsi tips2 kepada para pemain sekarang.Antara player muda berbakat yang terpaksa pindah kerana tak dapat bolos skuad Wenger mase tu.Same la dgn batch Kiwomya yang last2 main kat Selangor.



Satu kompilasi daripada beribu gol2 menarik.Yang menariknya di sini adalah possession yang direncankan oleh player2 Arsenal yang menghasilkan gol2 tersebut.Inilah yang dinamkan Wengerball.Dipikarkan balik,takdelah teruk sangat tak menang piala 4 tahun selagi kita terus beraksi macam ini, kerana ini memang identiti Arsenal.Yang penting usaha dan komitmen, piala pasti akan datang!Bagi anda, adakah player2 yang sedang dalam pemerhatian bagi melengkapkan skuad musim depan mampu untuk memikul tanggungjawab link up play seperti ini.Mampukah Matuidi, Melo, Inler mahupun Cana bermain Wengerball.Anda nilai..Siapa lagi yang di luar sana yang difikarkan layak?



Jadi bila Wenger nak finalize skuad Arsenal kita masih menunggu.Sekarang dia dan Gazidis hanya diam2 ubi kentang,tengah dapatkan skuad yang betul2 kencang(kopi kencang).Aku harap secepat mungkin, siapa yang keluar, siapa yang masuk.. semua kasi settle awal.Senang nak bikin plan projek 09/10.


ReYES..ReNO..Kiki..Dodo


hAHA...sengaja aku asingkan post ini kerana saja2..Nak bagi banyak post..huhu..Terbaru Reyes tiba2 ntah xdak angin, xdak ribut dikaitkan dengan Everton dan Liverpool..Liverpool yg baru saja menjual Orang Penan sememangnya sedang mencari pengganti winger part time yg sesuai dek kerana Riera yg prestasinya x konsisten..Rasenyer mamat Homesick ni x akan terbang balik kot ke England kerana maybe die masih menenen lg..Huhu..Ape2pun, option maseh terbuka untuknya dan aku rasa dia maybe lebih terdorong join Everton yang menjanjikan 1st place untuk beliau..

Kita tinggaikan Reyes seketika..Apa kata kita bincangkan pasai Wenger yang semakin runsing dek kerana x cukup uwang untuk membeli playar-palayr DM yg belh digandingkan dengan Fab Breeze itu. Ada juga berita memetik bahawa jika Wenger ingin secure Fabregas, beliau mesti atau harus beli gandingan yang mantap dengan FAB itu. FAB dikatakan tidak larat nak bergandingan dengan DenilSON, Diaby dan SONG yg Wenger sifatkan sungguh promising. Namun yg berlegar di benak semua orang sekarang bukanlah omongan promising, tp piala, title dan gelaran..Itu yg pemain-pemain sperti FAB fikirkan..Usia semakin meningkat dan mereka xnak Habiskan sisa idup mereka dengan x memperoleh apa2 yg bagus di usia muda.

Henry adalah contoh terbaik untuk Wenger jadikan teladan..Henry sedar beliau sememangnya sayangkan Arsenal..Namun,beliau x boleh lari dari impian dirinya sendiri untuk menngecapi sesuatu sblum usia menjenguh senja. Skarang, beliau telah berjaya dengan gelaran juara bersama Barcelona walaupun prestasinya di sana tidaklah sehebat beliau sewaktu bergelar Kapten Henry..Yaa, Kapten Henry yang tiada tolok bandingnya..Aku harap suatu hari nanti Henry akan lead Arsenal di bahagian management..Wenger time tu dah coach France la kot..Xpun Real..huhu

Yah, ini dah masuk bulan 7..Aku maseh samar2 lagi sapalaa signing Wenger selepas ini. Apakah situasinya masih lama seperti sebelum ini di mana kitga kempunan lagi..Tiada Signing yng mantap.. Prestasi yg maseh sama..Wah..Aku x bley tahan mcm tue..

Chupp..Ape aku meraban ni..apa kata kita bercakap pasai Dodo n Kiki..Yeah, merekalah signing terbaru Wenger yang bakal menjadi stingers semula. Xtau la penyengat di bangku simpanan atau 1st team. Jangan jadi korban untuk dapat signing baru udah laaa..haha..Ape2pun setiap orang harus diberi peluang dan aku percaya, Kiki maseh mempunyai taringnya tersendiri dan DOdo, dialah penyengat yg bakal dilahirkan semula..HUHU..Renung-Renungkan, dan selamat berkhayal..huhu

Gambar di atas adalah burung Dodo..Eduardo..Dodo..


Kau..Terlalu Istimewa..

Wah,Cik Siti dah membunyikan loceng yg sungguh nyaring ingin membida Adebahnor yg disifatkan Wenger selama ini sebagai sungguh istimewa seperti lagu Adebahnor itu. Cik Siti yang telah berjaya mendapatkan acai Barry dan Santan Cruz sebelum ini dikaitkan dengan Kolo Toure. Namun apakan daya, Citi yg busan menunggu Eto telah mencapai kata sepakat untuk membida Adebahnor dengan rege 20 juta Pound Steling. Wah, apakah ini..Adakah Wenger Hanger ingin melepaskan si Hitam ini ke tangan Cik Siti atau masih lagi menyifatkan Adebahnor ni sebagai terlalu istimewa hingga x sanggup dan sangap menjuainya..huhu..APA2pun, Rata-rata 50-50 ada yg suka beliau blah, dan ada yg maseh cintakan beliau..Xpelaa..Janji untuk arsenal, ape yg penting? Kerjasama...


RVP : Kelab2 yg aku rijek

Sempena dengan menyambut pemain terbaik Season 08/09/. Ini adalah senarai kelab yang diakui cuba mensekodeng RVP tapi telah ditolak mentah2 busuk2 oleh tuan empunya diri sendiri.Baginya bukan kerana wang semata2 tapi yang lebih penting RESPECT.Di Arsenal, RVP dengan yakin dan selesanya rasa dihormati !! Member lain patut pk masak2 macam RVP sebelum join mereka2 ni.







"When I signed my first contract at Arsenal, I was not on big money at all.Now the club have shown their appreciation. But it is not the money-side why I signed a new deal.All I want to feel is a bit of respect and a good relationship with everyone at the club. And that's what I have here."


Jumaat, 10 Julai 2009

RVP kapten The Flying Dutchman


Tiba2 aku rasa bangga dan teuja dengan RVP.Die punya sikap sejak kebelakangan ni dah makin matang dan pro.Walaupun kontraknya pernah tertangguh lama sebelum sign kontrak mega baru ni, tapi dia berdiam diri biarkan saje media bermain dengan fantasia huru hara mereka.RVP ke ManUTD..ape? Van United? Bapak segala tajuk akhbar yang paling buruk pernah aku dengar.Walaupun pada mula2 firasat aku, RVP dah tak boleh tunggu lagi dan mungkin akan meninggalkan Arsenal melompat ke kapal lain untuk merasai nikmat kejayaan pantas-dan aku takkan salahkan dia- namun jauh di sudut hatinya perasaan cinta pada Arsenal tersemat dalam dirinya.Tahniah membuktikan aku silap.Dia begitu sayang akan kelab ini dan begitu ambil berat.

Setelah berbincang dengan Ivan dan Tun, dia mempercayai kedua2 kepala ini dan sanggup memperjudikan waktu prime kariernye semata2 hanya untuk menjulang trofi bersama Arsenal.Setelah 5 tahun berjuang dan hanya piala FA sebagai koleksi, adalah tak lengkap baginya untuk mengundurkan diri tanpa sebarang kejayaan yang sepatutnya.Banyak lagi yang mampu disumbangkan RVP dan banyak lagi yang akan Arsenal persembahkan.Statistiknya dari saban tahun ke tahun aemakin meningkat.Dan setelah mengetahui projek Wenger dan Gazidis RVP tidak lagi was2 untuk menyerahkan sepenuh jiwanya pada Arsenal."In Arsene I trust" sambil menggerakkan pena menandatangani kontrak.



RVP kalau stay sehinga kontraknya tamat aku rasa mampu menjadi lagenda sama seperti idolanya Bergkamp.Dan aku rasa tak salah kalau aku usulkan kat sini RVP yang sepatutnya layak menjadi kapten Arsenal-no offense to Fabregas- tapi ciri2 kapten materialnya terserlah atas padang.Walaupun suatu masa dulu pernah digelar budak jahat sewaktu di Feyenoord begitu juga kes palsu dakwaan rogol,segalanya kini diletakkan dalam buku sejarah episod hitam hidupnya.Tak perlu diulangkaji katanya.Kerana subjek sejarah tak diajar dalam Bahasa Inggeris jadi orang tak paham.kah kah kah.Ok2 kembali pada RVP tadi, ya RVP memang jelas kesungguhannya dan korang akan dapat tengok die punya passionate atas padang sentiasa 101%.

Dia bukanlah player yang senang2 boleh dipijak kepala lawan.Pantang ditegur pasti melawan!Walaupun sikap panas barannya kadang2 gila tapi kini di bawah Wenger aku nampak dia dah semakin pandai mengawal emosi berbanding awal2 tiba dulu.Ingat red card lawan Everton(tak silap aku) awal2 kariernya? Paling penting die bersungguh2 sedang rakan lain semua tengah down die tetap berlari dengan fighting spiritnya.Reaksi penalti ketika melawan manutd ketika semi final UCL membuktikan sedikit dari apa yang aku huraikan.

Dia juga tak kering memberi semangat dan kata perangsang pada rakan sepasukan dalam kekalutan.Ketika Gibbs tergelincir, siapa yang pertama hadir memeluk bahu memberi sokongan moral? Dia adalah pemain yang perlu diberi perhatian tak kira team lawan atau rakan sepasukan.Ketika Arsenal di ambang2 kekalahan, saat2 kecemasan, die adalah orang yang dipandang dan diharapkan rakan2.Magic ciptaanya entah datang dari mana.Pada hari yang betul2 ong,player lain semua nampak average di mana dia berjaya mencuri semua tumpuan.Ingat gol di stamford briedge,gol bertemu Liverpool,last minute Everton,Charlton o5/06, West Brom(sudut sukar) bile tah dan banyak lagi boleh disenaraikan.Tengok pulak sambutan sambutan gol2nye..semua buat adrenalin kita terangkat!!Dia nampak ambil berat, dan dia memang betul2 bernafsu berbanding segelintir player yang cepat mengalah dan berputus asa.Peminat boleh menilai sama ada usaha yang dilakukan betul2 100% atau sebaliknya dan masing2 mempunyai hak mngkritik,memuji dan menyuarakan pendapat tersendiri.



Umor pulak memang sedang2 elok waktu puncaklah.Pengalaman dah penuh,tak kira antarabangsa atau domestik.Setelah 5 tahun,RVP adalah senior selepas Kolo Toure dan Almunia.Team ini dibina berpaksikan dirinya.Ini adalah batchnya!!Sebab itulah dia rasa ada tanggungjawab dan perjuangan yang perlu diselesaikan.Hubungan dengan fan terjaga.Tak banyak bunyi melalut2 cakap merapu kat media.Paling penting tak banyak cakap pasal kelab lain!

Takdek lagi muka budak2 yang boleh dibuli oleh lawan jika semua player Arsenal mempunyai semangat sama seperti RVP.Itulah yang Arsenal kurang sekarang ni, leadership,fizikal,dan psikologi.Semua ciri tersebut mampu menambahkan rasa hormat daripada team lawan.Takdelah kelab2 pertengahan atau bawahan hadir ke Emirates dengan perasaan mampu mendapat mata.Kalau dulu semua hadir bajet kalah, tapi kini, mereka siap boleh letak sasaran seri paling minimum.Kegentaran tu dah hilang!

Jadi pendek kata RVP punya pakej memang lengkap dan layak untuk digelar Mr. Arsenal yang baru sekaligus ada ciri2 kepimpinan menjadi seorang kapten cemerlang ,sesuatu yang Arsenal ketandusan seteleh pemergian Viera.Tapi sayangnya ape yang menjadi penghalang adalah buku rekod kesihatannya.RVP tak pernah lari dari mendaftar di bilik sakit setiap musim tapi musim terbaru yang lepas adalah paling membanggakan kerana dia berjaya mencecah jumlah terbanyak sepanjang kariernye semusim.44 game dan 20 gol menjadikannya penjaring terbanyak dan tidak syak lagi bakal dinobatkan Player Of The Season Arsenal.Com minggu depan.

Harapan peribadiku agar RVP dapat mengharungi musim depan dengan bebas tanpa sebarang kecederaan dan menghasilkan jauh lebih baik dari apa yang disumbangkan musim ini sekaligus mendakap piala berkongsi kejayaan bersama Arsenal.Aku percaya keputusannya untuk kekal adalah pilihan yang palig tepat dan bijak dan segala usahanya selama ini bakal mendatangkan hari gemilang!


Rabu, 8 Julai 2009

Gazidis bunyi macam Wenger tapi sebab itulah dia dibayar Arsenal



Gambar hiasan : Ivan Zamorano(kiri) lagenda pemain Chile.

Ivan Gazidis bersuara betapa pentingnya signing player2 lame sama seperti signing player2 baru.Maksudnya kira lanjutan kontrak juga adalah satu kejayaan dalam mengekalkan keserasian pasukan tanpa banyak perubahan yang menganggu persefahaman.Dan kini RVP secara sahihnya telah menandatangani kontrak jangka masa panjang, dianggarkan 80K seminggu sehingga 2014.Pak Cik kayo!

Gazidis walaupun secara bersahaja bagitau mereka(dia dan Wenger) sedang dalam proses mencari muka2 baru yang dirasakan perlu, tetapi ini hanya berlaku jika wajah tersebut mendatangkan kualiti yang lebih daripada ape yang ade sekarang.Jadi aku menjangkakan tak banyak pergerakan perpindahan dalam kem Arsenal.Bukan rahsia lagi mereka sedang mengintai midfielder setelah cerita Melo tersebar luas di Internet.Walaupun Arsenal bekerja secara hanya berbisik, berita itu mampu terbocor di zaman berteknologi tinggi ini.Atau mungkin mereka menyediakan back up plan untuk menghadapi situasi di mana player2 Afrika berjuang merebut piala benua mereka Januari tahun depan.

Jadi dengan ucapan ala2 Wenger, Gazidis menyeru agar pemain2 muda yang dah banyak pengalaman bangkit membuktikan mereka dah cukup ilmu di dada dan berseida untuk menerima pentauliahan ijazah dengan menghadiahkan Piala bagi seluruh peminat Arsenal musim depan.Arsenal perlu menang, menang secepat mungkin, tiada lagi penangguhan katanya.Jika tertangguh lagi, penyakit yang makin lama makin parah menjadi barah ini akan bertukar menjadi tradisi dan ketika itu Arsenal dilihat hanya sebagai kelab pertengahan.Sanggupkah kita semua berhadapan dengan suatu kemarau panjang yang pernah menjadi sejarah Arsenal suatu ketika dulu?Mesti tak sanggup!

Oh ya, satu lagi.Berhubung wang ehsan Usmanov, setelah bermesyuarat dan berfikir logik jangka masa panjang, BOD dan shareholder lain sebulat suara menolak dengan baik pelawaan jutawan Uzbek itu.Terima kasih tapi kami tidak terdesak.Itulah kata-kata Gazidis yang percaya Stadium Emirates mampu memulangkan kembali nilai yang setimpal malah lebih dari itu bakal menjadi dana utama kelab.

Tunggu di hujung minggu ini atau Jumaat nanti kita akan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang Melo ke Juventuskah? ,destinasi Cana, dan perihal kewujudan Matuidi.Inler kembali dalam perhatian?Macam bukan langkah Wenger.