Selasa, 30 Jun 2009

Arsenal sign 4 pemain sekaligus!

Memberangsangkan apabila mendengar jumlah player yang ditandatangani tapi sebenarnya hanyalah 4 pemain belia yang ditawarkan kontrak pro.Mereka ialah CB Luke Ayling (17), Craig Eastmond (18) , Cedric Evina (17),dan penjaga gol James Shea (18).Kesemua mereka ni merupakan tulang belakang kejayaan double liga dengan FA cup musim ni.Tahniah laa, ikut jejak Jack Wilshere.

Dengar 4 orang macam ramai, tapi lagi ramai sebenarnya yang kontrak mereka tak disambung pendeknya, khidmat tidak diperlukan lagi.Antara yang popular Abou Agogo, Rui Fonte, Paul Rodgers dan Vincent van den Berg.Tak ade rezeki dengan Arsenal boleh cuba nasib kat temmpat lain, karier masing2 cerah tapi tak tau pulak dengan player paling 'senior' dalam list ni tak lain dan tak bukan Amaury Bischoff.



Bischoff yang sekadar 4 penampilan sub jek untuk skuad utama awal2 lagi diakui Wenger satu pembelian gamble.Memang sedih la melihat nasib player portugal U21 ni.Dah la cedera, lepas tu tak menjadi.Mungkin sebab summer lepas Arsenal dikaitkan dengan rumors nak beli penyerang, Amauri yang mase tu main kat Palermo(kini Juve) jadi Arsene Wenger pun membeli la Amaury Bischoff ni dek kerana mengidam nama yang sama tapi hasil takde.Takpelah Bischoff, sekurangnya2 dapat pengalaman, umur pun masih muda, setahun kire ok laa tu takdela macam ade seorang Diarra ni(banyak sangat nama Diarra terpaksa panggil dengan penjodoh bilangan) yang hanya berada di Emirates tak sampai 6 bulan.Beli bulan 8 bulan 1 dah jual.Sekarang tah ape la nasib die dekat kem2 tikus tu, galak sangat nak pindah main kelab besar,gelaktikus la jadinya.

Seorang lagi ni pun nak dijadikan mangsa media. Nak jadi macam Diarra jugak? Tak serik2, tak belajar dari pengalaman orang lain.Baru sampai sini 6 bulan pun dah media nak suruh blah jugak? Siapa lagi kalau bukan signing terhebat Arsenal January lepas, Arshavin.Laporan kat berita sibuk pulak nak main dengan Barca.Adoi.. bila nak habis.Memangla reporter tanya soalan "Agak2 best tak kalau boleh main dengan Barca?" dah tentulah jawapan bagi pemain bola pro yang berwawasan mesti seronok.Sekejap Media kat nak akhiri kontrak di Emirates, lepas tu nak bersara kat Zenit, sekarang Barcelona pulak.Hey..macam2.Lali sajalah..kene terima semua ni lagi2 musim perpindahan macam ni, ramai yang di'link' masuk, ramai jugak la nama yang di'link' keluar.Selagi tak rasmi kene belajar terima dengan rasional. Esok siap sedia laa pulak tajuk "Vermaelen minat main untuk Spurs".. budak ni tak cecah padang lagi pun dikatanya nak pindah..fakta atau auta..

P/S: Esok2,tajuk berita lagi " Melo, nak pulang ke bawah bayu" Apa macam?hahaha..


Isnin, 29 Jun 2009

Mahu Terjatuhkah?


Hohoi..Di keheningan pagi yang suram dek kerana hari ini bergelar ISNIN, aku sudi mencemar duli untuk saja-saja memutar kata membelit lidah di ruangan ini. Sja nak share ngan Kipas Susah Mati Arsenal semua. Aku just nak tanya korang suatu soalan yang tersirat lagi menyirapkan darah-darah mereka yang sentiasa kepanasan telinga..Ape pendapat korang mengenai V-Shape..Bagi aku V menunjuk ke bawah..Sooo...huhu..Taip On Memahami dan Menyokongi dan hantarkan ke Shout Box kami jika anda memahami lagi menyokongi pendapat aku ini..Ngeee.......


Ahad, 28 Jun 2009

Bukan cara Arsene!


Kah kah kah kah..aku tak dapat tidak untuk menahan gelak.Pada mulanya aku malas ambil pusing pasal rumors ni.Tapi setelah keluar kat ESPNsoccrenet macam sesuatu yang serius pulak.Mula2 Ribery 40M, kemudian Karim Benzema 30M?? Oit, sanggupkah Arsenal melabur duit sebanyak tu dan kalau ade pun sanggupkah Wenger memecah tradisi polisinya nak sign player semahal itu.Player paling mahal Wenger pun tak cecah 20M.Ini tak lain tak bukan rumors dari Lyon la ni saja nak pancing kelab2 supaya perang lagi bidaan.Dengan berita2 macam ni, kasi alert team2 lain supaya naikkan lagi harga agar bersaing..

Dan mentang2 berita tentang Adebayor ke Milan semakin panas dengan dakwaan naib presiden Milan Adriano Galliani yang die dah pun bergayut dengan Wenger dan Wenger nampak 'mesra'.Mesra tak semestinya mahu jual. Bisalah, Wenger datang ke Malaysia pun mesra jugak apa, bukan jual pun, jual muka? kah kah kah.. kalau jual, harga Takdebayor mesti lebih dari 25M , kurang daripada tu memang Tun ni seorang yang pemurah betul la.

Walaupun Karim ni cuma satu impian tapi dalam bola sepak ape2 boleh berlaku.Wenger kan ade magic hat.Tak dapat Karim pun takpe, sebab ade sumber2 rapat berkata Karim ni lebih rela berhijarah kat Emirates berbanding ke Old Kerepot.Itu pun dah cukup membuktikan status kelab ni.haha..Untung jugak ade kampung France ni, mane laa Ferguson nak carik lagi orang2 scottish yang hebat main bola ek?kah kah kah kah.


RVP, 'Yes We Can!' atau 'Yes Man!'?


Robin Van Persie yang tunggu masa jek nak sign konrak baru telah menceritakan rahsia bagaimana Wenger meyakinkan anak buahnya dan menanamkan semangat dalam bilik persalinan walaupun mengharungi 4 tahun tanpa sebarang kejuaraan.Siapakah yang menjadi inspirasi, tidak lain tidak bukan kata RVP ialah presiden kulit hitam pertama AS iaitu Barack Obama.Wenger menanam frasa 'Yes We Can' yang diwar-warkan Obama ke dalam pemikiran setiap pemainnya agar yakin akan kemampuan diri di atas padang.RVP sendiri agak teruja dengan 'ceramah' Wenger dan ingin mengkaji lebih mendalam tentang Barack Obama.Tapi adakah betul mereka menganggap Wenger mendapat ilham dari presiden yang pernah menetap di Indon ataupun mereka sebenarnya terkeliru sama ada 'Yes We Can' atau frasa popular Jim Carrey dalam filem terbarunya 'Yes Man!'

Jadi mana satu inspirasi??


Atau???


Sambil mengakui dia sedang membaca autobiografi Obama,RVP berkata,

"Aku nak kenali dengan lebih mendalam tentang lelaki ini.Obama adalah si tenang.Bila lawannya John McCain jerit2 dan sembang kencang, Obama sentiasa tenang.Aku pun try ikut- JIka ada sesiapa cuba provoke aku, aku tak melawan.Itulah cara terbaik.Arsene Wenger telah memperkenalkan Obama punya falsafah "Yes, We Can!" dalam bilik persalinan."

"Takde ape yang mustahil.Tak de orang pun jangka seorang lelaki berkulit hitam mampu jadi presiden US tapi sekarang?Sama la jugak, takde orang bagi harapan Arsenal dengan bajet ciput mampu menang trofi."

"Wenger ni memang menggemari sukan dan pemimpin.Kalau dalam team talk sebelum game dia mesti petik beberapa ayat orang2 penting kadang macam Obama, Michale Jordan lagenda basketball dan jugak pemain tennis Justine Henin.

Dan Wenger ni memang ade disiplin.Kitorang fly ke game pakai flight biasa jek.Takde punya la jet2 peribadi ke jet mewah la bagai.Air Cond dalam hotel diharamkan.Tak elok untuk atlet.Peti ais pun tak boleh beb! Semua air mesti jage, suhu bilik punya.- air sejuk tak elok untuk kesihatan.Inilah die perkara2 yang mampu membezakan keadaan walaupun 1%.Dan semakin kau jadi tua, perkara2 kecil ni lah yang menjadi perbezaan, tapi peratus2 sket yang terakhir nilah sukar dicapai sebenarnya."

Dekat rumah dia pulak, ade macam2 koleksi, jersey2 pemain ditukar, keratan2 akhbar pasal kerjayanya dan juga gamabr2 di dinding yang dirasakan belum lengkap-hanya gamabr RVP menjulang piala FA 2005 , dia masih mengimpikan Kejuaraan EPL dan UCL.RVP jugak becita2 jadi permain terbaik dunia.




"Aku nak jadi pemain terbaik dunia.Aku rasa susah nak tido selepas match jadi aku bangun tengah malam tulis nota siket tentang cara aku main.Aku tengok balik dan kaji setiap match yang aku main.Aku memang keras mengkritik diri sendiri.Aku sebenarnya tak capai lagi level sebenar kemampuan aku.Kalau aku betul2 player yang hebat, dah lama aku tawan eropah, dapat piala."

"Kalau Arsenal menang UCL,EPL, FA Cup mungkin aku adalah calon untuk anugerah tersebut.Mase tulah boleh aku claim yang aku dah capai peringkat tertinggi.Sayangnya kes tu belum lagi.Tapi aku nampak potensi dalam Arsenal.Kita kene lakukan!Satu fakta yang cukup menyakitkan iaitu dalam 5 tahun aku kat Arsenal, aku hanya mampu menang seketul piala jek iaitu sama dengan jumlah aku menang kat Feyenoord dulu.Tak cukup wei!! Bile mase mula2 aku sampai sini dulu, Arsenal menang piala alahai senang nak mampus macam main fun fair.Tapi tunggu la bila semua fit, Arsenal akan jadi team yang memang mantap dan terpulang pada aku sendiri untuk memastikan kita menang trofi lepas tu"



Lagi berita baik bagi peminat Arsenal ialah, RVP memang benar2 komited hendak sign dengan Arsenal.

"Aku takde rundingan dengan kelab lain selain dari Arsenal.Aku nak jadi pemain terbaik di dunia.Kerjaya aku berjaya bila aku sendiri menganggap diri aku terbaik.Selain dari tu, aku tak puas hati."

Bini RVP dari Maghribi iaitu Bouchra agak menjaga pemakanan RVP sebab iyelah, RVP ni sering jek dilanda kecederaan.Jadi hanya makan2 yang bernar2 berkhasiat dan sesuai jek disediakan untuk suami kesayangannya itu.Diet dan yoga jugak sering menjadi amalan RVP.

"Aku suka makan steak tapi sekarang terpaksa lupekan bila aku tengok impak die.Mase aku dalam proses pemulihan dari kecederaan aku dapat tau betapa eloknya tak makan steak dah.Cepat jek sembuh.Alkohol jugak, memang aku dah tak ambil mase musim berlangsung.Memang kat England ni ramai player suka minum beer tapi tengoklah perbezaan antara mereka yang minum dan tak.Boleh tengok laa lembap ke laju."

Selain itu, imej budak nakal tak dapat dipisahkan dengan RVP terutama di awal2 carieer nya dulu.Namun di bawah Wenger die mengakui agak terkawal sedikit lagipun dirinya makin lama makin berusia jadi dia perlu matang mengawal keadaan.Isteri dan anak2 jugak penting dalam pemikirannya ketika ini, tiada lagi kehidupan berfoya-foya sesuka hati.Wenger memang terkenal dalam melayan Harimau liar menjadi jinak.Abang Tony Adams yang suatu masa alcoholic juga sedar dan insaf di bawah Wenger.

Dulu RVP sebelum join Arsenal dengan 2.75M pernah digugurkan dari skuad utama masuk reserve kat Feyenoord semata2 atas alasan disiplin.Memang budak nakal habis.Siapa tak boleh lupa kes palsu rogol seorang penari yang membuatkan RVP meringkuk dalam penjara hampir 2 minggu.

"Kes tu telah secara tak langsung memperkuat hubungan suami isteri kami dari memecahbelahkannya.Dan baru aku sedar betapa pentingnya Bouchra dan apa sebenarnya yang aku kejar dalam hidup ni"

"Kitorang dah bincang dalam2 panjang2 pasal kes tersebut tapi tak ambil pusing pun tentang mulut orang lain.Satu lagi, aku tak dilayan dengan teruk dalam lokap tapi adelah seorang tu kaki bully, manakala orang lain pulak anggap tak adil laa aku kene tahan."

"Wenger selalu positif setiap kali beruusan dengan aku.Dalam perjalanan aku nak jadi insan dan pemain bola yang baik, Wenger sering bagi aku nasihat berguna, selalu tolong aku.Ia benar2 bagi aku kekuatan dan aku takkan lupakan semuanya."

Bouchra yang sedang mengandung anak kedua selepas anak sulung RVP, Shaqueel, turut menambah,

"Robin ni pernah buat silap, silap besar.Memang senang jek kalau nak bagi alasan untuk tinggalkan dia dulu.Robin ni bodoh2 dulu tapi dia bukan seorang perogol.Ape yang saya ada dengan Robin ni suatu yang istimewa.Susah nak jumpe orang macam ni.Memang pelik tapi benar, skandal tu buat kami lebih kuat."

"Mak saya selalu pesan dulu 'ekau jangan keluo dongan pemain bola, tak serius langsung, kojo nak main main jo' tapi sekrang mereka sayang pulak dengan Robin.Robin ni istimewa sejak dari die masuk stadium melangkah ke padang sampai la wisel penamat, mase tu die seorang player bola yang popular tapi kat rumah, di hanya seorang insan biasa bersama keluarga, seorang suami, seorang Papa Robin."

Sejak insiden tersebut, RVP dan bininya tak pernah ke kelab malam lagi.

"Bukannya aku tak pergi sebab nak elak masalah.Tapi aku lebih suka lepak kat rumah.Bola sepak jek dah cukup memisahkan aku dari keluarga terlalu lama, buat apa pulak aku sibuk2 nak amek alkohol pulak.Ape gunanya bersukaria sampai pukul 3 pagi.Nanti tak cukup tido.Perkara paling penting dalam hidup aku sekarang Bouchra, anak aku, keluarga aku dan bola sepak."



"Ramai lagi yang masih pandang aku sebagai budak jahat macam aku kat Feyenoord dulu.Dulu kat Rotterdam aku memang suka berjoli sana sini.Aku tercemar dengan imej budak jahat.

"Mungkin masa tu aku salah pergaulan.Aku taknak salahkan sesiapa tapi kadang manusia perlukan pertolongan.Di Arsenal aku berjaya membongkar bagaimana sebuah kelab diuruskan secara profesional!"

Seronok mendengar kekuatan mental dan keyakinan yang disampaikan.Harap RVP dapat kekal di Arsenal selama yang mungkin dan menjadi antara barisan lagenda yang membawa kejayaan pelbagai kejuraaan bermula dari musim akan datang ini.


Sabtu, 27 Jun 2009

Walcott dan Gibbs bawak England ke akhir

Theo Walcott dan Kieran Gibbs masing2 menyempurnakan 2 sepakan penalti penentuan terakhir sesudah England U21 dan Sweden U21 seri 3-3 dalam match yang hampir mnyerupai final UCL Liverpool Milan 2005.England leading 3 bijik tanpa balas sebelum mampu dikejar Sweden menjadikan kedudukan terikat 3-3 sampailah penalti.Stuart Pearce yang dah memang psiko, hampir menjadi gila menyaksikan match tersebut.Namun, kemenangan ini membolehkan Young Lion mara ke akhir melenyapkan badi sepakan penalti yang selama ini memang diketahu menghantui England.



Khamis, 25 Jun 2009

Aku Sepenuh Hati Arsenal.



Reaksi kepada laporan2 media yang sengaja digembar-gemburkan.Cesc membidas secara rasmi di Arsenal.Com.Itulah padah apabila anda masuk permainan soalan perangkap media.Adalah lebih baik jika die awal2 lagi bercakap "Aku taknak menjawab soalan selain daripada berkaitan dengan kelab kesayangan aku ARSENAL!" Tapi takpe, oleh kerana beliau masih muda dah mentah lagi dalam selok belok PR ni..Arsenalaysia akan kembali membersihkan namanya dan 100% percaya dengan komitmen beliau buat masa ini.Cuma lain kali harus berhati2 mengeluarkan kenyataan secara terbuka agar tidak disalah ertikan atau menyinggung mana2 pihak.Berikut adalah komen balas Fabregas kepada Arsenal.com.

"Aku tak berapa pasti berapa kali aku perlu tegaskan komitmen aku terhadap Arsenal sehinggalah saat ini aku terus berkata benda yang sama berulang kali.Tapi setiap kali sejak kebelakangan ini apabila aku ditemuramah media di Sepanyol, kenyataan aku diputar belit apabila sampai ke England menimbulkan keraguan tentang masa depan aku."

"Jadi kepada siapa2 yang masih tak berapa jelas lagi atau salah paham apekah situasi aku biarlah aku terangkan dengan sejelas2nya.Aku sepenuh hati komited pada Arsenal dan masa depanku bersama kelab hebat ni."

"Walaupun dah 4 tahun kemarau piala dan ya! memang aku betul2 tak puas hati, tapi marah tu datang dari kesangapan aku untuk menang sesuatu bersama Arsenal.Aku ambil berat tentang kelab ni dan percaya pada pasukan."

"Aku bangga jadi kapten pasukan dan pakai jersey merah putih.Memang sedih gila habaq hang bila orang lain tak semena2 putar belit kenyataan aku.Semangat dalam skuad ni memang bombastic terbaik dari ladang.Kami ade kemampuan dan mentaliti untuk bersaing di barisan depan untuk mengucup piala.Jangan salah paham lagi, kami fokus dan akan tunjukkan yang kami mampu untuk menccapai impian bersama"

Inilah baru KAPTEN ARSENAL!!!


*Arsenalaysia memaafkan Cesc dan meminta maaf atas kritikan berlandaskan emosi tapi untuk masa depan, haruslah berhati2.Tapi Sylar dan Spock tetap kembarnya.


mULUT semakin Busuk...

"The absence of titles at Arsenal is what angers me most,'' ******** told The Sun. "When you don't win everyone is in a bad mood. For four years now, we've needed a title to regain our belief in ourselves.''

Cristiano Ronaldo's reasons for moving from Manchester United to Madrid have forced ******** to confront again his disappointments with Arsenal.

"Cristiano said he's leaving Manchester United because he had nothing else to win,'' he said. "For me right now, it is the exact opposite - seeing the impotence.''




hahahahaa...seriously, aku nak edit sedikit ape yang dipost oleh Kesuma Dewa di atas, kalau die berhajat nak pindah sangat, susah nak buat pilihan antara galaktikus,Kampung halaman.. ape kata kita bagi cadangan.. kenapa tidak ke galaksi lain jumpa kembarnya..far-far away.. tapi bukan LA Galaxy..


Hahahaha. Sedikit lagi tanbahan dari aku, (KD)..Ni kira buah penamat..Klo sapa2 tgk Heroes mesti perasan skit2..Sylar..huhu


Mael TV ronda Emirates

Saksikan signing baru Arsenal ronda2 dalam Stadium Emirates 'rumah' baru beliau.


Perlukah striker baru?Bincangkan.

Terlebih dahulu, aku tersilap. Jangan sesekali memeprkecilkan sesbuah pasukan selagi wisel penamat belum dibunyikan.AS memalukan juara Eropah Spain 2-0 dalam semi semalam.Agak2 AFrika Selatan pastinya berkobar2 mencipta kejutan ke atas Brazil.
Dan pengajaran buat Cesc Fabregas yang diekuluarkan semalam... banyakkan main bola dari bercakap! Aku mual~



Adebayor..pusing2 balik.. cerita akan kembali kepada Adebayor.Mana destinasinya, Chelsea,Milan, Inter, Man u atau kekal di Arsenal.Apekah 'important team' yang dibayangkan oleh agentnya apabila beliau menafikan kelab dari England datang merisik, sebaliknya sebuah kelab penting pernah bertanya-tanya.Jika pun Adebayor kekal di Emirates, cerita ini takkan habis di sini saja, pastinya setiap kali transfer windows, ia akan diulang tayang bagai rancangan hari raya astro sehinggalah mereka berjaya memindahkan Adebayor asalkan bukan di Arsenal.

Persoalannya adakah perlu untuk Arsene Wenger pergi ke pasar membeli penyerang lagi memandangkan ade saja link2 yang dikaitkan dengan Arsenal seperti pemain Maghribi dan Bosnia Chamackh dan Dzeko.Tidak cukupkah dengan option yang ada pada kita sekarang ini jika Adebayor blah sekalipun.Mari kita bincangkan.

Mula2 kita senaraikan dulu option2 di bahagian serangan yang telah sedia ada termasuk Adebayor, RVP(bakal sign), Eduardo, Vela, Bendi, Walcott, boleh jadi juga Arshavin.7 orang kesemuanya, jika tolak Adebayor tinggal 6. Daripada 6 ni RVP Bendi Eduardo yang lebih kerap digunakan di bahagian atas.Manakala Walcott sering diletakkan di bahagian kanan dan Arsavin kiri. Hanya dalam beberapa situasi mereka diletakkan sebagai support striker.Tapi kini ade Carlos Vela yang memang diakui finishingnya memang sempoi world class tapi tak cukup pengalaman.Jika Adebayor pergi tanpa pengganti, kita boleh berharap untuk melihat lebih banyak aksi Vela.Tapi benarkah sekarang tidak perlu pengganti?Sudah bersediakah Arsenal untuk situasi seperti ini?

Risikonya agak tinggi.RVP walaupun pemain terbaik dan penjaring terbanyak season lepas memang terkenal dengan on off nya.bulan November hingga Februari merupakan antara saat terindahnya menyarung jesi Arsenal dengan ketajaman yan ketara.Tapi semenjak dia kembali dengan hobi asalnya iaitu kecederaan, aksinya makin longlai dan dia tak mampu memikul tugas keseorangan sewaktu Ade dan Edu takde di hujung musim.DIa bukanlah jenis target man.Tapi yang paling perlu dirisaukan adalah injury prone.



Bendi pulak, dilihat sesuai sebagai pengganti Adebayor dengan memiliki fizikal yang hampir sama.Baru berumur 20 tahun dan season lepas adalah antara yang terbaik.Walapun sering mendapat kritikan aku suka dengan keyakinan diri dia yang slumber pakai boot tanpa mempedulikan ejekan orang lain.Kalau tak kene dengan angingnya, memang boleh jadi sasaran makian sumpah seranah, tapi jika pada harinya, dia mampu bermain menggunakan otak walaupun kakinya yang agak lembap.SImapn sebagai aset, jadikan die understudy.



Eduardo.Susah untuk menjangkakan tahap kecergasannya ketika ini terutama setelah baru sahaja pulih dari kecederaan ngeri.Nampak dia hampir kembali pada tahap terbaik tapi sering dilanda kecederaan sampingan.Mungkin impak dari kecederaan asal.Masih melalui beberapa pembedahan, mampukah Eduardo bermain lebih dari 20 game untuk season ni juga masih menjadi persoalan.

Walcott.Posisi asalnya adalah striker tapi tau2 lah professor, pasti ada sahaja ujikaji gila yang hendak dibuatnya.Oleh kerana kepantasannya yang macam pelesit kota, Wenger banyak meletakkannya di bahagian sayap kanan, dengan itulah sahaja Walcott mampu mencuri tempat dalam pasukan dan belajar dari pengalaman.Mungkin ini pendedahan yang cuba diajar Wenger kepada Walcott, play wide sebelum cut inside macam gaya ala2 Henry.Bukan rahsia lagi Wenger rate Walott sebagai striker.Dalam interview baru2 ni, Wenger memeberitahu, kalau Arsenal bermain 4-4-2 dengan Walcott dimasukkan mungkin Walcott akan bermain di hadapan dan mengubah kepada 4-3-3.Wenger dilihat bersedia memaksimumkan ability pemain2nya.Tapi pelru diingat, walcott juga punya sejarah bahu tersendiri.



Carlos Vela. Little Mexican dilihat sentiasa tenang dan sabar menunggu peluangnya beraksi.Aku suka caranya, tak banyak bunyi.Biarkan kaki dan aksinya di padang menjadi bukti.Antara aset paling pienting Arsenal.Aku secara peribadi mahukan Vela diberi peluang sama sepertimana Bendi dulu.Aku rasa dia telah bersedia.Tapi mampukah untuk mengekalkan momentum dan menyerap tekanan dalam 30 match, belum cuba belum tahu.



Arshavin.Ini memang kualiti.kalau setengah season dia dah mampu mengubah nasib Arsenal, tak sabar aku nak tengok bagaimana musim penuh pertamanya.Sekembalinya Rosicky membayangkan Arsenal punyai banyak pilihan. Jika mampu startkan Rosicky dan Nasri masing2 di sebalah kanan dan kiri, Arshavin dilihat paling sesuai diletakkan di belakang striker utama dengan keupayaan dan skill magicnya, kita ada sesuatu untuk diharapkan ketika keadaan tenat nanti.

Jadi macam mana, apa pulak pandangan anda?Perlu atua tidak muka baru di hadapan?

Keputusan poll terbaru:


Jika anda jadi Fabregas,anda akan..

Tunggu Pep miss call, kemas bag , balik kg.
3 (3%)

Puji Barcelona, tapi kekal di Emirates
17 (21%)

Kutuk Barcelona, jadi die hard kapten
5 (6%)

Boikot soalan bodoh media
13 (16%)

Suruh Tun beli DM mantap
19 (24%)

Tutup mulut.
22 (27%)

Melalui poll di atas boleh disimpulkan ramai orang meluat dengan kenyataan2 Cesc dan menyarannya agar tutup sahaja mulut.Hanya 3% merasakan die perlu pulang ke Kg., Barca.


Rumput tak semestinya hijau di tempat lain sesudah anda berhijrah.Terbaru difahamkan di Spain ade jualan lelong.Produk ini takkan dapat dibeli di lelong.com.my kecuali di pasar malam Barcelona.Aleks Hleb namanya.hahah.Pujangga pernah berkata,

Orang tamak selalu rugi,
Bagai Goblin dengan bayang2.



Rabu, 24 Jun 2009

Wenger dedah pelan-'Arsenal Maju 2010'

Siapa2 yang paham video di bawah boleh tolong translate tapi aku rase video ni lucu..konon2 dalam dressing room semi final UCL menentang Man U..

Arsene Wenger telah mendedahkan perancangannya untuk skuad 2010, keutamaannya ialah tiada pelepasan pemain, tambah beberapa seorang 2 muka baru, dan menggunakan taktik yang seimbang untuk skuad.Err.. tiada pelepasan? itu sukar sedikit dipercayai kerana ape Wenger nak buat dengan 3 pasang CB? mustahil.. Adebayor? kalau takde kelab betul2 serius nak beli die, Arsene Wenger bolehlah memberi sekali lagi peluang bukan bermaksud dia layak mendapat peluang setelah lagak dan sembang derasnya tetapi memandangkan dia masih mempunyai kontrak , jadi jika takde pape Adebayor harus mematuhi kontrak secara profesional cuma jangan harapkan automatik start dalam starting lineup.Wenger harus memilih pemain berdasarkan prestasi semasa bukan sejarah dan kemampuan silam.Kasi ajar siket Adecantscore/Adecango.Kalau die tak layak beraksi langsung, biarkan die kat bench, semusim pun semusim la.Lagipun untuk meneruskan momentum,Arsenal harus memaksimumkan pengekalan pemain2 yang sedia ada..tapi pemain yang dirasa layak.

Namun berita yang kurang enak, agent Adebayor menggosipkan, Adebayor kepingin bermain untuk Carlo Ancelotti.Bagi aku,kalau dah takde hati aku lebih rela melepaskan die ke Italy menikmati Pizza dan Ice Cream daripada melihat dia dalam kebiruan.Dan biasanya mereka2 ni akan naik angin lain macam sket bila bertemu Arsenal, kembali menghantui bekas kelab dengan semangat "aku akan buktikan ko silap Wenger!!" Ingat Anelka, Aliadiere dah cukup..

Ok berbalik semula kepada pelan Tun tadi

"We lost Hleb and Flamini last summer and we have had to rebuild.But we have done that now and the future looks bright. We don't want to have to rebuild again, so I want to keep all the players together for next season. I don't want to lose anyone.

"I want to add to the squad and have identified one or two targets. But identifying players and buying them are two different things.''

"Ideally I would like to bring everybody in before we start back in pre-season training in July. I don't want to leave it until the end of August,"

"We are at a stage where we need to convince people that this team does a lot of things right. It does not need to be transformed. When you go on a long unbeaten run in the Premier League and reach two semi-finals, common sense should tell you that.

"We have to take encouragement from what we have done in the season just gone.

"I am fed-up with people who think I have £100m in the bank yet don't want to spend it. How can people think that? "The pride of the club is in having moved to a new stadium while maintaining the club at the top level.

"The policy of the club is that they have backed me in what I do and the way I do it. We now have to be strong enough to stick to that. We cannot pump £100m into it, so we must keep faith in what we are doing."


Mengikut pengakuan Prof di atas, beberapa perkara dapat digariskan ialah, Arsenal takkan jual banyak,terutamanya key player jadi rival2 jangan haraplah Arsenal nak lepaskan RVP dan Fabregas.Arsene mahu batch ni kekal untuk setahun lagi bagi membuktikan mereka mampu memecah kebuntuan kemarau piala.

Pembelian Mael bukan signing yang terakhir.Ade lagi satu dua target tapi untuk tidak mengecewakan kalau tak dapat, Arsene menggunakan ayat yang lebih selamat " target tak semestinya beli.." adoi..

Ada lagi Quote dari Arsene Wenger tapi aku tak jumpa disini apabila die membayangkan Walcott akan beraksi lebih di bahagian hadapan.Katanya jika kemasukan Walcott yang lebih sesuai di bahagian wide depan , Wenger tidak kisah untuk mengubah ke formasi 4-3-3.Dengan 4-4-2 sekarang ini Arsenal boleh rotate lambakan midfielder di bahagian tengah dibarisi Rosicky,Fabregas,Denilson,Diaby,Nasri,Song, Arshavin mungkin, atau Mr. X(tak beli lagi).Kita juga mungkin dapat melihat lebih kelibat Aaron Ramsey dan Jack Wilshere.

Aku memuji insiatif Diaby untuk ke gym membina badan.Memandangkan kritikan yang diterima tentang kemalasan, dan kelembikan biarpun bersaiz badan agak tinggi serta besar, Abou Diabyy berasa terpanggil untuk membuat work out supaya dia dapat mencapai standard lagenda wannabe nya iaitu Viera.Abou ade bakat, ade skill tapi kadang2 work rate ,decision making dan passing perlu lebih ditajamkan.Tapi kalau die betul2 berusaha untuk mencabar tempatnya seperti yang dikhabarkan sekarang, kredit kepada Abou.Mustahil Song dan Denilson tak terpanggil? Adalah lebih baik dari santai di tepi pantai dan clubbing/party tak tentu hala.

Arsene Wenger selalu positif, itu yang gua selalu marah2 sayang tu.haha..Tapi itulah yang terbaik untuk kelab, sentiasa yakin dengan kemampuan pemain2 sendiri.Di akhirnya Arsene Wenger sempat memerli beberapa kelab tentang ape gunanya menabur duit2 gila tapi mengganggu kestabilan kelab.Kelab ini sedang melalui landasan yang betul.

Kembali kepada rumors,

Journalist terkenal UK, Gabriele Marcotti dalam satu rancangan stesyen radio talkSport, yakin Arsenal sekarang dalam proses mendapatkan khdimat pemain Fiorentina Felipe Melo.Bagaikan jodoh kita dapat dipersembahkan dengan aksi Melo melalui siaran langsung Piala Konfiderasi di Astro.Melo bermain penuh 90 minit dalam ketiga2 perlawanan peringkat kumpulan.Tapi aku hanya sempat menonton sedikit aksinya bertemu Italy dan golnya bertemu AS.Gilberto Silva lebih menonjol dan tenang dalam match2 tersebut.Ape pun aksinya takboleh dinilai melalui 3 match ini sahaja dan juga youtube.Rasanya Gilberto sempat membisikkan kata2 nasihat supaya menerima tawaran jika Wenger membuat panggilan IDD.

Paggilan hanya dapat dibuat setelah Melo pulang dari Piala konfiderasi yakni tamatnya cabaran Brazil.Semakin cepat Brazil tersingkir(tapi tak mungkin) semakin cepat berita kita boleh ketahui.Brazil dijangka mudah menewaskan Afrika Selatan di semi dan berkemungkinan besar bertemu Spain yang tengah menggila di final nanti.Menarik.

Buat Fiorentina mereka mungkin tak mampu menolak jika Arsenal hadir dengan tawaran sebanyak 15M.Tapi ade cerita lain di sebalik itu Sanderos ingin kekal di Italy dan Fiorentina berminat mendapatkan khidmatnya. Difahamkan setakat ini kedua2 transfer itu berlaku secara berasingan dan tiada istilah swap deal atau tukar suka sama suka.Tapi siapa tahu kalau kedua2nya terdesak tapi rundingan menemui jalan buntu, 10M + Sanderos mungkin berjaya memancing Fiorentina.



Berita paling menggembirakan minggu ini!RVP dikhabarkan telah setuju untuk sign kontrak baru.Kontrak yang dikatakan sehingga 2013 itu menjanjikan 70K seminggu.Sebelum ini RVP telah diam2 ubi tentang penyambungan kotrak yang bakal berakhir tahun depan.Walaupun die menunjukkan rasa cinta pada The Gunners tapi die perlu memikirkan jugak masa depannya terutama 4 tahun tanpa piala, oleh itu die mengambil keputusan untuk melihat aktiviti Wenger bagi meyakinkannya di sini.Kejayaan membeli TV baru mungkin membuat RVP sedikit teruja dan beberapa muka baru lagi dijangka masuk, RVP kini tidak perlu lagi ragu2 dan gusar tentang hala tuju kelab.SIGN LAA CEPAT!!!

Siapa cakap Adebayor sorang jek laku?Sesayur-sayur bendi pun laku jugak tau! Bendi, pemain Arsenal yang on off tapi meningkat di hujung musim lalu kini sedang diintai oleh AS Roma ketika menyertai percutian bersama keluarga ke Rome.Pantang nampak kelibat terkenal di sesuatu tempat, mulalah gosip2 liar melanda.Namun khabar angin ini pantas dicantas Wenger.Wenger menegaskan Bendi termasuk dalam pelan masa depan dan hairan bagaimana orang boleh terlupa die baru saja berumur 20 tahun tapi dah sebagus itu.Bagi Tun,Bendi harus disimpan sebagai aset.

Masih setia menunggu .... Yang bagus dan menariknya, Arsenal akan cuba melengkapkan skuad sebelum pra musim.Ini bermakna kita dapat menjangkakan beberapa muka baru masuk dalam 2 3 minggu sebelum pertengahan Julai.Yang keluar, lambat2 tak kisah.. yang penting penambahan dulu.Pengurangan adalah satu langkah ke belakang.Harap tiada lagi transfer seperti Arshavin-Nasri saga yang meleret2.Boleh pecah dada!


Isnin, 22 Jun 2009

Bacary Sagna

Pembelian pemain2 kurang ternama atau tak berjenama memang menjadi lumrah Arsenal tapi tak semestinya kualitinya tak elok.Dan orang paling pandai mengubah daun kering kepada intan permata pastinya sang Professor Tun Arsene Wenger.Banyak contoh2 pembelian hebat(baca ala2 astro tayangan hebat) yang telah dilakukan beliau.Dan antaranya Mr. konsisten Arsenal , Bacary Sagna.

Sagna 26, merupakan antara pembelian paling berbaloi bagi musim 07/08 selain daripada Eduardo.kelibat2 kedua2 pemain tersebut hampir membuahkan hasil.Arsenal dan kejuaraan piala cuma dipisahkan apabila Eduardo injured dan Sagna pulak injured ketika bertemu Chelsea menyukarkan baki musim.Musim ini walaupun agak terumbang ambing persembahannya tapi die sentiasa meletakkan persembahan yang solid di hadapan, walaupun kesan pemergian abangnya nampak seperti menganggu konsentrasi, tapi Sagna telah memahatkan namanya sebagai antara pemain bek kanan terbaik di Eropah ketika ini.Harap pra musim nanti die dapat memperbanyakkan latihan dan memperbaiki skill crossing agar 'attacking style'nya lebih mantap.



Dengan keberkesanan Sagna, ade seseorang merajuk ingin membawa diri..Rindulah kita pada lakonannya, aksi lawaknya, tarian dan juga tackle ang macam kat bawah ni..


Oleh itu, ramai yang mengharapkan agar pembelian pemain CB baru Mael TV akan menjejak langkah kecemerlangan Sagna yang ubderground jek sebelum ini.10M untuk seorang CB adalah satu jumlah yang banyak..Jadi pastinya Wenger dah pikir masak2 dan dah teliti aksi Mael dengan begitu lama sebelum membuat keputusan.In Wenger we trust.Namun amaran Tony Adams juga tak boleh diabaikan begitu sahaja, kerana dalam rekod Wenger ade jugak pemain2 yang dibawa masuk tapi mengecewakan dan tak menjadi.Kalau nak senaraikan mereka yang tak berjaya pun ramai jugak.Contoh terdekat Amaury Bishcoff yang dikatakan bakal berpindah kerana tak mendapat perhatian dan tempat.Bisalah, dalam banyak2 'Thierry Henry' mesti paling kurang ade seroang 'Kaba Diawara'.


Arsenalaysia maju Setapak..

Sedikit concern daripada pihak pengurusan..Adakah perlu Arsenalaysia mengekalkan konsep ala2 blog dan Domain yg sama di blogspot ataupun anda semua mahukan kelainan. Pihak pengurusan mempunyai cadangan yakni Arsenalaysia ingin diwujudkan dalam bentuk protal dan mempunyai Domain Name sendiri seperti www.arsenalaysia.com.

Namun persetujuan semua visitor amatlah diharapkan kerana tanpa anda, siapalah arsenalaysia. Ini maseh dalam peringkat cadangan. Andalah yg menetukannya.. Hantarkan On Setuju ke ShoutBox Kami. Huhuu..

Adios..


Gambar sekadar hiasan. Lokasi tempat Setapak. Sinonim dgn visi arsenalaysia untuk maju setapak. Ngeh3..


Ahad, 21 Jun 2009

Ape agaknya reaksi Abang Tony?



Tony Adams pernah berkata dalam beberapa minggu sudah, bahawa TV aka Mael bukanlah target Arsenal, malah siap kata budak ni tak bersedia lagi untuk beraksi di England, begitu juga bimbang akan tanggapan fans yang sudah semestinya tidak mahu lagi player yang muda jambu dan kecik2.Itu lah luahan Abang Tony, dan nasihatnya kepada Wenger. Untuk kali ini, jadi dah masuk kali ke 3 Wenger degil dan tidak mendengar cakap Abang Tony, setelah 2 pembelian musim-musim lalu iaitu Adebayor dan Rosicky.Kedua2 pembelian sebelum ini berbakat hebat, tak dinafikan kecuali ade jek masalah akan timbul, Adebayor dengan perangai lagak star dan pemalasnya manakala Rosicky dengan Sick nya.Jadi adakah TV yang baru dibeli ini akan menimbulkan masalah baru, sama2 kita tunggu dan lihat sebelum menilai dan mengkritik.

Mungkin sebab dibesarkan dengan dikelilingi defender2 yang besar dan keras, Abang Tony kurang mempercayai seorang kapten muda Belgium yang hanya bermain dalam liga Belanda yang rendah tarafnya.Pendirian Abang Tony bukan berkesorangan, tapi juga mendapat sokongan pelbagai lapisan peminat Arsenal dan pengkritik dengan hanya berfaktorkan status bukan bintang, tinggi yang tidak diharapkan, umur yang belum matang dalam bola sepak dan juga wajah yang tak menggentarkan.Atas alasan itu ramai peminat lantas menghukum tanpa bicara.

Perhatikan match dimana Vermaelen menentang Arsenal sewaktu dengan Ajax, adakah Wenger telah melakukan pilihan yang tepat?

Match report
Five minutes later, Eduardo scampered onto Sagna's punt forward. The Croatian managed to muscle in front of Vermaelen and get his shot away. Stekelenburg blocked that effort and Van Perisie's follow up was stymied. minit video klip 1.02

Boleh tahan melawan (0.50), harap Wenger tak tersilap...dan Abang Tony yang silap.

Sama ade Mael akan straight masuk kedalam 1st eleven atau pun sebagai backup kepada Toure dan Gallas kita akan sama2 ketahui sejauh mana ketika pra musim nanti. Dengan kemunculan Mael TV dan kepulangan Sanderos, CB Arsenal kini dibarisi , Kolo, Gallas, Mael, Jozan, Sanderos, Sslvestre..option lain Song, Nordveit.Kalau Adams aku rasa dalam banyak2 tu tak ramai yang dikekalkan.Musim perpindahan masih panjang, banyak aktiviti masih boleh dilakukan, skuad ni masih tak cukup lengkap dan belum finalize lagi.Tak sabar nak tunggu apa langkah Tun.


Sabtu, 20 Jun 2009

Selamat Datang Mael..

Sudah aku ungkapkan dalam post yg lepas..Mael atau nama sebenarnya Thomas Vermaelen akhirnya telahpun selamat diijab-kabulkan td yg mana menyaksikan beliau menandatangani kontrak selama 4 tahun bersama Gunners..

Gunners yg sebelum ini dilanda masalah pertahanan yg kucar kacir dan tidak konsisten akhirnya menemui penyudah yg menarik apabila player Beligium yg Kidal ini bakal menjadi pengganti Long-Term untuk si Alien MAHUPUN Gallas yg dilihat Wenger mungkin dah x relevan untuk Arsenal.

X pasti nombor berapa yang bakal dipakai mamat yang bermuke ala-ala vidic nie. Tp ramai yg menganggarkan bahawa mamat ni akan amik alih no 6 kepunyaan Sanderos dek kerana Sanderos yg terang-terangan menyatakan hasrat x mahu baliknya ke Arsenal. Mungkin bergado ngan Djrou kot. UHUHU..

Skarang sudah jelas, dengan signing terbaru ni, si TUA Wenger maybe dah tersedar dari lenanya dan berkata "Hei, aku kene wat sesuatu nih"..So die sign Mael..Lepas ni Wenger dikatakan akan mencari calon berkaki besi dan renjong untuk dipadankan dengan Fabregas yang sejak akhir2 ni dok demanding n puji Barca x tentu pasal. Maybe die n Persie pakat nak Saiko Wenger suruh beli player kot..HUHU

Abg AdebahnOr kita nampaknya diam menyepi dari sebarang gosip2 liar..Mungkinkah beliau bakal disingkirkan Wenger yg sekarang ini merasakan beliau sudah tidak perlu sign any other striker melainkan AdeeBahnor blah..Jika betul Adebahnor Challow, maybe x mustahil kita akan melihat chamakh, dzeko atau marcus berg di Emirates musim hadapan..

Apa2pun, agak mengecewakan apabili SI Felipe Melo tibe menyatakan niat suci lgi murni nya untuk terus kekal di kelab lamanya, Fiorentina. Katanya dalam bahasa Brasil tp dialihsuara oleh aku "Aku sayang kelab ni dan aku akan setia bersamanya..Italy ni dah macam rumah no-2 aku dan kelab ni yang kasi aku peluang untuk menaikkan nama aku..Tp ia suatu penghargaan bagi aku bila kelab-kelab gergasi mcm Arsenal berminat untuk mendapatkan akuj..Namun buat masa ni, aku lebih suka focus untuk Confideration Cup ni. "

HUhu..tp aku rasa selepas ini hanya satu sahaja Signing yg bakal dibuat Gunner iaitu di posisi DM. maybe Wenger tgh menganalisis Confideration Cup ni..Mana tau tibe die berminat ngan player Iraq ka..New Zealand ka..huhu..

Ape2pun, ape yg penting...Kerjasama...BTW,gamabr bawah adalah sekadar gambar hiasan..Gambar Mael XPDC


Arsenal beli TV baru



Thomas VerMAELen (TV) sah menjadi pemain Arsenal apabila melengkapkan perpindahan dianggarkan sebanyak 10M dari Ajax. Ternyata desas desus yang bertiup kencang adalah satu yang benar2 di sebalik tanggapan orang ramai Arsene nak beli itulah inilah..last2 seorang lagi player underground yang dibawa masuk.Harap kualiti nya setanding dengan harganya, value buy seperti Eduardo mahupun Sagna yang juga bermula entah siapa2.Pada mulanya aku agak tak berminat dan agak tertanya2 siapakah gerangan TV sebenarnya dan apekah kualiti di sebalik saiznya yang kecil bagi seorang pemain pertahanan tapi hey,saiz bukan sahaja faktor utama banyak lagi faktor yang meyakinkan untuk sesorang itu dinilai.Ayat2 terujanya adalah satu episod baru yang membanggakan bagi dirinya dan juga Arsenal sendiri.Arsenalaysia merakamkan selamat datang kepada Vermaelen, signing pertama untuk musim baru ini dan yang pasti bukan yang terakhir...Jersey no berapa, belum tau lagi.. Tunggu sehingga mereka kembali reunion untuk pre season awal bulan Julai.



Mael kembang hidung:

“I’m just so happy to be joining Arsenal. This is a great Club with a world class manager, high quality players and a fantastic stadium. Everything is set up for Arsenal to be very successful for years to come and I joined this Club because I know Arsenal will be challenging for trophies.

“I have had a good taste of the Champions League during my time with Ajax and this is something I am looking forward to experiencing again with Arsenal. I’m also looking forward to playing in the English Premier League, which for me, is the best league in the world. Also, I just want to assure the Arsenal fans that I will give everything for this Club and I hope we can enjoy winning some trophies together next season.”


komen Arsene Wenger:
"He is strong technically with a positive winner's attitude and I have no doubt his arrival will strengthen our team. Thomas Vermaelen will be a huge asset to Arsenal,"

"Thomas is a solid performer with good experience of Champions League and UEFA Cup football and is also a regular with the Belgium national team."


Sedikit fakta mengenai pemain baru:
FULL NAME: Thomas Vermaelen

NATIONALITY: Belgian

BORN: 14th November 1985. Kapellen, Belgium.

AGE: 23

HEIGHT / WEIGHT: 182cm (6ft) / 82kg (12st 13Ib)

PREVIOUS CLUBS:
KFC Germinal Beerschot (Belgium) 1999 – 2001
AFC Ajax Amsterdam (Netherlands) Summer 2001 – June 2009 143 appearances (10 goals)
RKC Waalwijk (Netherlands) On loan during 2004/05 season 13 appearances (2 goals)

CLUB HONOURS:
2003/04 Dutch League Championship
2006, 2007 Dutch National Cup
2006, 2007 Dutch Super Cup (Johan Cruijff Shield)

TRANSFER DETAILS: Long term contract for an undisclosed fee

POSITION: Defender

INTERNATIONAL HONOURS:
Belgium (2006 – Present) 21 appearances (0 goals)
Debut: 1st March 2006 v Luxembourg (won 2-0) (International Friendly, played in Luxembourg)


Khamis, 18 Jun 2009

WaterVermaelen


hAHAha..Tit tit..tit tit..Itulah bunyi msg hP aku menperolehi msg dari Gun&Roses menyatakan bahawa Vermaelen bakal menyarung jersi Arsenal musim hadapan. Dengan berita di Setanta Sport telah menyatakan bahawa pemain kelahiran belgium itu telah pun dalam perjalanan menaiki kapal terbang untuk ke London, agent player itu sudah pun siap sedia menyediakan kertas kerja untuk memastikan dirinya itu menjadi DEFEND arsenal musim hadapan. Mael diklasifikasikan sebagai defend tgh yang mantap dan seswai untuk bersama Toure kerana dek kekerasan otot kaki dan kelajuan mantap dirinya itue.

Dengan termeterai nya perjanjian Mael dan arsenal, maka ini sedikit sebanyak akan memBOOSTkan moral pemain2 seperti Fabregas dan Van Persie yg masing cube dipancing oleh gergasi KatakLan dan si Hidung Merah..

aKu x berani nak mensahihkan berita ini tetapi, aku yakin 95% ianya benar dan kit semua skarang buleh bergumbira dengan signing terbaru Wenger ini..Selepas ini Felipe Melo pula agak nya..mELO tELO bELO......


Jadual..FA memang sengaja cari pasal.

Jadual match untuk musim depan dah pun keluar secara rasmi di mana Arsenal akan membuka kempen 09/10 menentang Everton away dan mengakhiri kempen menentang Fulham home.Tapi seperti musim2 sudah dengan jadual yang padat diselitkan dengan semi final FA dan Champions league, dan 2 musim sudah ketika bertemu Liverpool 3 kali sebelum bertemu United tahun ni pun tak banyak beza perangkap yang dipasang FA bagi Arsene Wenger..tak caya? lihatlah fixtures akhir Januari dan awal Februari cuma kelebihannya kite bermain home game dalam 2 daripada 3 match tersebut.

Tapi kite sebenarnya tak perlu risaukan sangat kerana kitalah Arsenal!! setakat team2 macam tu takde masalah sepatutnya cuma yang dirisaukan konsistensi dan konsentrasi hilang sewaktu bertemu team2 underdog nih terutama team2 promotion yang baru naik.Season lepas Arsenal tewas 2 kali kepada mereka(Hull dan Stoke)Jadi untuk memenangi liga Arsenal perlu mencapai mata paling maksimum ke atas team2 pertengahan dan bawahan seelok2nya semua.Jadual penuh:

August
Sat Aug 15 Everton A
Aug 18/19 UEFA Champions League N Play-off round 1L
Sat Aug 22 Portsmouth H
Aug 25/26 UEFA Champions League Play-off round 2L
Sat Aug 29 Manchester United A

September
Sat Sep 12 Manchester City A
Sep 15/16 UEFA Champions League Matchday 1
Sat Sep 19 Wigan Athletic H
Wed Sep 23 Carling Cup 3
Sat Sep 26 Fulham A
Sep 29/30 UEFA Champions League Matchday 2

October
Sat Oct 3 Blackburn Rovers H
Sat Oct 17 Birmingham City H
Oct 20/21 UEFA Champions League Matchday 3
Sat Oct 24 West Ham United A
Wed Oct 28 Carling Cup 4
Sat Oct 31 Tottenham Hotspur H

November
Nov 3/4 UEFA Champions League Matchday 4
Sat Nov 7 Wolverhampton Wanderers A
Sat Nov 21 Sunderland A
Nov 24/25 UEFA Champions League Matchday 5
Sat Nov 28 Chelsea H

December
Wed Dec 2 Carling Cup 5
Sat Dec 5 Stoke City H
Dec 8/9 UEFA Champions League Matchday 6
Sat Dec 12 Liverpool A
Tue Dec 15 Burnley A
Sat Dec 19 Hull City H
Sat Dec 26 Aston Villa H
Mon Dec 28 Portsmouth A

January
Sat Jan 2 F.A . Cup 3
Wed Jan 6 Carling Cup Semi-Final (1)
Sat Jan 9 Everton H
Sat Jan 16 Bolton Wanderers A
Wed Jan 20 Carling Cup Semi-Final (2)
Sat Jan 23 F.A. Cup 4
Wed Jan 27 Aston Villa A
Sat Jan 30 Manchester United H

February
Sat Feb 6 Chelsea A
Tue Feb 9 Liverpool H

Sat Feb 13 F.A. Cup 5
Feb 16/17/23/24 UEFA Champions League Knockout Round 1L
Sat Feb 20 Sunderland H
Sat Feb 27 Stoke City A
Sun Feb 28 Carling Cup Final

March
Sat Mar 6 Burnley H (F.A. Cup 6)
Mar 9/10/16/17 UEFA Champions League Knockout Round 2L
Sat Mar 13 Hull City A
Sat Mar 20 West Ham United H
Sat Mar 27 Birmingham City A
Mar 30/31 UEFA Champions League Quarter-Final 1L

April
Sat Apr 3 Wolverhampton Wanderers H
Apr 6/7 UEFA Champions League Quarter-Final 2L
Sat Apr 10 Tottenham Hotspur A (F.A. Cup Semi-Final)
Sat Apr 17 Wigan Athletic A
Apr 20/21 UEFA Champions League Semi-Final 1L
Sat Apr 24 Manchester City H
Apr 27/28 UEFA Champions League Semi-Final 2L

May
Sat May 1 Blackburn Rovers A
Sun May 9 Fulham H
Sat May 15 F.A. Cup Final
Sat May 22 UEFA Champions League Final

To be Arranged
Bolton Wanderers H *

*Sumber dari Arsenal.com
Tapi secara amnya, jadual adalah positif kerana di akhirnya kita boleh beri tumpuan pada liga dan kurangnya tekanan memandagkan team yang muda ni.


Selasa, 16 Jun 2009

Eboue, Why so serious?

Satu lagi berita yang kurang enak apabila player versatile Emmanuel Eboue dikhabarkan kurang gembira di Arsenal akibat sukar mendapat tempat.Eboue yang dikenali sebagai the Joker dalam dressing room Arsenal memang terkenal dengan lawak terutama tariannya.


Walaupun kadang2 lakonannya menjengkelkan dan aksinya yang longlai sering mendapat cemuhan terutama diboo ketika match bertemu Wigan(ganti samir Nasri kemudian dikeluarkan semula..kesian) tapi secara peribadi tak salah untuk mengekalkan Eboue yang boleh bermain di mana2 bahagian terutama di belah kanan.Walaupun kurang efektif tapi lariannya yang deras dan direct mampu menjadi kelebihan terutama ketika rakan2 lain dah pancit.Bagi aku die masih seorang RB yang solid dan back up kepada Sagna.Tapi itulah, jika anda hendak kekal di Arsenal, anda mestilah menjadi yang terbaik.

Arsene Wenger tak mampu menggembirakan semua orang kecuali player itu gembira dengan dirinya sendiri.Jadi kenapa terlalu serius Eboue, gembira la sedikit..kita masih menunggu kata putus dari Eboue sama ada akan berhijrah ke Spain atau tidak dengan Atletico Madrid dilihat sebagai destinasi utama.

RB keluar..LB/CB yang masuk..mungkin.Thomas Varmaelen dikhabarkan semakin hampir memperoleh persetujuan antara rundingan kedua2 kelab.Agentnya berkata bukan 'Sama ada jadi ke tak' yang menjadi persoalan sebaliknya 'bila' yang lebih sesuai dipersoalkan.Ini menunjukkan tanda2 Arsenal semakin hampir untuk signing pertamanya.Malah tiada penafian dibuat oleh Arsenal menunjukkan berita ini berasas.Apekah langkah yang akan dilakukan seterusnya oleh Wenger, bagaimana nasib Gallas, Toure, Jozan, Silvestre...

P/S : Gambar hiasan..mane Adebayor?Selalu kalau bab2 model ni die laju saje.


Ok, Lepas ni siapa pulak?

Beratur-beratur!! Esok masuk paper ikut giliran!!!



Ok mulai hari ni sampai 31 Ogos,jangan terkejut seorang demi seorang player Arsenal akan mencuri tumpuan di media massa dengan berita2 'nak keluar', 'tertarik dengan tawaran','berbesar hati dikaitkan','tak boleh tunggu lame lagi' kemudian di akhir perenggan berita tersebut ade 'Tapi...' 'kontrak masih terikat', 'tetap akan bersama Arsenal', 'sayangkan peminat', 'mase depan cerah', 'percaya pada Wenger', 'nakkan piala' ..Ya itu lah skrip yang terus dan akan tetap dimainkan oleh media.Jika adapun kenyataan dari pemain pastinya diputar belit ataupun media yang sengaja memperbesarkan cerita melaga2kan kem Arsenal atau sengaja bertanya soalan maut.Untuk tidak berlaku kurang ajar dan menunjukkan hormat pada lawan, takkan la player nak bagi jawapan yang negatif, sudah tentulah perkataan 'teruja',' bangga' dan 'besar hati' akan sering digunapakai.Logik la jawapan macam tu,mereka bertanyakan soalan di mana mereka hendak pemain menjawab ikut style dan rencah mereka.Aiyaaa sengaja bikin panas maa...



Aku bukannya apa, tapi lepas seorang, seorang lagi dikaitkan keluar.tak cukup dengan adebayor, Gallas,RVP, Fabregas, Clichy kini Sagna pulak??? Hari tu lagi la..dalam banyak2 rumors, Spurs nak beli Eduardo??!! Merepek tak munasabah itu yang aku malas nak post banyak2 pasal transfer rumors sebab mende tu dah kompom takkan berlaku sia2 jek.Fabregas ke ManU pun ade jugak?! adoi... Mulut tempayan boleh kututup , mulut orang? Tutup tv tutup pc je la..hahaha..

Ape kes la Real Madrid nak beli Sagna mase diorang ade Ramos,Salgado.Kasi tukar la maw? Tak berani pulak.Beli belah pandai, entah guna entah tau pakai, nak kate menang tak menang sangat tapi pelik nape tak pokai2..Itulah gerangan apabila ade saje tangan2 ghaib yang muncul masuk campur dalam bola sepak.Duit gila kadang2 boleh dijadikan alasan untuk mengaburi mata.Kaka; "Saya pindah untuk bantu AC Milan"Poooda Cit! lebih elok kalau die hanya diam dan tak bagi alasan, kerana kadang2 frasa2 ayat yang dilontarkan cukup meloyakan, anda boleh berkata begini begitu tapi hakikatnya persepsi orang tetap kekal.Bukan aku membenci Kaka tapi, jika berpindah, tinggalkan kelab, tak payahlah dilontarkan harapan palsu pada peminat2 sejati anda yang menyanjungi anda selama di Milan.Kaka berpindah mungkin kerana ketiadaan Ancelotti tapi bayaran lumayan dan jenama real madrid adaah suatu yang sukar ditolak dan inilah masanya untuk mencari cabaran baru tetapi penyokong AC milan dan Real Madrid tetap adalah seteru.Skop tersebut hanya sebagai satu contoh, duit memang gila kalau berada di tangan orang2 gila.Aku tak tau kenapa aku tulis pasal ni tapi aku memang dah tak boleh terima dengan tagline 'duit mampu membeli segalanya' Aku harap, pemain Arsenal takkan terjebak dengan perangkap mereka ni.


Isnin, 15 Jun 2009

Clichy tak ke mane..

Gael Clichy menyahkan segala desas desus kemungkinan dia akan jadi sebahagian projek 'gelak tikus' Florentino Perez.Seperti skrip biasa saban tahun yang kite dengar, Clichy menyatakan ,

"Aku dengar berita pasal Real ni, tapi aku masih lagi ade kontrak dengan Arsenal jadi aku nak hormat kontrak ni lain la kalau management pikir sebaliknya.Memang bangga dan besar hati dikaitkan dengan Real tapi aku nak menang piala2 dengan Arsenal"

Adakah Varmaelen yang dicanang2 kononnya CB rupenye merupakan pengganti Clichy di LB? Sebenarnya berita2 ni ememang mengarut sebab aku yakin Wenger dan Arsenal takkan sanggup melepaskan Clichy.Begitu jugak dengan Fabregas tapi secara peribadi aku dah mula rasa muak dan loya mendengar komen2 kapten baru Arsenal tentang pujian melangitnya kepada Barca terutama idolanya Joseph Guardiola.Baik dikeluarkan dari mulutnya sendiri atau diputarbelit media.

"Kalau Pep Guardiola miss call , itu lain cerita" Itulah yang dikatakan Fab yang sedang sibuk berkonfiderasi.Apekah maksud dari ayat tersebut, mungkin kalau Pep ajak keluar minum2 atau sekadar lepak2.Seperti sedia maklum hati Fab memang tak dapat nak dinafikan dah ada pada Barcelona dan sesuatu yang pasti berlaku tapi tak tau bila die akan pulang ke kampung halaman.Tapi boleh tak demi menjaga hati dan perasaan para peminat Arsenal, cukuplah dengan mimpi2 dan impianmu nak balik kampung tu.Bukan kami tak kasi, tapi kalau tak dapat fokus pada tanggungjawab pun tak guna, jadi buatlah pilihan yang terbaik, win-win situation.Arsenal pun tak rugi ape2 nanti.Harap situasi Fab ni tak sama macam situasi Adebayor awal sesaon dulu yang terang terangan menganggu konsentrasinya sepanjang musim.

Sementara itu Thomas Rosicky claim dirinya sudah mampu kembali beraksi sebenarnya malah tahap kecergasan dan kecerdasannya lebih bagus daripada sewaktu mula2 join Arsenal dulu.Adekah benar wahai Rosicky? Jadi kenapakah Wenger takut hendak mengambil risiko di hujung musim lepas. Iye la siapa2 pun tak mahu ambil risiko sebenarnya, biarlah Rosicky ni dianggap sebagai new sigining.Memang die terasa dirinya cergas dan pulih sepenuhnya tapi mampu ke kalau sprint dari satu hujung ke hujng padang yang lain, Rosicky sendiri masih ragu2 sebab dah lama tak beraksi kompetitif secara realiti.

Ini berita tentang 2 player England remaja pulak.Siapa lagi kalau bukan bintang masa depan Kapten Jacksparrow Wilshere dan Theo Walcott.Jack menganggap Theo banyak menasihati dan memberi tunjuk ajar kepadanya bagaimana nak menghadapi tekanan dan belajar dari pengalaman ketika usia semuda mereka.Ini dah tentulah masa depan cerah terutamanya buat skuad Arsenal yang rata2 dibarisi pemain segenerasi dan secara tak langsung skuad England jugak berkongsi tuahnya.

"Maybe I am following the same path as Walcott so it's helpful to have him around"
- Jack Wilshere



Ahad, 14 Jun 2009

Fabianski dan Seaman


Seperti mana yang kite dah sedia maklum, Lukasz (baca Wookash) Fabianski telah pun menandatangani long term kontrak difahamkan 4 tahun untuk terus kekal di Arsenal.Fabianski yang terlibat secara tak langsung musim ini kebanyakan mendapat match2 besar, adalah seorang keeper yang berbakat sebenarnya di sebalik beberapa kegelabahan menggelupurnya malah menjadi antara pilihan utama menjaga gawang skuad utama Poland.Cuma die perlukan lebih bimbingan keeper2 yang berpengalaman supaya die mampu menjadi pencabar utama kepada penjaga gol no 1 Arsenal sekarang ini, Manuel matador Almunia.

Jadi lupakanlah hajat nak tengok keeper baru kerana Wenger dilihat begitu meyakini kedua2 pasangan tersebut dan Vito Manone diletakkan sebagai understudy.Lupakanlah hajat nak tengok nama2 seperti Buffon, Green, Frey mahupun Michael Landreau.Itu hanyalah gosip angan dan seedar sahaja.Bukan posisi penjaga gol yang sedang diintai Wenger.

Bercerita tentang penjaga gol,masih ingat lagenda David Seaman?Dulu aku ade postkan satu tribute kepada hero sepajang zaman aku, David Seaman.My 1st No 1.Dan kini die masih tetap dalam ingatan walaupun tidak lagi bekerjaya dalam bola sepak.Badannya dah mula berisi dan agak janggal tanpa misai.Dan bagi sesiapa yang belum tahu, penjaga gol utama England era 90 an dulu sudah ada hobi baru sejak 2006 dulu iaitu ice skating!!! Siapa sangka dalam diam2 di belakang misai jantannya ada jugak bakat menari biarpun umur dah makin tua, ingat tulang makin reput tapi lenturan badan makin ligat pulak, memang kagum la aku.Lega tengok diorang ni ada kehidupan lain selain dari bola sepak.huhu..


Khamis, 11 Jun 2009

Robie Keane, Lu kene beb! hahahaha

Ini kalah rancangan Wakenabeb Adlin Aman Ramli wa cakap lu. Baru-baru ini dalam satu perlawanan kelayakan Piala Dunia di mana Republic Ireland bertandang ke Bulgaria, sekumpulan penyokong Arsenal Bulgarian mengambil kesempatan untuk mengenakan pemain paling poyo dalam team musuh yang paling perasan bagus, Spurs iaitu Robie Keane.Kah kah kah kah , memang berani dan gua suspek, respek, semua ade terhadap penyokong2 Arsenal ni.Panggil2 dan sebut nama player beriya2 kononnya nak dapatkan autograf kemudian...? lihatlah sendiri..hahah



Apekah yang digelakkan beriya2 tu??Ooo patutla...hahahahahaha... Prank terbaik abad ini.


Tidak dapat tidak untuk aku mengungkit berita2 transfer yang berlaku sekeliling kita.Kegilaan Real Madrid semakin menjadi2 dan sangat2 pembaziran dan tamparan pada dunia bola sepak secara tak langsung. Mana mungkin kelab2 lain mampu bersaing dengan duit gila mereka yang entah datang dari sumber yang haram ke tidak pun tak tau.Hairan Platini sibuk menghentam Arsenal dan BPL tapi Madrid tak pulak diusiknya, cuit pun tidak.Tidak pernah ade siasatan.Harap Perez tak set dalam minda die lepas ni, Fabregas pulak.. Tapi yang menarik bagaimana United hendak membina balik team setelah berambusnya scubadiver berbunga merah jambu mereka dan apakah kesan terhadap aksi mereka musim depan.Para pengadil dapat menarik nafas lega tidak lagi semput meniup wisel berkali2.

Akhir sekali, pasal Theo Walcott.Seperti kite tahu Wenger sebelum ini melahirkan kegusaran takut Walcott burn out kerana diguna pakai oleh kedua2 team England senior dan U-21.Semalam Walcott dah pun beraksi selama 90 minit penuh dengan aksi bergaya membenam Andorra 6-0.Lepas ni Walcott bakal digunakan untuk membantu team U-21 pulak.Harap2 tak mengalami sebarang kecederaan yang merisikokannya untuk pra musim dan musim depan.Apabila diadukan pada Capello senang saja goatfather ni menjawab, "Dulu die dah pun berhat 3 bulan(injured bahu) jadi tak salah untuk die kembali mengumpul fitness dan beraksi pada tahap tertinggi" Kalau TW14 injured lepas ni, die kena yakinkan Beckham loan ke Arsenal pulak ke?


Rabu, 10 Jun 2009

Wawancara season review

Arsenal.com dan Arsenal TVonline ade membuat wawancara bersama Wenger dan player2 Arsenal tentang review untuk musim 08/09 dan karier terkini mereka.Ikuti beberapa wawancara bersama player2 kesayangan anda.







Anda sudah dengar dari Arshavin.Walaupun hanya baru 6 bulan di London, Dia berjaya membina karekter yang disenangi dan disukai ramai peminat.Biarpun mengakui kesukaran pada mulanya untuk menyesuaikan diri di kotaraya London, tapi persembahan atas padangnya saban minggu menunjukkan semakin lama, semakin serasi dan tampak selesa.Antara faktor kejayaannya menstabilkan kehidupan pastinya adalah kehadiran keluarga di sisi..Aku suka lirik lagunye.huhu

Arshavin masih lagi dalam memperkukuhkan bahasa inngerisnya.Die pernah mengakui kepayahan untuk memahami sebutan penyokong2 di stadium menyanyi sambil menyebut sama ada 'Arshavin' ataupun 'Arsenal'.Tak habis2 buat lawak.


Fabregas terhantuk! & Rumors TV++

Sedang Wenger sibuk dengan Castrol Asia Tour nya, pemain2nya seramai 14 orang sibuk terlibat dalam siri antarabangsa tak kira kelayakan Piala Dunia mahupun persahabatan.Namun ape yang paling dibenci dan ditakuti ialah kecederaan ketika bersama2 skuad negara masing2. Bukan lagi cerita baru bagi kem Arsenal, Walcott RVP antara yang pernah menjadi mangsa.Terbaru kapten Fabregas ang terhantuk terseungkur ke padang ketika perlawanan persahabatan Azerbaijan menentang Sepanyol dalam persiapan mereka menghadapi Piala Konfiderasi.Dalam video di bawah pada saat ke 30 anda boleh lihat bagaimana teruknya die tersungkur dan kepala kapten Arsenal tersebut mengalami pendarahan, nasib baik tak pengsan atau lebih teruk dari tu.Diaharap tiada la kecederaan dalaman.



Berita mengenai transfer rumors pulak.Kaka dah gerak ke Real, Villa mungkin juga akan mengikuti. Errr... mungkin salah tempat untuk kita bercerita tentang perpindahan berprofil tinggi di sini, hey.. rilex laa .. kita ade Thomas Varmaelen!! Siapa tak kenal( aku kurang kenal).Sebelum2 ni aku kurang mengambil pot tentang berita2 berkaitan pemain Belgium ini kerana aku ingat ianya hanya rumors tak berasas ditambah lagi dengan Tony Adams yang tidak memberi 'lesen' kepada seorang lagi player defensive yang agak kecil dan muda dikatakan tak sedia lagi untuk Arsenal.Tapi sejak kebelakangan ini banyak pulak berita keluar mengukuhkan lagi rumors ni, ade yang kate Arsenal dah pun mendapat persetujuan dengan Ajax untuk meneruskan perpindahan sebanyak 10M.Ditambah lagi dengan RVP yang tibe2 supportive terhadap seorang player bekas team rivalnya di Belanda Fyenoord(mungkin nak kasi Ajax terus lemah), jadi aku rase lain macam dan aku yakin memang Arsenal sedang dalam rundingan.

Secara jujurnya mula2 aku tak begitu gembira dan teruja dengan signing seperti ini(jika berlaku) kerana aku mengharapkan player CB yang lebih keras dan fizkal yang lebih besar di samping pengalaman yang dimaksudkan ialah pengalaman di peringkat tertinggi.Dihidangkan dengan Mat Tom ni, dah la kecik(bg CB) tak terkenal, kurang laju, main kat liga Belanda yang kurang kompetitif, main dengan negara Belgium, umur pun baru nak bertatih 23.. ape yang special?? Itu yang berlegar di pikiran aku tapi bila dilihat balik, memang inilah ciri2 signing Arsenal, anda tak boleh mengharapkan yang lebih2 kerana perpindahan ala Arshavin hanya berlaku sekali seumur hidup di bawah era Wenger.Namun aku percaya dengan signing ini jika benar, lihatlah Sagna dan Eduardo, siapa yang kenal awal2 dulu?? Jadi tak salah bagi peluang pada TV baru.(Thomas Varmerlen)

Tapi yang salahnya apabila kita melepaskan Gallas.Gallas adalah wajib!! Ura2 mengatakan Gallas akan dijual dengan kemasukan TV. Ini gila! baik tak payah macam tu.Kita bukan sahaja perlukan fizikal dan pengalaman tapi jugak squad depth.Dan Juventus dah mengintai2 player 32 tahun ni.Boleh Juve, boleh dengan syarat kami bagi Gallas+ Sanderos anda tukar dengan Chiellini.Itu sahaja syaratnya.Apabila ura2 Sanderos pulang, ramai yang mengeluh, badut akan pulang, mungkin tidak mahu disimpan Milan.Dan kalau Wenger mengeluarkan kenyataan "Sanderos is like a new signing" ... memang ler...Aku tak dapat membayangkan satu malapetka yang berlaku musim depan jika benar, gandingan CB kita akan digelar TV Philips (Thomas Varmaelen + Philippe Sanderos).Harap mereka buktikan aku silap.

Cukup bengis? Cukup ganas? Adekah ini yang dipelajari dari Gattuso sepanjang di Milan atau lakonan semata2.Bajet Kane WWE.Kalau benar2 die dah berubah dan membina, barulah panggil pulang!hahaha


Satu lagi target Arsenal Edin Dzeko mungkin tak akan dijual kerana Wolfsburg bersungguh2 mempertahankan pemain pujaan meraka.Berita buruknya Milan dan Man City turut ingin bersaing mendapatkannya.Dari segi financial mungkin kita kalah kepada Mancis, tapi dari segi prestij, mungkin kita setara dengan Milan.Milan kehilangan nama2 besar season ni dan Leonardo pastinya cuba membina kembali team ni dengan hasil penjualan Kaka.Tapi yang tak syoknya mereka dah macam kurang berminat terhadap Adebayor, dapat 20M pun kire acilah.

Akhir sekali, lagi berita rakan muda, Arsenal dilihat akan membida dalam masa beberapa hari lagi untuk mendapatkan tandatangan bintang remaja Belanda Luc Castaignos,16 dari Feyenoord.Melalui, youtube,nampak promising.Typical Wenger's signing.Namun Feyenoord hanya memlepaskannya jika Arsenal membenarkan die kekal on loan.


Selasa, 9 Jun 2009

Mengular sebentar bersama Wenger!

Hari ini dalam sejarah.. bukan wakenebeb, bak kata Pendekar Mustar 'Ini bukan cobaan, ini betul2....' Kali ini betul2 peminat Arsenal di Malaysia dapat menatap wajah dan aksi latihan pengurus Arsenal yang paling berjaya, Arsene Wenger.Dan walaupun ini kali kedua beliau hadir ke Malaysia, tapi pertemuan singkat di Dataran Merdeka tadi secara peribadi merupakan kali pertama di depan mata aku sendiri dapat menyaksikan Professor tinggi lampai itu dari jarak yang dekat, malah boleh dicapai.Aku hanya sempat menepuk memegang bahunya..kah kah kah.Ye la bak kate orang, hidup ni tak lame, entah siapa pergi dulu kita tak tau, entah die(pun dah tua) mungkin kita.. jadi pengalaman sekali seumor hidup macam ni pun dah kire ok.Ade rezeki, kita pulak sampai ke sana tak gitu?

Tak banyak hebohan, Press conference di media2, publisiti.. hanya dapat tau melalui blog2 dan website2 sahaja kehadirannya ke sini.MalaysianInsider pun ade.Tapi suratkhabar hari ni baru nak kasi tau, huhhu memang saja nak buat gempaq kut tak nak kasi sesak sangat mungkin, ataupun tak nak klinik jam kerana orang ramai beratur mengambil MC? kah kah kah..Program klinik bola sepak bagi skuad kebangsaan bawah 19 tahun ini ditaja oleh Castrol dan seperti Euro2008 dulu , memang Wenger ni duta Castrol.TheStar sebagai akhbar rasmi sempat mewawancara Professor sebelum bermulanya Klinik tersebut.


Ape yang best ialah suasana happening.Biarpun aku sampai seawal jam 10Am, tapi dah ternampak kelibat2 penyokong2 Arsenal dengan Jersey mereka dari pelbagai season.Dan paling best ialah Arsenalaysiasm iaitu semangat Arsenal Malaysia yang begitu muhibah terdiri daripada pelbagai kaum sanggup menunggu dengan penuh setia, menyorakk riang gembira, happening, memang happening..Difahamakan saudara Da Gun menjadi Cheerleader tadi, "save the cheerleader, save Da Gunn" heheh..Yang penting walaupun sepanjng musim, aksi kita penuh dengan naik turun dan kadang2 tu adat laa memaki hamun Wenger, tapi tadi memang die jadi superstar betul la, semua pakat ramai2 menyorak namanya.Sampaikan kehadiran B.Sathianathan bekas coach Malaysia bagai tidak dipedulikan.huhuhu..

Ok la tak mau sembang banyak, aku nak sharekan beberapa keping gambar yang sempat di snap..x bnyk tp video kire puas hati la.Awal2 bagitau, aku bukanlah Pro dalam amek2 gambar ni, ade yang herot2 kalau video gegar2 tu sama ade aku di tolak anggota Rela atau pun memang aku tak hebat dalam area shotting nih.heheh.. terimalah seadanya..Dek kerana video yang agak besar, memori kamera pun dah full menyebabkan amoi castrol kempunan nak bergambar dengan aku.hahaha..Pengajaran, clearkan memory sebelum ke even2 menarik(tapi kalau kamera pinjam macam aku, pandai2 la)..




Bas pasukan Malaysia hantar player.


Pemain2 diberi breafing..


Jurulatih Zaki Sheikh Ahmad bekas penolong jurulatih Malaysia..


Sebab2 Wenger suka datang Malaysia..




Dan tibelah masa yang ditunggu2, sesi fotografi peminat2 fanatik bersama Arsene Wenger..Mule2 aku tak dapat join sebab lambat masuk, Anggota Rela tak bagi lepas..Hanya press2 yang bertag sahaja dibenarkan masuk.Kebanyakan press luar negara.Agak tekanan jugak sebab bukan ramai pun yang tgh tunggu, ade laa 2 3 orang, tak luak pun space kat dalam tuh.Jadi aku tetap tunggu di situ sehinggalah muncul seseorang,e'eh macam kenal, B.Sathianathan. Gua salam dengan die sembang meriam siket buat2 ramah mesra sambil buat2 ikut die masuk ke padang...Tq la Rela yang dengan sukarela membuka laluan..huhu



Dan akhirnya, sesi tunjuk ajar klinik bermula, aku tak dapat tunggu lama sebab terpaksa masuk pejabat dah.Jadi terima kasih pada yang sudi berkongsi gambar dan photo2 menarik.Sumber dari & Kredit kepada Zizei Photography.
















Ape pun kesimpulannya lawatan Wenger kali ni biarpun singkat tapi meriah dan tetap meninggalkan kesan di hati peminat2 Arsenal di Malaysia.Harap pemain2 Harimau Muda dapat menimba ilmu pengalaman sebaiknya manakala di pihak Wenger, jutaan terima kasih diucapkan kerana sudi menabur bakti pada barisan pelapis skuad negara dan sukan bola sepak Malaysia amnya.Kami mengalu2 kan kedatangan anda di masa hadapan.There's only one Arsene Wenger!