Sabtu, 31 Mei 2008

Eduardo The Return.. dalam progress




BERITA BAIK!! Amat melegakan bagi para penyokong Arsenal khususnya peminat player berjersi yang terkenal degang sumpahannya, no9 , Eduardo Da Silva kerana die diberitakan akan sembuh lebih awal dari yang dijangkakan. WAAAA tak sabar nak tengok Eduardo score goal dengan slumber lagi.. Eduardo dijangkakan akan pulang dari Brazil seawal bulan lapan atau pun di akhir bulan Julai.

"I am returning to Europe from Brazil at the beginning of August, perhaps even the end of July.Doctors tell me by then I will be fully recovered and able to play football again. I hope so too.

"I'm feeling well and my rehabilitation is going better than I would ever have hoped."


Korang tak caye ke progress die bertambah baik, kalau tak caye die dah boleh berjalan berjogging, dan sepak bola sket2 tgk video nie..sukses2!!


Jumaat, 30 Mei 2008

Plan 6+5..Arsenal Terancam?!


FIFA hari ni telah menyokong dan cuba mengusulkan pelan baru yang digelar 'six-plus-five' dalam dunia bola sepak.Apekah 6+5?? jawapannya pastilah 11 tapi daripada 11 org player ia akan mengehadkan player foreigner atau jika di malaysia dikenali sebagai player import kepada 5 orang. Presidennye Sepp Blater cuba menjayakan plan ini dan target season 2012/2013 plan ini telah dapat dilaksanakan sepenuhnya. Apekah punca tibe2 die inginkan perubahan?Katenye Final liga juara2 Eropah musim yang didominasi kelab Inggeris menjadi bukti bahawa perlunya perubahan untuk kelab2 lain yang kecil bersaing secara adil. Langkah FIFA ini mendapat tentangan hebat dari Kesatuan Eropah yang menggunakan istilah konsep Home Ground Player ketika ini. Definasi Home Ground player bg EU bukanlah terletak pada wargenegara, umur mahupun bangsa tetapi sekurang-kurangnya player2 tersebut pernah berlatih dan bermain atau menetap 3 tahun di continent tersebut sudah layak dikira sebagai HGP. Bagi Blater ini adalah untuk meyelamatkan skuad2 kebangsaan agar tidak ketandusan pemain..


Memang betul ade pro dan kontranya tapi apakah ini jalan penyelesaiannya?FIFA seharusnya mencari jalan untuk memajukan bola sepak bukan mengundur ke belakang dengan pikiran yang jumud. Bak kate Profesor Emirates kite Wenger, pemain dilihat dari segi kualiti, bukan warna kulit,wargenegara atau umur. Jika merka inginkan satu kejuaraan yang bertaraf terbaik, maka player2 yang dikumpulkan perlulah terbaik.
FIFA buat masa ini menyarankan agar pelan ini dimulakan mengikut frasa. Bermula di akhir season 2010 dimulakan dengan 4, 5 dan seterusnya 6.. Mereka juga dikatakan pasti tiada masalah yang berlaku kerana Man United Chelsea dilihat tidak jauh dari sasaran dengan 6 hingga tujuh player Britain.


Tapi bagaimana pula dengan nasib Arsenal??? Kite sedia maklum hanya Walcott sahaja player yang betul2 merupakan penduduk peribumi England. Apakah bermakan Wenger perlu bermula dari sekarang, mengorbankan polisi-polisinya yang suka memborong bakat2 murah tapi lagi berkualiti di luar negara dari pada player2 england yang hanya overated walhal tak lah segah mana pun. Kalau ade kelibat 2 3 player England yang menyinar pasti harganya naik begitu mendadak dan tak setimpal.Itulah masalah yang seringkali diluahkan oleh Wenger.Jadi adakah sempat untuk player2 reserve.. the next generation untuk mencover Arsenal di masa akan datang.Inilah yang menjadi tanda tanya pada masa depan Arsenal yang rata2 dibarisi warga France dan negara luar.Liverpool juga semenjak 2 menjak nie cuba menjadi ibu negeri Spain di England melalui pengaruh Benitez.

Motif sebenar Sepp Blater menjadi misteri. Adakah untuk benar2 memberi keadilan atau sekadar perasaan dengki menyelubungi diri atau... hanya inginkan populariti dan dikenang sekurang2nya ade la manfaat yang boleh diingati sekiranya dah pencen nanti bukan sekadar dikenali sebagai SLEEP BETTER...ape komen anda?


Minggu yang suram..

Minggu ini blog ini agak kesuraman ekoran kurangnya berita-berita hangat yang menghiasi Arsenal. Seperti biasa, semuanya masih menjadi tanda tanya. Ekoran beberapa comment daripada pembaca blog, pihak Arsenalaysia telah mengambil keputusan untuk memPOSTkan issue yang lebih sahih dalam bentuk yang lebih serius. Currently, semua coretan-coretan yang di post di Arsenalaysia berbaur sedikit humours namun, ramai yang tidak suka ianya dilakukan sedemikian. Namun begitu, pihak Arsenalaysia memohon lagi pendapat-pendapat pembaca blog yang lain samada wajarkah Arsenalaysia diteruskan dengan sekadar mengutarakan issue yang benar dan serius, atau kekal humours dan rancak seperti sedia kala. Segala pendapat dan cadangan bolehlah di post di ruangan sembang meriam. Segala komen dari pihak anda amatlah kami alu-alukan..Sekian..


Khamis, 29 Mei 2008

Robin Hud Hud Demand la Pulak..

Selepas berkemungkinan dihasut oleh Pokolo Toure, Adeebayaq dan beberapa pemain, Encik Robin Van Persis Mutiara telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa ARsenal mesti berbelanja besar untuk gaji pemain sekiranya mahukan pemain-pemian yang sedia ada kekal dan juga untuk menarik lebih ramai player-player yang manTOP ke Emirates season depan. Menurut RVP (bukan RVD, Rob Van Damne),beliau yakin dengan isu gaji saja sudah boleh menarik ramai STAR2lrt ke Arsenal.

Dalam pada itu, Wenger dengan coolnya mengatakan bahawa beliau paham dengan tuntutan nafkah yang ketika ini menjadi persoalan di kalangan pemain. Namun bg beliau, jika seseorang player itu telah lama di Arsenal dan mencapai tahap umur 27-30, semestinya beliau paham kenapa player terbabit mahukan gaji lumayan. Namun bg seseorang yang muda remaja, eloklah tumpukan pada kariernya agar ia lebih mantop.

Kesimpulannya, budak-budak xleh pegang duit banyak2..Sekian..


HLEB Goblin x jadi BLAH??

Selepas kemungkinan besau mendengar Wenger akan membeli beberapa muka baru yang promising, HLEB cakap berputar belit lagi..Katanya, semua spekulasi yang mengatakan dia akan berpindah rubbish..Dia kate dia sangat sayangkan Arsenal dan baginya, Wenger dah macam bapak mertua dia walaupun Wenger dikatakan tidak merestui perhubungan dia dengan anak Wenger..(Ni aku reka2 je, tp anak Wenger mmg cun)..

Namun begitu, dia juga seperti mengCOPY n PASTE ayat Henry season lepas yang menyebut, kalo dia nak blah pun, die akan ke league lain, die xkan membelot ke league England yang lain seperti yang dilakukan oleh Ljunberg, Ass Cole, dan Alidiare..

Dalam masa yang sama, sebuah stesen radio France telah pun mengesahkan bahawa berita perpindahan Samir Nasri hampir 99% sahih.

"After nearly three weeks of speculation seems that Samir Nasri's move to Arsenal is on the brink of completion as he told RTL that the deal was proceeding “normally”…"
Sumber: http://www.goal.com/en/Articolo.aspx?ContenutoId=714904
Crdt to The Special One


Selasa, 27 Mei 2008

Keputusan Poll: isu Defend tengah

Jika anda mengganti Wenger musim depan,gandingan CB pilihan anda ialah..??

Gallas/defender baru 4 (8%)
Toure/defender baru 25 (50%)
Gallas/Toure 16 (32%)
Gallas/Song 2 (4%)
Toure/Song 0 (0%)
Sanderos/Song 0 (0%)
defender baru/Defender baru 3 (6%)

Daropada bancian di atas ternyata rata2 peminat Arsenal di Malaysia khusunya sudah kehilangan kepercayaan kepada Gallas disebabkan tragedi di St Andrews.50% mahukan gandingan Toure dan CB baru.tetapi 32% masih percaya dengan gandingan toure/gallas yang tak berapa mantap apabila berhadapan long ball.Jadi tanpa Gallas,siapakah pilihan kapten anda?


Apakah yang akan dilakukan jikalau anda..

jika anda bukan seorang pemain bola sepak..


jika anda jadi halimunan untuk satu hari..


jika anda di Karoeke..


Hleb : Susah gile hidup kat England

Inilah pandangan dan pengakuan Hleb tentang 3 tahunnya di England beraksi di EPL.

"Aku belajar kat England nie, baru aku tahu banyak lagi bende yang kene aku tingkatkan.

Aku selalu berangan nak main dengan kelab besar.Sekarang baru aku tau susah gile rupenye, bukan mudah, kene kerje bagai nak mati.

Tahun pertama aku mengazabkan.Aku rase cukup lonely.(akon)

Memang betul liga perdana Inggeris betul2 mencabar,tapi dengan kepantasan main macam nie, betul2 di luar jangkaan aku.

Liga jerman masih lagi liga yang bagus.Tapi 1 musim kat England rase macam 2 musim kat Jerman.

Aku bagi korang contohla.., Mase aku mule2 sampai dulu, semuanya datang kat aku chop, chop!laju gaban! laju gile! Walau training sekalipun..

Aku tengok bola ade depan aku,aku rampas aku gelecek2 jap, aku tengok bawah, aik, bola dah hilang.

Kesimpulannya EPL liga terbaik kat dunia. "


Dipetik dan ditranslate dari SetantaSport.
Aku tak paham ape motif die, die nak kate EPL best ke idup die susah..lu pk la sendiri.. calo...


Patutkah bergantung harap padaThuram?


Bukan sos tiram api Thuram.Baru- baru ini desas desus mengaitkan Arsenal dengan lagenda Perancis yang kini bermain di Barcelona, Lilian Thuram, 36 semakin hangat. Wenger dikatakan cuba memancing thuram dan menawarkan jawatan player/coach dalam satu masa.Adakah Thuram merupakan janji Wenger bahawa die akan membawa masuk pengalaman dalam pasukan? Bekas pemenang piala dunia 98 dan piala eropah 2000 ini nyata kaya dengan pengalaman, dn dikenali dengan kudrat dan stamina yang tinggi. Tapi dari segi play, adakah masih efekif Thuram diserapkan terus ke dalam 1st team ataupun sebagai backup kepada gandingan Toure dan Gallas. Tapi dari segi coach role mungkin kehadirannya dapat memberi tunjuk ajar dan nasihat berguna.Suruh die maki hamun sket Sanderos, Djourou, Hoyte dan Song kalau malas berlatih seperti mana die pernah sound Preside Perancis, Sarkozy dulu,huhu, ganas dan berpengaruh gak orang tua nih.Daripada player mude belasan tahun hingusan sampai tua berkedut, dalam kepala Wenger agaknya pilihan pertama die orang perancis jek ek..huhu..


Reben Merah? Nak buat ape? tapi itulah Arsenal.. seringkali dikaitkan dengan player2 tak kire ape name, ape benua ape bangsa, mangsa terbaru.. Ruben De La Red. Arsenal dikatakan cuba mengintai DM yang dibawa pulang dari Getafe oleh Real Madrid ni dan Real kate kalau nak angkat player nih, sediakan 7M. Sejauh mana kehabatannya? Namun jika mahu, Arsenal perlu bersaing dengan Atletico Madrid yang dikatakan menebuk lubang untuk mengintai player ni jugak.MUngkin Hleb dijadikan sebagai bahan pertukaran dalam sistem Barter? Bernd Schuster mula menyatakan secara terbuka minatnya untuk membawa Hleb ke BendeBAU..heheh.


Jangan RISAU, NAS ahmad akan ke ARSENAL..

Anda terkejut membaca header berita ini??NAS AHMAD,wartawan melodi..Ape kejadahnyer kene mengene beliau dengan Arsenal..Jangan gubra semua..ini sekadar gimik untuk memanjangkan ayat-ayat yang bakal dicoret oleh gua..Semestinya sekarang kalian semua kuatir akan status SAMIR NASRI ke Arsenal..JADI @ TIDAK JADI..Menurut sumber yang slamber, berita ini sememangnya sahih..Salah satu akhbar FRANCE ade menyatakan perpindahan Nasri ke Arsenal sudah termaktub..cuma Nasri yang agak busy skit skank ni di KEM TAHANAN france untuk EURO akan datang tidak dapat menghadirkan diri di upacara menandatangani contract bersama Arsenal..Namun dalam beberapa ketika ini, Nasri akan dibebaskan dari KEM tersebut untuk datang ke Emirates dan sekaligus menamatkan riwayat spekulasi perpindahannya..Nasri bakal menggantikan HLEN Goblin yang sekarang ini dikatakan telahpun bersiap sedia utk pindah ke Inter Milan


Isnin, 26 Mei 2008

Posisi manakah harus diisi??

Pelbagai spekulasi pemain akan masuk dan keluar dari Arsenal diutarakan.. Semakin hari semakin sesak dan panas dengan segala rumours..Namun persoalannya sekarang, posisi manakah yang sebenarnya ingin diisi oleh Wenger..Adakah posisi tengah, pertahanan, serangan, keeper mahupun 69. Yang pasti semuanya masih menjadi tanda tanya dan Misteri..Terbaru Arsenal dikatakan ingin menyambar striker Real Mallorca, Dani Guiza. Sejauh aman kesahihan berita ini, memang tidak tercapai akalmu..Henry yang dikatakn kalis rindu akan Arsenal pada mulanya telahpun menyatakan hasratnya untuk stay di Barca semula..Dalam pada itu, selepas pemergian PAK LEH aka LEHMAN, Wenger seakan-akan tidak percaya dengan keberanian Almunia dan seterusnya satu lagi spekulasi timbul di mana Arsenal dikatakan ingin mendapatkan khidmat Keeper Fiorentina, Frey...Frey dilihat Wenger sebagai calon paling seswai untuk mengisi kekosongan Pak Leh..Adakah ini juga salah satu dari usaha Wenger untuk mewujudkan republic Cinta Frace di Emirates?? Tepuk dada, sakit rasanya..

Di suatu ketika yang lain, Nacer Barazite, pemain midfielder Arsenal yang di war war kan Wenger untuk mengisi first team season depan bersedia untuk diLOANkan ekoran pelbagai spekulasi pembelian midfielder di Arsenal..Bagi beliau, adalah penting untuk dia bermain lebih kerap dan di expose ke perlawanan yang penting untuk mengAKIL baliqhkan lagi beliau yang sudahpun sebenarnya bersuara Garau..


Ahad, 25 Mei 2008

Lanun London

Haha.. aku suke gile POTC nih. Tapi lagi gempaq bile ade orang buat video gabung dengan Arsenal pulak tuh.. huuh.. Agak2 korang, Wenger boleh sign Johnny Depp x?huhu...


Berita Terkini! Wenger membuka mulut hal Nasri

Arsene Wenger semalam akhirnya telah membuka mulut apabila diajukan soalan dalam satu wawancara dengan sebuah stesen TV Perancis, TF1. Arsene menyatakan bahawa transfer Nasri barangkali akan diselesaikan paling awal sebelum start Euro2008 bermula 8 Jun ini. Apabila diajukan soalan mengenai peluang mengikat Nasri join Arsenal, Wenger menjawab kepada program Telefoot :

“It is likely that the transfer (of Nasri) will go through, if it happens, it will be before the start of the Euro (June 7-29)”

Sumber : Le Figaro

Sementara itu Gunners terus dikaitkan dengan St Etienne duo Mouhamadou Dabo dan Blaise Matuidi. 2 pemain ramaja skuad bawah 21 tahun France ini dijangka menjadi prospek yang hangat.Ampeh ko Wenger , dak perancis sume ko bawak masuk ek.. Sorang lagi dak Perancis ketot berkepala bola Ragbi telah memaku balik wenger. Wenger sebelum ini menyatakan kepanikan Diarra yang tak tentu pasal, mungkin sebagai meredakan frustnya ditinggalkan Flamini dan mencari kambing hitam untuk dipersalahkan.Diarra berkata keputusannya meninggalkan Arsenal adalah kerana Wenger tak tunaikan janji dan jalan yang dipilihnya tak silap malah jalan itulah yang membawanya ke Wembley menjulang FA Cup.


Gilberto mintak tambah....


Ya hujung2 minggu macam nie memang banyak kenduri.. tapi bagi Gilberto, bukannya mintak tambah nasi.. tapi mintak Wenger sign lebeh ramai player untuk bersaing dalam semua kejuaraan musim depan. Bayangkanlah kelab macam ManU Chelsea dan Liverpool punye la berlambak player siap boleh tukar2 takde hal la kalau injured.Tapi Arsenal? ciput jek, kalo ade replacement pun player muda, team carling cup, yang mude bergetah mentah. Timbul la alasan lepas gagal.."oh, FA cup bukan penting, Carling Cup piala Mickey mouse" habis kalau tak dapat nak sediakan skuad yang boleh bersaing untuk semua piala, alamatnya tak kesampaian la hajatnya.. Kalau diikutkan logic..kalau target 4 tak semestinya dapat 4 tu, tapi at least sasaran ade banyak option, target 2? kalau tak dapat 22 gigit jari laa..huhu.Dan gilberto seperti besar kemungkinan akan stay di Arsenal.Salute untuk bekas kapten Brazil yang sanggup memanaskan bangku simpanan harap2 kalau season depan die masih ade, die boleh kembalikan aksi dan kudrat 2-3 tahun lepas. Itulah pentingnya mentaliti bagi seseorang sportsman..bukan macam Hafiz Hashim, huhu ape kaitan? saje jek aku nak blame die kat sini.

Dan kalau lah semua player mentaliti kuat macam Gilberto, takkan ade yang mahu pergunakan kepercayaan Wenger untuk lompat kapal. Flamini, Hleb hampir pasti, Adebayor mungkin.. lepas nie siapa pulak.. Toure? aku tak percaye kalau Toure nak blah sebab tak puas hati dengan layanan double standard kepada Gallas, ini semua mungkin gosip2 media yang nak memporak perandakan kem Arsenal.

Dan kalau mende2 ini semua terjadi , siapa yang harus Wenger bawak masuk. Wenger di akhir season berjanji akan cuba mengekalkan player sebagai satu keluarga atau pasukan dan menambah 2 hingga 3 muke baru.. pengalaman + bakat.. Dan kalau 2 orang starter( kalau Hleb pergi) gagal diyakinkan untuk stay,nyata janjinya hanya janji tinggal janji. Maknanya Wenger terpaksa OT cuti summer nie untuk membina balik skuad.daripada hanya perlu menambah, Wenger, Pat Rice Ken Friar dan scout2nye perlu menambah dan mengganti.. maknenye kalau 2 orang tinggalkan Arsenal, Wengger sekurang-kurangnya perlu membawa masuk 5 muka baru bagi menambahkan depth dalam pasukan. Nasri memang dilihat player yang berbakat, tapi untuk mengharapkan die mengganti terus tempat Hleb dengan suasana fizikal EPL adalah suatu beban yang terlalu tinggi di letakkan kepadanya.Hleb pun mengambil mase 2 season untuk sampai ke kemuncaknya.Atau adakah Diaby, Denilson, Gilberto dilihat oleh Wenger sebagai calon sesuai mengganti tempat Flamini manakala Song dilihat lebeh kepada back up defence. Meramaikan skuad bukanlah petanda menutup peluang bagi player2 yang sedia ada tetapi secara positifnya memberi persaingan sihat dan memaksa setiap player training bagai nak mati.

Adakah pemergian Flamini dan Hleb ini bakal menjatuhkan sedikit moral rakan2 sepasukan dan menjejaskan keharmonian keluarga Arsenal? Harap2nya tidak... Di sebalik kite menyalahkan Flamini dan Hleb yang bermata duitan dan cakap tak kisah pun kalau diorang pergi, namun bagi rakan sepasukan mereka dah umpama kawan rapat, adek beradik mungkin terutama Cesc, Flamini dan Hleb. Harap mereka tak meninggalkan ape2 pesanan,sms atau mms dan pengaruh supaya menigkut jejak langkah mereka.



Apa-apa pun minggu depan pasti menarik dengan esok jika benar seperti yang digambarkan Arsenal akan sign kontrak secara official dengan Nasri.Masa depan Hleb juga ditentukan dalam tempoh bebrapa hari ni mungkin.Harap lebih ramai lagi bakal menyusul ke Emirates dengan Mario Gomez dikatakan sebagai bakal menggantikan high demand adibahnor..


Mr Kolo X puas hati?

Tiba2 wujud satu spekulasi mengatakan Kolo Toure. antara yang terSENIOR dalam Arsenal akan keluar dari kelab itu. Selepas berita perpindahan Flamini dan Hleb, pemain yang dikatakan akan meninggalkan Arsenal seterusnya adalah Kolo Toure. Toure masih dikatakan tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan Wenger kepada Gallas dan disifatkannya berat sebelah. Tambahan lagi, Toure tidak berapa suka dengan tingkah laku Gallas selaku kapten yang disifatkannya over dan sungguh beremosi. Toure mengatakan bahawa dia lebih rela Arsenal dipimpin oleh Cesc Fabregas daripada Gallas sungguhpun Fabregas muda daripadanya.

Maka sekarang, dengan teterbitnya berita ini, status kehilangan player di Arsenal bertukar ke 4 orang. Seorang sudah hilng : Flamini, dan akan datang HLEB, GILBERTO, TOURE. Adakah semuanya salah Wenger yang seakan-akan mahu menubuhkan Republic of France di Emirates?? Same2 kita renung2kan..


Sabtu, 24 Mei 2008

Tiba2 Torric Jibril..

Wenger dikatakan akan splash out duit untuk mendapatkan Torric Jibril..Pemain Ghana berusia 16 tahun jagung itu telah pun menyatakan keinginannya untuk menyarung jersi The Gunners musim hadapan. Wenger sementara itu menyatakan hasratnya membeli peamin muda ini untuk kesediaan squadnya pada masa akan datang di samping memperbanyakkan sedikit pemain Africa di dalam kelabnya untuk mengharmonikan keadaan yang mana dia dikatakan suka sign player France je.

Torric said: “I am ready to play under coach Wenger and I will be happy to show the world what I can do.

“I like the style of play of Arsenal because of the silky skills and that is what I can add to the team.

“If I am given the chance I know I can play in the first team - I am not afraid.

Sumber : The Sun UK


HLEB sah KELUAR ARSENAL..

Selepas bersua muka dan berbincang bersama Wenger, HLEB akhirnya sebulat suara memutuskan yg beliau akan keluar dari Arsenal. Hleb yang ditemui dikatakan akan keluar dari Arsenal tetapi belum mengumumkan kelab maan bakal beliau tujui.

Hleb’s agent Niki Spilevski said: “I can officially confirm that a short time ago Alexander decided that he will leave Arsenal and join another club.

“Of course Arsenal and Arsene wanted him to stay but they have accepted the player’s choice.”

Sumber: The Sun UK


Punca nasri belum Sign Arsenal

Nak tahu kenapa Deal Arsenal-Nasri belum dihebahkan dan ade sedikit kesulitan??Klik di sini untuk jawapannya

So desas desusnya pengunguman 1st signing Arsenal dijangka awal minggu depan. Ayoo, macam tunggu anak bulan jek, x sabar2.. huhu.Pesananku, janganlah terlalu berharap kelak kecewa menikam diri. :p


Jumaat, 23 Mei 2008

Soon or Later..


Soon or Later he will be in Arsenal top 11..

Just wait n see..
The next generation of the Gunners are now born..

More will come..
Sumber : Samir-nasri.net


Clement Chantome??

Arsenal dikatkan akan sign Clement Chantome dalam masa terdekat ini ekoran dikatakan suakr untuk mendapat player2 berpengalaman di bahagian midfield. Selain itu, dikatakan Wenger terdesak untuk sign more Midfield player selepas beliau tahu bahawa beliau telah pun kehilangan 3 midfield beliau. (FLAMINI, GILBERTO, HLEB).

Clement Chantome adalah Defensive Midfielder PSG yang dikatakan berupaya meREPLACE Flamster.


Robin-Who?

Arsenal sekali lagi dikaitkan dengan pemain Real Madrid dari Brazil.. Robinho. Memang setiap musim br nak muncul ade jek name player nie melekat.Tapi Wenger tak mungkin lah pergi ketuk pintu dan tabur duit 20M depan mata Real Madrid semata-mata nak beli seorang player yang ade masalah disiplin nie.Madrrid pun ade cakap yang Robinho bukan untuk dijual lagi.

Tapi player versatile nie memang menjadi idaman Wenger kerana kemampuan dan kebolehannya di kiri , kanan dan menjana serangan.Tapi siapa tahu, kalau hati Hleb memang dah takde kat Arsenal dan memang betul Robinho tgh cari kelab baru.. Hleb + 5 M untuk Robinho bukanlah satu idea yang kurang bijak.sedang elok mungkin...rakan2 setuju??

Sanderos pulak dikhabarkan sedang diintai2 oleh Juventus.Mengintai ye bang...?beli je la..huhu


Khamis, 22 Mei 2008

Permit Carlos Vela diluluskan + seorang lagi young Gun

Carlos Vela kini disahkan boleh beraksi di EPL bersama Arsenal musim 08/09. Ini kerana Arsenal telah berjaya mendapatkan work permit untuk dirinya. Vela yang sebelum ini terpaksa dipinjamkan ke kelab Sepanyol sebagai syarat untutk kelulusan permit telah menamatkan musimnya dengan Osasuna.Vela 19 tahun adalah peluru muda Gunners, telah membantu kelab Spain itu kekal di Primera liga.32 game 3 gol not bad bagi player muda ni.Sama sama kite saksikan die bakal menerajui serangan musim depan seperti yang dijanjikan Wenger.

Bintang muda bersinar yang baru ditandatangani Arsenal dari kelab bawahan perancis Stade Lavallois,Francis Coquelin, telah menyatakan pendiriannya dan sebab mengapa die join Arsenal. Die berkata reputasi Arsenal seagai sebuah kelab yang memberi peluang kepada bakat2 baru dalam mengharungi cabaran sebenar dunia bola sepak moden betul2 menambat hatinya.Ini menybabkan die tidak menoleh ke belakang dan terus sign kontrak yang dianggarkan selama 5 tahun.Defensive Midfielder berumur 17 tahun ini adalah masa depan Arsenal. Harap generasi ini di stick kan dan tidak dijual buahnya ketika dah hampir masak, biarlah diorang layu pun di Arsenal.

Apa dah jadi dengan deal Nasri? Macam-macam spekulasi tapi at least agentnye telah membuka mulut dan menyatakan bahawa Arsenal telah membuat offer namun mereka (agent dan Nasri) bukanlah dalam keadaan yang terdesak hendak mencari kelab.Mmmm... adakah ini sebagai salah satu helah Agentnya semata2 memancing offer lagi tinggi dari kelab lain.Dengan membuat kenyataan Arsenal telah membuat offer dalam masa yang sama mungkin die cuba secara halus menyatakan bahawa Nasri is open to offers.... Wenger pastinya gigit jari kalau kelab lain sambar player idamannya bawah batang hidung mancungnya sendiri. Itulah sebabnya semua transfer Wenger buat secara senyap2 dan licik.. Eduardo, Rosicky, Sagna... ATAU.. mungkin sudah seal the deal tapi saje jek nak wat gimik supaya tunggu Lyon bagi lampu hijau untuk Ben Arfa plak berhijrah ke Marseille. ape-ape pun masenye akan tibe, mungkin 2 -3 hari lagi....Clement Chantome dr PSG dulu kut.


AC Milan nak Adebayor, sementara Real Madrid nak Hleb. Aku pun tak pasti Real Madrid nak Hleb ke atau sebenarnye Baptista yang nak Hleb.hahaha.. aku rase Baptista rindu zaman die dengan Hleb kat Emirates dulu teringat kenangan 2 mesra bersama Hleb.Aku berdiri di belakang Wenger, Hleb is not for sale! tapi kalau hati player dah takde pada team tak gune jugak. So Hleb ko pilihlah, kejayaan singkat yang tak dijanjikan atau kejayaan jangka panjang yang kompom? Buat Adebayor pilihlah Milan sebab ko boleh cuci kasut Flamini kat situ dan Arsenal boleh angkat striker baru macam David Villa, Cesc musti gumbira!!!



P/S : tak tengok Champions League pg semalam tapi dapat bayangkan muke Cashley Hole cam mane.. 2 Final tak pernah menang.. memang die laa pembawa malang!!! hahaha.. seorang lagi kene sumpahan..Anelka wakakaka


Mari Meriahkan arsenalaysia.blogspot.com!!


Pakat ramai2 sebarkan dan gtau kawan2 mengenai blog ini..Untuk maklumat umum, secara puratanya, blog ini dikunjungi 60 orang sehari.

Pengunjung Tegar : hampir 1000 or
Pengunjung Unik (secara purata sehari ) : 40-60 orang

Oleh itu, marilah ramai2 mensupport blog ini agar ia terus meriah dan kekal sempoi..

Longlife Gunners!!!


FAKTA @ AUTA : Ian Wright merupakan penjaring ke tiga terbanyak di Arsenal?

Jawapannyer ialah Auta..

Ian Wright adalah penjaring kedua terbanyak di Arsenal selepas Thierry Henry.

Penjaring ke3 terbanyak di Arsenal amatlah kuras kepastiannya..Namun ia mungkin Bergkamp.

Thank You..

FAKTA @ AUTA seterusnya : Gallas akan menjadi CAPTAIN FRANCE untuk kejohanan UERO akan datang?


Rabu, 21 Mei 2008

Perihal paparazi + gosip Ngasrizal Ngasri

Yang pergi tu usah lah dikenang.. tapi nak gak citer pasal mamat FlaMoney nih.. Sejak dah pindah AC Milan bajet star pulak.Terbaru die kate kalau die ade banyak duit (x lame lagi kaye dah tu) dan in charge di Milan, dia akan sign Adebayor, Drogba, Sheva... nampak sangat takde mase depan jadi manager.. pilihan yang teruk.. hahahahaha.. Sheva dengan Drogba dah tinggal sisa2 jek, Adebayor? kalau main team lain tak mungkin dapat score 30 biji, score 30, peluang terlepas?? 60?? huh..Gasak la orang nak cakap ape, tapi bagi aku Ade belum sampai tahap player yang boleh menjamin kebahagiaan kelab. Satu lagi mende yang menjengkelkan bila flamster dah bajet hensem macam superstar Hollywod dengan mengeluh asyik dikejar paparazi di kota London.



I like to eat out and go to the cinema, so if you tell me that the newspapers in Italy are not interested in the players’ private lives, then that is a huge weight lifted.Life is good in England except for the paparazzi chasing the players with their new girlfriends, which is a nightmare."

Cakap pasal pelakon, aku nak citer pasal ngasrizal Ngasri...bukan.. Samir Nasri..heheh.. kalau betul lah seperti yang dilaporkan.. Kemungkinan besar Arsenal akan secara officialnya mendedahkan kejayaan mengikat player 21 tahun ni dari Marseille dengan bayaran anggaran 12.5M lewat pagi nanti atau esok.. Nasri dikhabarkan ketika ini berada di London untuk medical dan sebaik sahaja lulus dia akan dibawa ke Emirates dan di press conferencekan.. Harap ini bukan lagi satu ulangan kes Ribery di mana berita jek bertiup kencang, angin pun takde akhirnye.

Sementara itu seorang lagi target Arsenal Hatem Ben Arfa dijangkakan akan menggantikan tempat Nasri di Marseille sekiranya die ke Arsenal. Adakah Wenger telah melakukan satu Gentlement Deal dgn Marseille di mana kalau nak Nasri, jauhi Ben Arfa. X bolehkah kite dapat kedua2 nya sekali?? Tunggu dan lihat.. Tapi dengan signing yang awal membuktikan betapa Arsenal begitu komited dan tak sabar untuk mengharungi musim depan sekaligus membuktikan pada Hleb tentang ambition kelab.Hleb must stay otherwise.. same jek.. sorang keluar, sorang masuk.. pi mai2 tang tu jugak.


Kita sekadar Pemerhati..

Ekoran pertembungan Champion League malam ini, Arsenal masih lagi dinobatkan selaku pemerhati perlawanan terulung itu. Dengan berita perpindahan Nasri yang sudah hampir pasti, Wenger skarang akan cuba mengorak langkah setapak ke hadapan untuk memastikan pasukannya memenangi liga juara-juara musim hadapan. Pastinya season depan akan menjanjikan team yang lebih mapan di mana kita bakal melihat muka-muka baru dan corak permainan yang pantas dek kerana pemain arsenal sumanya pantas2 belaka..Apa2pun, best of luck untuk ke dua team EPL malam ni..Salamz..


Selasa, 20 Mei 2008

The Cesc Fabregas Show

Yah... Akhirnya program yang dinanti2kan oleh peminat setia Gunners khusunya die hard fan Cesc Fabregas telah disiarkan dan di release..Ole itu bagi sesiapa yang ingin mendownload torrentnya boleh la klik di sini.. Fabregas Torrent

Sedutan2 menarik...


Nasri akhirnya milik Gunners..

Akhirnya, sememangnya tidak diumumkan secara official namun arenalaysia sudah pun dihubungi dan ada yang menyatakan bahawa Samir Nasri telah pun Sign for Gunners..Sama-sama kita nantikan kesahihan cerita ini selepas Final Champion League..


Toure Bengang!!

Kolo Toure harini ini memberitahu media bahawa dia agak fade up dan bengang dengan sikap Wenger yang kadang kala disifatkannya sebagai pilih bulu. Toure dikatakan tidak berpuas hati dengan gaji yang diterima Gallas. Gallas menerima 4 juta pound per year manakala Toure yang sudah lama berkhidmad hanya 2.4 juta pound per year. Namun katanya bukan itu masalah utama beliau bengang.Beliau agak terkilan dengan sikap Gallas yang kurang professional dan less leadership itu. Katanya lagi dia sekarang bersiap sedia untuk membuat pertemuan dengan Wenger berhubung masalah ini.

Dalam masa yang sama, Arsenal dikatakan cuba untuk mendapatkan khidmat pemain versetile Sporting Lisbon, Veloso untuk menggantikan tempat Flamnster..


Panggilan Pulau..

Arsenal.com's International Watch reports back to base on those who have temporarily swapped the red of Arsenal for the colours of their national sides. Read on for the latest news on how they all got on. Arsenal.com will have the latest injury news from Arsène Wenger's press conference on Friday.

William Gallas William Gallas

France v Ecuador, May 27, France v Paraguay, 31 May, France v Columbia, June 3
Gunners captain William Gallas has been chosen for France's upcoming international friendlies against Ecuador, Paraguay and Colombia between May 27 and June 3. Mathieu Flamini is also included.

Cesc Fabregas Cesc Fabregas

Euro 2008
Midfielder Cesc Fabregas is in Spain's squad for this summer's European Championships in Austria and Switzerland.

Gilberto Gilberto

Brazil v Canada, May 31, Brazil v Venezuela, June 6, Paraguay v Brazil, June 15, Brazil v Argentina, June 18
Gilberto has been included in Brazil's friendly fixtures against Canada, Venezuela and the World Cup 2010 qualifiers against Paraguay and Argentina.

Kolo Kolo Toure, Emmanuel Eboue

Kirin Cup
Both Kolo Toure and Emmanuel Eboue will join up with the Ivory Coast for the Kirin Cup in Japan, and the subsequent World Cup qualifiers.


Lukasz Lukasz Fabianski

Bosnia-Herzegovina v Poland, May 27, Poland v Denmark, June 1
Lukasz Fabianski will join up with the Polish squad for fixtures against Bosnia-Herzegovina on May 27 and then Denmark on June 1.

Emmanuel Emmanuel Adebayor

Togo v Libya, May 22, Togo v Zambia, May 31, Swaziland v Togo, June 8
Emmanuel Adebayor has been selected for Togo's World Cup qualifying fixtures against Libya on May 22, Zambia on May 31 and Swaziland on June 8.

SUMBER - arsenal.com -


Santa Claus for Arsenal??

Spekulasi terus-menerus membayangi Arsenal..dengan pelbagai transfer rumours yang bermacam-macam, kata kunci Arsenal antara yang terhit yang di search oleh pelayar laamn web di Yahoo dan Google..Ini menunjukkan betapa berminatnya orang kepada Arsenal..
Terbaru Wenger dikatakan terdesak dan memerlukan jentera serangan, tengah dan pertahanan bertaraf Superb untuk memberikan The Gooners impak yang berbeza dan lebih garang musim depan. Santa Cruz dikatakan bakal menjadi jentera serangan Arsenal selepas prestasi memberangsangkannya bersama Blackburn. Santa Cruz adalah calon terbaik untuk berpasangan dengan Adebayor yang pemalas manakala Van persie sudah ternyata sesuai di bahagian sayap tatatkala kurang finishing dari beliau pada musim ini.
Juga Wenger dikatakan telah sebulat suara untuk mendapatkan pemain midfielder Roma, Alberto Aquilani dan juga pemain midfield Besiktas, Matias Delgado sebagai pengganti kepada Flamini, Hleb dan Gilberto yang mungkin turut meninggalkan squad The Gunners musim depan. Dalam pada itu, Jens Lehman telah mempersetujui perjanjian untuk ke kelab German, Stuttgart dan menjadikan kelab itu kelab terakhirnya sebelum besara. Hleb pula dikatakan sememangnya akan meninggalkan Arsenal dan sekarang sedang menjadi rebutan Barcelona dan Inter Milan.


Isnin, 19 Mei 2008

Eto lebih yakini Arsenal dari Spurs..

Setelah Barcelona dirundum pelbagai pencapaian buruk musim ini, Eto sudah pun berkira-kira untuk keluar dari squad Catalan itu. Menurut jurucakap Eto, Eto skarang dikehendaki oleh Tottenham Spurs yang sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan pemain gelap itu rentetan berkemungkinan besar akan kehilangan Berbatov. Akn tetapi, Eto menafikan keinginannya untuk ke kelab Spurs itu dan lebih tertarik untuk ke Arsenal yang disifatkannya MANTOP..

Dalam masa yang sama, Arsenal dikatakan sudah hampir mendapatkan Samir Nasri yang telah pun bersetuju dengan terms dan syarat2 serta bayaran.. Menurut sumber yang tidak bernama, selepas Final Champion League, suatu evolusi bakal berlaku di mana pelbagai rumours yang berkumandang sebelum ini bisa menjadi kenyataan..

Arsenal juga sekali lagi dinasihati untuk menyambar Raul Albiol rentetan pemain muda kelahiran Spain itu kecewa dengan pencapaian kelabnya sekarang, Valencia yang kurang menyerlah musim ini. Dia dikatakan akan consider mana-mana kelab yang berminat terhadapnya sekiranya offer yang setimpal datang.


Pedro, the nexr STAR..

Arsenal sebenarnyer mempunyai seorang lg star muda kelahiran Brazil yang diloan ke Salamanca. Wenger katanya akan membawa Pedro pulang ke Emirates untuk replace Traore yang bakal diloan ke kelab EPL yang lain. Walaupun ramai yang inginkan Traore, Wenger sekadar akan memberi loan sahaja kepada kelab2 yang berminat dengannya. Tidak akan sama sekali menjualnya. Pedro yang bermain di posisi kiri boleh juga menjadi winger dan juga menjadi left back. Ape2pun, Pedro mmg sempoi menarik tertarik la..huhu
Pedro Botelho
Personal information
Full name Pedro Roberto Silva Botelho
Date of birth December 14, 1989 (1989-12-14) (age 18)
Place of birth Salvador, Brazil
Height 1.86 m (6 ft 1 in)
Playing position Left Winger / Full-back
Club information
Current club Salamanca (on loan from Arsenal)
Number 20


Kenali Jersey kelab kesayangan anda..

Mari kite kenali design jersey2 kelab Arsenal dari sejarah penubuhannya hingga ke masa kini..Klik sini.. Apakah yang diharapkan utk kit musim hadapan?
















Berita terkini : nampaknya FlaMoney seperti terpaksa hanya bermain di UEFA Cup season depan kerana AC Milan tercicir ke tempat kelima di blakang fiorentina dengan baki satu perlawanan.hahahahahaahahahaa......


Ahad, 18 Mei 2008

Ex-Gunners dijulang bagai raja di Wembley..

Nwankwo Kanu menolak masuk gol kemenangan pada minit ke 37 ke atas Cardiff city sekaligus membantu kelabnya Portsmouth menjulang Piala FA dalam 69 tahun malam semalam. Ironinya, die bukan seorang je bekas pemain Arsenal malah turut merencana kejayaan Pompey malam tadi adalah Campbell yang menjulang piala sebagai ketua pasukan, Lassana Diarra budak ketot yang tak sabar dan juga lagenda Arsenal Tony Adams bos no 2 Pompey. Kemenangan tersebut juga disambut oleh kem Pompey yang salah seorangnya adalah Lauren yang tidak beraksi malam tadi.. Di saat Arsenal menamatkan musim tanpa piala, sisa2 Arsenal ini masih ada saki baki yang hendak dibuktikan syabas sekali buat mereka tetapi yang pasti paling tersenyum puas dan sinis ialaha Diarra setelah mengetahui FlaMONEY juga meninggalkan Arsenal musim ini..

Diarra pun sibuk mintak nak berlagak kat Wenger..


Sabtu, 17 Mei 2008

Diego will come if Hleb go..

Wenger harini menyatakan hasratnya untuk memancing Diego (Wender Bremen) ke Arsenal sekiranya Hleb meninggalkan Arsenal..Wenger tambahan lagi menyebut dia tidak nampak player lain yang boleh menggantikan kelibat Hleb selain Diego..Katanya lagi memang dia sedang mencari player bertubuh sasa untuk replace Flamini dan juga seorang di bahagian defend.Akan tetapi, dia tidak teragak-agak membeli seorang attacking playmaker sekiranya HLEB blah. Katanya lagi, dahulunya dia mempunyai 3 jentera di midfield yakni HLEB sebagai jentera serangan, Flamini pertahanan dan Fabregas tengah. Namun selepas kehilangan Flamini, sekiranya HLEB juga blah, dia mmg terpaksa mencari pengganti yang betul2 SUPERB..


Jens Bersalaman dengan Manuel


Ya! Jens Lehman telah pun berbaik dengan Almunia sebagai tanda perpisahan yang dikenang. Pak lehman dan Almunia sebelum ini dilihat bagai anjing dengan kucing kerana mereka tak boleh berhadapan antara satu sama lain, saling mencemburui dan berlatih berasingan sewaktu training hanya kerana merebut satu tempat di pintu gol Arsenal. Namun Pak Lehman sebenarnya menyatakan bahawa die buat semua itu demi kebaikan Almunia dengan merujuk situasi sama seperti mana die dan Oliver Khan dulu. Setiap hari die perlu memastikan dirinya lebih baik dari gorilla itu demi merebut Jersey no 1 Jerman. Pak Leman juga menambah bahawa pada masa akan datang jika die berjumpa dengan Almunia di mane2 die tidak akan malu2 untuk bersalam dan mengucapkan slamat maju jaya sambil menyatakan hormat pada rivalnya itu. Namun die tidak pasti apakah pendapat Almunia sebaliknya.Ceh, sempat gak tu tinggalkan nada sinis.huhu... Carik2 bulu ayam lame2 ayam togel...


Cesc Fabregas jumpe pakar sakit jiwa

Cesc Fabregas dikhabarkan bertemu dengan seorang psychiatrist. Relax2... jangan bimbang, jangan riasu..ini hanyalah gimik dalam trailer bagi Cesc Fabregas Nike Live Show yang akan ditayangkan nanti..huhu.. same2 kite njoy bakat terpendam yang ada padanya.


Flamini : Arsenal terlalu demand!!

Flamini hari ini buat pertama kalinya telah membuat press conference dengan wartawan media Itali dan mengatakan bahawa Arsenal kehilangannya kerana tidak yakin dengan kemampuannya. Katanya lagi, jika Arsenal menawarkannya kontrak lebih awal penghujung musim lepas, dia tidak akan meninggalkan Arsenal..

“Last July I told Arsenal I wanted to extend my contract so, of course, I would have signed if they had offered me a deal . . . but they didn’t.

“They said they wanted me to prove myself first.

“It was difficult for me at the beginning. I had to see it as a challenge but I won’t lie, it was not easy. You have to be mentally very strong to cope.”

- The Sun UK -

Walaubagaimanapun, tindakan Flamini ada betulnya kerana polisi Arsenal sekarang agak tidak menarik membuatkan pemain-pemain bergelar STAR sukar untuk join kelab ini. Namun keputusan telah dibuat..Best of luck for Flamster..Diharap season depan akan ada lagi perlawanan Arsenal-Milan..Bleh la Flip flop (Flamini) ditackle oleh CM/DM baru Arsenal musim depan..(Kemungkinan besar Yaya Toure)..


Jumaat, 16 Mei 2008

Wenger mahu player berbadan besar?!

"Player yang berbadan besar adalah lebih baik dari player yang ade name besar" Begitulah kenyataan yang dikeluarkan di laman web rasmi Arsenal. Wenger menambah, player yang ade name nie kadang2 tak mampu untuk menjelmakan hasil yang dihrapakan atau setimpal dengan reputasinya. Ditanya sama ade die akan menambah kualiti pada skuad yang sedia ada, die hanye berkata.. "Kite hanye perlukan bakat". Persoalaanya, siapakah player yang berbadan besar itu?? huhu.. atau adakah ini sebagai petunjuk transfer yang dijanjikan dalam mase 3 minggu ini. Arsenalaysia menjejak player2 berbadan besar yang pernah dikaitkan dengan Arsenal :

Full name Vincent Kompany
Date of birth April 10, 1986 (1986-04-10) (age 22)
Place of birth Uccle, Belgium
Height 1.90 m (6 ft 3 in) Di usianya yang muda,Cukup tinggi dan besar
Playing position Centre back

Full name Mario Gómez
Date of birth July 10, 1985 (1985-07-10) (age 22)
Place of birth Riedlingen, Germany
Height 1.89 m (6 ft 2+12 in) dari segi ketinggian, cukup tinggi bagi striker
Playing position Striker

Full name Richard Dunne
Date of birth September 21, 1979 (1979-09-21) (age 28)
Place of birth Dublin, Ireland
Height 1.88 m (6 ft 2 in) Dia sebenarnya tinggi tapi nampak katik sebab lebar, ade pengalaman EPL
Playing position Defender

Full name Lorik Cana
Date of birth July 27, 1983 (1983-07-27) (age 24)
Place of birth Priština, Yugoslavia
Height 1.85 m (6 ft 1 in) tegap dan tembok
Playing position Midfielder

Full name Gnegneri Yaya Touré
Date of birth May 13, 1983 (1983-05-13) (age 25)
Place of birth Bouake, Ivory Coast
Height 1.91 m (6 ft 3 in) hah! nak apa lagi.. macam Viera beb
Playing position Defensive Midfielder


Full name Niko Kranjčar
Date of birth 13 August 1984 (1984-08-13) (age 23)
Place of birth Zagreb, SFR Yugoslavia
Height 1.85 m (6 ft 1 in) Besar ke?? lagi besar dari Flamini..heheh
Playing position Midfielder

<<<<<--BESARNYA MARADONA-->>>>